CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ema_kiki80

Esok Hari Polis ke 202 Tahun

[Copy link]
Post time 26-3-2009 08:54 AM | Show all posts

PDRM kini guna supercar Evolution X



PERDANA MENTERI menunjukkan tanda bagus ketika pelancaran penggunaan kereta Mitsubishi Evolution X untuk kegunaan PDRM di Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menampilkan sebanyak 25 buah kereta peronda berprestasi tinggi jenis Mitsubishi Evolution X (Evo-10) yang bakal digunakan oleh anggota polis dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.



motosikal peronda baru jenis Honda ST 1300.

--------------------------------------------------------------------------------


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kereta baru itu bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti serta membolehkan pasukan polis sampai ke kawasan kejadian jenayah dengan lebih pantas.

"Pemerolehan aset-aset ini bertujuan untuk kegunaan pencegahan dan pembanterasan jenayah, penyeludupan dan risikan maklumat.

"Selain itu, ia juga bertujuan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat serta menunjukkan kehadiran polis di kawasan yang cenderung berlaku kejadian jenayah,'' katanya dalam Perutusan Khas Ketua Polis Negara sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-202 di sini semalam.

Kereta peronda berkuasa tinggi yang baru dilancarkan itu dilengkapi dengan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo dengan transmisi manual lima kelajuan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 09:10 AM | Show all posts
go..go...go..........rmp!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:17 AM | Show all posts
Sekarang klu setakat BMW or Merc jgn harapla nak lari, tup2 evo dah ada kat belakang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 12:52 PM | Show all posts
tapi sekarang keta penjenayah makin canggih..ada yg lebih canggih dari evo..siap pakai nitrogen lagi..kalau tak silap la nama gas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 02:45 PM | Show all posts

Reply #24 guyfawke's post

Gas nitrogen tuh x banyak, kejap je habis. Kalo dah same2 max top speed...sempat la jarakkan sket...tp jalan2 kat Tanah Melayu ni kan banyak simpang

Payah2, pakai heli & tutup jalan ngan  bas jerk macam kat Link Kedua hari tuh hahaha... meriah mamat racing haram kena
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 03:01 PM | Show all posts
Dlam utusan malaysia dia panggil keta evo x ni MPV. apa maksudnya MPV ni? Multi purpose vehicle jgk ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2009 03:27 PM | Show all posts
Nama Unit Udara Polis Bakal Ditukar Pasukan Gerakan Udara

KUALA LUMPUR, 24 Mac -- Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang ditubuhkan pada 1 Feb 1978, bakal ditukarkan nama selaras dengan penambahan peranan dan fungsi dalam melaksanakan tugas kepolisan di negara ini.

Unit itu ditubuhkan dengan tujuan membuat pengawasan dari udara di kawasan pantai dan pedalaman terhadap kegiatan lanun, penyeludupan dan kegiatan jenayah lain selain membantu semua cawangan dalam PDRM secara pemerhatian melalui udara.

Selepas Unit Marin PDRM ditukarkan nama kepada Pasukan Gerakan Marin pada Februari lepas, kini penjenamaan semula unit udara dalam perancangan.

Komandar Unit Udara PDRM, SAC II Datuk Chuah Ghee Lye berkata tugas dan perkhidmatan unit itu semakin bertambah dan meluas seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara.

"Dalam usia PDRM yang menjangkau 202 tahun ini, pihak kami mencadangkan nama Pasukan Gerakan Udara kepada Ketua Polis Negara tetapi ini masih di peringkat kertas kerja," katanya kepada Bernama dalam temubual khas sempena sambutan Hari Polis ke-202 esok.

Katanya unit itu mempunyai 26 buah pesawat termasuk 10 helikopter dan bakal menerima empat buah pesawat selewat-lewatnya tahun depan.

Beliau berkata dengan penambahan pesawat, mereka boleh memantapkan lagi tugas utamanya seperti di dalam operasi membanteras jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, memberi bantuan bencana serta melakukan penerbangan ihsan.

Selain itu, Chuah berkata mereka mempunyai rancangan jangka panjang untuk untuk menempatkan anggota dan helikopter di setiap kontinjen di seluruh negara bagi membantu ketua polis negeri dan ketua polis daerah menjalankan tugas dengan lebih efisyen.

Di samping penambahan bilangan pesawat, anggota unit itu juga akan ditambah bagi melancarkan peranan dan fungsi unit berkenaan, katanya.

"Setakat ini, kami ada 416 anggota di mana seramai 94 daripadanya adalah juruterbang, pemerhati udara (48), juruteknik (21)dan 68 anggota lagi terdiri daripada mekanik," kata Chuah.

Menurutnya penambahan anggota unit itu akan membolehkan operasi mencegah jenayah melalui udara pada waktu malam di sekitar bandar-bandar utama dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Katanya, unit itu bakal mempunyai pangkalan udara baru di Senai, Johor, bagi membantu memantau dan menjaga keselamatan di wilayah Pembangunan Iskandar di selatan Johor.

Pada masa ini, Unit Udara PDRM mempunyai tiga buah pangkalan di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur, Pangkalan Subang, Selangor dan Pangkalan Udara di Kota Kinabalu, Sabah, serta sebuah pusat latihan di Ipoh, Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 03:31 PM | Show all posts
syukur. berkembang maju PDRM . semoga PDRM akan lebih agresif terhadap semua aktiviti2 subversif , dan segala-galanya demi NEGARA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 03:41 PM | Show all posts

Balas #26 pcboss\ catat

Moblie Patrol Vehicle...........

jgn konpius plak Ask The Man pun jadik ATM gak............
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 03:52 PM | Show all posts

Balas #29 jofizo\ catat

ok timachih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 09:34 PM | Show all posts
Selamat Hari Polis.. :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 09:37 PM | Show all posts
Terimakasih di atas semua ucapan sempena Hari Polis yang ke 202.

Moga dengan peningkatan bekalan dan logistik, pasukan akan terus dapat menyemai bakti seperti yang diharapkan


p/s:- Harap kertas cadangan untuk penggantian revolver ke semi-auto pistol dapat kelulusan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 07:26 PM | Show all posts
Perhimpunan sarat kejutan
Oleh Jalal Ali Abd Rahim dan Nik Sukry Ramli
[email protected]



Majlis Peringatan Hari Polis Ke-202 pamer semangat tinggi PDRM untuk perangi jenayah, pelihara keselamatan negara

SAMBUTAN Peringatan Hari Polis Ke-202 bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur Rabu lalu, sarat dengan elemen kejutan yang mempamerkan keazaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memerangi jenayah dan menjamin keamanan, keselamatan rakyat serta negara.

Elemen kejutan pertama ditampilkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan apabila mengumumkan usaha untuk menstruktur semula organisasi pasukan di empat peringkat, bermula dari Bukit Aman.

Penstrukturan utama yang kini dalam pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu, adalah mewujudkan dua lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, berbanding hanya seorang yang menjawat jawatan itu ketika ini.

Ia juga membabitkan penambahan jawatan Timbalan Ketua Polis Negeri dan Timbalan Ketua Polis Daerah.

Musa turut mengumumkan cadangan mewujudkan enam jabatan baru di peringkat Bukit Aman, iaitu tambahan kepada tujuh jabatan sedia ada.
ABDULLAH meneliti kereta peronda baru PdRM model Mitsubishi Evo 10.

Elemen kejutan lain yang dilihat 慸rastik
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 09:42 PM | Show all posts
takde gambar best ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 07:35 PM | Show all posts

Apasal polis jemput PM untuk ambik tabik hormat baris dorang? PM tu pemerintah tertinggi PDRM ka? Dulu kan ada forumner yg mengaku menwakili polis beria-ia kata PDRM pemerintah tertinggi mereka Agong? Apasal lak tak jemput Agong? Apasal lak polis jemput PM untuk ambik tabik hormat baris dorang? PDRM kan bawah KDN? Syed Hamid Albar kan Menteri KDN? PM kan dah jadi Menteri Pertahanan? Apalah binggong punya polis, dan juga forumner yg aritu yg namanya sama dengan nama bendera PDRM, UMNO dan Indonesia yg ia-ia nak kata Agong pemerintah mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 07:46 PM | Show all posts

Reply #35 gubra's post

Apa pulak masalahnya?

Takde masalah pun dari segi protokol. Dah nama pun Perdana Menteri ketua kepada kerajaan, dah tentu boleh menghadiri mana-mana majlis kerajaan dan kementerian lain. Agong sebagai Ketua Negara hadir pada sambutan yang ada nilai signifikan seperti sambutan 200 tahun. 200 tahun lebih signifikan dari 202 tahun!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by gubra at 29-3-2009 19:35
http://www.bharian.com.my/Friday/Skuad/20090327082749/mainpix2.jpg
Apasal polis jemput PM untuk ambik tabik hormat baris dorang? PM tu pemerintah tertinggi PDRM ka? Dulu kan ada forumner yg meng ...



1. Lazimnya saya malas melayan orang yang mahu memperbodohkan dirinya sendiri yang tidak faham pengertian bahasa 'Sang Saka'

2. DYMM SPYD Agong juga tidak hadir semasa HUT ATM yang baru lalu.... dan tidak semestinya DYMM SPYD Agong hadir pada setiap kali HUT

3. DYMM SPYD Agong semasa Tuanku Raja Perlis dan Sultan Selangor pernah hadir bahkan menerima tabik hormat semasa Hari Polis dan DYMM Raja Perlis pernah dianugerahkan beret marroon semasa hadir menerima tabik hormat Hari Polis, satu ketika dulu. Raja Perlis juga hadir semasa Hari Tamat Latihan SUKSIS di P Pinang tahun lepas yang secara kebetulan saya berada di sana untuk menghadiri satu mesyuarat.

4. Kuasa dan peranan YDP Agong disebutkan berkali-kali di dalam Akta Polis, melebihi peranan yang disebutkan sebagai Menteri Dalam Negeri.

5. Kejahilan membawa kepada kekufuran. Berhentilah menjadi jahil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 05:31 PM | Show all posts

Reply #37 SangSaka's post

Binggong punya polis yer....   Siapa commander dorang pon tak tau.... Ada hati nak jadi "sangsaka"....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 06:06 PM | Show all posts

Reply #38 gubra's post

orang kalo datang leklok kat tempat owang kan patut berbudi bahasa sebab kita ni orang bertamadun ada adab dan kalo boleh x cari pasal ler, ni peel cam pendatang asing yang obviously cam budak bengong pastu nak dok kata Polis, sedangkan elok je SS jawab persoalan yang menampakkan kejahilan ko kan, wa tatau apa nak cakap.... I guess stupid is as stupid does ler ye.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 06:15 PM | Show all posts

Reply #39 yipun78's post

Ampunlah saya encik moderator. Itu kan gaya masing-masing berforum untuk menyampaikan pendapat.

Mengenai cara forumner yang seorang tu caranya berforum dan mebuat posting, kita semua kenal la dia, elok ke tak, ramai yang da tau pun, jadi harap encik moderator jangan lenting, berfikir rasional dan usahlah back-up dia.  

Sebab tu bagus ler orang binggong camtu yang masih mahu berkeras dengan pendirian syiiok sendirinya yang buat penjelasanya tu, biorler orang-orang askar kat sini membacanya......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059427 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list