|
ala, wlupun bini dia lawa dari pompuan lain udah namanye halal maka kurg dah le daya tarikannye...yg haram tu memancor2 sinornye memikat kalbu...tunggu je le..esok2 kuor le berita deme menikah pulak....si waheeda & ostad moden tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg bagi gelaran ustaz kat akill hayy ni...? sebab teman nengok dia ni x macam ustaz pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
atte, kat sini pun udoh keluo gosip ye...teman ni suke juge dengo ostad ni berceramah, syok juge, isi padat, ada nyanyi2 lagi, dia buleh buat sore mcm2, hay2 romahtangge dia ni teman dia le tau, tapi harap2 dia seleseykan dengan elok di kedua2 belah pehak, jangan nanti org dok kutuk2 dia tak syok le, baru je nak jadi teladan pada mat2 rock dah lain lak jadinye ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #22 sunquick\ catat
kat thread gosip bukan dia yg gelarkan diri sndiri....tp kalo udah ceramah kat mesjid sana sini mane tak org panggil ostad.....yg bergambo dgn waheeda & yg lain2 kat tepi pandai tu apekejadahnye? anak bini tinggai kat ghumah makan ati....ni le ostad akhir jaman....lebih kpd doniawi.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat tv bukan main lagi pung pang pung pang bagi ceramah..
konon pasai motivasi..pasai keluarga la.. pasai islam la..
last-last tinggei bini dgn anak2 macam tu je...
binawe punye ostad!!!
lebih kpd napsu jantan.. pantang tengok betine dahi licin.. teruih lupe anak bini... |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA HARIAN 27 MEI 2009
HIP Rasa teraniaya
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Maizawati akui Akhil Hayy suami yang romantik dan bapa penyayang
"WALAUPUN tidak menyalahkan sepenuhnya, saya berasakan Waheeda patut juga berasa bertanggungjawab dalam hal ini. Perkara ini tidak akan berlaku jika lelaki tidak digoda. Kalau lelaki itu yang memulakan, sebagai wanita, dia ada hak untuk menolaknya, tambahan pula dia tahu lelaki itu suami orang.
“Tindakannya ke hulu ke hilir bersama-sama suami orang adalah kurang manis. Kehidupan saya, anak-anak dan ustaz teraniaya sejak kehadirannya dalam hidup kami.
“Sebelum ini, rumah tangga kami bahagia, tidak pernah timbul sebarang masalah. Ustaz juga seorang suami yang romantik dan bapa penyayang, tetapi jadi masalah apabila ustaz bertemu dengan dia (Waheeda),” demikian luahan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal ketika dibawa berkunjung ke Balai Berita, Isnin lalu.
Hadir berjubah rona biru tua dengan raut wajah yang agak tenang menghadapi masalah itu, ibu kepada enam cahaya mata ini juga dilihat sangat tabah. Tiada setitik air mata pun tumpah kerana mungkin dirasakan sudah terlalu banyak air matanya dibazirkan sepanjang dua tahun memendam rasa.
Bagaimanapun, Maizawati menegaskan, dia tidak mahu luahan hatinya disalahertikan sebagai hendak menagih simpati daripada mana-mana pihak.
PERSEMBAHAN daripada akhil dan Waheeda pada sambutan Maulidur rasul peringkat Kebangsaan 1430H/2009M di Dataran Merdeka.
Katanya, dia sekadar hendak bersuara dengan apa yang terbuku dalam hatinya kerana tidak tahan lagi dengan sikap suaminya yang terus berdiam diri. Malahan sehingga perkara ini didedahkan kepada pengetahuan umum, Akhil masih tidak menghubunginya.
“Saya bukan hendak seronok-seronok membuat tuntutan cerai. Saya pun tahu perkara itu dibenci Allah. Saya bukannya tidak pernah bersabar. Tapi sudah bersabar selama dua tahun.
“Dalam tempoh itu, saya banyak mengkaji baik dan buruknya tindakan ini. Saya lakukan semuanya ini kerana tidak mahu membiarkan perkara tidak elok berterusan.
“Saya bukanlah minta apa-apa. Saya tidak minta lebih, saya cuma minta dia lepaskan saya. Saya anggap sudah tiada jodoh antara kami. Jika dia sudah tidak sudi lagi dengan saya, jangan simpan macam ini, supaya senang saya buat haluan sendiri dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Maizawati Zainal, isteri Akhil Hayy.
“Saya percaya tidak ramai wanita yang boleh bersabar apabila suami pergi tanpa khabar berita. Sikap ustaz dulu tidak seperti ini. Ke mana dia pergi, dia pasti menghubungi saya. Kalau tak sempat sekalipun, paling tidak dia hantar SMS,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut perubahan sikap suaminya, Maizawati berkata, ia bermula sejak dipertemukan dengan Waheeda menerusi sebuah program TV kira-kira dua tahun lalu.
“Dia mula jarang balik rumah dengan alasan kerja. Saya menghormati alasan itu dan memberi kepercayaan sepenuh hati, tanpa rasa sebarang curiga.
“Lama -kelamaan, saya dapati sikapnya semakin berubah. Jarang telefon kami dan bertanya khabar kami anak beranak. Kadang-kadang saya menghubunginya tetapi jarang berjawab. Tahun ini dia pulang ke rumah hanya tiga hari, itu pun tidak lebih lima jam,” jelas Maizawati yang mengaku agak kecewa dengan perubahan sikap suaminya.
Lebih mengecewakan lagi, katanya, apabila dia mendapat tahu suaminya mempunyai masa menonton wayang dan bersantai di tepi pantai bersama wanita lain sedangkan sering mengatakan tiada masa langsung untuk bersama isteri dan anak-anak atas alasan sibuk dengan kerja.
“Sebagai isteri, saya berhak untuk dikasihani, disayangi dan dibelai oleh lelaki bergelar suami. Tapi ustaz sering beri alasan sibuk dengan kerja, sedangkan dalam tempoh itu dia boleh luangkan masa bersama Waheeda, bukan dengan keluarganya sendiri.
“Saya pening sebenarnya. Kenapa ustaz takut sangat nak mengaku kalau betul mereka sudah berkahwin. Adakah dia bimbang nanti saya minta supaya berlaku adil menyebabkan dia tidak berani mendedahkan statusnya?” katanya sambil menyatakan rasa kasihan melihat keadaan anak-anak yang merindui kepulangan bapa tersayang.
Failkan perceraian pada 2 Jun
MAIZAWATI berkata, hatinya sudah tawar untuk menerima kembali suami selepas mengambil keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah pada 2 Jun depan.
Katanya, sebenarnya dia sudah mula bertindak memfailkan tuntutan cerai pada awal bulan lalu, tetapi membuat keputusan untuk menarik balik kerana berasakan tidak mahu mengaibkan suaminya.
Dia berharap dengan tindakan menarik balik tuntutan itu, Akhil Hayy dapat balik ke Ipoh, Perak untuk membincangkan masalah rumah tangga mereka.
Maizawati menjelaskan, dia akhirnya membuat keputusan nekad untuk bercerai selepas suaminya tetap tidak muncul walaupun diminta untuk balik ke rumah.
“Hati saya sudah tawar untuk menerimanya semula. Bagi saya sudah terlambat untuk memulihkan hubungan ini,” katanya.
Jangan lupakan anak-anak
MAIZAWATI mengaku, dia tidak percaya suaminya sudah berkahwin dengan Waheeda kecuali ada pihak yang membuktikan sebaliknya.
“Kalau betul ustaz sudah berkahwin, kenapa hendak disorokkan. Tetapi setakat ini saya percaya mereka belum berkahwin. Selagi tiada bukti ustaz sudah berkahwin lagi, saya tidak akan mempercayainya (suaminya sudah berkahwin lagi). Tetapi kalau mereka sudah berkahwin, saya doakan mereka bahagia.
“Cuma saya hanya minta ustaz dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa seperti biasa,” katanya.
Menurutnya, apa pilihan yang dia ada kalau suaminya benar-benar mahu mengahwini Waheeda tetapi paling penting ialah tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak-anak.
“Saya boleh terima kalau betul ustaz mahu berkahwin lagi, malahan saya sudah memberikan keizinan kepadanya ketika dia balik ke rumah pada awal tahun ini.
“Pada waktu itu juga, ustaz mengaku mahu memperisterikan Waheeda, tetapi sampai sekarang saya tidak tahu apakah kesudahannya hubungan mereka. Kalau dia mahukan suami saya, ‘minta’ cara baik.
“Saya berusaha untuk memahaminya kalau dia kata mereka tidak boleh berenggang. Cuma satu saja harapan saya kepada ustaz iaitu jangan lupakan anak-anak,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
PANAS LAGI HANGAT
Isteri Akhil Hayy Di Wanita Hari Ini - Maizawati Zainal
Serius, isteri Akhil Hayy tampak lebih cantik + smoking hot berbanding Waheeda yang entah apa-apa itu. Hari ini, beliau hadir untuk sesi tembual bagi segmen 'Ditinggal Suami' yang mendedah'kan cerita di'sebalik kisah cinta antara Akhil Hayy & Waheeda. Sebelum ini, kita kerap di'hujani dengan penafian hubungan oleh mereka berdua. Rasa'nya, tiada lagi maklumat yang boleh kita percayai selain daripada isteri Akhil Hayy sendiri. OHBULAN! ternanti-nanti apakah penjelasan seterus'nya oleh Waheeda, mungkin'kah beliau masih menafi'kan dakwaan Maizawati?Andai kata ia betul-betul berlaku, memang kami tergelak besar.
Hasil rumusan daripada temubual tersebut, Maizawati pada mula'nya tidak percaya dengan pelbagai gosip yang melanda Akhil Hayy & Waheeda. Biasa'lah, kehidupan sebagai artis sememang'nya sering di'landa gosip. Namun, sewaktu sesi slowtalk antara beliau & suami, Akhil Hayy meminta izin untuk berpoligami dengan berkahwin dengan Waheeda. Kata'nya lagi, Waheeda juga bersetuju untuk di'madu'kan. Maizawati terkejut dengan permintaan tersebut kerana selama ini mereka berdua sering menafi'kan hubungan mereka terhadap pihak media. Logik akal'nya, takkan'lah pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup.
Maizawati akhir'nya mempercayai gosip yang selama ini melanda mereka, dan mengizin'kan Akhil Hayy untuk berkahwin dengan Waheeda. Namun sehingga kini, masih tiada sebarang perubahan. Waheeda pula, dalam Berita Harian mengeluar'kan kenyataan 'Jangan sampai saya hilang sabar'. Sabar apa tu wawa? Sabar nak kahwin ke? Ha ha
p/s: ustaz Mr. M dulu tak tengok wayang pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmm....sian si suzie ni ooopppsss...maiza... |
|
|
|
|
|
|
|
- edit -....
[ Last edited by erdina at 28-5-2009 00:03 ] |
|
|
|
|
|
|
|
edit............................
[ Last edited by erdina at 28-5-2009 00:03 ] |
|
|
|
|
|
|
|
takle blah gamba si waheeda ngan akhil hayy kat pantai tu... |
|
|
|
|
|
|
|
editttttt...............................
[ Last edited by erdina at 28-5-2009 00:04 ] |
|
|
|
|
|
|
|
editt.........................
[ Last edited by erdina at 28-5-2009 00:04 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by erdina at 27-5-2009 21:13
tapi soal ada forumer dok kata salah si suzie ni yg membuat akil tak tahan..entahlah..aku tak berani komen....kalau dulu si suzie ni boleh tahan gak orgnya...tak mustahil dah lama dia berubah.... ...
tak terkate aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 erdina\ catat
uik..ada 2 nama ke? nape dina byk edit posting? ter post byk kali ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #36 noradaniez\ catat
nmpknye dina dah edit smua yg dia posted smlm...x smpt baca....huhuhu! dpt baca sikit yg noradaniez quote....."ada forumer dok kata salah si suzie ni yg membuat akil tak tahan"...rasenye tu alasan lelaki yg mmg dah ada wanita pujaan lain. dlm tak tahan dgn sikap si isteri anak berderet2 keluarnye....wlupun betul as suami dia kene didik le isteri bukan ambik lgkah mudah nikah lain or mencari cinta. dh le tu abaikan tgjwb thadap isteri & anak2..x luangkan masa dgn dorg la...ape le nak jd dgn org gunung mesah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #38 220796\ catat
Tu la.. ape ke hei nye la org gunung mesah hilir ni.
patutnya... kalo dia ambik sikap diam diri sbb dah jd kes mahkamah.. explain la sikit kat wife tu.. bg dia paham. ni nak jelaskan semua kat mahkamah... nyampah lak aku baca dlm BH pg tadi.
Aku rs nyampah sgt sbb dia cam bkn akil yg aku kenal. Aku nk contact adik dia pun x berjawab. Kawn baik aku kawin ahad ni sure dia x dtg sbb mungkin dia dah tahu kang pengantin tah ke mana.. dia lak yg kena soal jawab psl citer abg dia |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #39 Herlina\ catat
ooo...ada hilir ek? ehehehehe! disebabkan dia artis dpt liputan meluas le...padahal kat alam nyata berjuta lg kes2 cmni.....cumanye dia tu idola muda mudi...dari rockers satu masa dulu trs jadi alim....tp alim kucen je kot sbb dok bercinta & ke hulu ke hilir dgn anak dara org siap tgkap gambar bagai....penah ada wartawan yg teserempak dia tgk wayang dgn wawa tu mlm2 kan? apekejadahnye dok cari bala...baik duk ghumah tunaikan tgjwb sbg ayah juga suami tentu2 dpt pahala....boleh bunuh setan byk2 ekor dlm 1 mlm kan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|