CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Senjata Tradisional : Misteri dan Kesaktian

[Copy link]
 Author| Post time 2-7-2009 05:06 PM | Show all posts
Miliki harta karun beribu tahun

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI


sebahagian artifek tembikar yang ada dalam simpanan Nor Ahmad.

MEMILIKI beberapa harta karun yang dipercayai artifak zaman dinasti diraja terawal dari China merupakan satu kepuasan baginya yang menunjukkan minat kepada pengumpulan barangan lama sejak sekolah rendah lagi.

Artifak yang dipercayai diperbuat pada tahun 201 Sebelum Masihi yang dinamakan Wine Fang Container diperoleh dari tapak bakal dijadikan perkuburan Cina di Semenyih.

Pengarah Urusan Dblack Auto Trading, Nor Ahmad Abdul Ghani, 48 memberitahu, artifak bekas air yang diperbuat daripada gangsa itu memperlihatkan imej empat ekor naga di setiap penjurunya.

Menurutnya, semasa ditemui keadaannya masih lagi baik walaupun tertanam berkurun lamanya.

Daripada pengamatan dan penyelidikan yang dilakukan oleh saya sendiri di Perpustakaan Negara, bekas air ini dipercayai telah berusia lebih 2,800 tahun.

“Ia digunakan sebagai bekas untuk menyimpan arak. Pada waktu itu dinasti beraja China, gangsa bukan sahaja dijadikan barangan harian, peralatan bekerja dan senjata masyarakat purba tetapi memperlihatkan seni yang menakjubkan.

“Dipercayai artifak itu adalah sepeninggalan rombongan dari China yang datang berdagang di Tanah Melayu pada waktu itu.

“Pernah saya ditawarkan dengan harga RM500,000 tetapi saya tidak mahu menjualnya kerana nilainya bukan sekadar itu, ia lebih tinggi lagi kerana di negara China sekali pun, barangan ini sudah tidak dapat diperoleh. Ia suatu artifak yang begitu berharga,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, selain bekas air itu, koleksi yang istimewa yang tersimpan di rumahnya ialah pedang yang diperbuat pada 1819 yang diperoleh dari Indonesia tetapi berasal dari China.

“Dipercayai pedang itu adalah milik Presiden Indonesia Pertama, Sukarno. Di dalam pemegangnya terdapat piagam dan surat daripada anaknya, Megawati Sukarnoputri yang membenarkan pedang itu dibawa keluar dari Indonesia.

“Saya memperolehnya apabila seseorang menyerahkannya ketika saya melawat makam Sukarno di Tanjung Kodok, Indonesia,’’ jelas bekas pegawai tentera darat ini.

Satu persatu koleksi harta karunnya ditunjukkan kepada penulis, maka tidak hairanlah kediaman setingkatnya telah kelihatan seperti muzium.

Kini jumlah koleksi dalam simpanan Nor Ahmad telah menjangkau ratusan, namun itu masih tidak memberi kepuasan baginya kerana banyak lagi barangan yang ingin dimiliki.

Malah, dia sanggup pergi ke sana ke mari jika kedengaran ada barangan unik walaupun ke luar negara sekali pun.

“Teko hitam ini dipercayai berasal daripada Dinasti Ming. Sesuatu yang menarik mengenai teko ini ialah terdapatnya kalimah Allah di bahagian hadapannya dan cap mohor berkepala naga.

“Ia saya peroleh di Janda Baik, Pahang dan artifak ini dipercayai tinggalan pedagang China yang beragama Islam yang datang ke Tanah Melayu,’’ kata bapa kepada empat orang anak ini.

Nor Ahmad yang berasal dari Taiping, Perak, menjelaskan, loceng tembaga juga dipercayai daripada Dinasti Ming dijumpai di tepi laut di Skudai, Johor.

Beliau turut menunjukkan koleksi cawan naga China yang boleh berubah warna iaitu daripada warna coklat gambar naga tersebut ke warna merah apabila diisi dengan air panas. Sesuatu yang menakjub, apabila diminum, airnya sejuk.

“Ia merupakan alat perubatan dari negara China pada zaman dinasti beraja,’’ katanya.

Mengorek cerita apakah barangan yang pertama dikumpulnya, Nor Ahmad berkata, botol air minuman iaitu Coca Cola, FN, Sarsi dan Orange yang dibeli sejak berusia tujuh tahun. Kini ia telah berusia hampir 40 tahun dan masih tersimpan cantik dengan kandungan airnya yang asal.

“Sejak itu, saya mula minat dan banyak barangan peninggalan nenek moyang saya yang berasal dari Patani menjadi koleksi saya.

“Contohnya, dulang tembaga tanpa ukiran yang berusia 400 tahun. Ia digunakan semasa zaman kesultanan Melayu. Dahulu, datuk saya penghulu di Pulau Tiga, Perak dan boleh dikatakan mewah juga, oleh itu banyak barangan kelas atasan yang kini milik saya seperti jug kaca biru yang hanya orang kaya mampu memilikinya,’’ katanya.

Menurut graduan kejuruteraan kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini lagi, koleksi yang lain ialah baju songket pengantin yang berusia 120 tahun, timbang emas buatan Jerman yang diperbuat pada tahun 1932, pengisar kopi berusia 60 tahun, tiga buah kereta mini berusia 40 tahun, kerusi malas (100 tahun), koleksi duit, radio lama, telefon lama dan beg arwah biduanita Saloma, paip Cina daripada gading gajah dan lain-lain.

Pemilik kedai kereta terpakai ini memberitahu, pernah dia membuka kedai antik dua tahun lalu kerana ketiadaan tempat untuk menyimpannya, namun terpaksa ditutup untuk menceburi bidang lain.

Menjadikan rumah sebagai muzium penyimpan barangan lama bukanlah mudah kerana banyak keanehan yang berlaku. Ini kerana kebanyakan pemiliknya telah meninggal dan mungkin mempunyai ‘penjaganya’.

“Pernah saya membeli artifak lama dari Indonesia iaitu keris Majapahit dan cerek berimej naga bergigi tajam. Kedua-dua barang itu balik sendiri ke tempatnya di Surabaya.

“Oleh kerana tidak percaya, saya sendiri kembali ke kedai yang dibeli di Surabaya dan betullah kedua-duanya berada di situ.

“Ini adalah risiko yang mungkin dialami oleh pengumpul artifak lama. Tetapi saya sentiasa memastikan keluarga berada dalam keadaan selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak,’’ katanya di akhir perbualan.


Bagi sesiapa yang turut meminati harta karun dan ingin berkongsi pengalaman boleh menghubungi Nor Ahmad di talian 016-6830878.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 04:04 PM | Show all posts
siyes boleh diri ek?..

dia diri sebab balance atau berdiri sebab dipegang makhluk yg tak nampak?..
yenil95 Post at 16-6-2009 06:05 PM




tu la aku terrpikir kot2 sape2 yang leh nampak ada tangan lain yang memegang keris tu ke???
dulu masa teringat cikgu sejarah aku citer pasal parang/kapak/keris melayang2 cari mangsa pada zaman2 jepun dulu..
agak2 ada kaitan kott...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 07:37 PM | Show all posts
{:2_77:}{:2_73:}{:2_74:}{:2_71:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 11:02 AM | Show all posts
Misteri: Meriam tegak ada penunggu
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]




Cangkuk utama jengkaut yang digunakan untuk mengorek lubang bagi mengeluarkan meriam patah dua, enjinnya rosak. Pemandunya lari ketakutan dan demam kerana terkena 'teguran'

USIK mengusik, gurau senda suami isteri boleh membawa bahagia, tetapi jika berlebihan dan tidak kena pada tempatnya boleh membawa padah, apatah lagi jika membabitkan individu yang dikatakan mempunyai ilmu kebatinan tinggi.

Itulah yang berlaku kepada pasangan Che Wan dan suaminya dikenali Che Noh yang menetap di perkampungan Melayu Riau, di Pulau Dabo Singkep, Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia kira-kira 200 tahun dulu.

Semuanya bermula dengan gurauan, si suami sambil bergurau ingin mencampakkan isterinya ke laut untuk membuktikan kekuatan diri tetapi dicabar isterinya dengan menguji setakat mana ilmu suaminya.

Che Wan mengangkat sebuah meriam lalu dipacak ke pantai dan cuba dicabut suaminya tetapi gagal. Bahkan, hingga ke hari ini, belum ada sesiapa yang mampu mengeluarkan meriam itu yang cuma terbenam kira-kira 0.33 meter ke dalam pasir.

Penduduk kampung menggelarnya meriam tegak. Ada yang memanggilnya meriam pacak, yang pasti meriam dianggarkan sepanjang empat kaki (1.32 meter) itu berdiri tegak dengan muncung ke atas manakala bahagian bawahnya terbenam ke dalam pasir.


Pokok hidup dalam batu di Pantai Batu Berdaun.

Logiknya, jika meriam besi itu cuma terbenam 0.33 meter ke dalam tanah berpasir, ia cukup mudah untuk dikeluarkan, tetapi meriam ini mempunyai misteri tersendiri.

Kedudukannya di tepi jalan berturap di kawasan peranginan Pantai Batu Berdaun menyebabkan ada usaha mengalihkan ke tempat yang lebih selamat untuk ditempatkan di muzium.

Anehnya, semua percubaan untuk mengalih meriam dipercayai berusia lebih 200 tahun itu tidak pernah berhasil, padahal logiknya, jika digali dengan tangan pun memadai untuk mengeluarkan meriam berkenaan kerana ia tertanam di kawasan berpasir.

Penduduk di situ percaya meriam itu ada penjaganya kerana ia bukan sembarangan meriam. Mereka percaya ia dipacak di situ dan ‘dikunci’ hingga sekarang. Apabila pemegang ‘kunci’ (Che Wan) itu sudah meninggal, tiada sesiapa lagi yang boleh mengubahnya.


Hinggalah sekarang tiada siapa yang tahu, tetapi yang pastinya mereka sepakat biarlah meriam itu bersemadi di situ bersama penjaganya.

Ini kerana penduduk pernah menggunakan jentolak untuk mengorek lubang mengeluarkan meriam berkenaan, hasilnya cangkuk utama jengkaut patah dua, manakala enjin jengkaut rosak. Pemandunya lari ketakutan kerana terkena ‘teguran’ penjaga meriam yang marah kerana cuba mengganggu kawasannya.

Cubaan diteruskan dengan membawa beberapa orang dukun bagi memudahkan urusan mengorek keluar meriam. Nasibnya berbeza, jengkaut tidak patah, tetapi sebaik saja mata cangkuk mencecah tanah, badan jentera pengaut itu tiba-tiba terangkat di bahagian belakang.

Seolah-olah mengorek benda yang terlalu keras hingga mata jengkaut pun tidak boleh masuk ke dalam pasir menyebabkan lagi sekali pemandunya lari ketakutan dan dikatakan demam berminggu-minggu.

Sepanjang laluan di pantai Batu Berdaun itu memang ada banyak meriam lama kerana di situ dikatakan antara benteng pertahanan utama kerajaan Melayu Johor Riau Lingga menahan asakan serangan meriam Belanda yang berpangkalan di Kampung Batu Bongkok.

Bagaimanapun, dua lagi meriam berhampiran sudah dialihkan dengan bantuan beberapa dukun yang meminta ‘izin’ mengalihkan meriam berkenaan.

Penduduk, Abdul Rani Atan Leman, berkata berdasarkan cerita lisan waris keturunan pasangan Che Wan dan Che Noh yang dikenali dengan panggilan Mak Cik Indon, berusia 78, mereka pernah mendapat mimpi supaya meriam dan apa saja barangan peribadi pasangan itu dijaga dengan baik.

“Dua lagi meriam sudah diizinkan untuk dialih, tetapi pelbagai hal berlaku. Satu daripadanya dihantar ke Lingga, dipadankan dengan pasangannya dan dibiarkan di situ. Itu warisan kerajaan Melayu Johor Riau Lingga.

“Satu lagi dibawa ke Pulau Penyengat, Tanjung Pinang menaiki kapal. Dalam perjalanan, kapal itu karam, tetapi meriam itu berjaya diselamatkan. Sebab itu sampai sekarang penduduk tidak berani nak usik meriam tegak itu.

“Pernah berlaku meriam itu sudah hampir dikeluarkan, sudah senget, tetapi apabila datang semula esoknya, meriam itu tegak semula seperti asal. Mereka gali lagi, tinggalkan kawasan itu sebab hari gelap, tetapi apabila datang semula, meriam itu sudah tegak seperti asal,” katanya.

Apa yang boleh dilakukan hanyalah meletakkan pagar kecil di keliling meriam pacak itu sebagai tanda peringatan. Disebabkan kejadian aneh itu, kawasan itu turut menjadi tumpuan peminat nombor ramalan untuk mencuba nasib.

Penduduk pernah terserempak dengan beberapa kumpulan sedang ‘menurun’ nombor ekor pada waktu tengah malam tetapi mereka sekadar memerhatikan saja apa yang akan berlaku. Keesokannya heboh cerita kumpulan itu bertempiaran lari seolah-olah dikejar sesuatu.

Penulis berpeluang melihat sendiri meriam berkenaan dan mendapati kedudukan meriam itu tegak 90 darjah, langsung tidak senget walaupun sudah berada di situ sejak ratusan tahun dulu, padahal kedudukan berhampiran pantai dan ada kalanya dilanda ombak besar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:37 AM | Show all posts
salam syd dan semua....

nice info.....bagus syd....kesemua info nie bagus untuk generasi yang kurang arif sangat dengan sejarah melayu..terutama yang berkaintan ngan senjata tradisional...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:37 AM | Show all posts
salam syd dan semua....

nice info.....bagus syd....kesemua info nie bagus untuk generasi yang kurang arif sangat dengan sejarah melayu..terutama yang berkaintan ngan senjata tradisional...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2009 12:37 PM | Show all posts
seronok baca kisah mistik senjata purba
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 01:50 PM | Show all posts
salam maxx...

yelah..tapi ilah kurang minat sikit dalam bab senjata..macam keris emas kecil bertahta permata.....dan senjata pedang macam pak arab tu...hmmm yang nie pernah ternampaklah..siap pegang lagi....tapi sebab tak minat ..terus letak balik ditempat asal..dimana ilah jumpa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 03:16 PM | Show all posts
aha ..baru teringat arituh pegi muzium ..seronok klu ambik masa berjalan2 tanpa berkejar2 ..banyak juga ambik gambar  senjata2 lama arituh .. walaupun di larang ambik gambar...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 03:17 PM | Show all posts
salam maxx...

yelah..tapi ilah kurang minat sikit dalam bab senjata..macam keris emas kecil bertahta permata.....dan senjata pedang macam pak arab tu...hmmm yang nie pernah ternampaklah..siap pegan ...
ilahkhatibrani Post at 10-8-2009 01:50 PM



Salam ilah,

betul ke sesetengah senjata perba nih ade 'penunggunya'?

so tak leh la nak suka2 main ngan sejata tuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 04:00 PM | Show all posts
Wahhhh....topik ni mmg menarik la.............ralit dan asyik aku baca....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 04:12 PM | Show all posts


tu la aku terrpikir kot2 sape2 yang leh nampak ada tangan lain yang memegang keris tu ke???
dulu masa teringat cikgu seja ...
limaukasturis Post at 3-7-2009 16:04


yenil tengok cincin uncle yg pegang keris tu pun macam ada sesuatu..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 08:02 PM | Show all posts
32# yenil95

waaa yenil kasyaf lee...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 10:15 AM | Show all posts
Salam ilah,

betul ke sesetengah senjata perba nih ade 'penunggunya'?

so tak leh la nak suka2 main ngan sejata tuh
cmf_Maxx Post at 10-8-2009 15:17


salam maxx...

hmm yang nie ilah rasa bergantung jugaklah......ada cara nak tahu..tapi ilah tak arif sangatlah maxx....maaf yek
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 10:26 AM | Show all posts
salam............... syd.......... best info yg ko berikan..........
tenkiu..............
daku jauh sgt nk melawat muzium.......
last gi muzium negara taun 2003 sebelum pindah ke sabah..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2009 11:11 AM | Show all posts
Dengarnya... Lembing Awang masuk panggung Oktober depan
Oleh Normah Becok

BARU-BARU ini Cik Normah dikejutkan dengan jemputan berbuka puasa daripada sebuah syarikat filem yang menerbitkan Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Terkejut sebab selama ini Cik Normah tidak pernah dihubungi atau dimaklumkan mengenai apa-apa berita berkaitan dengan filem itu.

Tapi Cik Normah memang tahu pasal filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang yang diilhamkan dari novel tulisan sasterawan, Shaharom Husain, pertama diterbitkan pada tahun 1957. Ia cerita legenda dari Johor mengenai satu tragedi cinta berdarah.

Filem ini diarahkan oleh Majed Salleh, khabarnya bakal ditayangkan pada 22 Oktober depan. Maknanya sebulan selepas Aidilfitri nanti. Apa yang Cik Normah tahu, filem terbitan Dayang Digital Sdn Bhd ini sudah lama disiapkan. Cuma tiada hebahan promosi atau publisiti filem itu. Malahan, Cik Normah dan kawan-kawan yang lain tidak tahu dengan siapa hendak berhubung untuk bertanyakan fasal filem ini.

Sekarang ringkasan cerita filem itu sudah ada di atas meja Cik Normah. Begitu juga barisan pelakonnya seperti Siti Elizad sebagai Dayang yang jatuh hati dengan Awang lakonan Farid Kamil. Apabila Awang hendak masuk meminang, bapa Dayang yang pentingkan darjat, mengenakan syarat ketat sehingga Awang terpaksa belayar selama tiga tahun.

Selama ketiadaan Awang, Bachok (Zul Huzaimy) juga meminati Dayang. Dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah (Hattan) yang juga bekas lanun, Bachok mengumpan Pak Long agar dapat mendekati Dayang.

Di atas kertas, Cik Normah berasakan filem ini menarik juga untuk ditonton. Lagi pun, sudah lama sangat Cik Normah tidak menonton filem Melayu dari genre ala-purba. Drama di TV pun, sudah tidak ada cerita berlatarkan zaman Melayu klasik.

Cik Normah harap penerbit filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang gigih melakukan promosi untuk memastikan ada orang menonton. Cik Normah pasti, ramai yang tidak tahu fasal filem ini. Kawan-kawan sepejabat Cik Normah pun ternganga juga apabila Cik Normah sebut pasal filem Lembing Pulang Ke Dayang hendak ditayangkan masa raya nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2009 12:32 PM | Show all posts
32# yenil95

waaa yenil kasyaf lee...
limaukasturis Post at 10-8-2009 20:02


bukanla kasyaf limau..selalunya org yg buat mende2 ni letak sesuatu dalam cincin..macam pendamping gitu..dalam kes ni, kalau takde ilmu, boleh sakit tau pegang keris2 yang dijaga macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 01:50 PM | Show all posts
huhuh..

best2..

aku sangat teruja ngan keris..

mana2 tempat aku pegi.. kalo ada keris.. mesti nak tgk..

huhu..!!

kat muzium negara pun penah tgk masa dorang wat pameran keris ..

mmg best...

aku pun ada collect keris..

tp... nak dapat yg ori susah..

sbb ramai yg tipu..

apa2 pun.. keris satu senjata yg perlu di hormati..

bukan sanjung @ agung kan.. takut jd syirik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 01:52 PM | Show all posts
32# yenil95

benda2 camni mesti ada khadam..

itu perkara biasa,...

kalo nak tgk khadam keris neh..

tgk pada hulu dia.. tenung dalam2...

insyaALLAH akan nampak ..

baca r skit2 apa2 yg patut...

ni.. tukang buat keris bgtaw aku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 02:46 PM | Show all posts
arwah ayah dulu ada dua bilah pedang. satu besar bersalut kain merah
dan yang satu lagik kecik sket bersalut kain kuning. org dlu2 kan harus ada senjata2 ni smua
nk protect diri. lagi pulak, kg ayah ni mmg dkt sgt dgn tempat komunis. tapi, ayah kta
dia tak 'mampu' nak jga pedang2 ni smua. ye lah nk perasap segala. lagipun ayah mmg tak
pecaya pd benda2 tahyul ni. so, pedang2 ni skrg berada dlm simpanan ayah saudara sebelah
mak yang alim. mungkin lebih selamat di situ. masa nak kawen dlu, kazen penah soh amek
and jga pedang2 tu. sbb nya ayah saudara sudah semakin tua. tp, dia pesan nak amek kna
buat lah amalan perasap smua tu. tp joyah buat derk je..tak brani lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086734 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list