|
alamak .aku ni jenis pakai kereta dlm 3-4 tahun je,pastu mula laa gatal jari nak bawak kereta lain pulak.nampak VW ni tak sesuai laa untuk aku melainkan dapat duit turun dari langit.
aku berminat nak pakai Polo Gti pun sebab ada diskaun 35k , kalau lepas 3-4 tahun then nak jual takda laa teruk sangat nak jual berbanding sapa yg beli pada harga 139k tu.(harap andaian aku betul pasal second value )
aku pun ada terbaca pasal after sales and service yg agak tidak menyakinkan .ramai komen yg tak enak didengar. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah kontek minah tu.memang betul ada promotion utk polo gti
aku ada dapt email dari Wearnes (ampang)
- Golf gti SE,with (RM4k) off from RM198,888 YEAR 2009 MODEL
- Bettle 1.6/2.0 (RM2k) off from RM139,888 / RM156,888 YEAR 2009 MODEL
- Jetta 1.6/2.0/1.4 / (RM40k) off from RM182,888 / YEAR 2007 MODEL / RM158,888 YEAR 2008 MODEL.
- Golf plus 1.6 (RM35k) off from RM165,888 YEAR MODEL 2007
memang offer yang menarik , tapi yang tak menariknya over my bajet. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #23 mikasa\ catat
Ko tak confirmkan ker keta tu baru ker atau stok Le Tour de Langkawi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by danedzya at 18-6-2009 22:01
Ko tak confirmkan ker keta tu baru ker atau stok Le Tour de Langkawi??
Polo gti memang kereta baru .
yang lain tu aku malas nak tanya sebab semuanya tak tercapai oleh bajet aku.
kalau sapa berminat aku boleh kasi no hp SA tu |
|
|
|
|
|
|
|
Harga yang Wearnes bagi kat mikasa tu untk brand new unit. Coz kalau le tour de langkawi punya kete lg murah daripada tu. Diaorg bagi diskaun coz model mcm beetle, jetta, golf 1.6 susah nak jual, korang bleh tgk sendiri atas jalan pun susah nak jumpa model-model tu. Yang diaorg bleh jual mcm goreng pisang panas model Golf GTi je. Diaorg bg diskaun untk Golf GTi tu coz Golf GTi MK VI akan masuk malaysia by the end of this year. Setau aku Golf GTi SE ni kerusi dia cloth bukan leather mcm yg sebelum ni but kelebihan SE ni dia ada sunroof. |
|
|
|
|
|
|
|
Bettle dan Passat ramai jugak aku pakai tapi Golf Plus jarang nampak
Jetta 1.4 diaorg bawak masuk 5 bijik utk test marker tapi baru jual sebuah.nampak gaya macam tak laku.
Kalau Passat memang aku minat tapi harga ...mmmmh mahal tul |
|
|
|
|
|
|
|
27# mikasa
Ko ada akaun CIMB tak?Ada peraduan menang keta Volkswagon nie..heh!heh!
SEKIRANYA anda memandu di tengah bandar atau terperangkap dalam kesesakan jalan raya selepas waktu bekerja, anda akan berpeluang melihat sebuah kereta Volkswagen diangkut di dalam satu kotak khas di atas lori.
Jika tidak pun, sewaktu membeli barangan keperluan di pasar raya, jangan terkejut jika anda dikelilingi oleh petugas-petugas CIMB Tow Truck yang sibuk memberikan beg-beg hadiah dan rebat tunai.
Selepas kejayaan kempen Dream Deposit pada 2006 dan peraduan Dream Deposit Drive setahun kemudian, CIMB kini kembali dengan inisiatif yang sama. Cuma, bezanya hadiah kali ini lebih besar untuk dimenangi.
Terbuka kepada semua pelanggan CIMB, kempen ini berlangsung selama empat bulan bermula pada 9 Mac sehingga hari ini.
Bagi memeriahkan promosi dan menguar-uarkan peraduan Deposit.Dream.Drive: Back Again! Campaign, CIMB Bank mempamerkan hadiah bulanan iaitu kereta dalam siri jelajah ke seluruh negara.
Seorang pemenang bertuah pada setiap bulan berpeluang memandu pulang sebuah daripada empat buah kereta jenama Volkswagen iaitu pemenang bagi bulan Mac akan menerima Volkswagen New Beetle 1.6I, April (Volkswagen Golf GTi 2.0I Turbo FSI), Mei (Volkswagen EOS 2.0I TurboFSI) dan Jun (Volkswagen Touareg 3.6I V6 FSI).
Dari hari Isnin sehingga Ahad, CIMB Bank turut mempamerkan sebuah lori tiga tan yang menempatkan kereta yang bakal dimenangi pada bulan tersebut dan menjelajah ke seluruh Malaysia.
Secara puratanya, lori tersebut akan berhenti di lima buah cawangan CIMB Bank di bandar-bandar terpilih, selain lokasi bertrafik tinggi di Semenanjung Malaysia.
Di setiap perhentiannya, krew lori ini akan mengedarkan risalah-risalah berkaitan kempen, beg hadiah CIMB Bank dan rebat tunai kepada para pelanggannya.
"Baru-baru ini, saya berada di dalam CIMB Bank untuk membayar bil. Kemudian, saya ternampak sebuah lori dengan kereta Volkswagen di dalamnya diparkir di luar bank.
"Kerana ingin tahu, saya pun menuju ke arah lori itu dan berjaya menjawab beberapa soalan mudah mengenai kempen terkini CIMB Bank. Akhirnya, saya memenangi rebat tunai sebanyak RM50," kata Jameson Wong.
Apa yang perlu dilakukan adalah membuka akaun dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic dan depositkan amaun minimum RM500. Semudah itu sahaja!
Bagi pemegang akaun CIMB sedia ada, mereka hanya perlu mendeposit jumlah sama ke dalam akaun dan berpeluang terpilih sebagai pemenang bertuah.
Dengan rangkaian yang luas dan saluran mesin ATM serta akses perbankan melalui Internet, semua orang berpeluang untuk menang!
Pemenang mingguan layak meraih wang tunai RM2,000 manakala seorang pemenang bertuah bulanan berpeluang memandu pulang sebuah kereta Volkswagen!
Maklumat lanjut mengenai kempen CIMB Dream.Deposit.Drive: Back Again!, sila layari https://www.dreamdepositdrive.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|