|
20# Syd kg syd kat mana?kat semenanjung ni evy tak pernah nampak org jual buah tarap...dah lama da cari buah tarap kat selangor tapi tak jumpa2..kalau pokok tarap kat kg evy memang banyak di ladang2/kebun2 getah.. |
|
|
|
|
|
|
|
21# evy8
a ah.
kat semenanjung.
sama tpt laa ngan si beehaa tu..
mmg tak nampak pung orang jual. ntah lah. ntah ada lagi ntah tidak pokok tu. mcm dah pupus jerk. |
|
|
|
|
|
|
|
24# Syd huhuhu..sedapnya... ..kalau tak silap tarap ada dua jenis..satu daun dia mcm yg dlm gambar tu..satu lagi bentuk dia hampir2 bulat dan tepi2 daun tak sama mcm dlm gambar tu..buah pula kebanyakan kalau di kg evy mcm buah yg pic pertama tu..isi besar2..yg pic kedua tu,isi kecik ja2..kurang sedap la..kalau pokok tarap yg buah kecik2 tu memang tinggi manakala yg buah isi besar2 tu takde lah tinggi sangat..pokok tarap kat umah evy rendah ja,isi dia pula besar mcm cempedak.mama evy ckp tarap tu da jd kacukan..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
dulu waktu kekecik, arwah nenek ngan arwah moyang dok citer
dorang dulu2 biji buah terap nih
dorang buat sambal |
|
|
|
|
|
|
|
26# Syd kalau mama evy goreng tanpa minyak ja biji tarap tu,sedap...tapi kalau buat sambal tak pernah makan lagi..mungkin sedap kan..mcm petai..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|

buah terap goreng |
|
|
|
|
|
|
|
28# Syd sedapnya buah tarap masak macam cempeak goreng.just masukkn isi2 tarap dlm adunan tepung kemudian goreng...nyummm.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu selalu makan mentah2 jerk gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
30# Syd buah tarap ble makan mentah ke?tak pernah dengar..kalau kat kg evy,buah tarapp yg mentah ble msk jadi sayur..buah yg setengah masak sedap dimakan begitu saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak..meleleh le tengok buah yang ada daun macam daun kari tu...kat orang asli kat pahang ni x dek jual plak..buah yang syed panggil gidang ru buah ridan ( nephelium maingayi)..kat pahang ni dah abih musim 2-3 bulan lepaih....saya selalu tengok makcik2 asli jual kat pekan sari kat pekan pahang..macam2 pokok dierang buat ubat..paling menarik..nama tengkorak berukk...macam pokok bonsai, dierang ramas air daun dial dalam air, jelum untuk sakit kepala ....interesting |
|
|
|
|
|
|
|
buah2an tu sume langsung tak pernah rasa.... |
|
|
|
|
|
|
|
31# evy8
yang dimakan mentah tu, buah yang dah masak ranum.
dah jatuh dari pokok yang tinggi tu. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
32# aishah
lambatnyer lagi nak dapat makan buah gidang / ridang tu

sedap sangat2 buah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berpesta kutip engkabang
Oleh RIZALMAN NOR
[email protected]

SELAH menunjukkan buah engkabang yang dikutipnya di kawasan hutan di Song.
KITA mungkin biasa mendengar dan melihat minyak dihasilkan menggunakan buah kelapa, jagung dan kelapa sawit, namun tidak ramai yang mengetahui masih terdapat sejenis buah yang boleh diproses untuk dijadikan minyak masak.
Buah yang dimaksudkan ialah engkabang. Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah mendengar namanya apatah lagi melihatnya di depan mata. Ini kerana pokok engkabang banyak tumbuh di kawasan pedalaman Sarawak termasuk di sekitar Sungai Rajang.
Buah engkabang atau nama saintifiknya shorea macrophylla cukup sinonim di kalangan masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak terutama kaum Iban.
Bagi masyarakat Iban, buah itu turut dikenali sebagai bilun atau buah helikopter kerana mempunyai pelepah kecil yang melindungi buahnya seolah-olah bilah kipas helikopter.
Menurut penduduk tempatan, mereka sangat terpegun apabila melihat buah engkabang gugur dari pokok kerana buahnya jatuh secara berputar bagaikan helikopter hendak mendarat.
Kosmo! difahamkan, engkabang mempunyai keunikan tersendiri kerana berbuah tiga hingga lima tahun sekali dan mengandungi khasiat sebagai agen antipenuaan.
Buahnya bukan sahaja dijadikan minyak, malah turut diproses bagi menghasilkan produk kosmetik untuk golongan wanita.
Ada juga sesetengah masyarakat di Sarawak menjadikan buah engkabang sebagai ulam kerana rasanya lebih lemak dan berbau harum sementara kayunya pula amat bernilai kerana boleh digunakan untuk membuat rumah.
Bagaimanapun, cara memproses minyak amat rumit kerana kulit buah engkabang perlu dikupas terlebih dahulu sebelum isinya dijemur untuk dikeringkan.
Menurut cara tradisional, isi engkabang yang sudah kering kemudian ditumbuk hingga halus dan diperah hingga keluar minyaknya.
Kemudian, minyak tersebut akan disimpan di dalam buluh sehingga menjadi seperti mentega sebelum digunakan untuk memasak.
Minyak yang dihasilkan daripada buah engkabang sangat sesuai digunakan untuk membuat nasi goreng kerana harumannya yang membuatkan nasi menjadi sedap.
Bagi penduduk yang bergantung hidup dengan memungut hasil hutan, ketibaan musim engkabang amat dinanti-nantikan kerana ia menjadi punca pendapatan.
Pada Februari lalu, penduduk di Song, Sarawak bagaikan berpesta menyambut kedatangan musim engkabang sehingga mereka sanggup berjalan di atas kayu-kayu terapung di sungai untuk memungut buah engkabang yang gugur sebelum dijual kepada pemborong.
Seorang tukang kebun, Selah Awi, 42, berkata, ramai orang termasuk kanak-kanak masuk ke hutan untuk mencari buah engkabang.
"Kami akan pungut buah engkabang yang gugur sebelum dibawa balik ke rumah untuk dikeringkan.
"Selepas isi engkabang kering barulah kami menjualnya kepada pemborong kerana isi yang telah dikeringkan lebih mahal harganya," kata Selah kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurut lelaki itu, beliau turut menanam pokok engkabang di kebun yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
"Dulu pokok engkabang banyak tapi sekarang tinggal sedikit saja kerana ia terpaksa ditebang untuk mendapatkan kayu bagi tujuan membuat rumah," ujarnya.
Selah memberitahu, dengan bantuan isteri dan anak-anak, mereka bersama-sama membelah buah engkabang bagi mengasingkan isi dan kulitnya untuk dijemur sebelum dijual.
Beliau berkata, sekarang susah untuk mendapatkan minyak yang dihasilkan daripada buah engkabang kerana prosesnya yang rumit.
"Kalau dulu, orang kampung akan buat minyak sendiri dengan memasak biji engkabang di dalam buluh, namun sekarang tidak ada lagi, malah di kedai pun sudah tiada," kata beliau.
Bagi pemborong buah engkabang yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 56, setiap kali tibanya musim engkabang, halaman rumahnya mesti dikosongkan untuk dijadikan tempat mengumpul buah yang telah dijual oleh penduduk.
"Kadang-kadang sampai tiga tan buah yang telah kering dijual oleh penduduk sehinggakan tidak cukup tempat untuk menyimpannya," katanya yang menjadi pemborong engkabang sejak tahun 1986.
Katanya, buah engkabang yang belum kering dibeli pada harga 60 sen sekilogram, manakala isi yang telah kering dibeli pada harga antara RM1 hingga RM2.
"Walaupun saya membeli buah yang telah kering, namun ia akan terus dijemur dan dikeringkan lagi untuk mendapatkan kualiti terbaik sebelum dihantar ke Sibu.
"Buah ini kemudiannya akan dieksport ke luar negara kerana mendapat permintaan yang tinggi di sana," jelasnya.
Di saat kemeriahan penduduk memungut engkabang apabila tiba musimnya, penduduk tempatan bagaimanapun melahirkan rasa kecewa kerana banyak pokok telah ditebang oleh pembalak haram dan untuk tujuan pembangunan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# Syd
Hi syd..lama tak namak awak kat hg ni..
evy tak pernah nampak and dengar lagi ttg buah engkabang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
elo evy..
heheh mmg dah lama tak jenguk sini...
bz kekdahnya..(katanya...)
ai terbaca kat kosmo hari neh
buah tu nampak unik sangat
kalau laa dapat cari mcm mana proses nak buat minyak dari buah nehh
jap lagi nak p godek2 surf cari |
|
|
|
|
|
|
|
erm.. byk rupanya buah yg sy x kenal.. bukan jenis2 pokok je sy x tau.. nmpak gayanya.. byk lagi sy kena baca ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab antipenuaan tu sgt menarik, mesti org yg makan minyak dr engkabang awet muda |
|
|
|
|
|
|
| |
|