|
saya nak tanya kengkawan.
saya akan pergi beijing februari 2011..dan saya akan pergi ke shenzen d ...
zul_khaleeda Post at 18-12-2010 13:18 Buat Multiple entry lah senang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by queenhua at 18-12-2010 20:55
saya nak tanya kengkawan.
saya akan pergi beijing februari 2011..dan saya akan pergi ke shenzen d ...
zul_khaleeda Post at 18-12-2010 13:18
maksudnya dr beijing ke shenzhen dan terus ke hong kong? betul tak?
balik ke Msia dr mana? dr hong kong ke dr shenzhen?
masuk ke hong kong tak perlu visa.. so kalo balik dr hong kong single entry dah cukup tapi kalau nak patah balik ke shenzhen lepas tu, kena buat double entry..
multiple entry ni dengar kata kalo first time ke china susah sket nak dapat... unless before this dah pernah apply single or double entry ke china. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat Multiple entry lah senang......
alyaimra Post at 18-12-2010 14:39
maceh.. |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya dr beijing ke shenzhen dan terus ke hong kong? betul tak?
balik ke Msia dr mana? d ...
queenhua Post at 18-12-2010 20:53
yg china tu sya gi dan balik dari china.
yg shenzen to saya balik nanti ikut shenzen...tapi saya nak jalan2 masuk hkong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by queenhua at 20-12-2010 16:31
yg china tu sya gi dan balik dari china.
yg shenzen to saya balik nanti ikut shenzen... ...
zul_khaleeda Post at 20-12-2010 16:25
owh... sorry2.. salah baca... hehehe... ingatkan trip yg sama.. baru perasan bulan lain2 sengal pulak aku ni...
try la apply multiple entry tp kalo xleh.. first trip yg ke china tu buat single entry dulu, pastu second trip buat multiple or double... rugi je kalo nak kena gi buat banyak2 kali... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 24# zul_khaleeda
kalo dari shenzhen and nak masuk hong kong pastu ke shenzhen balik n kuar terus dari shenzhen kena double entry.... tak payah triple entry....
kiranya mcm ni...
dari shenzhen ke hong kong lepas aje imigresen (kira satu entry)
masuk balik ke shenzhen dari hong kong n terus stay kt shenzhen sampai balik msia (kira satu entry) jadi semuanya 2 entry |
|
|
|
|
|
|
|
Reply zul_khaleeda
kalo dari shenzhen and nak masuk hong kong pastu ke shenzhen balik n kuar ...
zafira Post at 20-12-2010 17:01
maceh zafira.
tentang bayaran single,dable,tripel mcmana?
saya baca posting belakang2 mcm harga lama...jadi conpius lak..harga terkini berapa ya..
lagi satu nak tanya..visa ni valid setahunke? |
|
|
|
|
|
|
|
maceh zafira.
tentang bayaran single,dable,tripel mcmana?
saya baca posting belakang2 ...
zul_khaleeda Post at 20-12-2010 19:27
bayaran single n triple tak pasti tapi saya buat double entry kena RM78 sorang bulan may lepas. visa valid for 6 months |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zul_khaleeda at 21-12-2010 09:33
edit... |
|
|
|
|
|
|
|
Visa-L dikeluarkan kepada warga asing yang melancong, melawat saudara-mara atau untuk urusan peribadi di China.
i. Sila kemukakan dokumen berikut:
(i) Pasport asal yang mempunyai tempoh sahlaku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh permohonan dan mukasurat kosong yang mencukupi.
(ii) Satu Borang Permohonan Visa (e-borang/muat turun) yang lengkap dengan gambar pasport (sila tampal di atas borong permohonan); pemohon mesti melengkapkan borang permohonan dengan informasi yang benar; jika pemohon mempunyai nama Cina, sila isikan nama Cina sebenar; permohonan visa yang tidak lengkap, tidak jelas atau palsu akan ditolak.
(iii) Pemegang pasport bukan Malaysia mesti mengemukakan dokumen asal atau salinan yang mempunyai permit bermastautin atau permit kerja yang tidak kurang dari 6 bulan (kecuali mereka yang bermastautin atau kerja di Malaysia tanpa perlu permit)
(iv) Pelancong yang melancong ke Tibet perlu menghubungi Jabatan Pelancongan Tibet terlebih dahulu (Nombor telefon: 0086-891-6834313, fax: 0086-891-6834632) dan mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan.
(v) Pemohon yang memohon untuk melancong dengan cara khas (seperti memandu, berjalan, menunggang basikal, menunggang kuda, ekspedisi, belon udara panas dan lain-lain) perlu mengemukakan surat notifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelancongan Negara China atau dari negeri, wilayah, daerah, atau bandaraya yang berkenaan.
ii. Cara memohon dan masa
(i) Cara memohon: Pemohon boleh datang sendiri, kuatkuasa orang lain atau agensi pelancongan untuk memohon visa di Pusat Perkhidmatan Visa. Pemohon boleh membuat tempahan masa penyerahan borang permohonan terlebih dahulu (tempahan atas talian). Sekiranya Kedutaan China berpendapat perlu mengadakan temubual, maka pemohon mesti hadir ke pejabat Kedutaan China untuk temubual.
(ii) Masa pemprosesan: Visa biasa memerlukan 4 hari kerja untuk diproses. Pusat Perkhidmatan juga memberi perkhidmatan ekspress dan perkhidmatan segera. Untuk perkhidmatan ekspres, visa akan siap untuk dikutip pada hari kerja ketiga. Untuk perkhidmatan segera, visa boleh dikutip pada hari yang sama (permohonan mesti dihantar sebelum 10.30 pagi, dan dikutip pada 3.30 petang).
iii. Fi visa, tempoh sahlaku dan tempoh kediaman
(i) Bayar sewaktu membuat kutipan
(ii) Menerima bayaran tunai sahaja
(iii) Jadual fi visa dan fi perkhidmatan: (Unit: Ringgit)
Kategori Fi Jumlah
Warga Malaysia Warga Amerika Warga Negara lain
Fi Visa
Sekali masuk 30 465 130
Dua kali masuk 50 465 200
Masuk berulang kali(enam bulan) 80 465 250
Masuk berulang kali (satu/dua tahun) 120 465 400
Fi tambahan untuk kutipan pada hari kerja ketiga
100
100
100
Fi tambahan untuk kutipan pada hari yang sama (Kutipan pada 15:30-16:00)
140
140
140
Fi perkhidmatan permohonan
Servis biasa (kutipan pada hari kerja keempat)
28
28
28
Perkhidmatan ekspres(Kutipan hari kerja ketiga)
100
100
100
Perkhidmatan segera (Kutipan hari yang sama pada 15:30-16:00)
140
140
140
Nota: (1) Fi visa dikutip bagi pihak Kedutaan China.
(2) Fi perkhidmatan permohonan dikenakan oleh pusat perkhidmatan.
(3) Jumlah fi yang perlu dibayar oleh pemohon = fi visa + fi perkhidmatan permohonan.
(iv) Kecuali pemohon membuat permintaan khas dalam borang permohonannya dan diluluskan oleh Pegawai Konsular, tempoh sahlaku bagi visa sekali masuk biasanya ialah 3 bulan; tempoh sahlaku bagi visa dua kali masuk ialah 6 bulan dan tempoh kediaman setiap kali masuk ialah 30 hari.
(v) Tempoh sahlaku visa China, tempoh kediaman dan bilangan kali masuk adalah ditetapkan oleh Pegawai Konsular menurut undang-undang dan peraturan negara China.
(vi) Pengawai Konsular juga memutuskan samada visa diluluskan dan jenis visa yang dikeluarkan menurut undang-undang dan peraturan negara China.
iv. Perhatian
(i) Sila memohon visa sebulan sebelum memasuki China, tetapi pemohon tidak boleh memohon tiga bulan lebih awal dari tarikh masuk ke China. Sekiranya pemohon tidak memohon mengikut jangka masa yang ditetapkan, pemohon sendiri haruslah bertanggungjawab atas segala akibat yang mungkin timbul seperti visa tidak sempat dikeluarkan sebelum tarikh memasuki China atau visa China yang dikeluarkan telah luput tarikh.
(ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemohon (pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah ditandatangani oleh ibubapa). Sila isi N/A dalam ruang yang tidak berkenaan.
(iii) Pegawai Konsular, bergantung kepada keadaan, mungkin meminta pemohon mengemukakan dokumen sokongan yang lain. Pemohon harus mengemukakannya secepat mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..mmg isi borang 'visa application form of the people's republic of china ' je ke..yg physical examination form tu x perlu isi ke?..boleh saya tau ape yg perlu dibawa ke chinese embassy nti..thanks.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya baru balik dari apply visa.so saya lengkapkan borang.sampai sana amik nbr.saya dtg b4 jam 9.dpt nbr 2.tepat jam 9 panggil..petugas check borang tak sampai 3 minit.dan bagitau amik balik 28hb.bayaran rm58.
gambar sekeping dan pasport sahaja.
bayaran bila kita nak ambil balik paspot tu..
kalau nak senang print borang kat website dia..dan isi lengkap.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah selamat pun buat visa sendiri...dgn hanya rm56 sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
yup ..buat sendiri lg senang.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau saya nak buatkan visa untuk orang lain, kena ada surat kuasa ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau saya nak buatkan visa untuk orang lain, kena ada surat kuasa ker??
divasweet_77 Post at 24-3-2011 10:53
so far x perlu pun....melain kan bukan warganegara malaysia......kalau bukan warganegara kena pi sendiri utk buat visa...if warganegara mesia....sesiapa boleh buat kan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau saya nak buatkan visa untuk orang lain, kena ada surat kuasa ker??
divasweet_77 Post at 24-3-2011 10:53
tak payah surat kuasa.. just suruh org tu isi borang complete..then u submit je..dorang pun tak tanya apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Workeh. Noted. Thank you! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ayammm at 27-5-2011 12:23
kalau baby pun perlu visa ke untuk masuk ke china.baby baru umur 4bulan.bercadang nak ke gz untuk melencung terima kasih kepada yang sudi menjawab.semoga diberkati |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 39# ayammm
semua passport holder kena apply visa tak kira baby ke infant adult or children. i pun buat utk 5 org (hubby, myself and anak 3 : 6 thn 2 thn baby 5 bln.) last week. anak i yg dua thn tu imigresen suh tukar gmbar dia latest tp i tak smpat nk tukar, wat visa pun gmbar visa ngan pasport gmbar lain takde masalah.. esok dah nak fly hk/macau/shenzhen n gzou.... pasti huru hara trip k kali ni dgn bebudak bertiga ni!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|