CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MetalFire

PD ade buaya?

[Copy link]
Post time 12-1-2010 08:17 PM | Show all posts
dlm pertengahan tahun lepas, mmg ada dpt email pasal buaya kt PD nih... rasanya dlm KOSMO pun ada kuar pasal ada buaya kat area tanjung tuan, PD hingga pengkalan balak, melaka. lepas dpt email ada buaya kat PD, terus takut nak mandi kat sana.... ngeriii.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2010 11:07 PM | Show all posts
"air laut bertambah masin, kek pokan pedeksen"
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 02:09 AM | Show all posts
serius aku takkan mandi laut lagi..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 08:34 AM | Show all posts
iskkk ngeri aku tgk gmbr tu. ahad lepas bru aku g jalan2 kt pantai pd. takat cecah kaki jela kt tepi2 tu. aku rasa ni kumpulan minoriti buaya yang duduk kt pantai yg tak berapa rmai org cam kat corus tu. tapi tak mustahil jgk lama2 nnti dia smpai kt telok kemang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 04:28 PM | Show all posts
takpo, kito jangan poie sanun ghamai-ghamai dulu...biar deh barang2 kek sanun turun hargo skit...lamo skit sok baru poie jonguk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:34 AM | Show all posts
'Tiada buaya di pantai PD'

PORT DICKSON 14 Jan. - ''Pantai peranginan Port Dickson selamat. Tiada apa yang perlu dibimbangkan."

Itu reaksi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Samsuddin sebagai mengulas kejadian seorang lelaki yang mendakwa diserang seekor reptilia ketika mandi di pantai tersebut baru-baru ini.

Beliau menafikan lelaki itu digigit seekor reptilia - buaya, sebaliknya menegaskan, kemungkinan ia diserang haiwan lain ketika mandi.

''Di kawasan tempat lelaki itu mandi tiada buaya," tegasnya.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, mengalami luka teruk dan terpaksa menerima kira-kira 50 jahitan dipercayai diserang seekor reptilia ketika mandi di pantai persendirian di Batu 3, dekat sini. Pantai Batu 3 adalah kawasan persendirian.

Abdul Wahab berkata, beliau bersimpati dengan apa yang telah berlaku ke atas lelaki yang berasal dari Melaka itu.

''Saya ingin tegaskan di sini bahawa lokasi tempat lelaki itu mandi bukannya kawasan pantai awam dan di luar seliaan MPPD serta pasukan penyelamat pantai.

''Ia merupakan kawasan persendirian yang menempatkan dua hotel di situ," ujarnya.

Hasil siasatan dan pengamatan terhadap kecederaan yang dialami lelaki terbabit, kita dapati ia bukanlah daripada gigitan buaya.

''Jika mangsa diserang seekor buaya, pasti berlaku pergelutan di antara haiwan itu dengan mangsa.

''Kebiasaannya buaya akan memulas dan merentap mangsa yang digigit," katanya.

Katanya, jika mangsa diserang oleh ikan yu, berkemungkinan juga kaki mangsa akan direntap.

Abdul Wahab juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya pihak berkuasa di Port Dickson mengabaikan mangsa dan bersikap lepas tangan.

''Ini dakwaan palsu. Mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson sebelum mangsa sendiri meminta untuk dipindahkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

''Dua orang Exco kerajaan negeri telah berkunjung ke Melaka untuk menemui mangsa dan menyatakan rasa simpati terhadap kejadian yang berlaku," ujarnya.

Sehubungan itu, Abdul Wahab menegaskan, orang ramai tidak perlu takut atau bimbang untuk berkelah di pantai peranginan ini kerana ia dijamin selamat.

''Saya nasihat orang ramai supaya mandi di kawasan awam seperti Teluk Kemang, Batu 4 dan Tanjung Biru di mana pengawal keselamatan pantai sentiasa bertugas di kawasan terbabit," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2010 12:01 PM | Show all posts
dio tak kono memanglah cakap takdo apo2.Takut oghang dah takdo poie mandi PD laie...brapo kali dio mandi kek pd TUH ? Cakap selamat , apo jaminan eh ?Ni samo ngan kesah JAWS citor dalam TV dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 02:17 PM | Show all posts
Rasanya mmg buaya laut. Ada org pernah snap photo haiwan ni  berenang kat area pantai P.D..Tapi tak tau nak cari kat mana source tu. Dah lupa lah...

So how to solve this prob? Takkan nak ban P.D for the rest of life kan? Adeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 02:17 PM | Show all posts
Rasanya mmg buaya laut. Ada org pernah snap photo haiwan ni  berenang kat area pantai P.D..Tapi tak tau nak cari kat mana source tu. Dah lupa lah...

So how to solve this prob? Takkan nak ban P.D for the rest of life kan? Adeh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 02:35 PM | Show all posts
Rasanya mmg buaya laut. Ada org pernah snap photo haiwan ni  berenang kat area pantai P.D..Tapi tak tau nak cari kat mana source tu. Dah lupa lah...

So how to solve this prob? Takkan nak ban P.D for the rest of life kan? Adeh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:51 AM | Show all posts
hehe setahu aku.. buaya darat je mmg byk
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 10:14 AM | Show all posts
Hentikan spekulasi PD ada buaya

SEREMBAN 18 Jan. – Hentikan spekulasi kononnya pantai peranginan Port Dickson tidak selamat termasuk mendakwa wujudnya buaya yang menyerang seorang pengunjung.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan ia adalah sesuatu yang tidak betul dan boleh menjejaskan industri pelancongan di situ.

‘‘Siapa kata ada buaya. Itu cakap kosong.

‘‘Laporan pakar yang meneliti kesan gigitan pada mangsa itu, ia bukanlah disebabkan oleh buaya, mahupun ikan,” kataya ketika ditemui media di Hotel Royale Bintang di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad mahu spekulasi ini dihentikan dan menasihatkan orang ramai tidak perlu bimbang untuk berkelah, mandi-manda di pantai Port Dickson.

‘‘Saya harap orang jangan mengandai-andaikan kononnya di Port Dickson ada buaya, letak gambar buaya besar-besar, tunjukkan pantai Port Dickson. Itu tak perlulah,” katanya.

Tambahnya, tidak pernah berlaku di Port Dickson, ada orang diserang ikan yu mahupun jerung, apatah lagi seekor buaya.

‘‘Seingat saya, sejak kecil lagi tidak pernah didengar ada orang kena gigit oleh buaya di pantai Port Dickson,” ujarnya.

Namun begitu, Mohamad berkata, kerajaan negeri akan meneliti apa juga kemungkinan yang menyebabkan seorang lelaki dari Melaka itu terluka pada bahagian kakinya.

‘‘Beberapa pakar telah ke lokasi dan melihat sekitar kawasan berkenaan, jika benar terdapatnya reptilia seperti yang didakwa.

‘‘Kita juga mahu meneliti jika wujud batu karang yang menyebabkan mangsa cedera,” jelasnya.

Mohamad juga memberitahu, kerajaan negeri turut menjelaskan aspek keselamatan kawasan pantai terutamanya yang dikunjungi orang ramai sentiasa terkawal.

‘‘Kita ada polis pelancong, Baywatch Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan sebagainya.

‘‘Keselamatan pengunjung ini akan dipantau juga melalui menara tinjau yang terdapat di beberapa lokasi awam khususnya di pantai Teluk Kemang,” jelasnya.

Pada 2 Januari lalu, seorang posmen Mohamad Helme Leman, 25 dari Melaka mendakwa dirinya diserang seekor buaya ketika mengunjung pantai tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 03:15 PM | Show all posts
abes apa yg gigit kaki mamat tu?

setakat nak cakap takde buaya, aku pun leh make that comment.  tunjuk la effort, you 'sweep' the area ke, u buat pemamtauan ke, u tunjuk relevant authority tgh buat rondaan ke, baru la org convince sikit.

ni setakat cakap, sapa berani nak gamble life org tersayang. tak pasal2 hilang limb, kerajaan negri nak tanggung ke buat prostathetic limb?

anyway, yg aku tahu buaya air masin lagi ganas dr air tawar. takde makna aku nak jadi statistic nak tunjuk mmg ada buaya kat situ, baik aku tak yah pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 12:34 AM | Show all posts
Nampak bona bangang eh..kalau dah takdo tak payah kato kek situ nak carik batu karang plak....kan nampak bona takponah mandi laut luko dek batu karang....kalau den lah kok den poie pun mandang yolah dari ateh....namo eh nak borondam, ghontian lah...suruh dio poie mandi kek situ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 12:33 PM | Show all posts
Kosmo hari ni plak kata ikan Yu Harimau yg attack budak tuh!
Semalam kata bukan ikan Yu...
Budak yg kena serang plak kata buaya..

Yg mano satu yg betoi ni? Hadoi aii...:@
Takkan kat mesia ni xde pakar langsung! Kang den panggil Jarod miller kang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 10:04 PM | Show all posts

DUA pengunjung pantai Ixora Permai di Pasir Panjang mengambil ukur lilit bangkai buaya tembaga sepanjang 5.48 meter yang ditemui mati dipercayai ditembak dan terdampar di pantai tersebut, dekat Port Dickson, Negeri Sembilan, 2 Ogos. - Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 07:32 AM | Show all posts
Reply 36# Syd

Bangkai buaya tembaga seberat hampir satu tan ditemui di  Port Dickson

Orang  ramai tidak melepaskan peluang bergambar  dengan seekor buaya tembaga yang telah mati dipercayai ditembak di Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson, semalam.   



TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!


Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.

Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.

Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.

''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.

Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.

''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.

''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:15 AM | Show all posts
ayoooooooo....ada boyo!
baru ingat nk bawak anak mandi kat PD....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:37 AM | Show all posts
bosa eh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:57 AM | Show all posts
Kalau tulah buaya yg serang budak tu..kira budak tu umur dia panjang lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.069839 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list