|
Gemenceh : Empat beranak mati dibunuh ..Kejamnye..
[Copy link]
|
|
salam.
sadis tol kisah ni........tmpat ni dekat gak ngan kg toksu syukur penjenayah da dtangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
kena tangkap dah kan...
kesian...
suspek tu pon bukan orang lain dengan kesemua si mati... |
|
|
|
|
|
|
|
apela kesalahan dorang smpi dibunuh kejam tuh....
shian... |
|
|
|
|
|
|
|
Dokek umah den ni... budak pempuan yang meninggal tu satu krusus dengan adik den kat poliPD patut eh.. dior daftar isnin ni tak silap sambung balik... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau botul lah suspek bekas pegawai bank, makno eh dia ni memang oghang choghodik.Tapi mesti ado masalah ghodang yang suspekmemang tak gomar amek... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tak salah citer ni ada kat thread "Isu Semasa" |
|
|
|
|
|
|
|
tapi takdo sobut pasal apo sobonar eh..suspek bokeh pegawai bank,ado pendidikan agama, hormat oghang tuo, tak paneh baran, tak cakap botompik-tompik, tak selalu marah oghang....apo pulak pasa eh jadi gilo ??/ |
|
|
|
|
|
|
|
Penganggur hadapi empat tuduhan bunuh keluarga
19/01/2010 12:44pm
REMBAU 19 Jan. – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tuduhan membunuh ayah, adik, datuk dan neneknya pada 5 Januari lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Rasidi Ismail, 32, yang beralamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin didakwa membunuh adik perempuannya, Siti Khadijah, 22, di alamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Januari antara pukul 7 hingga 11 pagi.
Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua, ketiga dan keempat iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76; neneknya, Sufiah Katas, 80; dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada tarikh dan waktu yang sama.
Rasidi kelihatan tenang dan mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.
Sebelum itu, tertuduh yang memakai baju dan seluar panjang lokap polis berwarna oren serta bergari kedua-dua belah tangannya tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.
Emak tertuduh, Saharah Atan, 59, serta seorang anak saudara lelakinya hadir di mahkamah.
Majistret Siti Nur Shafrida Hashim menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd. Daud memaklumkan pihak pendakwaan masih menunggu laporan kimia.
Mahkamah juga menetapkan bahawa jaminan tidak akan diberikan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam pada hari ini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mengamal ilmu hitam ke huh???
Tergamak dia bunuh ahli keluarga dia! Isshh..Ishhh...:@
Muke jek encem!... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sabit kesalahan hukuman gantung.. ngerii nyerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Rasidi mengaku bersalah bunuh 4 ahli keluarganya
08/03/2010 12:53pm
SEREMBAN 8 Mac – Seorang lelaki berusia 32 tahun yang terbabit dalam kes pembunuhan empat ahli keluarganya di Gemencheh awal tahun ini, mengejutkan keluarganya apabila dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini.
Rasidi Ismail, yang dituduh membunuh datuknya, Atan Daud, 87; neneknya, Sufiah Katas, 80; ayahnya, Ismail Awang, 76; dan adiknya, Siti Khadijah, 22, di Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Januari lalu, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibaca oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin. – Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah tolak pengakuan salah Rasidi
SEREMBAN: Penganggur Rasidi Ismail hari membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap tuduhan membunuh empat anggota keluargannya pada 5 Januari lalu tetapi hakim menolak pengakuan itu kerana mahu memberinya peluang melantik peguam.
"Kamu menghadapi empat tuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mahkamah perlu berhati-hati untuk menerima pengakuan kamu ini," kata Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Beliau kemudiannya menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes itu dan bagi Rasidi melantik peguam. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah arah lelaki bunuh keluarga jalani pemeriksaan mental
22/03/2010 1:15pm
SEREMBAN 22 Mac — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang penggangur Rasidi Ismail yang dituduh membunuh empat anggota keluarganya di Gemenceh, Januari lepas, dihantar menjalani pemerhatian mental di hospital mental selama sebulan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 342(3) Kanun Acara Jenayah memandangkan buat masa ini tertuduh tidak berupaya untuk membela diri.
"Setelah mendengar penjelasan daripada kamu (tertuduh) tentang kenapa kamu nak mengaku salah, mahkamah berpuas hati bahawa buat masa ini kamu tidak berupaya untuk membela diri. Jadi, pada masa ini mahkamah akan menghantar kamu ke hospital mental untuk pemerhatian,” katanya ketika membuat keputusan berkenaan.
Ahmad Nasfy kemudian menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes itu.
Terdahulu Rasidi, 32, mengaku bersalah dan faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Syd at 23-3-2010 10:36
Penganggur dituduh bunuh dengar suara dari langit
Oleh Ifwan Tun Tuah
[email protected]
2010/03/23
SEREMBAN: Penganggur yang dituduh membunuh empat ahli keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Januari lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, dia melakukan pembunuhan itu atas arahan 'suara dari langit'.
Rasidi Ismail, 32, membuat pendedahan itu selepas ditanya Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, mengapa dia mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.
Terdahulu, Rasidi mengaku bersalah membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di No 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara jam 7 pagi hingga 11 pagi pada 5 Januari lalu. Dia turut mengaku bersalah membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; nenek, Sufiah Katas, 80, dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor di kampung sama antara jam 7 pagi hingga 11 pagi pada hari sama.
Selepas Rasidi mengaku bersalah dan faham terhadap keempat-empat tuduhan itu, Ahmad Nasfy menjelaskan hukuman bagi pengakuan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah gantung sampai mati dan mahkamah sudah melantik peguam bela, Hanif Hassan, bagi mewakili tertuduh.
“Sekarang, mahkamah mahu mengetahui mengapa kamu mengaku bersalah?,” tanya Ahmad Nasfy dan kemudian dijawab Rasidi: “Saya menerima arahan untuk melakukannya. Saya diarahkan oleh suara dari langit."
Ahmad Nasfy berkata, mahkamah boleh menggunakan Seksyen 342 (1) Kanun Acara Jenayah yang membolehkan majistret, hakim dan pendakwa raya memohon siasatan bagi menentukan sama ada tertuduh cukup sihat untuk dibicarakan.
Hanif kemudian meminta pengakuan tertuduh sebelum itu ditolak dan tidak direkodkan. Beliau juga meminta mahkamah mengarahkan penilaian psikiatri terhadap tertuduh mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Acara Jenayah.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin, pula berkata syarat itu bertujuan memastikan tertuduh cukup sihat untuk mengaku bersalah dan mengikut prosiding mahkamah dan dia perlu dihantar untuk pemerhatian oleh satu pasukan psikiatri untuk tempoh 30 hari.
Ahmad Nasfy kemudian berkata: “Selepas mendengar sebab awal kamu mengaku bersalah, saya mempunyai sebab untuk mempercayai kamu pada ketika ini tidak cukup sihat untuk mengikuti perbicaraan.
“Mahkamah dengan ini mengarahkan tertuduh dihantar untuk pemerhatian psikiatri di hospital mental selama sebulan.”
Beliau turut menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan |
|
|
|
|
|
|
|
Rasidi layak dibicarakan
2010/05/21
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban diberitahu Rasidi Ismail, 32, yang didakwa membunuh empat ahli keluarga di Gemencheh Januari lalu, layak dibicarakan berdasarkan keputusan perubatan Hospital Permai, Johor Bahru, dan hakim tetapkan tarikh bicara pada 10 dan 12 Ogos depan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Anak_Nogori at 21-5-2010 17:46
owh..kiranya dia ni waras la eh..bukan mental.. |
|
|
|
|
|
|
|
owh..kiranya dia ni waras la eh..bukan mental..
lurve82 Post at 21-5-2010 13:32
Kira tak waras la..kalau dia waras..dia tak membunuh.
Cuma waktu dia membunuh tu..dia antara sedar tak sedar la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasidi sering tersenyum sendiri - Ibu
SEREMBAN 10 Ogos - Ibu kepada Rasidi Ismail yang didakwa membunuh empat ahli keluarganya pada awal tahun ini memberitahu Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini bahawa anaknya itu sering tersenyum sendiri dan pernah menangis tanpa sebab.
Zaharah Atan, 59, berkata, anak lelakinya yang berusia 32 tahun itu juga seolah-olah dalam keadaan susah hati dan kadangkala dia melihat Rasidi termenung seorang diri.
"Saya pernah melihat Rasidi menangis selepas dia tersalah jalan ketika dalam perjalanan melawat seorang lagi anak saya di Port Dickson.
"Ketika itu kami menaiki kereta yang dipandu Rasidi. Selepas tersesat dia terus marahkan dirinya sendiri kerana tersalah jalan dan terus menangis," katanya.
Zaharah yang merupakan saksi pendakwa keempat berkata, dia tidak berani bertanya kepada Rasidi kenapa dia menangis kerana tidak mahu mengganggu tumpuannya ketika memandu.
Rasidi dibicarakan atas tuduhan membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuk, Atan Daud, 87; dan nenek, Sufiah Katas, 80, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.
Tertuduh yang merupakan penganggur juga dituduh membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan pada waktu dan tarikh yang sama.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Seramai tujuh saksi pendakwa dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan tersebut yang bermula hari ini.
Sementara itu, adik Rasidi, Siti Mariam Ismail, 19, pula memberitahu mahkamah, tertuduh dilihat berkelakuan ganjil pada malam sebelum kejadian itu berlaku.
"Pada malam itu abang (Rasidi) mengambil makanan di dapur dan dia terus mengekori saya ke dalam bilik dan terus makan. Saya berasa hairan kerana abang tidak pernah makan di dalam bilik saya.
"Saya juga perasan senyuman abang kepada saya agak ganjil dan dia juga merenung saya atas bawah beberapa kali," ujarnya.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Rasidi diwakili peguam Hanif Hassan.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersambung esok. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|