Post Last Edit by Fantaghiro at 7-7-2010 16:44
n3 pls...b4 balik
ainahakimi Post at 7-7-2010 16:39 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Pulang daripejabat… terus ku melepak dalam bilik sampai ke malam…malamnya pula mataku susah benar mahu lelap… fikiranku asyik melayang…perut yg masih kosong pun tak terasa lapar…aku kenyang hanya dengan memikirkan tentang Syafina… solatku terganggu… tidurku terganggu… hanya kerana dia…
Esoknya selepas sarapan aku bekerja seperti biasa… tengahari aku tak sempat nak keluar makandek kerana kerja yang menimbun tambahan pula terasa malas nak keluar keranacuaca yang terlalu panas di luar. Hmmm… dah pukul 3.45 petang… mana Syafina nitak nampak pun lagi? 3.50petang… orang yang ku tunggu muncul juga… berjubahmaroon, bertudung pink lembut… sangat manis dipandangan mataku… seperti biasa Syafina mengambil nombor giliran… dan duduk di kerusi yang disediakan… danmenundukkan pandangan ke lantai…entah apa yg menariknya lantai tu pun aku taktau…pelanggan agakramai petang ni… aku memberanikan diri… bangun dan menuju kearahnya…
‘Syafina!’ panggilkulembut..
Dia mendongakmemandangku yg berdiri tegak dihadapannya… ‘ya!’ jawabnya…suaranya…cukup untukmenggegarkan jantungku..
Aku: ‘dapatnombor berapa?’ tanyaku..dia menyerahkan kertas yg tertera nombor gilirannya.. Aku: ‘nak bankin duit ye?’
Dia: ‘a’ah…duit dengan cek’
Aku: ‘bagi saya…saya buatkan…tak payah tunggu giliran’
Syafina menyerahkan sejumlah wang dan beberapa keping cek kepadaku…dia balik setelah segala urusan selesai dalam masa tak sampai pun 10 minit. Aku lega kerana diatak perlu tunggu lama…dan mata2 nakal kat sini pun tak boleh nak pandang dia lebih2…
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang… tugasku hampir selesai… lalu ku angkat gagang telefon dan mendail nombor telefon pejabat tempat Syafina bekerja… |