|
[SEJARAH]
Sejarah Kasut Fung Keong Shoes [FKS] (Kini Dikenali Sebagai Jenama All America)
[Copy link]
|
|
FKR ni sekarang buat tayar motor gak...
deskcom Post at 29-7-2010 18:56
Fung Keong Rubber dari dulu buat Tayar dan Kasut.... cuma jenama kasut tuh berubah jadi jenama ALL AMERICA |
|
|
|
|
|
|
|
Fung Keong Rubber dari dulu buat Tayar dan Kasut.... cuma jenama kasut tuh berubah jadi jenama ...
HangPC2 Post at 30-7-2010 07:51
cuma jenama kasut tuh berubah jadi jenama ALL AMERICA gambo x dak ker?... x kenal laa kasut brand neh! |
|
|
|
|
|
|
|
kasut sekolah fung keong nih yg tapak dia kale ijau tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kasut Sekolah tapak color Hijau.....
- Kasut Bata BM 2000 dan Kasut Sekolah Fung Keong |
|
|
|
|
|
|
|
kat perak org panggil but ni but kicap..... |
|
|
|
|
|
|
|
xpernah plk tau psl kasut ni..kna tanye bapak haku ni..mesti dia tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu pulak kat kasut Boot FK kain Canvas warna Hitam tapak Getah.... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin bulan ini ada sales kasut Fung Keong......... |
|
|
|
|
|
|
|
but fung keong ni best sbb flexible...main bola,gi kebung,masuk hutan...semua boleh |
|
|
|
|
|
|
|
ada sekali pernah nampak pakai pergi pejabat pun ada.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# HangPC2
sapa yg hebat sgt tu?dia pakai fung keong ke all america? |
|
|
|
|
|
|
|
tokwan aku dulu motong getah pakai but toyu nie lah..
aku pakai all star... all amerika... x men lah amerika nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai ke hr ni aku blm tgk lg kasut ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply HangPC2
sapa yg hebat sgt tu?dia pakai fung keong ke all america?
sw00sh Post at 16-8-2010 06:01
Kasut FK getah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# HangPC2
hahaha..yg ni mmg hebat n hati kering.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selipar ' fung keong ' dan pos laju
' Kadang-kadang sebagai ibu kepada seorang anak lelaki, saya harus uruskan benda yang pelik-pelik. Contoh terbaik minggu lepas saya pos laju tali pinggang. Hari ini saya pos laju selipar Jepun pula.
'' Perkara ini berlaku sebab anak lelaki saya belum sampai ' level of responsibility ' yang saya harapkan dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan saudara terdekat.
'' Namun saya terus berdoa supaya janganlah satu hari nanti saya perlu pos laju seluar dalam pula. ''
Catatan diari seorang ibu perihal anak lelakinya berusia 14 tahun yang kini bersekolah di Ipoh, Perak.
Dia dikurniakan empat cahaya mata, tiga perempuan dan seorang lelaki yang juga anak sulung dalam keluarga. Rutin berulang-alik ke Ipoh bermula awal tahun ini. Anaknya masuk asrama semasa tingkatan dua. Selain Kuala Lumpur-Ipoh, dia juga selalu berulang-alik ke pos laju.
Catatan diarinya tidak berhenti di situ.
'' Hari ini budak pos laju nak tengok pula barang yang nak dipos, terpaksalah tunjuk selipar Jepun fung keong depan orang ramai (terglamor seketika, semacam kedengaran siren ambulans di luar pejabat pos mahu mengambilku selepas diserang penyakit malu tahap 4). ''
Sempat dia bergurau dalam catatannya sendiri. Sememangnya seorang ibu tidak pernah malu untuk berbuat apa saja untuk anaknya.
Dia memanjangkan lagi notanya. Dikhabarkan di sekolah anaknya tidak disediakan perkhidmatan dobi. Semasa bulan-bulan pertama, baju yang disidai di ampaian terbiar berhari-hari tidak berangkat. Akibatnya baju tersebut hilang. Paling tragis (istilah yang dia gunakan), baju-baju tersebut dikutip oleh warden yang kemudian menjualnya dengan RM2 sehelai.
'' Bayangkan duit sekolah buat beli baju sendiri. ''
Dimanjakan
Luahan itu memang bukan perkara baru bagi ibu bapa yang mempunyai anak tinggal di asrama terutamanya anak lelaki.
Lebih-lebih lagi jika anak itu biasa dimanjakan, apabila melalui cubaan hidup berdikari pada usia mentah maka terjadilah insiden-insiden hilang barang sampai kadangkala macam tak terjangkau dek akal.
Dalam hal ini, terfikir juga wajarkah seorang anak yang baru berusia 13 tahun dihantar ke asrama. Rasanya terlalu awal memisahkan seorang anak dengan adik-beradiknya yang lain. Tidak mustahil kelak akan menjadi punca kerenggangan hubungan lantaran bersua muka sebulan sekali atau hanya ketika cuti sekolah. Sebab itu ada ibu bapa mengeluh anak yang dihantar ke asrama pada usia terlalu muda mempunyai karakter tersendiri. Tidak begitu gemar bergaul dengan adik-beradik, pendiam dan sedikit mementingkan diri. Adakalanya mereka lebih senang bersama rakan-rakan berbanding menghabiskan masa bersama keluarga. Pernah juga kedengaran, ada anak bersikap demikian kerana memprotes dalam diam lantaran terlalu awal dipaksa berpisah dengan ibu bapa.
Teringat kisah seorang teman. Dia dihantar ke asrama ketika tingkatan satu. Bapanya berkongsi cerita bagaimana ibunya setiap hari bengkak mata gara-gara tidak dapat menahan rindu. Lebih daripada itu memikirkan anak perempuan yang selama ini makan bersuap dan tidur bawah ketiak terpaksa menguruskan diri sendiri. Lama juga keadaan seperti itu berlarutan, akhirnya selepas setahun, anak itu dikeluarkan dari asrama dan bersekolah tidak jauh dari rumah.
Adakah ibu bapa terlalu mementingkan impian sendiri sehingga sanggup mengorbankan perasaan dengan alasan untuk melihat anak berjaya sedangkan hakikatnya anak itu tidak bersetuju diperlakukan sedemikian. Atau pun sememangnya banyak kelebihan menghantar anak ke asrama supaya mereka boleh belajar berdikari. Seorang bapa memberitahu, dahulunya dia juga tinggal di asrama seawal usia 13 tahun. Oleh kerana dia daripada keluarga miskin, maka selepas hari pertama dihantar ke asrama, ibu bapanya tidak pernah menjenguk. Jadual balik kampung bulanannya juga tidak pernah dipenuhi. Dia menghabiskan masa di asrama. Lima tahun begitu. Kemudian menyambung pengajian di universiti, tetapi dia tidak pernah melupakan keluarga jauh sekali mahu berkecil hati lantaran tahu dia menjadi harapan keluarga.
Mungkin agaknya dalam membuat penilaian sama ada menghantar anak ke asrama atau tidak, ibu bapa boleh berbincang. Pandangan anak biar pun baru berusia 13 tahun tidak boleh diketepikan. Tetapi dalam kes rakan yang menjadi pengunjung tetap pejabat pos, antara dia dan anak sememangnya rela berpisah. Si anak mahu tinggal di asrama, namun harapan ibu untuk melihat dia berdikari terlalu awal untuk dipenuhi. Jadi perjalanan ke Ipoh akan diteruskan, manakala kerani-kerani di pejabat pos bakal menjadi kenalan.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
wah
nostalgik
teringat fungkeong zamans ekola2 dulu
tu pun aku x mampu ada masa dulu tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|