|
Novel: Sekadar Di Hati ~ Hanni Ramsul (bab 6: page 6) UPDATED 6/10
[Copy link]
|
|
best cite ni.....
tengah ikuti dalam blog Hanni Ramsul...
zafran_iman Post at 29-7-2010 12:38 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sama la.... saya pon tgh baca blog hanni ramsul gak....
kt sana dh byk episod nyer |
|
|
|
|
|
|
|
buah tangan dr hanni mmg x menghampakan...
BYMB & PAM mmg x rugi klau wat koleksi... |
|
|
|
|
|
|
|
sama la.... saya pon tgh baca blog hanni ramsul gak....
kt sana dh byk episod nyer
sallzee Post at 29-7-2010 01:57 PM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
12 episod....
kat sini versi yg ada sedikit yg di edit.......baca di mana2 pun sama jer...teruskan memberi sokongan ya....![](static/image/smiley/grapeman/08.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
buah tangan dr hanni mmg x menghampakan...
BYMB & PAM mmg x rugi klau wat koleksi...
arieyana Post at 29-7-2010 01:58 PM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tul tu.....sokong....sy suka sebab gaya bahasa nya santai...... ![](static/image/smiley/grapeman/08.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
12 episod....
kat sini versi yg ada sedikit yg di edit.......baca di mana2 pun sama jer ...
bnmbnm Post at 29-7-2010 14:03 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
betul3.....
kt sini pon saya baca gak... jln citer nyer best |
|
|
|
|
|
|
|
wow best... harap cepat2 le hapdate cite nih yer...kadang2 tu sampai berminggu
nak nunggu n3 baru... tapi suma cite hanni memang besttt |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah baca cite ni ada dlm penulisan 2u |
|
|
|
|
|
|
|
best cite ni x sbr nak tggu n3 seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# bnmbnm
bes yer dapat bunga..
tima kacih tuan tanah...![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni memang best.. cite hanni ramsul semua best2...
buku dia berbaloi beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
best jalan ceritanya ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# asnita
page berapa ya asnita. |
|
|
|
|
|
|
|
salam jumaat & monin
amandaatika Post at 30-7-2010 08:58 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
w/salam salam dijawabgood morning menyusul diri pagi jumaat pagi ceria amandaatika apa khabar?
|
|
|
|
|
|
|
|
ceh... sukanya...
pg2 da dpat bunga...
amandaatika sihat walafiat..
tuan tanah sihat? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# amandaatika
he he ...kejap lagi nak post bab kedua, tunggu hanni habis edit dulu....sabar ya ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wow... ada umah baru....
baru perasan, tengok komen cam best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bnmbnm at 30-7-2010 09:40
Bab 2
“Macam mana dia, doktor?,”
“Dia okay. Cuma luka-luka dan kakinya terseliuh. Tapi, rasanya kami kena tahan dia di ward. Tekanan darah dia agak tinggi. Badan pun lemah tu. Morningsickness dia teruk ke?,”
Luqman diam. Soalan itu tidak terjawab. Cuma yang bermain di fikirannya, kandungan gadis itu selamatkah?
“Ermm… kandungan dia?,”akhirnya soalan itu diajukan perlahan.
“Alhamdulillah selamat. Jangan risau. Di awal kehamilan begini, mesti jaga sikit. Kalau boleh jangan buat kerja yang berat sangat. Lebih-lebih lagi kalau alahan dia teruk. Badan lemah, nanti cepat jatuh. Tapi, encik tak perlu risau. Pihak hospital akan monitor nanti,”
“Boleh saya tengok dia sekejap?,”
“Boleh. Sekarang biar dia rehat kejap. Lepas ni, saya akan sediakan surat rujukan. Encik boleh bawa surat tu dan minta refer terus ke hospital,”
“Baik. Terima kasih, doktor,”
Luqman mengeluh perlahan. Memandang ke arah doktor yang sudah berlalu. Kemudian, dia melangkah ke ruangan kecemasan. Pintu ditolak perlahan. Najwa terbaring di situ. Jelas wajah itu cukup lesu. Tiba-tiba ada rasa geram yang bukan sedikit terhimpun untuk Zarith. Langkah dihayun mendekat. Tersenyum kecil mengharapkan ada senyum akan terbalas untuknya. Namun, wajah Najwa membeku. Tidak berperasaan.
“Ok?,”
Najwa menggeleng perlahan.
“Ingat senang ke nak mati?,”Luqman bersuara dengan nada sedikit geram.
Najwa mengangkat muka. Memandang wajah Luqman. Ada nada marah pada suara lelaki yang baru dia kenal kurang daripada tiga jam itu.
“Saya tak sengaja,”akhirnya dia menjawab perlahan. Luqman cuma membalas pandangannya tanpa bersuara.
“Lepas ni, nak buat apa pula? Terjun bangunan?,”soalan itu diaju setelah agak lama berdiam diri.
“Sumpah. Saya tak nampak motor tu. Bukan saya nak bunuh diri,”
Luqman mengeluh perlahan. Sukar untuk mempercayai kata-kata itu. Sebaik dia keluar dari restoran, Najwa sudah terbaring di tepi jalan.
“Jangan berfikir pendek macam ni. Lepas mati, ingat akan selesai masalah?,”
“Sumpah. Saya bukan nak bunuh diri. Saya tak nampak motor tu,”
“Baguslah macam tu. Sekarang kita tunggu surat doktor. Doktor cakap Najwa kena refer ke hospital. Tekanan darah Najwa tinggi,”
Najwa menggeleng laju. Pantas bangkit dari baring.
“Saya tak apa-apa. Saya tak nak pergi hospital. Saya nak balik,”
“Najwa bukan doktor, mana boleh pakai cakap Najwa. Biar doktor yang buat keputusan,”
“Tak nak bang. Saya tak nak masuk hospital. Nanti kecoh. Daripada tak ada siapa tahu, nanti semua orang tahu. Saya tak nak. Saya tak nak,”
“Lambat laun, hal ni, akan terbongkar juga kan?,”
Najwa gelisah di katil. Dia tidak mahu perkara ini terbongkar.
“Saya nak gugurkan kandungan ni,”
“AstaghfirullahalAzim. Najwa! Jangan sesekali sebut benda macam tu,”
“Apa lagi jalan yang saya ada?,”
“Tambah dosa, bukan penyelesai masalah,”
Najwa tunduk. Mulai sedar akan maksud kata-katanya sebentar tadi. Betul kata Luqman. Menambah dosa yang sudah sedia ada bukan satu jalan penyelesaian. Namun, bagaimana lagi jalan penyelesaian yang harus dia cari?
“Saya tak tahu nak fikir macam mana lagi,”
Luqman menghela nafas panjang.
“Most important sekarang, Najwa kena tenang. Jaga emosi. Kalau tak tenang, tekanan darah tak menentu, bahaya. Tenang dulu. Kita ke hospital ya,”
Najwa menggeleng laju.
“Tak nak,”
“Dengar cakap doktor,”
“Saya tak nak. Kalau masuk hospital, mesti kawan serumah inform mak saya kat kampung. Mak mesti datang. Kemudian mak mesti tahu hal ni. Saya tak nak malukan mak. Mak pun bukan sihat nak dengar berita macam ni. Tolong bang. Jangan hantar saya pergi hospital,”
Luqman mati akal. Tangan mula menggosok tengkuk. Harus akur pada permintaan gadis itu atau harus patuh pada arahan doktor? Melihat air mata yang sudah berjurai di pipi Najwa hatinya menjadi belas. Mengingatkan keadaan Najwa yang tidak sihat, dia berat hati mahu menurut kemahuan gadis itu.
“Saya nak balik. Terima kasih sebab tolong saya sekali lagi,”
“Kita minta nasihat doktor sekali lagi. Kalau dia sahkan keadaan Najwa tak teruk sangat, kita terus balik. Kalau tidak, kita tetap kena pergi hospital,”
Najwa terdiam. Besar masalahnya kalau sampai dia terpaksa ditahan di ward.
“Abang pergilah jumpa doktor. Tanya doktor ya,”
Luqman diam seketika kemudian mengangguk perlahan.
“Najwa tunggu di sini. Nanti abang datang semula,”
Najwa mengangguk laju.
****
Dengan payah dia bergerak perlahan meninggalkan ruangan menunggu. Kakitangan klinik yang leka bersembang memudahkan langkahnya. Sesekali dia menoleh. Risau kalau ada yang menyedari tindakannya. Sebaik melepasi pintu utama, dia menarik nafas lega. Dia sudah selamat. Dengan langkah perlahan, dia tercari-cari arah yang perlu dia tuju. Mahu pulang? Hatinya tawar. Sekali lagi dia menoleh ke belakang. Tiada yang mengejarnya dari belakang. Sambil menahan sakit di kaki, dia bergerak menuju ke sebuah perhentian bas. Mungkin sebaiknya dia pulang dan berehat. Cukup letih rasanya.
Ada sedikit rasa bersalah kerana meninggalkan Luqman begitu sahaja. Tidak sempat dia mengucapkan terima kasih pada lelaki itu. Tetapi, mustahil dia akan tunggu dan membiarkan lelaki itu membawanya ke hospital.
“Najwa!,” |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|