kesian kaum2 hawa ni...semangat lemah..selalu kena rasuk..
kena bykkan amalan pendinding diri ni.
baca ayat kursi dan ayat 'wa huwal qokirufauko ibadih,wayursilu alaikum hafazoh' setiap lps solat..insyallah,dengan izin Allah terhindar dari benda2 jin dan sihir..
KUALA LUMPUR: “Kami bukan mahu publisiti, tapi kami mahu masalah ini diselesaikan segera,” kata Suraya Abdullah, 33, ibu Nurul Atikah Abdullah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling yang diserang histeria tiba-tiba ketika perhimpunan di sekolahnya yang mengakibatkan sembilan pelajar lain dan seorang guru wanita turut terkena penyakit misteri itu, kelmarin.
Beliau tertekan apabila ada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, mendakwa dia sekeluarga sengaja mencari publisiti apabila laporan mengenai kejadian histeria menimpa anaknya dilaporkan akhbar ini semalam.
Menurutnya, penduduk di flat itu seakan-akan marah dengannya apabila cerita mengenai anaknya tersebar dan berharap semua penduduk faham mengenai masalah yang berlaku.
Suraya yang juga ibu tunggal kepada tiga orang anaknya termasuk Atikah keletihan kerana kekurangan tidur kerana menjaga anaknya yang sering diserang histeria sejak dua tahun lalu.
Katanya, dia terpaksa berjaga sehingga jam 4 pagi kerana risau keadaan anaknya.
Dia yang juga seorang pekerja kaji selidik di sebuah syarikat swasta mendakwa sudah banyak hari tidak ke tempat kerja kerana terpaksa berjaga malam bagi memastikan anaknya itu dalam keadaan baik.
“Semua ini ada kaitan dengan sebatang pokok besar yang menjadi tempat makhluk tinggal ditebang sebulan lalu menyebabkan makhluk terbabit merayau dan mengganggu anaknya.
“Untuk waktu terdekat ini saya mohon pihak yang mempunyai kepakaran menghalau makhluk halus datang membantu kami.
“Saya perlu ke tempat kerja bagi mencari rezeki menanggung anak-anak, kalau saya tidak bekerja bagaimana keadaan mereka, “katanya.
Sementara itu, seorang pelajar, Shakina, 14, yang cuba membantu menenangkan Atikah, 15, kelmarin turut diganggu makhluk halus itu.
Kalau kes sebegini bukan aku tak nak tolong, tapi susahnya banyak, sebab ramai perawat yg akan membantu tak kira dari aliran mana.... masing masing punya cara tersendiri. Kalau aku zasst semacam, nanti jin jin dampingan perawat tu terbunuh sekali!
Tapi selalunya yg kene histeria ialah orang orang atau pelajar pelajar yg memang bermasaalah dari segi kerohaniannya akibat banyaknya saka mereka... so kalau nak settlekan kene buang segala saka barulah mereka pulih sepenuhnya. Jin yg ganggu dari pokok tu sikit je.
aik...kata br tebang pokok sebulan lalu...tp dh sakit 2thn...camner tue...
Alxeydiena3699 Post at 4-8-2010 12:32
Macam yg aku cakap, dia tu memang ada gangguan saka, dah 2 tahun kene histeria dirumah, tetapi tak kene kat sekolah.
Dia kene histeria disekolah baru hari tu... pun kalau disebabkan hantu dipokok la penyebabnya, pokok ditebang je ramai terus kene histeria tu... ni ambil masa 1 bulan baru nak rasuk! hehe
Kesimpulannya bukan hantu pokok punya pasal! tapi budak tu sendiri memang dah ada hantunya! yg lain tu pun sama, hantu memasing berpakat kot nak kenakan mereka serentak! hehe