|
MAISINGGAH✿77 Tempat Menarik Di Penang | Destinasi Terbaik Di Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
57. Pasar Lorong Kulit
Pasar Lorong Kulit Penang
Pasar Lorong Kulit adalah satu-satunya pasar karat yang terbesar di Penang yang juga beroperasi setiap hari menjadikan ianya sebuah tarikan yang boleh anda lawati pada bila-bila masa lapang.
Syurga bagi para pengumpul barangan antik, anda boleh menemui bermacam khazanah lampau dari duit-duit lama, setem, tongkat, radio dan banyak lagi. Jangan lupa untuk bernego dengan peniaga.
Bukan sahaja barangan antik, di sini juga terdapat jualan pelbagai lagi barangan yang boleh anda temui di pasar biasa seperti makanan, buah-buahan, aksesori handphone, pakaian bundle dan banyak lagi.
Tapi, berwaspada dengan penyeluk saku dalam kawasan yang sentiasa padat dengan orang ramai ni. Waktu yang diambil untuk puas melihat semuanya adalah dalam sekitar 1 jam lebih.
Alamat: Lorong Kulit Flea Market, 625 Jalan Dato Keramat Georgetown, George Town, Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
56. Asia Comic Cultural Museum
Sumber: Asia Comic Cultural Museum
Hati-hati, sedar tak sedar dah berjam-jam anda ada berada di dalam Asia Comic Cultural Museum ni. Cukup banyak untuk dilihat, dari majalah Gila-Gila, Ujang hinggalah kepada komik-komik antarabangsa seperti Naruto dan One Piece segalanya ada di muzium ini.
Dunia komik yang terlibat di dalam muzium ini adalah dari negara Jepun, Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia sendiri.
Antara info yang boleh anda dapati daripada muzium ini adalah berkenaan dengan sejarah komik, kontroversi dan masalah yang pernah dilalui negara-negara asia dalam penghasilan komik sejak 150 tahun lalu.
Destinasi ini juga menarik untuk dilawati bagi menikmati udara sejuk di bawah pendingin hawa selepas seharian berpanasan bergambar dengan mural di sekitar street art Penang.
Alamat: 2nd level ICT Mall, Komtar, 10000 George Town, Penang |
|
|
|
|
|
|
|
55. Magic World Penang (Phantamania)
Sumber: Magic World Penang
Kalau selama ini anda sekeluarga hanya pernah menonton pertunjukan magik melalui kaca tv, dengan melawati Magic World Penang (Phantamania) anda dapat merasai sendiri dunia penuh magikal ini di depan mata sendiri!
Dunia magik ini anda akan terus ‘tempuhi’ sebaik melangkah masuk ke dalam bangunan Magic World Penang di mana anda perlu melalui lorong berliku atau ‘maze’ kaca. Selepas berjaya keluar dari maze ini anda akan menemui banyak ilusi optikal.
Selain itu, anda juga dapat menyaksikan pertunjukan magik yang cukup menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi juga orang dewasa. Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kedai aksesori untuk membawa pulang barangan magik!
Alamat: Magic World Penang, 193, Lebuh Victoria, Georgetown, George Town, Penang |
|
|
|
|
|
|
|
54. Street Art @ Balik Pulau
Sumber: Street Art @ Balik Pulau
Bukan di Georgetown sahaja yang padat dengan Street Art, mural yang dihasilkan dengan penuh ketelitian ini juga boleh didapati sekiranya anda mengunjungi Balik Pulau.
Daerah yang terletak di bahagian barat daya Pulau Pinang ini memiliki beberapa buah mural yang diinspirasikan daripada kisah penduduk setempat. Antara mural yang terkenal di sini adalah mural tukang perak yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevich. Kalau anda nak tahu, beliau juga menghasilkan karya seni di sekitar Georgetown.
Mural lain yang dapat dilihat adalah seperti mural silat, nelayan dan penoreh getah yang dihasilkan oleh pelukis wanita dari Russia, Julia Volchkova. Sebenarnya ada banyak lagi mural lain yang boleh anda temui kalau dilihat dengan teliti, walaupun di celah-celah ruangan yang tidak disangka-sangka. Tunggu apa lagi? Teroka jangan tak teroka.
Alamat: Balik Pulau, Pulau Pinang
GPS Beberapa Buah Lokasi Mural:
Mural Tukang Perak: 35268, 100.23627
Mural Silat: 34942, 100.23378
Mural Nelayan: 35159, 100.2355 |
|
|
|
|
|
|
|
53. Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam
Sumber: Taman Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam
Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam adalah kawasan paya darat yang berkeluasan sekitar 11 hektar di mana anda boleh menemui dua sungai besar iaitu Sungai Kereh dan Sungai Air Hitam.
Sepanjang penerokaan hutan ini, anda berkemungkinan akan bertembung dengan penduduk tempatan yang memancing di sungai, beberapa spesies burung daripada 150 jenis yang ada dan banyak lagi spesies fauna lain seperti monyet, memerang dan biawak. Anda juga dapat melihat hidupan dalam hutan paya air tawar berenang dengan penuh kebebasan.
Berkenaan dengan kemudahan yang disediakan, hutan ini cukup lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti pondok rehat, laluan pejalan kaki, jambatan gantung, dek pemerhatian dan tandas.
Alamat: 13310 Air Hitam, Penang |
|
|
|
|
|
|
|
52. The Top
Sumber: The Top
Selain Jurassic Research Centre dan Rainbow Skywalk, sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan menarik lain yang layak mendapat deskripsi khasnya sendiri. Yang menariknya, kesemua tarikan ini berpusat di The Top yang merupakan taman tema indoor yang terbesar di Pulau Pinang.
Secara keseluruhannya terdapat 18 buah tarikan yang wajib anda lawati seperti 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality dan banyak lagi!
Alamat: The Top Penang, 1, Jalan Penang, Georgetown, George Town, Penang |
|
|
|
|
|
|
|
51. Tropical Fruit Farm
Sumber: Mohd Zaidi
Tahukah anda terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh di makan di Malaysia? Kalau anda nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang.
Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buahan-buhanan exotic yang terdapat di negara kita.
Alamat: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
50. Muzium Perang
Sumber: Zamri
Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempar terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempar terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.
Sebelum ia di ubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua.
Didalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peningalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.
Alamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
49. Rumah P. Ramlee
Sumber: Hijrah Syahputra
Tahukah anda Seniman Negara yang terkenal P. Ramlee telah berasal dari negeri Pulau Pinang? Rumah P. Ramlee dipelihara hingga ke hari ini dan jika anda mahu mengenali seniman kesayangan negara kita jangan lupa untuk singgah sebentar.
Masuk kedalam anda dapat mendengar lagu beliau di mainkan tanpa henti dan di setiap pelusuk rumah tersebut dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri filem dan musik tanah air.
Alamat: Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Selasa – Khamis (9.00 am – 5.00 pm)
Jumaat (9.00 am – 12.00 pm & 3.00 pm – 5.00 pm)
Sabtu & Ahad (9.00 am – 5.00 pm)
Isnin Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)
Bayaran Masuk: Percuma |
|
|
|
|
|
|
|
8. Saanen Dairy Goat Farm
Sumber: Saanen Dairy Goat Farm
Saanen Dairy Goat Farm ini percuma untuk dilawati dan pengunjung diberi peluang untuk memberi makanan kepada kambing-kambing di sini.
Ladang ini terletak berhampiran dengan Jalan Sungai Pinang dan ia mengeluarkan berbagai produk yang di hasilkan oleh susu kambing seperti susu, yogurt dan jelly kambing.
Alamat: 298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 5:00pm)
Bayaran Masuk: Percuma |
|
|
|
|
|
|
|
47. Toy Museum Heritage Park
Sumber: Toy Museum Penang
Muzium tak seharusnya boring, di Toy Muzium Heritage Park anda dapat melihat koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang dikumpul selama 40 tahun.
Di heritage garden ini anda berpeluang untuk melihat sebanyak 120,000 permainan dan patung baru dan antic watak kartun terkenal bertema filem Hollywood, computer game dan komik.
Alamat: Toy Museum Heritage Garden, 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
46. Masjid Kapitan Keling
Sumber: Visit Penang
Masjid Kapitan Keling ini bina pada tahun 1801 oleh tentera East India Company yang beraga islam. Ia merupakan antara masjid terawal yang didirikan di Georgetown dan meminjam namanya dari ketua komuniti askar india muslim bernama Cauder Mydin Merican. Masjid ini merupakan masjid utama di negeri ini sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina.
Alamat: 14, Jalan Buckingham, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
45. Made in Penang Interactive Museum
Sumber: Made in Penang
Made in Penang Interactive Museum adalah salah satu tarikan yang wajib anda jejaki untuk mencipta memori yang menyeronokkan semasa bercuti di Penang. Setibanya anda di sini, anda akan disambut oleh the Great Wall of Penang. Apabila melangkah masuk ke ruang dalamnya anda dapat melihat ‘masa lalu’ Pengkalan Weld melalui model miniatur yang dihasilkan dengan penuh teliti.
Selepas itu, anda boleh meneruskan penerokaan dengan menuju ke seksyen 3D Art Gallery yang mempamerkan dengan interaktif tradisi, bangunan terkenal dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan Penang. Jangan lihat je! Jadi sebahagian daripada karya yang dipamerkan dengan bergambar sepuas hati.
Tarikan lain yang ditawarkan adalah Games Room dan bengkel penghasilan seni tradisional Malaysia seperti layang-layang dan batik.
Alamat: 3, Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
44. Feri Pulau Pinang
Sumber: Nor Azri Black
Selain daripada menaiki jambatan untuk merentas laut untuk ke pulau ini, anda juga boleh menaiki feri. Feri Pulau Pinang ini merupakan perkhidmatan yang paling lama beroperasi di negara kita. Ferry yang mula membawa penumpang pada tahun 1920 ini berkhidmat dari terminal Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal ferry Raja Tun Uda di George Town Penang.
Alamat: Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
43. Penang 3D Trick Art Museum
Sumber: Penang Trick Art
Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Trick Art Musem Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandang.
Antara tarikan yang ada adalah ilusi Aerial Skydiving, Panda Village, The Clan Jetty, Ride the Bullock Cart dan banyak lagi!
Alamat: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
42. Taman Rama-Rama Penang (Entopia)
Sumber: Entopia
Entiopia atau nama lamanya Taman Rama-Rama Penang adalah destinasi sasaran ramai pengunjung Penang. Pada tahun 2016, taman ini telah dinaiktarafkan, menjadikan ia lebih moden dan luas.
Disini anda melihat pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan secara bebas sambil bersiar di taman yang dihias bunga berbagai warna. Tarikan yang mesra kanak-kanak sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil memupuk sikap cinta alam semulajadi.
Bukan itu sahaja, taman ini turut menempatkan banyak lagi serangga lain seperti kelip-kelip, pepatung, kumbang, mentadak dan banyak lagi haiwan invertebrata lain seperti kala jengking, labah-labah dan ulat gonggok.
Alamat: No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
41. Adventure Zone
Sumber: Adventure Zone
Adventure Zone merupakan tempat hiburan keluarga yang terletak didalam bangunan Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa.
Kawasan permainan modular ini berhawa dingin dan mempunyai tiga jenis gelongsor yang berbeza dan banyak permainan yang menguji kebolehan anak anda mengatasi rintangan. Selain daripada itu, di sini terdapat tempat makan, toddle zone, kids club dan banyak kemudahan yang lain.
Alamat: Golden Sands Resort, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, George Town, 11100 Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10:00am-7:00pm)
|
|
|
|
|
|
|
|
40. Muzium Kamera
Sumber: The Camera Museum
Boleh dikatakan setiap orang suka bergambar, apatah lagi orang yang bercuti, tapi tahukah anda sejarah disebalik kamera?. Kamera juga berubah mengikut zaman dan di Muzium Kamera Pulau Pinang anda berpeluang untuk melihat jauh mana beza kamera zaman dulu dengan sekarang. Jangan lupa bawa kamera!
Alamat: B3, Astaka Bukit Bendera, Penang |
|
|
|
|
|
|
|
39. Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut
Sumber: Pacific West Malaysia
Pusat konservasi Penyu atau lebih dikenali dengan nama Penang Turtle Sanctuary ini terletak di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang dan dimulakan dengan tujuan untuk memelihara penyu supaya tidak lupus dari muka bumi. Pantai Kerachut ini adalah salah satu tempat dimana penyu Agar datang bertelur.
Alamat: Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
38. Taman Negara Pulau Pinang
Sumber: Sobri Yaacob
Taman Negara Pulau Pinang adalah taman Negara yang paling kecil di Negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan.
Kalau anda kaki mengembara dalam hutan pastikan anda melawat tempat ini. Kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut, ia juga sebuah tempat popular untuk memancing.
Alamat: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|