CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Tukar Nama Festival Bon Odori Kurangkan Polemik - Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 11-6-2022 05:23 PM | Show all posts
Aku harap (cuma mampu berharap sahajalah) bila melayu nak buat sambutan aidil fitri kat oversea nanti adalah paderi ka sami buddha ka suruh tukar nama kalau nak ajak ummah mereka hadir.

Kalau tak ko makan lah sorang2 takut pulak nanti omputeh tergelincir akidah terus mengucap akibat overdose ketupat mana la tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2022 05:29 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-6-2022 01:31 AM

Hari raya Bon OdoriFaisal Tehrani -

June 9, 2022 9:00 AM


Jikalau kita melihatkan sambutan Hari Raya, yang merupakan keraian agama Islam selepas sebulan berpuasa, kita akan dapati perayaan ini sudah cair aspek agamanya dan lebih tepu unsur adat budayanya. Mungkin yang sifatnya masih agama hanya pada sembahyang hari raya di masjid.

Selebihnya pesta-pestaan raya itu sudah diserapi resapan-resapan Melayu malah dalam banyak keadaan dimodenkan. Hari Raya kini juga disambut oleh bangsa dan penganut agama lain dan telah menjadi satu hari atau bulan untuk menyatukan sanak saudara, tetangga jiran, dan seisi masyarakat.

Demikianlah pesta Bon Odori yang sudah diraikan di Selangor banyak kali itu. Di Jepun, Bon Odori yang tuanya melampaui 500 tahun, ia sudah berubah dikit-dikit dari sifatnya yang keagamaan menjadi sesuatu yang lebih umum dan kemeriahan. Ia berguna untuk menyukakan ahli keluarga dan kawan-kawan.

Maka apabila jalur agamawan ekstrem melalut dan terburu-buru mengharamkannya, kita jadi kehairanan. Ini kerana sudah hilangkah aspek manusiawi pada diri kita yang inginkan kerehatan dan hiburan, iaitu sifat alamiah yang memberikan ruang untuk diri sendiri melepaskan lelah, bersenang, bersuka, meraikan, dan bertemu individu lain dalam masyarakat.

Mengapa ada agamawan yang nampaknya mahu menyekat bahagian diri kita sebagai insan yang kadang-kala memerlukan kedamaian, kerehatan, hiburan, dan kepestaan? Apakah mereka mahu kita menjadi unta dicucuk hidung semuanya?

Jika mereka berani menghalang Bon Odori, digeruni kelak mereka akan berlebih terhadap Diwali, Natal, Gong Xi Fa Cai, Kaamatan, dan Vaisakhi; kerana bukan susah untuk mereka mencari alasan seperti perayaan anu dan anu itu menjejaskan akidah.

Perayaan Bon Odori memang asalnya mengenai nazar untuk melepaskan seorang ibu yang menjadi korban hantu (semangat atau saka?) atas titah Buddha. Tetapi nazar dan serahan untuk Buddha itu kian mengalami perubahan, sehingga ia menjadi satu acara tahunan yang penuh kerehatan dan keramaian.

Justeru boleh difahami betapa hampanya hati Istana Selangor bahawa Program Bon Odori di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic) yang dijangka diadakan pada 16hb Julai 2022 itu nampaknya sewenang-wenang telah dipermasalahkan.

Padahal ia bukan masalah pun. Padahal ia sudah berlangsung banyak kali. Padahal ia acara meraikan pekerja syarikat, firma, dan kilang milik Jepun di negeri ini.

Jika kita biarkan Selangor ini dibaham dan dibahan agamawan jalur keras dan tiada kefahaman manusiawi ini, lama-kelamaan kita akan ikut kehilangan pelabur Jepun yang begitu banyak menyumbang.

Oleh demikian tindakan Sultan Selangor menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor tidak mengambil pendirian dan sikap menyekat program tersebut daripada terus dijalankan serta tidak akan menghalang mana-mana individu menghadirinya adalah titah saran yang waras, bijak, sederhana dan amaran lembut untuk para agamawan yang berkenaan bahawa bukan semua urusan berputar mengikut telapak rehal mereka.

Apa yang ditegur oleh Tuanku bahawa baginda tidak berkenan apa-apa keputusan atau ketetapan tentang perkara seumpama Bon Odori ini disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian yang mendalam itu sangat munasabah.

Kita mendapati negara telah mengalami kemunduran dari segi kekayaan budaya di tangan agamawan yang cuai dan tergesa ini.

Pendirian Sultan Selangor bahawa “banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama ada di dalam budaya” adalah sesuatu yang sangat adil dan merupakan sikap pelbagai mazhab dalam Islam, kecuali fahaman Wahabi yang memang anti melihat orang bersenang-lenang dan mengalami kerehatan.

Tulisan ini bukan berniat mensorakkan juak-juak Jakim, tidak sama sekali, tetapi tulisan ini merupakan satu oda untuk Sultan Selangor yang juga bertegas bahawa mengamalkan sesuatu perkara berbeza dengan perbuatan melihat. Tambah baginda, jika akidah umat Islam kuat dan benar, ia akan mengenepikan sebarang iktikad dan amalan yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Di sinilah petua yang baik untuk kita berpegang, yakni “mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat”. Selangor adalah pusat tumpuan pelbagai manusia dengan kepercayaan dan budaya berbeza.

Selangor juga tempat mukimnya macam-macam agama dari Sikh, Buddha Siam, Kristian pelbagai jalur sehinggalah menjadi tempat huni umat Islam pelbagai mazhab dan cara fikir, termasuk kalangan Ahmadiah, Bohra, dan Syiah.

Apabila tuanku menyeru agar ‘bersikap adil dalam membuat keputusan dan menentukan sesuatu kedudukan, ditambah dengan kehidupan bermasyarakat dan kepercayaan yang pelbagai di Selangor’; kita percaya baginda juga akan meneruskan petua dan sikap yang sama untuk semua rakyat baginda, yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan tadi. Bak kata Tuanku, “mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat”.

Seperkara yang lebih seru ialah apabila baginda menitahkan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke majlis tersebut bagi melihat sendiri apa yang berlaku dalam program Bon Odori. Diharap kaedah “melihat sendiri apa yang berlaku” ini akan turut terpakai dalam acara seperti Jalsa Salana mahupun Asyura kelak.

Tentu sahaja pengalaman Tuanku Sultan Selangor yang pernah menghadiri Bon Odori beberapa tahun lalu dan tidak melihat sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, melainkan satu program sosial pekerja industri milik syarikat Jepun yang banyak di Selangor ini terpakai untuk acara budaya lain.
Titah Tuanku perihal hari raya Bon Odori pasti bermakna sekali, dan berkali-kali di masa mendatang.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 05:38 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-6-2022 01:29 AM
Hari raya Bon OdoriFaisal Tehrani -

June 9, 2022 9:00 AM

Lobai Malaya ni nak ajak orang melayu terjun lombong mungkin. Di asuh dari kecil tiada memiliki jati diri, di masa hadapan apa akan jadi dengan golongan yang membesar dengan ideologi lobai ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 11-6-2022 04:13 PM
Sapa ko nk Ajo budaya lain raikan festival depa?

Bila depa sounds azan kuat sangat...amboiiiihh tau ...

Aji, magnum tu sebenarnya baguih. Ianya manifestasi dari hakikat penciptaan, yakni setiap tindak tanduk dlm kehidupan itu hakikatnya adalah satu bentuk perjudian.

Mempertaruhkan seringgit dua dgn harapan dpt pulangan yg berganda itu tidak la memudaratkan sangat kerna terbukti saban minggu bulan ada berita mereka2 yg bergumbira bila terkena ekor.

lebih memudaratkan ialah mempercayai secara bergerombolan berjemaah kpd cerita2 purba kala yg menjajikan habuan selepas kita pejam mata dan bangun dari kubur. Ini tidak pernah dibuktikan mana2 manusia yg berjumlah berpuluh billion hidup dan mati di atas muka bumi ini.

Perjudian sebegini lebih dan sangat memudaratkan  masyarakat melainkan ianya memberi imbuhan dan ganjaran pada penguasa agama. So akhir kalam, jemput ke kedai ekor berhampiran jika aji ada kelapangan.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 06:25 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-6-2022 05:23 PM
Aku harap (cuma mampu berharap sahajalah) bila melayu nak buat sambutan aidil fitri kat oversea nant ...



Hal begitu tak akan terjadi di luar negara kerana pemikiran mereka tidaklah sejumud spt sesetengah M'sian. Open house adalah pesta makan2 masakan melayu yg mungkin tidak pernah mereka cicipi sebelumnya. Malah mereka tentu teruja nak kenali dn merasai masakan2 melayu Malaysia.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 06:55 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 11-6-2022 08:14 AM
Punya menggelupur issue bon ini... Oren.... seperti costco chicken sembelih ikut cara muslim... No ...

Mmg mcm ni semua hal yg berkaitan dgn perayaan budaya n agama org nak kena campur tgn sbb ada unsur bla bla bla. Jenis tak tqhu hidup bermasyaraiat langsung. Menjadi2 kan perangaiii. Jgn sampai thp takde lg foreign investmesnt masuk ke negara kita, tp semua foreign companies yg ada pun naik menyampah tutup bwk keluar pegi bukak kat negara jiran, masa tu baru lah tahu langit tinggi ke rendah. Jadi somalia baru padan muka. Alang2 nak hidup jumud taliban tak tahu hidop elok2 dgn org lain biar miskin papa kedana merempat thp bangladesh somalia semua baru dorg puas hati agaknya. Dah alang2 nak jumud taliban sgt ummah semua negeri pangkah je pas election nanti, biar pas jd kjaan ajar skit puak2 ni, biar minum air kuah kacang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2022 07:04 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-6-2022 05:23 PM
Aku harap (cuma mampu berharap sahajalah) bila melayu nak buat sambutan aidil fitri kat oversea nant ...

Kat sini puak2 student n family melayu yg dtg keja buat perangai sesuka hati. Aku tgk pics dorg jenis keluar reramai satu group rombongan dlm 25 30 org gitu, sembahyang jemaah kat park reramai kat tempat terbuka, padahal bukan culture org sini semayang2 tmpt terbuka mcm tu, nasib org sini jenis takde kecoh. Bayangkan klu org ading buat sembahyang dorg kat park tmpt terbuka kat negara kita, kecoh mulut ummah yg sama complain. Melayu buat apapun tak apa kat tmpt org, Bangsa melayu ni dah jd bangsa biadap, budaya agama kita org kena faham. Tp klu kat negara sendiri mcm2 karenah susahkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 11-6-2022 03:04 AM
Kat sini puak2 student n family melayu yg dtg keja buat perangai sesuka hati. Aku tgk pics dorg je ...

Agama yang merosakkan bangsa melayu. Semakin kuat agama semakin kurang ajar dan semakin kedekut dengan senyuman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2022 08:10 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-6-2022 07:24 PM
Agama yang merosakkan bangsa melayu. Semakin kuat agama semakin kurang ajar dan semakin kedekut de ...

Ye dah jd mudarat pulak. Sbb tu sampai sultan perak pernah titah bbrapa tahun lps beserdehana dlm agama jgn ekstremm katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 11-6-2022 08:10 PM
Ye dah jd mudarat pulak. Sbb tu sampai sultan perak pernah titah bbrapa tahun lps beserdehana dlm  ...

dulu2 m pun berpikiran yg beragama itu biar beserdehana. tapi hakikatnya setelah sekian lama penelitian m berpendapat bahwa sesungguhnya agama itu ialah barah masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 11-6-2022 09:41 AM
Kau lgi serabut dek, dah tentu la organizer nya org Jepun jua atau related to Jepun. Mcm org Malay ...

nak sambut perayaan hantu lapar bulan 7 nanti
mlm tu roh roh wanita dtg pd aku dan minta nombor
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 11-6-2022 06:25 PM
Hal begitu tak akan terjadi di luar negara kerana pemikiran mereka tidaklah sejumud spt seseteng ...

takda pulak nampak.melayu gatal pegi angkut kavadi masa thaipusam
ni perayaan hantu lapar jepun pun pg join nak sambut roh nenek moyang hahahah
mcm ada sukarelawan basuh kuil hindu haritu...tuang air ke muka dewa muruga????
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-6-2022 05:23 PM
Aku harap (cuma mampu berharap sahajalah) bila melayu nak buat sambutan aidil fitri kat oversea nant ...

takda pulak org hindu terhegeh hegeh nak sambut sekali upacara qurban masa raya haji
bleh tgok.lembu (dewi mereka)
kena sembelih
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 11-6-2022 05:57 AM
Orenn1 replied at 11-6-2022 02:55 AM
Mmg mcm ni semua hal yg berkaitan dgn perayaan budaya n agama org nak kena campur tgn sbb ada unsu ...


Cerita bodoh begini harap tidak sampai keluar International news... Sangat malu... Seperti news jakim issue hotdog and rutbeer keluar local news tempat aku... Sudah lah tempat investor ramai... Lobai memang tidak fikir panjang untuk economy...
Tetapi aku pity dengan kelantanesse Pas perintah... Aku pergi kelantan 1 kali sudah cukup.. Kena chase dengan my sister SIL bawa sarung suruh aku tutup aurat di beach sebab aku pakai NFL jersey sleeveless bukan bikini pun..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 10:29 PM | Show all posts
M5 replied at 11-6-2022 08:21 PM
dulu2 m pun berpikiran yg beragama itu biar beserdehana. tapi hakikatnya setelah sekian lama penel ...

Faham, agaknya sultan perak tu pun berlapik cakap, dia pun dah nampak makin menjadi barah sbb tu dia cakap mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-6-2022 05:29 PM
Hari raya Bon OdoriFaisal Tehrani -

June 9, 2022 9:00 AM

Memang sah dia ni penulis sebab panjang betui penulisan dia letih nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2022 10:34 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 11-6-2022 09:20 PM
Cerita bodoh begini harap tidak sampai keluar International news... Sangat malu... Seperti news ja ...

Faham sis mmg malu kan klu keluar news sini psl benda2 berbau taliban di msia.

Melampaunya bwk kain utk ko sarung, aku boleh faham mesti no bengang gila sabo je. Memang kat sana jenis suka jaga pakaian pompuan, negeri taliban, aku mmg taknak pegi lagi kelantan dah le kotor busk geli nak makan sana lalat banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 10:51 PM | Show all posts
nolya replied at 10-6-2022 11:27 PM
Sapekah penganjur festival Bon Odori ni.  Tentunya dia bukan seorang melayu lagi Islam, mungkin juga ...

setahu aku perayaan Bon Odori mula mula di celebrate oleh Japanese expats yg kerja di Malaysia

dulu bnyk Japanese MNCs belah Shah Alam nun

pastu ramai locals pun join sebb nampak best kot

ada jer aku tgk gambar students UITM yg pakai tudung pun join sekali

mungkin kebanyakan tak tahu dan tak ambil tahu apa Bon Odori sebenarnya




Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 11-6-2022 12:44 PM
Nipis betul iman. Bersepah kot kelab malam. Dari sebok benda2 remeh mcm ni, elok pg tegur kerajaan j ...

Kelabul malami tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 11:11 PM | Show all posts
agak OT

ai suka tengok lakon semula perarakan Oiran, pompuan courtesan paling top di Jepun era shogun, dihantar ke rumah client yg terpilih oleh kerana pakai terompah kayu tinggi, terpaksa la dia jalan slow namatey, sambil diiringi dayang2 dan bodyguardnya



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048745 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list