CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: rafudhefu

Azam thn baru: cara utk kumpul duit.

[Copy link]
 Author| Post time 11-8-2011 09:04 AM | Show all posts
Reply 20# Brutal

Fuyoo..good info..thanks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 10:48 AM | Show all posts
alang2 dah cerita pasal extra income

aku tgh mencari sapa2 yg berminat menyolek orang, yg suka mekap2

sila pm aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:35 PM | Show all posts
Cara I simpan duit......bila dapat elaun je terus simpan RM110 ke akaun Tabung Haji setiap bulan...tahun lepas RM100...tahun ni naik RM10....jadi la..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 08:50 AM | Show all posts
tuna suka sangat baca pengalaman dan cara2 orang untuk memperbaiki income masing2.

setakat ni apa yg tuna buat (dah berhenti kerja since 2010):

1) langkah paling penting yang pertama sekali kena buat ialah frugal living:
  • stop makan fast foods: hasil kajian tuna mendapati fast foods adalah punca paling kuat duit habis walaupun makan sebulan sekali, selain itu ia tidak bagus untuk kesihatan (processed foods adalah di antara punca penyakit kanser, diabetics, kegemukan, anak nakal/jahat/tak dengar cakap dll)
  • tuna adalah fast foods lover masa zaman bekerja, setiap bulan paling sikit sebulan sekali mesti wajib makan McD/KFC/Pizza... utk kurangkan ketagihan, tuna stop perlahan-lahan.. Alhamdulillah berjaya... boleh kira dgn jari sebelah berapa kali g makan kat fast foods atau fine dinings sejak 2010-2014
  • untuk belanja makanan di rumah, tuna stop beli kicap dan sos, canned foods dan processed foods. kesemuanya adalah punca belanja dapur naik 2-3 kali ganda selain memburukkan keadaan kesihatan.
  • kawal elektrik dan air. setiap kali keluar rumah akan tutup semua switch utama terutama PC dan lampu. Alhamdulillah bil tak pernah cecah rm50 sebulan
  • tak beli baju raya dan seangkatan dgnnya sejak 2010.... pakai apa yg ada..
  • nak keluar rumah kena makan kasi kenyang. masakan yg dimasak hanya ada 2 lauk iaitu ikan/daging dengan sayur. tak macam rumah MIL satu meja penuh macam2 lauk. kalau nak makan sedap kami balik rumah MIL... hihihi
  • pakai kereta buruk je... kereta kelisa... umur dah 10tahun... minyak tak banyak.... masih bagus utk long distance... tak perlu bayar loan dah
  • driving berhemah dan elakkan kena saman (parking/speed trap dll)
  • bayar loan rumah awal bagi mengelakkan denda yg beratus ribu
  • pastikan card credit RM0 setiap bulan, takde hutang.. guna utk booking flight semata2 atau semasa di luar negara, guna utk shopping semata2
  • pastikan bil hp di bawah rm100 setiap bulan... bil unifi rm149... bil wifi rm69

2) setiap bulan, tuna kena bagi duit belanja parents sebanyak rm1000 sbb parents dah tua tak boleh keje... tu pun tak banyak mana pun.... tuna nak tambah lagi in future InsyaAllah

3) setiap bulan, tuna akan paksa diri untuk beli emas jongkong - tujuan utk elakkan kesan inflasi serta mengumpul kekayaan (hasil pengalaman, pembacaan dan menuntut ilmu daripada beberapa sifu)

4) tuna dah tutup ASB/2020 dan bakal tutup account bank lain yg tak digunakan... rugi simpan duit dalam bank selain belajar elak riba.... step by step... dah tahu cara .. InsyaAllah akan dibuat berterusan

5) tuna dah tak simpan foreign currency semenjak tahu keburukan simpan wang.... sebelum ni tuna adalah collectors kerana tuna sangkakan ia adalah kekayaan apabila ditukar semasa currency naik, akan dapat untung yg lebih... rupanya silappppppp... huhuhuhu... kalau tuna money changer lain citer

6) tuna plan untuk stop beberapa insurans yg tuna commit sebab insurans ni tak berguna apabila diperlukan... ye ye je ada medical card tapi tak leh guna walaupun g kat panel... kalau uols nak beli insurans kan... beli la yg ada investment link... itu lebih bagus sbb bila nak pakai duit anytime leh amik... tuna juga agen insurans... takaful... tapi hati tuna masih tak boleh terima konsep insurans/takaful dalam hidup tuna... i don't know why

7) jaga kesihatan... makan yg sihat... rehat yg cukup... jgn sakit hati dgn orang... punca kanser adalah dari hati yg rasa benci tengok orang lain berjaya... punca kanser adalah dari masalah kejiwaan... apabila badan sihat, sakit susah nak melekat... demam pun cepat baik... setakat ni Alhamdulillah... dah lama tak g klinik/hospital meskipun demam panas dan masalah kewanitaan yg lain... semua diubati dengan minda sendiri... apabila tubuh badan sihat... medical card ke insurans ke tak penting... gold yg ada boleh digunakan untuk bayar bil hospital yg ratusan ribu tu...

Alhamdulillah dengan melaksanakan frugal living pada item no 1, tuna dapat laksanakan semua item 2-7 dalam tempoh 3 bulan sewaktu di landa kesempitan hidup.
Frugal living adalah jawapan untuk mengumpul kekayaan.
Bagi memastikan kewangan terjaga, gold & Silver adalah jawapan yg tuna temui. Rasa rugi sangat tak terlibat dalam gold & Silver semasa bekerja. Masa kerja dulu gaji malatoppp... tapi duit gaji tu buat beli properties je.... properties ni masalah utama dia, penipuan yang berleluasa dan kos yang perlu ditanggung seumur hidup. sain mati dgn bank.... tuna plan nak jual properties, beli gold dan nak travel seluruh dunia... nak duk negara orang plak...

Tips Menyimpan Emas agar tidak ditipu
Last edited by tuna_sandwic on 2-5-2014 09:05 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 02:51 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 2-5-2014 08:50 AM
tuna suka sangat baca pengalaman dan cara2 orang untuk memperbaiki income masing2.
setakat ni apa  ...

TQ TQ utk tips yg dikongsi...
semoga barakah dan impian awak tercapai
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:35 PM | Show all posts
wan_fizah posted on 2-5-2014 02:51 PM
TQ TQ utk tips yg dikongsi...
semoga barakah dan impian awak tercapai

u r welcome

setiap kali solat, tuna selalu doa mohon diberikan petunjuk dan pertolongan untuk elak daripada terbabit dengan riba'
Syukur Alhamdulillah.... jalan perlaksanaan dah nampak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2014 12:18 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 2-5-2014 08:50 AM
tuna suka sangat baca pengalaman dan cara2 orang untuk memperbaiki income masing2.
setakat ni apa  ...

Salam...
kagumnya dgn cara you berbelanja..banyak jimat kat part makanan ye..
Tuna beli emas dalam bentuk gold bar je ke atau ada campur barang kemas?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 12:33 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 6-5-2014 12:18 PM
Salam...
kagumnya dgn cara you berbelanja..banyak jimat kat part makanan ye..
Tuna beli emas da ...

salam

tuna bukan jimat banyak kat part makanan tapi kombinasi pelbagai bahagian lagi seperti utilities dan barang tak perlu (spt pakaian, gadgets dll)

tuna food lovers... suka eat out & fine dinings...
utk eat out & fine dinings tuna akan pilih restoran yg memberikan makanan yg baik utk kesihatan dan bukannya fast food....
tuna masih juga makan fast foods... tapi terhad kepada 1-2 kali setahun saja.. kalau ada orang belanja makan, tak tolak.... tu pun tuna akan pilih yg healthy .... kalau diberi pilihan orang nak belanja makan, tuna akan recommend restoran yg hidang masakan selain fast foods

tentang emas.... dulu2 masa takde ilmu mmg simpan set perhiasan....
kesedaran beli emas ni pun bermula pada tahun 2008.... masa nak kawin pun siap bgtau husband jgn belikan barang kemas... lompat katak dia suka... hihihihi
masa zaman tgh banyak duit dulu tak pernah beli emas pun... zaman tu tuna byk beli properties (tanah, rumah, premis kedai), fixed deposit, investment link, insuran je...

pengalaman pelaburan dlm bidang properties byk membuka minda tentang perbezaan simpan emas dan properties...
properties sangat byk masalah terlindung dan peraturan nak diikuti... bacalah buku Azizi Hj Ali... dia pun dah tak buat properties sangat... now dia pun dah terbuka minda jadi jutawan emas pula...

bila tuna dah terbuka hati dan minda tentang emas.... tuna banyak kumpul jongkong, syiling dan barang perhiasan tak de sangat la... silver pun tuna simpan gak...

emas tengah rendah.... tuna beli masa rendah, jual masa tinggi
simpan emas untuk travel ke luar negara... shopping
pilih emas pun beli kat kedai yg berikan harga terbaik takde upah tukang dan lebih murah daripada harga kedai emas biasa

sekarang tengah trend orang beli emas dan skim emas tipu pun banyak
kawan2 tuna ramai yg ajak tuna beli emas dapat dividen bulan2.... bila dah ada ilmu, InsyaAllah tak tergoda langsung dgn dividen tu sbb tuna tau dividen tu tak akan bertahan lama dan banyak syarikat yg tutup/bungkus selepas mendapat ramai mangsa... contoh terbesar.. emas Geneva..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 12:36 PM | Show all posts
iols kan...

everyday without miss...masuk kan duit2 singgit atau 50sen seketul dlm tabung iols..

dah 3 bulan ai buat...skrg ada dlm 300hengget gak..lepas la nak jenjalan langkawi mth end ni...pastu simpan lg cara tu...

cuba korang buat...syok tau bila tetiba dah penuh....tp jgn la kira hari2 lak hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 10:47 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 8-5-2014 12:33 PM
salam

tuna bukan jimat banyak kat part makanan tapi kombinasi pelbagai bahagian lagi seperti ut ...

oh okay..thank you for that input..I ingatkan you totally cut down food expenses..maknanya still enjoy food la ye..good foods..

tentang emas.... dulu2 masa takde ilmu mmg simpan set perhiasan....
kesedaran beli emas ni pun bermula pada tahun 2008.... masa nak kawin pun siap bgtau husband jgn belikan barang kemas... lompat katak dia suka... hihihihi

haha suka la ye Encik Hubby you cakap begitu..>.<
Itulah I baca pasal beli emas ni,I tak nampak untungnya besar sangat pun sbb bila kita jual harga emas kita tu akan susut juga kan..so ya..but still, I beli barang kemas sebagai cara utk ikat duit..in the future walaupun susut harga still dikira barang yang ada nilai daripada I beli kasut banyak2..


1) pastikan beli emas dan pegang emas di tangan... bukan dapat surat emas, buku emas atau dividen bulanan

I dah baca tips kat blog you..thank you..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076077 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list