Reply 17# bitarockz
Terima Hadiah Berbelas Juta
Bertuah badan selebriti cantik ini. Diva sendiri kagum dengan cara dia membawa diri dan tuah yang bergolek-golek datang ke kakinya. Diva dengar cerita bahawa selebriti yang satu ini tidak meminta yang mahal-mahal untuk hadiah hari jadinya. Cuma sebuah barang keperluan yang sememangnya dikelilingi dengan tuah dan perkara yang manis-manis sahaja. Tapi Diva dengar cerita pula yang selebriti yang cantik menawan ini diberikan sebuah kondominium mewah di tengah-tengah kota sebagai hadiah ulang tahun oleh sang suami. Rumah mewah itu bukan calang-calang harganya kerana memang terletak di tengah kota Kuala Lumpur. Setelah dirisik-risik memang berharga berbelas juta ringgit. Nama pun kondominium mewah, kan? Bertuah badan sungguh! Satu hal yang Diva nak puji, selebriti ini tidak menunjuk-nunjuk dan mencanangkan hadiah yang diberikan untuk dirinya. Ini satu hal yang sepatutnya dicontohi oleh sesetengah artis yang suka sangat sangat menjaja cerita yang bukan-bukan tentang diri mereka. Sikap merendah diri ini memang patut ada dalam diri setiap orang. Diva teringin juga nak melangkah kaki dan melihat rumah mewah ini. Mungkin di ulang tahun akan datang, selebriti cantik ini dapat membuat majlis di rumah mewahnya pula. Bukan tujuan menunjuk-nunjuk tapi berkongsi dengan orang yang tak mampu macam Diva ini.
kredit KOSMO
X pasti la selebriti yg dimaksudkan ct ke org lain..
|