|
KELAYAKAN OLIMPIK =MALAYSIA VS PAKISTAN (HOME)
[Copy link]
|
|
Reply 1# iman_hafizuddin
setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# lordvoldemort
wah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitihawa at 8-3-2011 16:13
Awasi helah Pakistan: Fahmi
2011/03/08
![](http://www.bharian.com.my/articles/AwasihelahPakistan_Fahmi/pix_gal0)
KHAIRUL Fahmi (kiri) mengetuai pasukan bola sepak Olimpik negara berangkat ke Lahore, semalam.
‘Kelebihan dua gol daripada pertemuan pertama belum lagi selamat’
“SKUAD negara harus bersedia dengan apa juga helah dan pendekatan digunakan oleh Pakistan untuk cuba menterbalikkan kelebihan 2-0 kita.”
Itulah luahan kapten skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat menjelang perlawanan kedua kelayakan Olimpik di Lahore, esok. Penjaga gol Kelantan itu berkata, pasukan lawan mungkin melakukan serangan bertubi-tubi bagi mendapatkan gol semangat dan pemain negara, terutama di bahagian pertahanan sentiasa diingatkan agar tidak leka kerana Pakistan akan bermain secara agresif mengatasi kelebihan gol milik Malaysia. “Kami perlu terus konsisten dan tidak bersikap lewa pada perlawanan di Lahore,” katanya kepada pemberita di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Lahore, semalam.
“Kelebihan dua gol daripada pertemuan pertama belum selamat dan kami harus terus memburu gol untuk memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia.”
Selain harus bersedia dengan helah dan pendekatan yang bakal digunakan lawan, cabaran lain yang terpaksa dihadapi oleh anak buah Ong Kim Swee ialah terpaksa beraksi dalam cuaca sejuk dengan suhu di Lahore kini mencecah 10 darjah selsius.
Namun, menurut Kim Swee dia sudah memberitahu pemainnya supaya bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan di Lahore, termasuk keadaan cuaca di sana.
“Saya sudah mengingatkan semua pemain bahawa perjuangan mereka bermula sebaik memijakkan kaki di bumi Lahore,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, mengingatkan skuad Olimpik negara supaya memberi tumpuan penuh dan tidak membiarkan hal yang tiada kaitan mengganggu tumpuan mereka.
semoga malaysia menang ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
go malaysia go ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.malayatigers.com/blog/content/Malaysia-Olimpik.jpg)
Fokus 100 peratus
Posted on the March 8th, 2011 under Sukan by Koko Jumbo
JIKA benteng pertahanan skuad Olimpik negara nampak ‘bersantai’ pada aksi pertama, situasi itu dijangka berubah apabila mereka bertandang ke Lahore bagi perlawanan kedua pusingan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia, malam esok.
Bukan sesuatu yang mustahil andai Pakistan yang dibimbing Tariq Lutfi berubah perwatakan lebih agresif untuk memadam defisit 2-0 berbanding pendekatan berkubu di kawasan sendiri dan hanya melancarkan serangan balas pantas seperti ditunjukkan ketika perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.
Perkara itu diakui kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat yang mengingatkan rakan sepasukan supaya memberi fokus 100 peratus dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Punjab jam 11 malam waktu Malaysia.
“Pada perlawanan pertama di sini kami tak berdepan banyak masalah tapi Pakistan pasti akan lebih menyerang kali ini dan semua pemain khususnya pertahanan perlu memberi fokus kepada permainan. “Untuk menghadapi perlawanan ini, kami juga sudah bersedia daripada segi mental, fizikal dan juga taktikal.
“Pasukan negara mempunyai kelebihan dua gol tapi kami bukan pergi ke sana untuk mempertahankan kedudukan itu, sebaliknya kami mahu mencipta kemenangan. “Pasukan yang beraksi lebih baik, merekalah yang berhak untuk menang,” katanya yang ditemui Arena Metro sebelum berangkat ke Karachi pagi semalam bersama 17 lagi pemain yang dipilih jurulatih, Ong Kim Swee.
Apabila tiba di Karachi mereka akan mengambil satu lagi penerbangan ke Lahore yang menjadi lokasi perlawanan.
Selain Khairul Fahmi yang bertindak di posisi gawang, benteng pertahanan negara turut diperkuatkan dengan kehadiran tonggak skuad juara Piala Suzuki AFF, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas dan Mahali Jasuli.
Khairul Fahmi, pemain skuad Liga Super Kelantan merasai pengalaman pertama menjadi kapten di peringkat antarabangsa dengan memakai lilitan di lengan pada perlawanan pertama kelayakan Olimpik dan nyata selesa dengan tugas diberikan itu.
“Saya tak ada masalah untuk memberikan arahan kepada rakan sepasukan di dalam padang, kerana kami sudah lama mengenali satu sama lain,” katanya.
Source: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Siaran Langsung Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 (Pakistan lwn Malaysia):
Bolasepak Pra - Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Ke-2
Pakistan lwn Malaysia dari Stadium Punjab, Lahore, Pakistan.
Rabu, 09 Mac 2011, 0900 Malam
Astro Arena Saluran 801
Nadi Sukan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
edia Berdepan Provokasi
Oleh ZAZALI JAMIAN
[email protected]
![](http://img811.imageshack.us/img811/7651/su011e.jpg)
Ong Kim Swee bersama skuad negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam sebelum berlepas ke Lahore untuk kelayakan Olimpik menentang Pakistan pada aksi kedua, esok.
SEPANG - Kekuatan mental dan strategi yang kukuh menjadi bekalan utama buat skuad negara apabila berkunjung ke Lahore untuk aksi kedua kelayakan Olimpik menentang Pakistan, esok.
Malah, jurulatih Ong Kim Swee juga seolah-olah menyedari layanan kurang selesa bakal diberikan skuad Olimpik Pakistan selain provokasi sebelum dan semasa perlawanan oleh tuan rumah untuk memberi tekanan kepada pemain negara.
Katanya, semua bentuk provokasi tersebut mampu dihadapi oleh pemain-pemain negara kerana mereka bersikap profesional dalam menghadapi situasi sebegini di samping mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.
''Antara bentuk provokasi yang saya jangkakan ialah taktik permainan kotor, sorakan penonton tuan rumah serta mungkin dari aspek padang atau pemakanan yang kurang selesa.
''Saya beritahu pemain agar bersedia untuk menghadapi perkara ini. Ada di kalangan pemain kita yang telah mempunyai pengalaman dalam situasi sebegini yang dan saya yakin dengan (kemampuan) mereka,'' katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Lahore Pakistan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Dalam pada itu, Kim Swee juga percaya skuad Olimpik Pakistan akan mengunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri, esok bagi menebus kekalahan di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.
Tambahnya, beberapa strategi telah dirancang untuk perlawanan itu nanti, malah akan cuba memperkukuhkan bahagian serangan serta meningkatkan keupayaan bahagian tengah yang bakal menggunakan khidmat gandingan Mohamad Muslim Ahmad dan Nazirul Naim Che Hashim.
Melihat daripada 18 senarai pemain Skuad Olimpik negara ke Lahore, Kim Swee dijangka lebih banyak mengunakan khidmat bahagian serangan apabila memanggil dua penyerang Harimau Muda A, A. Thamil Arasu, dan Syahrul Azwari.
''Kali ini corak dan strategi yang akan kita gunakan adalah berbeza dengan perlawanan pertama kerana matlamat kita berkunjung ke Lahore adalah untuk mendapatkan kemenangan.
''Pada perlawanan pertama di Shah Alam, bulan lalu kita dapat lihat pada separuh masa kedua Pakistan lebih banyak melengah-lengahkan masa dan bagi saya tujuan mereka melakukan sedemikian adalah untuk mengelakkan kita menambah jaringan selain mahu mengatasi dua gol yang kita perolehi itu,'' jelas Kim Swee.
Pasukan negara akan menjalani latihan pertama di Stadium Punjab, Lahore pada hari ini sebelum beraksi menentang Pakistan esok dalam cuaca 10 hingga 15 darjah Celsius. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Mampu Menang - Khairul Fahmi
SEPANG - Kapten skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat optimis kemenangan mampu milik Malaysia pada aksi perlawanan kelayakan kedua menentang skuad Olimpik Pakistan di Stadium Punjab, Lahore, esok.
Janji penjaga gol sensasi negara itu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan gawang negara daripada dibolosi jentera serangan Pakistan yang dijangka memberikan aksi lebih sengit berbanding perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, bulan lalu.
Keupayaan bahagian pertahanan menangkis serangan Pakistan pada perlawanan pertama tersebut membuatkan Khairul Fahmi bertambah yakin untuk mendapatkan kejayaan di Lahore.
Menurut Khairul Fahmi, segala pengalaman beraksi di pentas dunia termasuk kejayaan memperoleh kemenangan dalam Piala Suzuki AFF 2010 bersama skuad kebangsaan akan dimanfaatkan sebaiknya pada perlawanan esok.
Katanya, pasukan negara perlu mendapatkan gol awal pada perlawanan esok bagi memastikan keyakinan pemain berada di tahap terbaik sebelum boleh mendapatkan kemenangan.
''Pemain juga perlu sentiasa berwaspada dengan corak permainan Pakistan pada perlawanan Rabu ini kerana kita tidak boleh terlalu selesa dengan dua gol yang kita ada setakat ini.
''Jurulatih juga ada memberikan pesanan pada kami agar lebih banyak bersabar pada perlawanan itu nanti selain yakin dengan keupayaan sendiri ketika beraksi di tempat lawan,'' katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Dalam pada itu, Khairul Fahmi berkata, kesemua pemain yang akan ke Lahore berada pada tahap yang terbaik selain bersemangat untuk beraksi pada perlawanan kedua esok.
''Latihan persediaan yang kita lakukan sebelum ini juga membuatkan kami bertambah yakin untuk menghadapi Pakistan walaupun tahu pasukan lawan tidak akan mudah memberikan kita kemenangan.
''Saya harap tidak ada apa-apa masalah semasa perlawanan berlangsung dan apa yang paling penting kami perlu fokus kepada tugas masing-masing,'' kata Khairul Fahmi. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaharulnizam Waspada Helah Pakistan
KUALA LUMPUR - Bintang skuad Olimpik yang semakin menyinar, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akan lebih berwaspada dengan gaya permainan fizikal Pakistan pada pertemuan timbal balik kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik di Lahore, esok.
Mengakui cara permainan Pakistan yang agak kasar ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum ini, dia sudah bersedia menangani sebarang tekanan atau helah yang cuba dimainkan oleh lawan pada perlawanan kedua itu nanti.
Malah, melalui pengalamannya pada perlawanan lalu, Wan Zaharulnizam berkata, dia sering menjadi mangsa terjahan kasar lawan yang cuba menyekatnya melakukan larian pantas sehingga membuatkan dia sering berada di dalam risiko untuk dicederakan lawan.
''Masa perlawanan tempoh hari, saya sering menjadi sasaran pemain Pakistan dalam usaha menyekat pergerakan saya daripada melakukan hantaran kepada rakan sepasukan.
''Cara mereka bermain memang sedikit membimbangkan saya memandangkan mereka mempunyai kelebihan fizikal yang agak ketara walaupun tidak boleh dinafikan daripada skil, kita sedikit lebih baik.
''Pada pertemuan kedua di Lahore nanti, saya akan memperkuatkan ketahanan mental kerana sudah tentu mereka akan menerapkan taktik yang sama supaya kami tidak beraksi mengikut rentak sebenar.
''Saya dan rakan-rakan lain sendiri tidak tahu bagaimana tahap kualiti padang atau suasana stadium di sana tetapi bagi diri saya, saya sudah bersedia apa sahaja kemungkinan yang akan timbul," katanya yang dihubungi, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
by ashamir on Tue Mar 08, 2011 11:12 am
Muslim Janji Aksi Terbaik Pertahanan
SEPANG - Pemain pertahanan skuad Olimpik negara, Mohamad Muslim Ahmad akan memastikan jentera pertahanan negara berfungsi dengan cemerlang menentang Pakistan, esok.
Sedar akan tanggungjawab besar mempertahankan kubu negara di Lahore untuk perlawanan kedua itu, Mohamad Muslim turut berharap pemain pertahanan lain yang akan digandingkan bersamanya mampu bermain sehingga tahap terbaik sepanjang aksi 90 minit.
Antara pemain yang mungkin digandingkan bersama Mohamad Muslim menjaga benteng tengah negara ialah Mohammad Fadhli Mohd. Shas dibantu oleh bek kiri, Mohd. Affize Faizal Faisal Mamat dan bek kanan, Mahali Jasuli.
Gambaran awal perlawanan esok yang dapat dibayangkan Mohamad Muslim ketika ini ialah corak permainan bola tinggi oleh Pakistan selain mempunyai pemain yang sukar diramal keupayaan mereka sekali gus membuatkan pemain pertahanan Harimau Muda A itu perlu lebih berhati-hati.
''Hampir semua pemain mereka yang saya lihat masa perlawanan pertama bulan lalu mampu melakukan kejutan dan ini amat bahaya sekiranya kita lalai.
''Saya kini telah bersedia sepenuhnya untuk membantu pasukan mendapatkan kemenangan, malah keupayaan barisan pertahanan kita juga berada di tahap yang terbaik,'' katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebelum berlepas ke Lahore, semalam.
Tambah Mohamad Muslim, sungguhpun memperoleh kemenangan 2-0 pada pertemuan pertama, namun keputusan itu masih lagi belum selesa, malah perlu berusaha mendapatkan gol.
''Saya tidak kisah dengan apa yang bakal dilakukan oleh pasukan tuan rumah kerana kami perlu fokus untuk mendapatkan kemenangan.
''Kami juga akan cuba untuk mengelakkan berlaku sebarang kecederaan melibatkan pemain pertahanan sepanjang perlawanan di Lahore,'' jelas Mohamad Muslim. |
|
|
|
|
|
|
|
mlm nih..go go malaysia...![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia 0-0 pakestan..
tahniah ongkimswee |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tetiba cancel ek live kat tv1? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srumut at 10-3-2011 09:35
masih blum mantop tim rimau ni.
percubaan2 ke pintu gol lawan pon nampak lembik jek pd 2nd match di Lahore smlm.Tgk pagi ni di Astro |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah mesia..layak gak ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 mesia berjaya..
cak! Post at 23-2-2011 05:17 PM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif) ko ka mod kat sini ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kali ini Malaysia tak akan ada masalah untuk layak ke sukan olimpik |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah malaysia layak ke sukan olimpik menang dengan lubnan 2 - 1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|