View: 8073|Reply: 27
|
Perintah tahanan rumah Najib wujud, kenapa nak sorok – Muhammad Shafee
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan menyembunyikan titah adendum yang mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Ini kerana terdapat individu yang melihat dan membaca titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Muhammad Shafee memberitahu, pihaknya telah memfailkan afidavit sokongan daripada seorang individu yang melihat dan membaca titah tersebut.
“Kami telah memfailkan afidavit (sokongan), tetapi saya tidak boleh namakan afidavit daripada siapa, tetapi beliau telah sahkan lihat, baca (titah adendum). (Ada) tandatangan Agong, ada cop mohor Agong,” katanya.
Terdahulu, media dilarang membuat liputan mengenai permohonan semakan kehakiman itu selepas peguam terbabit memaklumkan terdapat ‘isu sensitif’.
Pada mulanya media dibenarkan mengikuti prosiding tersebut melalui siaran terus ke bilik ‘videolink’.
Hakim Datuk Amarjeet Singh membenarkan permohonan tersebut.
Permohonan itu sepatutnya didengar pada 4 April lalu namun ditangguhkan ke hari ini selepas Muhammad Shafee memaklumkan terdapat seorang individu yang disifatkan sebagai `saksi kritikal’ akan menyokong permohonan Najib berhubung titah adendum oleh YDPA ke-16.
Ujar peguam itu, afidavit sokongan saksi yang tidak didedahkan identitinya itu hanya boleh ditandatangani lepas individu terbabit pulang dari Mekah.
Pada 1 April lalu, Najib memfailkan semakan kehakiman antara lain mendakwa selain perintah pengurangan hukuman penjara dan pengurangan jumlah denda, terdapat perintah tambahan (titah adendum) yang membenarkan beliau untuk menjalani hukuman yang dikurangkan kepada “tahanan di rumah” dan bukannya di Penjara Kajang.
Menurut afidavit yang difailkan, Najib mendakwa menerima ‘maklumat yang sahih’ berhubung titah adendum pada 12 Februari lalu.
Menurut penyataan yang difailkan pada 1 September 2022, Najib melalui peguamnya memfailkan petisyen memohon pengampunan penuh terhadap sabitan salah dan hukuman penjara serta denda selepas didapati bersalah atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd.
Kata pemohon, pada 29 Januari lalu, YDPA mengeluarkan ‘titah utama’ iaitu supaya hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun dan denda dikurangkan kepada RM50 juta.
Najib mendakwa titah adendum turut dikeluarkan pada tarikh sama tetapi mendakwa ia tidak didedahkan oleh mana-mana responden sehingga kini.
Pada 14 Februari, Najib telah mengarahkan peguamnya menghantar surat kepada Peguam Negara yang turut disalinkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi memohon pengesahan berhubung titah adendum tersebut.
Peguam Najib turut memohon salinan asal titah utama dari Penjara Kajang tetapi tidak dijawab sehingga kini.
Najib mendakwa, kegagalan kesemua responden menjawab surat atau mengesahkan kewujudan titah adendum itu adalah sesuatu yang tidak rasional, tidak munasabah, menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg terhutang budi sgt dekat najib tu hah?! |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 17-4-2024 05:50 PM
Eh barua ..
hutang 1mdb tu sapa bayar??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak logik bagi ex Agong yg rapat dengan media, selalu ditemu bual tapi srnyap & tak raise concern bila titah dia tak dilaksana kerajaan. Ini bermakana the so called titah addendum tu hoax ataupun ia sekadar "option" atau "draft" yg disenarai pendek antara few other options yg disediakan awal2, cuma itu bukan terpilih as final verdict. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by terma2nkondisi2 at 17-4-2024 08:58 PM
walanon2 telan air liur je dan menggigil menahan geram baca berita2 mutakhir ni
bersimpati terhadap para walanon yg bergelora perasaan geram dan sedih dlm diri mereka |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 17-4-2024 08:35 PM
Eh barua ..
hutang 1mdb tu sapa bayar???
Berbilion-billion duit 1mdb yg dikembalikan bolehlah digunakan utk bayar hutang 1mdb,
Aset2 1mdb seperti TRX yg memberi pendapatan kpd negara pun boleh digunakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 17-4-2024 05:50 PM
Terbaik bro.....
Tapi nk buat mcmana....
Ekonomi dah tenat pun masih tak sedar²....
Hutang dah berlipat² kali ganda....
Pulangkn semula najib...baru blh pulih ekonomi |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 17-4-2024 05:15 PM
Apa yg terhutang budi sgt dekat najib tu hah?!
Saya percaya kalau dahulu Najib tidak dijatuhkan oleh walanon yang hanya inginkan bangnon jadi piyem atau Malaysian Malaysia, dan juga non-walanon yang rambang mata dengan janji bulan bintang bangnon, sekarang BN sudah pun rampas balik Kelantan dan Terengganu daripada lobai. Orang tamak selalu rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
saksi tu rupanya wak jahit astu dia petik zafrul dlm akuan tu, zafrul lak respond dia akan file affidavit jugak utk betulkan apa yg wak jahit dakwa
|
|
|
|
|
|
|
|
barua macam ko ler yang jatuhkan najib akibat kebodohan ko percaya hasutan dan fitnah
konfem ko takleh terima jawaban yang aset 1mdb lebih banyak dari hutang kankankan
duit yang dicuri jho low pon kebanyakkannya dan sepatutnya dipulangkan balik oleh goldman sachs, IPIC, Aabar etc
kalau ko masih memilih nak jadi benak, itu terpulang
|
|
|
|
|
|
|
|
Org biasa curi duit tabung masjid boleh mohon titah addendum x.. |
|
|
|
|
|
|
|
anwar dapat pengampunan atas kesalahan ape ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jatuh kerajaan madanon sebab tak ikut titah Agong. Diam seribu bahasa...
Umno tunggu apa lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 18-4-2024 12:29 AM
barua macam ko ler yang jatuhkan najib akibat kebodohan ko percaya hasutan dan fitnah
konfem ko ta ...
Sepatutnya... sepatutnya. sepatutnya... bangang punya barua pencacai.dah sakau tu sakaulah .dah tumbang masih lagi
delulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 17-4-2024 11:46 PM
Saya percaya kalau dahulu Najib tidak dijatuhkan oleh walanon yang hanya inginkan bangnon jadi piy ...
Skrg bn rampas kelantan,terengganu????!! barua najib ni dia punya delulu mcm zionist |
|
|
|
|
|
|
|
orang umnu gitu leee. delusional lebih. ingat orang suka lagi. pi la sokong PN tu balik. tengok camne umnu hilang dari radar nanti.kah kah kah. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 18-4-2024 04:31 AM
Skrg bn rampas kelantan,terengganu????!! barua najib ni dia punya delulu mcm zionist
Zionis pun nampak macam lebih molia daripada orang yang terpaksa minum air kencing orang tua. |
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh tgk dah set2 walanon ni start meroyan
|
|
|
|
|
|
|
|
Org biasa boleh aje mohon, dlm permohonan kenalah citer sebab apa curi duit masjid, senaraikan juga jasa2 kepada rakyat & negara bagi menguatkan permohonan agar dapat dipertimbangan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|