CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: omega_seamaster

[Cinta] Apa Patut Aku Buat?

[Copy link]
 Author| Post time 7-5-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 7-5-2024 03:53 PM
1st of all, just follow the flow
layan je Sarah elok2
bg peluang kat diri sndr

Tadi Sarah ada mesej kata sorry lambat reply sbb occupied, busy etc. Kemudian tanya apa citer, I camana, anak sihat dan borak2 kosong lah. Aku layan macam biasa tapi tak beria mcm awal2 dulu,
jusg keeping a safe distance dan elakkan topik2 perbualan yg boleh menjadi flirting.

Mmg tgh plan nak enroll anak ke program permata utk pra-sekolah. Appointment utk assessment dgn child psychologist bulan september ni, lepas tu baru apply kad oku. Harap2 dpt la spot utk special need pre-school tahun dpn. Dah tak larat nak hadap nursery ni.

Secara statistik mmg single mother dgn special need child nampak lebih visible. Kes macam aku ni rare. Disebabkan rare jd support group pun rare. Kalau ada pun sendu, tak macam single mom punya group. Aku cari info pun dr geng2 single mom.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 7-5-2024 07:01 PM
nak tanyala pasal ex..dia x jenguk anak?

Tak. Last sekali dia jaga masa pkp yang first. Masa pkp kedua setakat tanya khabar. Sejak Julai 2022 dia tak ambil tahu dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 12:04 PM | Show all posts
omega_seamaster replied at 7-5-2024 10:04 PM
Tadi Sarah ada mesej kata sorry lambat reply sbb occupied, busy etc. Kemudian tanya apa citer, I c ...

sy suka baca ur journal, sebab ia mengingatkan kita life ni is tough only tough people je akan kekal sane! Hope u will get that spot for your child.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 12:05 PM | Show all posts
omega_seamaster replied at 7-5-2024 10:10 PM
Tak. Last sekali dia jaga masa pkp yang first. Masa pkp kedua setakat tanya khabar. Sejak Julai 20 ...

apa punya mak ya, xpelah at least u care anak u, tuhan tu maha adil u sabar ok and jalan terus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2024 04:20 PM | Show all posts
adila39 replied at 8-5-2024 12:05 PM
apa punya mak ya, xpelah at least u care anak u, tuhan tu maha adil u sabar ok and jalan terus.

Ada orang diuji dengan takda naluri keibubapaan. Malangnya, ex aku salah sorang yang macam tu. Kata takda connection dengan anak yang dia sendiri lahirkan. Tak tahulah samada ia adalah isu personaliti atau mentaliti.
Tak pernah tanya mak ayah ex apa dia buat sekarang. Mak ayah dia pun takda pujuk2 untuk kembali semula ke anak dia, sebab semua orang tahu it's the best for everyone.

Ada masa aku terfikir kenapa dijodohkan dengan ex. It was never a happy reunion walaupun pilihan sendiri dan tak ada sebarang paksaan untuk berkahwin.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:48 PM | Show all posts
Edited by Yoonggi at 8-5-2024 04:51 PM

Wa’alaikumsalam. Wow,mcm baca life journal yg dibukukan. Penerangan yg jelas, menarik gaya penulisan tu. Sorry to hear about your situation. It seems like u have a knack in writing, why not write a journal every day? I mean, not necessarily kt sini if u don’t feel comfortable, but u know, in private. Ala2 tulis diary mlm2 sblm tido. It is a kind of therapy for people who have depression/anxiety/stress mgmt.(there are studies on this). Boleh baca - https://positivepsychology.com/benefits-of-journaling/.Kira mcm tulis what’s happening during the day, things that are good/bad,reflect on what can we do better next time, and what we have to be grateful ofon that day. Boleh jd hobi juga.


U know, if u pull urself together, I am sure u can make a comeback. X perlu selamanya berada dlm situasi yg sama. Mesti ko sendiri pun ada masa rasa haih, smpai bila aku nk mcm ni. Kuatkan hati, bulatkan tekad (ayat2 BM aku yg mcm ni ler yg buat kengkwn aku salu gelakkan aku), pasti ko boleh punya bangkit balik. Ko lupakan sedikit demi sedikit pengalaman lalu yg menyakitkan. Buat apa nk reminisce benda yg lps yg menyakitkan, plus bkn leh patah balik dah pun. Klu nk gak, ko ingat yg manis2/best2 je. Aku pun penah frust teruk dulu, tp aku decided to accept kebodohanku sendiri masa lalu. Let it be a lesson learned and shall never forget, so u won’t do the same mistake again.


Klu pasal girls ni, maybe I am not the right person to comment. Sbb aku sendiri pun xde perasaan nk be in a relationship dah. So just do what u think is right la kot.Weigh in pros and cons nya. Klu boleh handle the cons sekali, then proceed. Jgn fikir jauh sgt ke dpn. Hadap yg ada ni dulu. Ni aku nye prinsip skrg. Aku hadap dulu apa dpn aku skrg, xmo fikir jauh apa akan jd setahun dr skrg ke, even 6 bln ke dpn pun aku xnk fikir. Sbb blm tentu apa yg aku fikir tu terjd dan apa ygaku tak fikir tak terjd. And apa yg ko fikir tu akan manifest ke dlm real life klu ko asyik dwell upon it. Jd baik fikir yg baik2 je, yg negative tu tolak jauh2. Hidup ini dah ada ketentuan dia. Allah dah tetapkan laluan masing2.Camana ko react je yg penting skrg. Apapun brader, aku wish ko all the best! Semoga ko berjaya both in love and life. I’m rooting for u!

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2024 05:12 PM | Show all posts
Edited by omega_seamaster at 9-5-2024 05:15 PM

Aku pernah tulis jurnal atas cadangan psikiatri (yea aku pernah dibawa berjumpa psikiatri). Pakai apps kat phone dan aku taip non-stop pagi, petang, siang, malam. Ini berterusan selama 3 bulan. Tapi aku bukannya journaling pasal mental state aku, tapi memori aku masa kecil dan masa bujang, sebab lebih senang luahkan perkara yang menyenangkan dari menyakitkan.
Aku stop sebab it didn't make me feel good tapi tak juga memburukkan lagi keadaan. Pendek kata, tak ada sebarang perubahan pun yang aku rasa, kecuali wall of screen text dengan word counts hampir setengah juta.

Setiap hari aku impikan hari yang aku akan bebas dari belenggu hidup sekarang ni. Kadang-kadang berhajat nak buat macam apa ex aku buat, minta cerai, campak semua masalah ke aku, cuci tangan dan bailed out. Dia ambil jalan singkat untuk selesaikan masalah, tapi yang selesai hanya masalah dia.

Berada dalam hubungan yang komited ni satu perjudian. Nasib pun main peranan juga. Dalam ramai-ramai pasangan yang hidup bahagia, pasti ada minoriti yang terpaksa berdepan dengan hubungan bermasalah dan toksik. Buat lah macam mana pun tapi the more you tried to fix, the worst it get. There are times where I wished my daughter was not born sebab dia tak deserved hidup macam sekarang disebabkan kebodohan mak bapak dia. Susah untuk berfikiran positif bila the reality just bite you in the ass every single day.

Ko kata tak ada desire nak being in a relationship. Good. Keep it that way. God knows how many people out there who are stucked in relationship spirals and wish they're single. Aku pun kalau ikutkan tak ada plan nak kahwin disebabkan lifestyle aku waktu itu tak ada ruang untuk settling down. Tapi aku cuma seorang hopeless romantic naif yang dambakan love life aku seperti filem-filem romantika indie yang aku minat, dan benda itulah yang menemukan aku dengan ex-wife.

Apa2pun aku yakin dengan ketentuan Allah. Cuma aku harapkan hikmah disebalik kesengsaraan ini cepat muncul.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2024 12:25 PM | Show all posts
Edited by omega_seamaster at 13-5-2024 12:28 PM

Hari-hari aku terbahagi kepada dua, keletihan tanpa masalah baharu dan keletihan berserta masalah terkini.

Pagi tadi masa dropped anak, nursery maklumkan bulan depan mereka tak nak terima anak aku lagi disebabkan isu-isu tertentu. Aku pasrah dan dah agak perkara ini akan berlaku. Aku pun dah berkali merayu dan dibagi peluang, tapi kali ini aku faham. Business is a business. Tak apalah, aku ucap terima kasih kerana masih bagi peluang sampai hujung bulan.

Telefon ex in-law dan bagitahu situasi dengan nursery, dengan harapan mereka akan dapat membantu. Solusi diberi bukan apa yang aku harapkan kerana bersifat sementara. Anak aku masih belum terbiasa dengan atuk dan nenek dia dan ex in-law dah tua, tak terdaya nak accommodate penjagaan anak special needs. Aku kata, cubalah minta anak perempuan dia tu bertanggungjawab, tolong pikul beban sikit tapi kata tak tahu nak cakap macam mana dah dengan ex aku. Untuk pengetahuan, ex aku dah blocked nombor aku, mak ayah dia, saudara mara dia, senang kata memang nak cuci tangan terus lah.

Selepas itu, tuan rumah pula called. Hujung bulan Julai kena keluar rumah sebab ada penyewa baharu nak masuk. Itu pun aku memahami, dah banyak kali diberi peluang dan tuan rumah itu pun ada masalah tersendiri. Minta aku settlekan juga tunggakan2 bill sebelum keluar. Terpaksa minta tolong ex in-law walaupun selagi boleh aku tak nak bebankan mereka. Mereka janji akan cuba sebaik mungkin dan minta maaf yang aku tak tahu buat kali keberapa kerana menanggung masalah-masalah ini semua. Sayup-sayup aku dengar bekas mak mentua aku menangis di background. Tercuit sekelumit perasaan menyampah. Setakat menangis tak selesai masalah dan bukan dia yang kena hadap semua ini. Kalau lah korang put some senses pada anak, tak ada lah aku merana. Tapi, aku sendiri pun gagal sebagai bekas menantu dia, gagal bentuk anak dia jadi isteri taat, hormatkan suami dan paling senanglah, jadi ibu. Iya, puncanya pada aku sebenarnya, bukan diaorang.

Aku tak dapat fokus kepada kerja. Turun ke basement kali ketiga, berasap. Kotak rokok terakhir aku sampai aku termampu untuk beli lagi. Pada siapa yang kecam aku habiskan duit dengan rokok, rokok itulah satu-satunya temporary coping mechanism yang aku ada untuk tenangkan sedikit keserabutan hidup. Aku dah berhenti merokok masa anak lahir tapi tabiat tersebut jadi semula lepas cerai.

Badan dan minda yang dah sedia keletihan, ditambah dengan permasalahan diterima hari ini. Aku minta Allah berikan aku kekuatan untuk hadap ujian, tapi mungkin Dia nak aku mohon lagi, atau mungkin juga aku sedang menghadapi bala, bukannya ujian, disebabkan kealpaan sebelum ini dan juga orang-orang yang aku pernah sakiti dulu.

Semasa naik lif dari basement, terserempak dengan Sarah. Aku hanya mampu beri senyuman tawar. Tanya aku dari mana walaupun dari bau rokok yang kuat, dia boleh agak. Aku tak terdaya nak bermesra, dan cuma jawab acuh tak acuh. Sarah keluar lif lebih awal, tanpa kata-kata penutup. Tak apalah.

Aku penat. Serius aku penat. Bisikan syaitan mengatakan mati lebih baik dari terus hidup begini terngiang-ngiang di telinga. Masuk ke tandas, dan aku muntah segala isi yang tak berisi sejak pagi tadi. Anxiety attack buat aku mual. Jalan pun tak betul dah.

Aku harapkan dengan entry hari ini, dapat mengurangkan sedikit keseksaan. Aku tak boleh nak fikir apa-apa solusi pun sekarang. Aku rasa nak meraung. Penat dengan hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
omega_seamaster replied at 13-5-2024 12:25 PM
Hari-hari aku terbahagi kepada dua, keletihan tanpa masalah baharu dan keletihan berserta masalah te ...

aku ni biasa silent reader sini..so dropping by nk bgtau tt..aku doakan semoga Allah tunjuk jalan kat ko dan mudah kan segalanya.
at one point bila dah blanked,masa tu lah kita serah 100% kat Allah..jgn lupa doa hari2 lepas solat..moga Allah tunjuk jalan.
been there..
dont lose hope.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:21 PM | Show all posts
sue_0684 replied at 14-5-2024 01:52 PM
aku ni biasa silent reader sini..so dropping by nk bgtau tt..aku doakan semoga Allah tunjuk jalan  ...

betul ckp awk..skrg ni kl hujan hari-hari..so rasanya TT blh doa waktu doa waktu hujan..mana tau waktu tu doa diangkat dan dipermudahkan segala urusan.slowly keadaan akan berubah nnt..just takes time..


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nor876 replied at 14-5-2024 04:21 PM
betul ckp awk..skrg ni kl hujan hari-hari..so rasanya TT blh doa waktu doa waktu hujan..mana tau w ...

yess,btol tu sis..
kita x tau mana satu doa kita yg Allah akan makbulkan..yg penting doa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2024 05:14 PM | Show all posts
Hari-hari terakhir sebelum berpindah keluar.

Aku terpaksa tuang kerja untuk cari rumah dan rata-rata di luar bajet dan kalau ada pun tak sesuai/selamat untuk anak.

Terpaksa crashed rumah kawan bujang dalam 2 minggu mulai bulan Jun, sementara ex in-law tolong jaga anak.

Tinggal di rumah kawan, bermakna aku terpaksa keluar untuk pergi kerja lebih awal disebabkan aku akan mengambil sekitar hampir 3 jam untuk tiba di office naik public transport.

Satu benda tak packing lagi, tak tahu nak mula dari mana. Nasib baik barang tak banyak. Mainan anak aku putuskan untuk derma ajalah sebab bukan dia main pun.

Bank telefon lagi tapi tak angkat. Dah tak larat dah nak bagi alasan kenapa payment delay lagi. Lantakla. Serabut gila fikiran.

Aku harap petang ni hujan lebat, supaya aku dapat layan blues sambil mengenang life masa bujang, sebelum datangnya masalah-masalah yang menjahanamkan hidup.

Dah makin kerap missed solat. Aku rasa macam kena abandoned. Menangis-nangis mohon pun masalah tak selesai, makin complicated lagi ada. Iman aku tak kuat macam orang lain. Aku tahu berdosa cakap macam ini, tapi inilah yang aku rasa. Astaghfirullah.

Sarah makin hilang dari radar. Aku tak nak ambil tahu lagi dah. Bodoh piang nak bermimpi soal cintan-cintun sedangkan diri sendiri terkontang-kanting.

Fikiran jahat aku sering berkata persetankan semua ini, resigned, serah anak pada family ex-wife dan mula hidup baharu. Kalau ex-wife boleh buat macam itu, kenapa aku tak boleh. Biarlah kerja cuci pinggan sekalipun, sekurang-kurangnya tak terbeban dengan masalah.

Tak tahu berapa lama lagi badan dan minda aku boleh bertahan dengan tekanan hidup. Sekarang ramai dah mati muda disebabkan sakit jantung. Aku dahlah jenis tak jaga kesihatan, makan tak teratur, ada kala tak makan langsung. Tak ada insiatif untuk grooming, gunting rambut, shaving, pakai baju tak gosok, tak bercuci. Asal boleh je.

Masa lunch break, aku buka Google Drive. Ada foto-foto semasa bujang. Salah satu foto, aku selfie berlatar belakang Lake Como. Tahun 2011 aku bacpacking solo ke Eropah. Bagi aku, itu kemuncak kepuasan hidup dan waktu itu, aku rasakan aku boleh capai apa sahaja. Tak ada masalah dan tak ada beban, cuma aku dengan kehidupan sendiri. Aku belek-belek foto sambil senyum sendirian.

104 foto-foto penjelajahan solo bertahun-tahun tersimpan, select all dan delete. Hilang semua memori-memori kebahagian masa lalu. Puas hati aku. Lepas itu menyesal. Haha. Bodoh.

Okaylah. Itu sahaja untuk hari ini.


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 07:45 PM | Show all posts
Edited by crinklecut at 20-5-2024 07:47 PM

baca thread TT..terasa macam saya di tempat TT..saya betul2 boleh rasa/paham beban/sakit/tekanan tu..

untuk TT..saya bukan pakar/pandai nak nasihat dalam masalah macam ni..tapi ada beberapa ayat dari TT saya akui/setuju..hidup mmg tak mudah bila terlalu banyak masalah yg himpit..selagi tak nampak jalan keluar..cuma saya doakan TT dipermudahkan segala urusan di sekeliling TT..saya percaya masih ada jalan nya..

P/S: kalau perempuan ada bantuan ibu tunggal..mungkin ada juga peruntukan utk bapa2 tunggal yg sara anak..mungkin TT boleh buat aduan kat mana2 untuk bantuan..baitulmall..zakat..ngo..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Best baca penulisan TT,nk nasihat byk pun xreti jgk..sbb i xprnh melalui pglmn yg berat mcm ni..tapi harap sgt TT jangan putus harapan,dekatkan diri pd Allah..ada hikmahnya tu dan semoga semua urusan TT dalam kehidupan dipermudahkan..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
omega_seamaster replied at 29-4-2024 12:27 PM
Update pasal hujung minggu ni.

Openhouse Sarah mula sekitar tengahari tapi seawal 7:30AM aku dah d ...

Ala.. sedihnyaaa part 500 tu.. sbb ad anak kan. Kalau kita je.. sekupang pn baki duit tak pe lagi. Terbaiklah Sarah!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
omega_seamaster replied at 30-4-2024 01:25 PM
Sambung update.

Bersiap lebih kurang, aku ke bus stop sebelah masjid. Dipendekkan cerita aku sampai ...

Xpe lah.. kalau ada rezeki nanti, return balik duit mertua.. rasa nya mertua tetap mertua.. walau dah cerai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
omega_seamaster replied at 13-5-2024 12:25 PM
Hari-hari aku terbahagi kepada dua, keletihan tanpa masalah baharu dan keletihan berserta masalah te ...

Tapi nak pujilah. Sbg bapa, tt amat bertanggungjawab. Semuga diberikan jalan keluar dari kesempitan kewangan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:58 AM | Show all posts

Psikologi d'sebalik dendam:
bagaimana ia memberi kesan kepada anda
dan bagaimana untuk membiarkan mereka pergi

Kadang-kadang apabila kita mempunyai pengalaman yang menyakitkan
sukar untuk melepaskannya.
Perasaan itu boleh muncul dalam bentuk dendam
yang merupakan sejenis kebencian
yang boleh menjadi tidak sihat kepada individu yang membawa mereka.
Grudges boleh berumur pendek atau berterusan sepanjang hayat
bahkan mewujudkan potensi risiko kesihatan.

Why do people hold grudges?
People hold grudges for all kinds of reasons.
Some might be extremely serious and
others might have stemmed/berpunca from a silly misunderstanding.

Bagaimana dendam berlaku ?
Grudges sering bermula dengan salah faham mudah/simple misconception
bahawa orang sama ada baik atau semua buruk.
It's a simplistic idea that ignores the complexities of human relationships.
Ia adalah idea simplistik yang mengabaikan kerumitan hubungan manusia.

Don't dwell
Once you decide to let go of your grudge
make sure you follow through
A dwelling grudge will only make it harder for you to leave it in the past

Foster forgiveness ..
Forgiveness is a common prescription for grudges
but it doesn't mean to excuse or forget.
Instead it's the choice to let go of negative emotions
that you or someone else is holding on to.

Accept it
The first thing you can do is to acknowledge and accept the grudge.
Then decide what you can do to heal.

Mengubah pengalaman menjadi pertumbuhan
Dalam sesetengah kes ..
anda boleh mengubah dendam anda menjadi peluang untuk pertumbuhan.
Bagi sesetengah orang melakukan ini membantu mereka mendapatkan semula
rasa pemberdayaan/sense of empowerment dalam kehidupan mereka sendiri.




lambungan ombak dan alun dalam kehidupan
cari RahmatAllah yang datang dari BarakatAllah
dan jangan putus asa dari RahmatAllah ..

sabar dan redha ..
at d'sametime lesson need to be learned ..
need to proof yourself by improve your life quality ..
life need to move on on d'positive way ..

p/s ..
all d'best braa ..
anna tidak cakap you ada grudge ..
just that beware and aware ..
it may happened in this situasion ..
well .. eerrmm .. yes


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:06 AM | Show all posts


lupa lak .. haha .. macam your aabaataa ..hehe


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BlousePutih at 28-5-2024 09:41 AM

Salam tt. Tt apa khabar? Semoga ok2 je. Semoga tt dapat bantuan juga. Terutama bantuan kewangan & sokongan emosi.

Rasa seronok baca penulisan tt. Mcm yg lain komen. Tt berbakat. Apa kata tt menulis kt apps. Sy rajin gak baca guna apps. Kan dapat income.. daripada menulis saja2 utk terapi diri kan. Sorry tau kalau tt rasa cdgn acah good2 atau tak membantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070736 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list