|
Reply 17# imoody79
Aku sajes pakej Celcom.. Paling murah n best so far.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam celcom bagus juga..tapi ku sikit suka maxis....
haiz......sekarang maxis & celcom....nak buat keputusan yg mana satu?
sesiapa yg boleh minta tolong lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 22# imoody79
mobile broadband lau guna Maxis lebih ok drp Celcom |
|
|
|
|
|
|
|
bro... i dah check untuk celcom dan digi... celcom mmg paling berbaloi la.. rm98 untuk pakej yg paling murah dan ada bagi 100 minit talktime ke telco lain dan 6000 minit talktime ke celcom...
nah tengoklah sendiri..
http://www.flickr.com/photos/61346780@N08/5714871003/ |
|
|
|
|
|
|
|
Ttg beginner atau tak tu....boleh pelan2 blajar kan..?
Mlm2 sblm tidur tu godeh2 le...
Td round kt area aku ni, kdai2 ckp ramai yg minat galaxy s tu..
sampai ade yg kna order.
Must be something good bout this phone... |
|
|
|
|
|
|
|
Asalamualikum...
Nak tumpang sekaki kat benang ni.Saya ada kemuskilan pasal smartphone.Soalan saya:
1) Kalau pakai smartphone kena ambil pakej yang ditawarkan oleh syarikat telefon ke?Kalau kena pakai line nampaknya saya tak boleh la sbb nama dah kena blacklisted oleh Celcom dulu.
2)Sekarang ni saya guna SE C905.Ada GPS.Tapi sbb sekarang pakai prepaid so saya tak gunalah GPS sbb dia akan tolak kredit kalau guna GPS.Adakah smart phone kalau kita guna GPS secara percuma?
3)Dan saya tak faham apakah perbezaan antara HTC,Iphone,blacbery.OS Window selalunya phone jenama apa ya?
Maaf la kalau soalan saya ni mcm bodoh.Tapi memang saya ketinggalan keretapi sikit bab HP ni.Harap ada yang sudi memberi keterangan secara terperinci pada soalan2 saya. di atas.Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply imoody79
Aku sajes pakej Celcom.. Paling murah n best so far..
bacteria82 Post at 19-5-2011 18:18
incik mod, boleh bagi cadangan tak untuk line celcom ni, pakej apa yang paling sesuai untuk guna line+internet.
aku sekarang pakai digi smart plan internet unlimited (rm63) dengan line, tapi ingat nak tukar ke celcom sebab coverage digi ni melampau2 la teruknya:@
tapi taktau nak amik pakej celcom yang mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# al-asil
Tapi celcom mahal sikit la since coverage dia mantap.. Kalau ko belum ada smartphone, amek pakej iPhone, agak menarik.. Kalau dah ada smartphone, maybe boleh rujuk link kat bawah ni
http://www.celcom.com.my/broadband/plans_summary.php
Cuma bila amek mobile intenet, kene gak amek celcom exec, yg biasa org amek exec 50.. Mcm aku amek pakej Exec 50 + Mobile internet advance.. So monthly dalam RM150.. Ikut kadar kegunaan ko la mcm mane |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# zuraida8177
W'salam, biar saya cuba menjawab persoalan yang diberikan;
1) Kalau pakai smartphone kena ambil pakej yang ditawarkan oleh syarikat telefon ke?Kalau kena pakai line nampaknya saya tak boleh la sbb nama dah kena blacklisted oleh Celcom dulu.
Jawapan: Tidak semestinya. Smartphone yang dijual melalui syarikat telekomunikasi (TelCo) kebanyakkannya merupakan pakej yang beserta 'contract' dan model yang ditawarkan pula kebanyakkannya boleh dibeli di kedai-kedai telefon bimbit biasa. Hanya model-model tertentu yang eksklusif dijual melalui TelCo, contohnya iPhone. Bagi smartphone yang lain, contohnya Blackberry, HTC, Nokia dll. boleh dibeli di pengedar telefon bimbit biasa, cuma harganya mungkin lebih mahal sedikit.
2)Sekarang ni saya guna SE C905.Ada GPS.Tapi sbb sekarang pakai prepaid so saya tak gunalah GPS sbb dia akan tolak kredit kalau guna GPS.Adakah smart phone kalau kita guna GPS secara percuma?
Jawapan: Smartphone seperti Nokia N8, C7 dll sudah ada GPS built in siap dengan map untuk Malaysia menggunakan Ovi Map. Kita boleh tambah map-map negara lain dan update map sedia ada guna PC kita dan tak perlu guna data connection pada hanset. Google Map memang memerlukan data connection untuk download map sebab Google Map tak simpan map dalam hanset, dia guna cara on-demand, nak guna baru download map tu. Dan ini bermaksud, GPS boleh digunakan dengan PERCUMA. Selain Ovi Map, boleh juga guna aplikasi lain macam Garmin XT.
3)Dan saya tak faham apakah perbezaan antara HTC,Iphone,blacbery.OS Window selalunya phone jenama apa ya?
Jawapan: Blackberry, HTC, iPhone itu semua merupakan jenama (brand), serupa juga macam Nokia, Sony Ericsson, Samsung dll. Setiap jenama/pengeluar menggunakan sistem yang berbeza-beza untuk hanset mereka. Sistem, atau OS (Operating System) itu ada banyak, Symbian (digunakan oleh Nokia), Android (HTC, Sony Ericsson, Motorola dll), iOS (Apple iPhone), Windows Phone 7 (HTC, LG, dll), Blackberry OS (Blackberry) dan banyak lagi. Yang paling banyak digunakan sekarang ini adalah Android, iPhone, Symbian dan Blackberry.
Pokok pangkalnya, kalau mahu membeli smartphone, yang pertama kena lihat, bagaimana saudari menggunakan hanset itu sendiri, adakah lebih kepada kerja, hiburan atau lain-lain perkara. Blackberry contohnya, lebih kepada kerja, dan multimedia agak kurang sedikit. Kalau nak yang simple, full control dan user friendly, guna Nokia. Apple iPhone kekuatannya pada aplikasi (apps) tambahan, tetapi beberapa fungsi asas tiada macam file transfer via Bluetooth. Android pun serupa macam Apple iPhone, fungsinya up sikit, tapi terlalu banyak pengeluar yang guna Android dan customize base OS dia sampai nampak kurang konsisten skit.
Harap ini dapat membantu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|