Kalau korang beli supplement dari brand Himalaya..mostly nama ubat tu dalam sanskrit...n ada satu ubat tu dia tulis Tulasi...tu Selasih la..sebenarnya ada macam2 kepercayaan tentang Selasih ni...contohnya Jews akan genggam Selasih dalam tangan kerana dipercayai boleh menambahkan tenaga ketika berpuasa..
N masa time buat research dulu ada jumpa kaitan cinta dengan Basil n letak la dalam thesis kan...pastu supervisor suh buang cam merapu n x perlu kot dia kata
Kalau tak silap ada satu budaya masyarakat mana entah...Spain kalau tak silap..anak2 dara depa akan letak Basil kat tingkap atau luar rumah untuk menunjukkan yang depa neh dah bersedia untuk dipinang dan mendirikan umah tangga...sweet an
Cendana Dewi dah bertunang dengan kekasih dia....lepas tu kekasih dia pergi merantau dan berjanji akan balik di hari perkahwinan mereka nanti.
Selama dia pergi merantau tiada khabar berita.....pastu rival dia buat fitnah kata dia terbunuh semasa di rantauan keluarga dia dan orang kampung pun percaya. Kemudian rival dia yang memang dah lama minat kat Chendana Dewi pun masuk meminang. Chendana Dewi taknak terima tapi mak bapak dia paksa suruh kawin jugak. Atas desakkan keluarga Dewi pun kahwin dengan mamat nih.
Pada hari persandingan mereka, kekasih dia balik dan berlakulah pergaduhan. Kekasih dia ajak mamat nih bertarung kat satu lubuk. Dewi dan orang kampung pun ikut sekali.
Masa tengah bertarung tu, mamat nih hampir nak tikam si kekasih dan Dewi sempat menerkam jadi perisai lalu keris suami dia tertikam perut Dewi. Dewi pun meninggal. Kekasih dia terus bertarung dan berjaya menikam si suami Dewi tapi tak terus mati. Lepas tu kekasih dia dapatkan mayat Dewi. Masa tengah meratap kematian Dewi dia tak sedar suami Dewi yang cedera parah bangkit dan menikam dia dari belakang. Maka matilah kekasih Dewi. Suami dia pun mati jugak selepas itu sebab kecederaan dia.
Maka matilah 3 orang sekali kat lubuk tu di saksikan oleh orang kampung.
Cendana Dewi dah bertunang dengan kekasih dia....lepas tu k ...
Fieza-mira Post at 12-7-2011 23:18
nak sambung sikit....kononnya sblum gi merantau si pemuda hantar pokok selasih untuk dijaga tunangan dia tu....dia pesan klu pokok tu segar maknanya dia dlm kesihatan yg baik tp klu pokok tu layu maknanya dia sakit atau kecelakaan. mmg ada satu waktu pokok tu layu tp cendana dewi jaga betul2 dan rawat pokok tu sampai segar balik sbb tu bila org ckp tunang dia dah mati dia tak percaya sbb pokok tu segar bugar jer...
Lubuk mati tiga ini berlaku di Kuala Berang.. Ada satu kawasan di Kuala Berang ini dinamakan Lubuk Mati Tiga sempena kejadian ini.. cuba tengok video di bawah, 0:56..
Betul...bijik ni la yang orang buat air sirap selasih (bijik selasih+sirap rose) tu...bau bijik selasih ni memang wangi...daun dia pun wangi ikut variety..ada bau lemon, kayu manis,licorice, clove dll..
Basil/selasih memang penting dalam masakan western terutama masakan Itali walaupun Selasih tak boleh hidup kat sana...kalau hidup pun time Summer je...orang Malaysia ja yang kurang memanfaatkan Selasih ni..nak cari pokok ni kat Malaysia mmg teramat la susah