* 100 g daging cincang (ganti dgn daging burger 2 keping)
* 2 biji ubi kentang (guna 1 biji je)
* 1 sudu setengah rempah kari
* 1/2 biji bawang besar
* 1 ulas bawang putih
sedikit udang kering
* daun sup
* minyak
* garam secukup rasa
* kulit popia
* 2 biji telur
Cara-cara
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang + udang kering
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
tak penah buat nasi kerabu
pandai makan je
surie ada resepi nasi kerabu tak... ...
cintan66 Post at 1-7-2011 22:27
cintan....nie surie kongsi resepi Nasi
Beras + bunga telang + daun limau purut
Basuh beras dan letak air macam biasa, bunga telang(kuantitinyer biar penuh permukaan periuk) tue ambil yg ader warna pepel…basuh n masukkan dan biarkan terkapai-kapai dalam beras. Dari masa ke semasa, kais nasi tue supaya kelopak bunga tue boleh hancur…biler dah nak masak…potong daun limau purut (guna tangan jea coz aroma dier lagi kuat) dan mskkan dalam periuk tue jugak.
Sambal Kelapa
Kelapa parut ½ biji – dalam RM1 jea
Ikan selayang rebus @ bakar (dalam 5 ekor…makin byk ikan,makin sedap)
2 biji bwg merah
½ inci halia
1 batang serai
Lada hitam – tapi surie malas guna nie…letak serbuk lada hitam jea
Bwg besar ½ labu – potong nipis2
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara
a. Kelapa parut digoreng tanpa minyak sampai kekuning-kuningan – org dedulu tumbuk guna lesung..sekarang..guna blender kering tue jea..blend jangan sampai hancur sgt.
b. Ikan dibuang kepala n tulang dan digoreng tanpaminyak..sama mcm kelapa. Tujuan dier nak hilangkan air ikan tue dan utk tidak mudah basi...Lepas tue…surie blend gaks guna bender kering – supaya..tulang2yg kecik tue…hancurler..kesian kat bebudak makan
c. Bwg merah + halia + serai (blender kering) sampai hancur…org dedulu tumbuk…malas dah skrg nak buat camtue
Lps tue a+b+c digaul bersama2…taruk garam & gula secukup rasa…taburkan serbuk lada hitam dan letakkan bwg bsr yg dihiris last sekali. Org kelantan dier akan letak gula lebih sikit
Tumis Santan
Actually…sama dengan kuah percik...cuma dier kena masak sampai pecah minyak n pekat giler
Pati santan + lada kering (3-4 tangkai), 2 biji bwg merah, ½inci halia(taknak letak pung takper), secubit garam ( blender jea semua nie )
Time tengah masak masukkan 1 keping gula melaka …kenasentiasa kacau & cedok curah blk…supaya tidak berketul2
Sambal Cili
Cili padi + bwg putih + cuka + gula + garam (blender jea)tapi org kelantan sambal dier mesti letak gula lebih…sampai warna sambal dier tue agak jernih
Budu
Serai ditindik + daun limau purut + cuka + budu dimasaksekali. Letaklah atas dapur tue dalam 5 minit @ mendidih
Kerabu
Surie biasanya akan guna ulam daum kesum, daun seraikayu, bunga kantan dan mentimun. daun serai kayu
Sebenarnya leceh buat nasi kerabu nie…..beli senang jea