Nad juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang berada di forum ni!!! & semoga raya tahun ni lebih bermakna drpd biasa!!
anak pak abu tu naik tractor ler bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yg puasa jerr
anak mak esah tu namanyer siti
sebab gemuk… namer glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
nanti boleh nengorat cetty
takde la nak menjeles sangat.
kalau tak, wa boleh buat lagik panjang dari tu.
tapi tengok la pukul berapa wa ngarang tu.
time orang lain semer tengah layan perut, layan mata okeh.
cer kalau wa buat memalam buta, wa rasa tak cukup tanah wa nak naip kat sini.
Salam lebaran saya ucapkan kepada semua forumer Cari dan bod CT terutamanya
Ampun maaf zahir dan batin diucapkan sekiranya ada tergelincir bahasa, sikap dan perilaku
sepanjang saya berforum dan berkawan dengan semua.
Saya mengakui sepanjang 'join CTDK' memang banyak kekhilafan yang telah dilakukan,
namun saya akui saya bukanlah yg terbaik mahupun 'terperfect' dalam menjalinkan hubungan persahabatan.
Sepanjang bersama bod CT juga saya mengenali pelbagai ragam manusia dan begitu juga ragam saya sendiri.
Saya juga tidak dapat untuk menghalang orang lain daripada menilai diri saya
terpulang sama ada ada yg suka berkawan dgn saya mahupun tidak...
Mungkin ada yang berpendapat saya jenis dpn cakap lain belakang ckp lain @ tikam belakang, terpulanglah
Pada hakikatnya wlupun saya berkawan dgn sume kt CTDK ni akan tetapi saya tidak pernah memburukkan sesiapa.
mungkin ya ada yg saya pernah berkecil hati ataupun ada yang terkecil hati dgn saya.
Itu sangat saya akui..
Syfuel dan Khyree ~ You are my best bro. Syfuel kwn CT Cari yg hari2 berpm-ing dgn akak
Khy ~ pernah tersentap hati n jantong tetapi akak paling happening borak gan Khy, akak akui banyak silap akak gan khy tetapi akak x pernah jauh dari khy, i'm the same person mcm dulu, kadang2 hubungan persahabatan membuat kita tersepit.
Cinta Ungu ~ Saya senang sekali berborak dengan CU especially bila berkaitan minat yg sama, mungkin sejak akhir2 ni CU ingat saya dh berubah @ pun sama dengan golongan yg 1 lg tetapi hakikatnya tidak. Saya malahan akan defend jika ada yang mengata sesuatu yg tidak baek tentang awk, itu benar, percaya la, saya sayang awk mcm adik beradik sendiri.
Kak Sri ~ tidak dapat diungkapkan dengan kata2, yg pasti Kak Sri sempoi dan loyar buruk
Nabs ~ terima kasih sebab menjadi kwn rose dan rose pun anggap nabs mcm kakak sendiri...
wlupun pada hakikatnya rose teringin sgt merebut Datuk K dari nabs
Farah ~ thanks sbb sudi jd kwn rose
Adila ~ Buang yang keruh ambil yang jernih, kemaafan adalah dendam terindah
Dauswq ~ makseh juga sbb ajak masuk bod CT dan saya berpeluang mengenali rakan2 yg baek kt forum ni
Kak Six ~ taufu fa tetap dlm ingatanku, terima kasih juga pada kak six yg pernah bg nasihat pada rose dan kwn2 yg lain ashburn ~ apo nak dikato? just remind kalo awk migrainkan otak & mengheart attack kan sy,sy janji akan kerat awk 18 Anyway, thanks for everything too & ampun maaf juga sebab sy selalu kutuk MU kaw2... Lees, Eddy Sheddy, adie82, kak ruff, abang bee, hyie, colby, apang, ina, nadia90 dan semua yang tak dapat nak diingati dan disebut
terima kasih juga dan nice to know u all
kepada kwn2 baru rose Cloud, Gnola, En. Hubby ~ sorry juga jika pernah tergelincir kata dan tersakit ulu hati dengan rose
Ok, sekian ucapan panjang lebar dan merepek meraban dari saya...
Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin sekali lagi
Adapun, saye nak mintak ampun sangat-sangat dekat farah, nabs, ashburn, adila dan rose. Banyak dosa saye pada anda semua. Semoga anda maafkan segala kesalahan saye.
Lees - wa mintak maaf pangai wa kadang2 macam budak-budak. Mintak maaf yek segala salah silap yg wa pernah buat kat lu. erkk..tu je kot. yang len sume macam sepesen je ngan lu.
cinta_ungu Post at 25-8-2011 11:55 PM
lenkali jgn wat salah ngan org ...kan dh susah nk wat essay n mintak maaf
rsnyer wa n lu .. x ada dosa kut ... dosa kecik2 tuh biase ler kann
ashburn mengucapkan kepada semuo sahabat handai...
selamat hari rayo maaf zahir & batin.
Brg apo yang tertulih,
yang tercakap...
yang ternampak..
yang terdengar...
yang termakan...
yang terminum mintak halalkan
Raya kali ini diharapkan memberi seribu kegembiraan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Saya manusia biasa yang sentiasa membuat kesilapan. Jika kesilapan itu kadang-kadang mendatangkan rasa kurang senang dalam hati sahabat-sahabat, maafkanlah saya.
Yang paling penting, penilaian tidak terus dibuat hanya berdasarkan kesilapan.
Raya kali ini, saya dengan rendah hati meminta maaf kepada semua sahabat.
Saya juga ingin mengucapkan selamat dalam semua perkara yang kalian lakukan.
Teima kasih semua.
Dingin Subuh itu, beduk surau bertabuh,
Memanggil penyelimut malam mengesakan Ilahi,
Hampir sudah Ramadhan berlabuh,
Rasa hiba itu berkunjung lagi.
Hamba Allah ini tahu, bulan rahmah itu pasti berakhir,
Tiada lagi Malam Qadar yang dapat dinikmati,
Bukankah raya itu kemenangan?
Bagi mereka yang berlapar dahaga selama sebulan,
Tetapi getaran hiba terus-terusan dirasai.
Hamba Allah ini juga tahu, belum tentu Ramadhan yang akan datang dapat dihayati,
Kerana rohnya dipegang Ilahi tidak diketahui bila akan dipanggil,
Semoga ketika roh tercabut,biarlah tercabut bersama iman,
Semoga ketika roh tercabut,biarlah tiada dosa dengan manusia lain,
Semoga ketika roh tercabut, biarlah mendapat redha suami,
Biarlah penamat nyawanya adalah keimanan.
Aku ingin mati di Mekah,
Di hadapan Kaabah,
Di pangkuan suami,
Bersama ibu di sisi,
Ketika imanku masih tinggi,
Di waktu 10 Ramadhan yang terakhir,
Mungkin malam Jumaat yang penuh barakah,
Semoga redha Allah atas jasad dan rohku.
Adakah termakbul hajatku, Ya Allah?
Hasrat suciku ini sentiasa kupanjatkan,
Agar Allah memakbulkannya,
Tiga hari lagi, Syawal menampakkan rupa,
Hati yang sepatutnya gembira berasa sedih,
Bukan kerna rakan taulan mahupun saudara,
Tetapi kerna bulan Barakah yakni Ramadhan pasti berlalu pergi.
Tiada masa yang dapat menggantikan waktu berlalu,
Tiada rakan yang dapat bersama-sama dalam mencari keredhan Ilahi,
Aku pasrah.
Dengarkanlah 2 lagu nasyid YANG AMAT SAYA SUKA. Sungguh-sungguh Mengesakan Allah dan Mencintai Rasulullah sebagai Pemimpin.