|
Reply sellie003
mungkin kerabat diraja brunei..
akusayangkamu Post at 11-10-2011 13:52 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Agaknya ler kot...so cik roti nnt perjelaskan latar belakang cik rhea nih.... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Yang Lain... (07)
Hampir 2 troli penuh barangan yang di beli oleh Rhea. Sebenarnya, Zarif sendiri tak tahu apa yang diborongkan. Setiap rak yang mereka lalui, pasti ada sahaja barangan yang akan di capai oleh tangan Rhea. Buat kali pertama, Zarif nampak sedikit kegembiraan dan senyuman yang manis dari bibir majikannya itu. Rhea juga banyak berbual tentang masakan yang ingin dia cuba. Cuma Zarif sahaja yang mendengar tanpa balas bicara sehingga Rhea menggelarkan dia “Inche Bisu”.
Bukan Zarif sengaja tidak mahu berbual mesra, Cuma dia agak kekok kerana ini kali pertama dia bekerja dengan majikan yang lebih muda dan wanita pula. Dia tahu yang majikannya ini kesunyian dan keseorangan, tapi dia bukan seorang lelaki yang pandai memujuk apatah lagi dengan orang yang membayar gajinya. Sedangkan bekas kekasihnya dulu pun terpaksa memujuk diri sendiri sekiranya mereka bertengkar.
Dia teringatkan Fazirah. Gadis yang dikenali sejak ketika belajar di Universiti dulu. Fazirah gadis yang manis dan manja. Dia sendiri tidak tahu bagaimana gadis itu boleh menjadi kekasihnya. Setelah hampir 4 tahun menyemai cinta, gadis itu tiba-tiba mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan atas alasan mahu menyambung pelajaran ke luar negara. Dia tahu itu bukan sebab utama. Tapi insiden yang berlaku kepada keluarganya adalah punca gadis itu menjauhkan diri. Luka yang Fazirah tinggalkan bukan sedikit. Walau telah lebih dari 5 tahun peristiwa itu berlalu, dia masih terasa sakit. Padanya perempuan semua sama kecuali adiknya, Zarin.
“Zarif!! Awak ni berangan ker? Ingat kat girlfriend yer? Saya panggil banyak kali awak tak jawab pun” lamunan Zarif dikejutkan dengan satu tamparan di lengan. Saat dia memandang ke arah Rhea, gadis itu telah memuncungkan bibirnya tanda dia geram. Comelnya…
“Maaf Cik Rhea, saya sedang terfikir tentang sesuatu tadi. Apa yang Cik Rhea perlukan?” dengan sedikit lembut, Zarif bertanya.
“Saya nak balik kampung la. Awak bawak saya balik kampung boleh tak?” Rhea bersuara agak perlahan. Sebak didada bila mengenangkan arwah ibu dan ayahnya.
“Insya-Allah. Nanti saya tanya pada Kak Sheila dulu.”
Tiba-tiba Zarif terlihat kelibat sebuah kereta pacuan empat roda mengekori kenderaan yang dipandunya. Dia baru menyedari yang kenderaan bercermin gelap itu bukan secara kebetulan berada di jalan yang sama dengan kereta yang dia dan Rhea naiki. Kerana tidak mahu Rhea mengesyaki apa-apa, dia sengaja menguatkan radio. Rhea pula masih leka melayani kesedihan dan hanya memandang ke luar tingkap.
Zarif menambahkan kelajuan kereta. Kini mereka semakin jauh dari jalan pulang ke rumah. Kenderaan yang dipandu Zarif menghala ke arah Lebuhraya Alor Gajah. Oleh kerana hari ini merupakan hari bekerja, jalanraya sedikit lengang pada waktu ini. Kenderaan pacuan empat roda itu masih mengekori kereta mereka dan semakin rapat seolah-olah ingin memastikan yang kereta yang dipandu Zarif tak akan pergi jauh.
Sampai di satu selekoh, kenderaan pacuan empat roda itu memintas dan menghimpit kereta yang dipandu Zarif sehingga menyebabkan berlaku geselan serius. Saat itu barulah Rhea menyedari yang sesuatu telah berlaku. Wajahnya bertukar pucat dan dia menggigil kerana terperanjat apabila secara tiba-tiba Zarif menekan brek dengan kuat untuk mengelakkan geselan terus berlaku.
Kenderaan pacuan empat roda yang mengekori mereka terbabas agak jauh kerana tidak menyangka yang Zarif akan berhenti secara tiba-tiba. Zarif mengambil kesempatan itu untuk melakukan pusingan ‘U’. Dia menurunkan tingkap kereta dan mengeluarkan pistol yang tersisip di jaketnya dan melepaskan dua tembakan tepat yang mengenai tayar belakang kenderaan empat roda tersebut. Rhea bertambah panik dan takut apabila melihatkan kejadian itu. Airmata menitis tapi dia tak mampu bersuara atau menangis. Tanpa berlengah, Zarif terus memecut laju untuk segera sampai ke apartment mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah Rhea yang sebenarnya?...x kan anak tukang kebun .............konpius2...sambungla lagi........ |
|
|
|
|
|
|
|
wah... saspennya nk tau ape yg jadi nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah Rhea yang sebenarnya?...x kan anak tukang kebun .............konpius2...sambungla lagi..... ...
mie07 Post at 12-10-2011 11:34 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Aku pun konfius jugak. But i like this story. N3 lagi....lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Yang Lain... (08)
Rhea masih belum mampu berkata-kata walau untuk sepatah. Dia masih lagi terkejut dan otaknya masih cuba untuk mencerna tentang kejadian yang berlaku sebentar tadi. Tangannya masih menggigil dan wajahnya masih lagi pucat. Untuk berjalan pun serasanya dia masih tidak mampu. Sewaktu tiba di apartment tadi, Zarif terpaksa memapah dia untuk keluar dari kereta dan mendukung dia sehingga sampai di rumah. Nasib baik dia bertubuh kecil, jikalau tidak, pasti satu masalah untuk Zarif kerana dia memang tak mampu untuk berdiri langsung.
Rhea masih lagi mencengkam erat tangan Zarif kerana dia takut sekiranya Zarif meninggalkan dia seorang diri. Saat Zarif bangun, dia dapat merasakan tangan Rhea mencengkam dengan lebih kuat.
“Cik Rhea tunggu sekejap. Saya ambilkan air.” Perlahan-lahan Rhea melepaskan cengkaman tangannya.
Tidak lama kemudian Zarif tiba dengan segelas air suam dan dia menyuakan gelas tersebut kepada Rhea. Setelah meminum hampir setengah gelas, emosi Rhea kelihatan sedikit terkawal.
“Zarif, apa sebenarnya yang berlaku ni? Siapa mereka semua tu? Kenapa mereka ikut kita?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Rhea.
“Maaf Cik Rhea. Saya tak tahu siapa mereka tapi saya rasa kerana mereka lah Cik Rhea perlukan perkhidmatan saya. Mungkin Kak Sheila atau Encik Zakuan boleh jelaskan. Cik Rhea jangan bimbang, sekarang Cik Rhea selamat. Saya tunggu di luar.” Zarif melangkah untuk keluar dari unit apartment Rhea. Dia berasa tidak enak untuk dia tinggal berdua-duaan dengan gadis itu. Dia lebih rela mengawal keselamatan Rhea dari luar rumah.
“Zarif, jangan pergi. Saya takut.” Tangisan gadis itu kedengaran sayu. Tangan Rhea mencengkam erat lengan Zarif saat dia mendengar lelaki itu ingin meninggalkan dia seorang diri di dalam rumah.
Zarif akhirnya mengalah dan duduk di sebelah Rhea. Perlahan-lahan gadis itu merebahkan kepala di ribaannya. Zarif sedikit terkejut dengan perlakuan Rhea tapi dia tidak sampai hati untuk menolak kerana dia dapat merasakan yang airmata gadis itu membasahi ribanya. Dalam sendu yang masihg bersisa, Rhea terlena.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak Sheila dan Tuan Zakuan tiba kira-kira 45 minit selepas mendapat panggilan dari Zarif.Nasib baik Zarif telah memindahkan Rhea ke dalam bilik. Dia tidak mahu Kak Sheila atau Tuan Zakuan mencurigai dirinya. Tuan Zakuan meminta dia menceritakan semula apa yang telah terjadi. Kak Sheila pula sibuk membuat beberapa panggilan untuk menjejaki kenderaan pacuan empat roda yang mengejar dia dan Rhea. Keadaan agak tertekan sedikit kerana baik Tuan Zakuan mahupun Kak Sheila tidak menyangka yang secepat ini Rhea akan diekori.
“Tuan Zakuan, kenderaan yang mengekori mereka tu ditinggalkan di tempat kejadian tembak menembak. Ia menggunakan nombor pendaftaran palsu. Orang-orang kita yang lain akan cuba mencari dalangnya.” Kak Sheila melaporkan hasil siasatannya.
Tuan Zakuan seakan memikirkan tentang sesuatu. Dia tahu yang lambat laun mereka itu pasti akan mendapatkan Rhea walau dengan apa cara sekalipun. Dia mengeluh perlahan.
“Sheila, pastikan orang-orang kita cari siapa dalang di sebalik semua ini. Saya tak mahu nyawa Rhea terancam. Dan awak Zarif, mulai dari hari ini, awak kena lebih berhati-hati bila bawa Rhea keluar dari rumah. Kalau tiada apa yang penting, tak perlu keluar dari kawasan apartment ni. “ Tuan Zakuan memberi arahan dengan tegas.
Dia tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku ke atas Rhea apatah lagi gadis itu telah dianggap seperti anaknya sendiri.
Zarif hanya menganggukkan kepala tanda dia memahami arahan dari Tuan Zakuan itu. Kali pertama bertentang mata dengan Tuan Zakuan, dia sedikit kagum melihat lelaki itu. Selama ini dia hanya mendengar Kak Sheila menyebut nama lelaki itu sahaja. Dia nampak lelaki itu amat mengambil berat tentang Rhea. Menurut Rhea, lelaki itu hanyalah kenalan rapat ayahnya tapi cara lelaki itu seolah-olah Rhea adalah segala-galanya. Zarif tidak mahu berburuk sangka jadi dia hanya mendengar sahaja perbualan dan perbincangan yang berlaku di antara Tuan Zakuan dan Kak Sheila. Kereta milik Rhea yang bercalar dan kemek kesan dari himpitan dan geselan tadi akan dihantar ke bengkel. Mungkin akan mengambil masa seminggu-dua untuk dibaiki.
Setelah selesai, Kak Sheila dan Tuan Zakuan meminta diri untuk pulang. Sebelum itu, Tuan Zakuan menjenguk Rhea yang lena di bilik tidurnya. Zarif hanya memandang dari ekor mata untuk memastikan yang Tuan Zakuan tidak masuk ke dalam bilik gadis itu. Hatinya sedikit kurang enak dengan perhatian yang diberikan oleh Tuan Zakuan ke atas Rhea.
Tuan Zakuan pula berasa berat hati untuk meninggalkan Rhea selepas apa yang berlaku. Gadis itu mengingatkan dia kepada Adelia. Mereka memang seiras. Simpatinya bertandang bila dia memikirkan tentang masa depan Rhea. Dia juga sedang mencari-cari cara yang paling sesuai untuk berterus terang tentang latar belakang sebenar gadis itu sebaik sahaja gadis itu mencapai usia 18 tahun. Hanya tinggal kurang lebih 2 bulan sahaja lagi tarikhnya. Dia tidak pasti sama ada Rhea akan mampu menerima berita itu atau tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Sheila dan Tuan Zakuan tiba kira-kira 45 minit selepas mendapat panggilan dari Zarif.Nasib baik ...
roti_planta Post at 13-10-2011 09:28 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Huhu...best, suka citer2 aksi romantik....
Adakah Rhea mempunyai kembar....?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Citer ni suspen la pulak. Kesian kat Rhea. |
|
|
|
|
|
|
|
WAH..BEST CITER NI..TERUSKAN RP..HEHHE.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tq...bestnyer sambung la lagi............ |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Yang Lain... (09)
Rhea terhidu bau yang sangat enak sebaik sahaja dia membuka mata. Kepalanya terasa pening lalat, mungkin akibat dari tidur yang agak lama. Saat dia keluar ke ruang tamu, Zarif sudah tiada. Di atas meja makan, sudah terhidang sup ayam dan semangkuk bubur yang masih berasap. Zarifkah yang menyediakan semuanya? Rhea teringat yang dia masih belum menjamah apa-apa sejak dia keluar rumah pagi tadi. Entah mengapa, satu perasaan yang hangat dapat dirasai di sudut hati kecilnya.
Kakinya laju menuju kearah pintu. Tangannya mencapai gagang intercom dan terus mendail nombor unit apartment yang diduduki Zarif. Satu deringan, dua deringan dan tiga deringan, akhirnya panggilan bersambut. Saat terdengar suara Zarif, entah kenapa, lidah Rhea menjadi kelu. Tiada satu perkataan yang keluar.
“Cik Rhea….” Suara garau milik Zarif kedengaran lagi.
“errr…. Ehemm….. aa..awak tengah buat apa Zarif?”
-Adeh la… lain yang aku nak tanya, lain pulak yang keluar. Apsal aku tanya dia tengah buat apa pulak ni.-
“Saya? Baru lepas mandi. Cik Rhea ok ker? Dah makan?” Zarif bertanya dengan lembut. Suara serak-serak basah milik Zarif kedengaran agak seksi di telinga Rhea.
“Saya ok. Belum makan lagi. Anyway, thanks for the food. Tak sangka awak pandai masak. Nampak macam sedap jer sup ayam tuh.” Rhea bersuara perlahan. Dia tak pasti kenapa dia seakan mahu Zarif turut merasai kehangatan yang singgah di hatinya.
“Saya masak biasa-biasa jer Cik Rhea. “
“Zarif…. Awak temankan saya.”
“Ha?? Temankan Cik Rhea?”
“eh, bukan temankan saya… temankan saya makan. Tak selera pulak nak makan sorang-sorang..” Rhea mengetuk perlahan kepalanya.
~time ni la nak salah cakap pulak~
“owh.. temankan makan. Sekejap lagi saya datang.”
“ok.. saya tunggu awak”
Rhea meletakkan gagang dengan rasa gembira. Hatinya berbunga-bunga dan dia seakan nampak kelopak bunga mawar berguguran di dalam apartmentnya. Senyum manis terukir indah di bibir. Mungkin aku dah gila!!
Zarif pula seakan terkena panahan arjuna. Tapi dia cepat-cepat tersedar. Rhea adalah majikannya. Mana mungkin dia memasang angan yang tinggi melangit bersama gadis itu. Lagi pula dia hanya menganggap gadis itu seperti adiknya kerana Rhea dan Zarin hampir sebaya. Oh hati, bertabahlah.
|
|
|
|
|
|
|
|
best...best...kalu free letak n3 lagi tau... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Yang Lain... (10)
Tuan Zakuan melepaskan satu keluhan kecil. Matanya masih belum mengantuk, kerana itu dia masih lagi mengambil angin malam di taman mini rumahnya. Memikirkan tentang Rhea membuatkan dia teringat sejarah silam dirinya.
32 tahun lalu di Johor Bharu…
“Zack, aku nak kau lari dari sini. Bawa semua duit yang kita amik dari Badang. Duit tuh cukup untuk kau mulakan hidup baru. Aku akan pastikan mereka semua takkan jumpa kau di mana-mana.”
“Tapi macam mana pulak dengan kau. Aku tak tergamak nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini. Duit ni hasil kita berdua, aku takkan pergi tanpa kau..”
“Kau jangan jadi bodoh la Zack.Diorang tu takkan lepaskan kita. Aku tau la nak jaga diri aku. Selama ni pon aku yang jaga kau, bukan kau yang jaga aku. Aku percayakan kau dan aku tau kau takkan mengkhianati persaudaraan kita. Bila dah tenang sikit nanti, aku cari kau. Sekarang kau pergi..”
“Kau mesti cari aku tau Ming. Walau berapa lama pun, kau mesti datang cari aku. Aku simpan duit bahagian kau ni. “
Zakuan berlalu pergi walaupun hatinya berat. Dia sangat menghormati dan menyayangi Ah Ming seperti saudara kandung. Lelaki itu yang menyelamatkan dia sewaktu di pukul oleh konco-konco Panjang. Kalau tidak kerana Ah Ming, rasanya dia sudah hilang nyawa di tangan Panjang. Dia memang sangat terhutang nyawa dengan Ah Ming dan mereka telah berjanji untuk menjadi saudara sampai mati. Seperti Ah Ming, Zakuan juga anak yatim piatu dari kecil. Belajar dari pengalaman hidup di celah-celah lorong gelap adalah sesuatu yang biasa bagi Zakuan cuma dia belum pernah sampai ke tahap melakukan kerja-kerja hitam. Kerana itulah Ah Ming begitu menjaga Zakuan.
Berlainan pula bagi Ah Ming. Setakat bergaduh di jalanan adalah rutin harian dalam hidupnya. Tumbukan dan sepakan merupakan makanan asasi tubuhnya. Siapa yang tak kenal dengan Ah Ming. Tak ada yang selamat kalau cari pasal dengan lelaki itu.
Lamunan Tuan Zakuan terhenti bila dia terdengar bunyi enjin kereta isterinya. Puan Mariyah menuju ke arah Tuan Zakuan sebaik sahaja dia nampak suaminya masih berada di luar rumah.
“Zack, you still belum tido? You tunggu I balik ker?” Puan Mariyah bersuara dengan lenggok manja. Wanita itu masih kelihatan sangat jelita dan seksi walaupun usianya sudah menjangkau 48 tahun. Dia tak suka kelihatan tua kerana dia masih gemar berparti dan berpeleseran dengan rakan-rakan yang lebih muda.
Puan Mariyah pernah cuba untuk berubah tetapi semuanya tidak dapat bertahan lama. Dia sudah biasa dengan cara hidup yang sosial dan bebas. Dahulu Tuan Zakuan juga sepertinya, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suaminya itu telah banyak berubah.
“Mar, you dari mana? I tunggu you nak ajak dinner bersama.” Tuan Zakuan bertanya lembut walaupun di hatinya terasa seperti ingin menjerit.
“Sorry, you tak bagi tau awal-awal. I had a good time with all the girls. You know, today is Datin Arianna’s birthday so all of us went to D’Vegas Club. By the way, Dato’ Burn sent his regards to you. Dia tanya kenapa sekarang susah nak nampak muka you. So I cakap yang you sibuk dengan urusan di Brunei. Next party you mesti ikut sekali tau.”
Tuan Zakuan semakin muak dengan cara hidup begini. Dia tahu sudah agak terlambat jika dia ingin merubah isterinya tapi dia pasti, peluang itu tetap ada.
“Mar, next week I nak buat kenduri untuk arwah Amin kat rumah kita. You tolong I yer”
“What!!!! Kenduri arwah??? Aper tuh???? Zack, kalau you nak buat kenduri-kendara, jangan nak buat kat rumah kita. Apa kena mengena Amin tuh dengan kita? I won’t help you.” Puan Mariyah sudah mula melenting. Panas hatinya bila Tuan Zakuan sibuk merancang untuk membuat kenduri bagi arwah Amin. Tanpa menunggu lama, Puan Mariyah terus melangkah masuk kedalam rumah. Dia benci bila mendengar Tuan Zakuan menyebut tentang Aminuddin. Dia tahu sedikit sebanyak perubahan diri Tuan Zakuan ada kena mengena dengan Aminuddin.
Tuan Zakuan pula hanya mampu menggelengkan kepalanya. Bebanan terasa semakin memberat di bahu. Dia tahu silap dia kerana mengikut sahaja kata-kata dan permintaan Puan Mariyah sejak dari mula perkahwinan hingga kini kerana rasa sayang yang melampau. Sekarang, rasa sayang itu semakin pudar dan dia tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rhea ni anak siapa sebenarnya? Konfius ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Yang Lain... (11)
Pagi ini cuaca amat cerah. Mood Rhea juga amat baik. Dia bercadang mahu mengambil angin di tepi pantai Klebang yang berdekatan dengan apartmentnya. Dia memandang ke arah jam di dinding. Baru pukul 7 pagi, awal lagi ni. Rhea tidak pasti sama ada Zarif sudah bangun dari tidur atau belum. Rhea memulas-mulas tombol pintu, masih berkira-kira lagi.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi ke unit yang diduduki Zarif. Saat dia membuka pintu, perkara pertama yang dia nampak ialah wajah Zarif betul-betul berdiri di depan pintu apartmentnya. Kerana tergamam, Rhea menutup kembali pintu dengan kuat. Hatinya berdebar-debar. Dia tidak tahu berdebar kerana terperanjat atau berdebar kerana perasaan lain.
Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu menyedarkan Rhea yang Zarif memang ada di luar. Dia membetulkan sedikit rambut dan pakaiannya sebelum dia membuka pintu.
“Assalamualaikum. Selamat pagi Cik Rhea.” Zarif memberikan satu senyuman yang mampu membuatkan Rhea pengsan selama 3 hari, 3 malam. Lesung pipit jelas kelihatan di kedua belah pipi Zarif.
~Apsal makin hari, makin hensem plak mamat ni? Ke mata aku yang dah tak betul?~
“Alaikumsalam. Selamat pagi Zarif.” Rhea tak mahu kalah. Dia juga menghadiahkan senyuman paling menawan untuk tatapan Zarif. Dia mahu Zarif sentiasa mengingati senyuman miliknya walaupun dia tiada lesung pipit.
Zarif merasakan jantung berhenti berdegup seketika. Senyuman dari Rhea itu seakan sempurna di matanya. Manis, menggoda, ceria dan paling penting dia dapat merasakan yang senyuman itu untuk tatapan dia sahaja. Panggillah dia lelaki perasan, dia rela kerana hatinya sangat pasti yang senyuman itu hanya untuk dia.
“Zarif, hari ni saya nak pegi tepi pantai. Jom…” tanpa menunggu lama, Rhea terus melangkah keluar.
Zarif hanya mengikut dari belakang tanpa sempat berkata apa-apa.
Setibanya di pantai, Rhea leka menghabiskan masa di gigi pantai. Di sebalik kaca mata hitamnya, Zarif pula leka memandang ke arah Rhea. Bukan sekadar untuk memastikan keselamatan gadis itu, tapi juga kerana desakan hatinya.
Malam tadi matanya tidak mahu lelap kerana asyik terbayang tingkah dan laku Rhea yang manja semasa mereka makan malam bersama. Walaupun cuma menikmati bubur dan sup ayam yang dia masak untuk Rhea, itu sudah cukup membuatkan dia rasa gembira.
Pagi ini sewaktu gadis itu menelefonnya, dadanya masih lagi berdebar-debar. Nasib baik dia mampu mengawal riak suara dari di sedari oleh gadis itu. Saat menatap majah gadis itu di sebalik pintu, matanya seakan terpaku kerana itu dia tidak merasakan sakitnya tatkala gadis itu menutup kuat pintu sehingga terkena hidungnya.
Rhea nampak sangat comel dengan skirt labuh berwarna putih dan blaus lengan pendek berbunga merah jambu. Dihiasi cekak rambut putih di kepala, wajahnya memang tidak kelihatan seperti gadis berusia 18 tahun. Dia nampak matang dari segi penampilannya. Tawa yang terbit dari bibirnya amat mengasyikkan. Seakan cuma mereka berdua sahaja di pantai Klebang ini.
Zarif melarikan matanya ke sisi lain. Dia merasakan yang tak sepatutnya dia memerhatikan majikannya lebih dari seorang pekerja. Tidak jauh dari tempat Rhea berdiri, dia ternampak seekor kuda yang menjadi tarikan pelancong terlepas dari kandangnya dan berlari kencang menuju kearah Rhea. Gadis itu masih leka dengan air laut di kakinya dan tidak menyedari bahaya yang bakal tiba.
Zarif berlari pantas dan terus menarik Rhea ke dalam pelukannya dan tanpa dapat dikawal, tubuh keduanya tercampak jatuh ke dalam laut. Dada Zarif berdebar kencang. Bukan kerana Rhea yang hampir dilanggar kuda tapi kerana saat ini, tubuh majikannya itu berada di atas tubuhnya. Dia dapat menghidu wangian dari rambut Rhea. Dia juga berdebar kerana Rhea masih memeluk erat tubuhnya sehinggakan dia tak mampu untuk bangun dan berdiri dan yang paling mendebarkan kerana dia terasa basahnya bibir Rhea yang yang mendarat tanpa sengaja di lehernya saat dia memaut erat tubuh majikannya itu. Perasaan yang pelik itu hadir lagi.
Rhea sedikit bergerak menyebabkan Zarif tersedar dari lamunan. Dia juga bergerak untuk bangun tapi Rhea seakan selesa berada di atas tubuhnya.
“shhhh… you don’t move. Stay for a while. I can hear your heart beating. The best song for today.
” Rhea bersuara dan hanya didengari oleh Zarif. Kerana kata-kata itu, rentak jantung Zarif berdegup 4 kali ganda lebih laju.
Tiba-tiba Rhea tertawa kecil dan terus bangun.
“Saya gurau jer la. Lajunyer jantung awak berdegup. Kalau saya terus kan jugak, nanti awak kena heart attack pulak kat sini. Jom balik, dah basah kuyup ni.”
Rhea menghulurkan tangannya untuk menarik Zarif supaya bangun. Zarif pula sedikit bengang kerana dipermainkan oleh majikannya itu. Dia mencapai huluran tangan dari Rhea tapi bukan untuk bangun sebaliknya dia menarik gadis itu pula dan sekali lagi gadis itu jatuh di dalam pelukannya. Kali ini dia memeluk dengan lebih erat dan berbisik di telinga Rhea,
“Saya rela kalau mati dalam pelukan gadis seperti Cik Rhea..”
Dan kali ini, Rhea tak mampu ketawa, sebaliknya dia hilang punca dan wajahnya memerah. Tak diduga, Zarif yang kelihatan serius itu pula yang membuatkan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Oh hati, inikah namanya cinta!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Best...best.... nak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Yang Lain... (12)
Rhea berjalan di hadapan dan Zarif mengikut dari belakang. Mereka cuma dipisahkan dalam jarak 2 langkah sahaja. Dengan baju kedua-duanya basah kuyup, matahari yang semakin meninggi, pasti ianya mengundang pandangan sesiapa sahaja yang berselisih dengan mereka. Sekali imbas, seperti pasangan kekasih yang baru lepas bertengkar pun ada. Masih terngiang-ngiang suara Zarif di dalam kepala Rhea. Sekali-sekala, dia akan mengetuk-ngetuk perlahan kepalanya dengan harapan kata-kata Zarif itu tidak akan terus menghantui mindanya. Tiba-tiba dia terasa seseorang memegang tangannya.
“Janganlah asyik ketuk kepala tuh. Tak sakit ker?”
Suara Zarif kedengaran amat dekat di telinga Rhea. Sekali lagi lelaki itu membuatkan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Dia memberikan jelingan tajam kepada Zarif. Anehnya, lelaki itu tersenyum tanpa memandang wajahnya.
~Oh nak kenakan saya yer. Awak tunggu la Zarif, jangan sampai nanti awak tak tidur malam asyik teringatkan muka saya jer.~
Sewaktu tiba di hadapan lif, penghuni-penghuni yang ada di sekeliling mereka sekadar tersenyum melihat kondisi mereka berdua. Sebaik lif terbuka, Rhea dan Zarif memilih untuk berdiri di bahagian belakang dan agak jauh dari penghuni lain. Mereka tidak mahu penghuni lain berasa tidak selesa. Kerana keadaan di dalam lif yang sedikit padat, Rhea terfikir untuk mengusik Zarif yang berdiri di belakangnya.
Dia bergerak ke belakang perlahan-lahan sehingga terlanggar sedikit tubuh Zarif, baru dia berhenti. Dia tahu Zarif berasa agak kurang selesa, tapi dia sengaja buat bodoh. Dekatnya kedudukan mereka sehinggakan dia dapat mendengar deruan nafas Zarif di telinganya. Dia mengukir senyuman kecil.
Zarif pula merasa sedikit resah. Gadis ini benar-benar berjaya membuatkan dia gelisah dan panasaran. Perasaan yang hadir dalam hatinya semakin kuat walaupun berkali-kali dia mengingatkan dirinya yang gadis ini adalah majikannya dan tidak sepatutnya ada hubungan lain yang hadir selain dari hubungan majikan dan pekerja dan kini, gadis ini berdiri sangat rapat dengan tubuhnya. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan gadis itu akan beralih walaupun ketika sampai di tingkat tiga, hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam lif. Sedang Zarif berfikir-fikir untuk berkalih tempat dari belakang Rhea, lif tiba-tiba berhenti dan lampu berkelip-kelip. Dengan spontan Zarif memaut pinggang Rhea, khuatir jika gadis itu hilang imbangan lagi dan terjatuh. Rhea pula dengan perasaan cemas memaut erat tangan Zarif yang memeluk pinggangnya.
Lampu lif terus berkelip-kelip. Tiada tanda-tanda yang lif akan bergerak seperti sedia kala. Perlahan-lahan Zarif melepaskan pelukannya.
“errr… lif rosak.” Hanya itu yang keluar dari mulut Zarif.
“saya tau. So? “
“saya cuba dapatkan bantuan”
Zarif menekan butang kecemasan yang terdapat di dalam lif. Berkali-kali di tekan, tetap tiada sambungan. Rhea memegang tangannya lembut.
“Takder orang Zarif. Kalau awak terus tekan loceng kecemasan tuh macam ni, saya takut tercabut pulak punat tuh. Cuba lagi lepas 5 minit.” Rhea bersuara perlahan. Tangannya masih lagi memegang jari-jemari Zarif. Tiada tanda-tanda yang dia akan melepaskannya.
“Cik Rhea….” Suara zarif mematikan lamunan Rhea. Bahayanya pegang tangan lama-lama. Nanti betul-betul tersuka, kan susah hidupnya.
“opss…. Sorry. “ Muka Rhea terasa kebas. Malu dengan ketelanjurannya yang seolah-olah tidak mahu melepaskan tangan Zarif.
Kedua-duanya mati kutu untuk seketika. Rhea masih menahan malu, Zarif pula tidak tahu apa yang patut dibicarakan. Suara dari corong kecemasan menyelamatkan keadaan. Zarif dan Rhea diberitahu yang kerosakan sedang diperbaiki. Menurut pengelenggara bangunan, keadaan akan pulih dalam tempoh 10 minit lagi.
Tiada pilihan, Zarif dan Rhea perlu menunggu sehingga keadaan pulih. Rhea duduk di lantai lif setelah penat berdiri. Zarif pula terus menunggu di hadapan pintu lif sambil mundar-mandir. Dia ingin duduk di sebelah Rhea, tapi dia takut sekiranya dia akan terbuai-buai dengan perasaan apabila berdekatan dengan majikannya itu. Wajahnya sengaja di masamkan kerana dia tahu yang Rhea sedang memerhatikan setiap perlakuannya.
Rhea pula semakin seronok memerhatikan Zarif. Lelaki itu tidak sekacak mana, tetapi dia kelihatan manis jika di pandang lama. Ada satu rasa yang terbit dalam hatinya tapi dia tidak mahu terlalu percaya dengan rasa itu. Jika rasa itu betul sekalipun, mana mungkin dia berterus terang dengan Zarif. Saat ini, dia lebih senang melayan rasa dalam diam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zariff menghantar Rhea sampai ke depan pintu. Masih tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka berdua sejak keluar dari lif tadi. Pintu apartment dibuka, dengan isyarat mata, Zarif menyuruh Rhea masuk ke dalam.
“ Cik Rhea bersihkan diri, makan dan berehat la. Saya akan tunggu di luar sahaja hari ni. Kalau ader apa-apa, call handphone saya. Saya dah setkan speed dial no satu untuk nombor saya.” Zarif mematikan suasana sunyi di antara mereka.
Rhea hanya mengangguk. Entah mana pergi suaranya, dia tidak tahu. Perlahan-lahan pintu tertutup dan Rhea hanya memandang ke arah Zarif hingga wajah lelaki itu hilang di sebalik pintu. Rhea memegang dadanya. Kenapa rentak jantung aku tak sekata? Dah kena sakit jantung ker aku neh? Ker jantung aku sakit bila nampak muka Zarif? Adeh la.
Zarif pula berpaling tapi kakinya seperti tak mahu melangkah. Dia juga memegang dadanya. Apasal pulak jantung aku neh rasa macam nak terkeluar jer? Oh, alahai…
Sedang Zarif bercakap sendirian, dia terdengar pintu apartment Rhea di buka. Sepantas kilat dia berpusing.
“Zarif” Rhea teragak-agak untuk berbicara.
“Yer Cik Rhea” Zarif berharap Rhea akan menjemput dia masuk walaupun dia tidak sepatutnya.
“errrrr……. Nanti tolong belikan roti. Rasa nak makan roti.”
“Ha! Oh ok. Nanti saya belikan.” La, nak suruh belikan roti pun sikit punya susah ker nak cakap. Aduhai…
“ Thanks.” Dengan cepat Rhea menutup semula pintu. Kepala di ketuk lagi. ~Apsal pulak aku pegi ckp pasal roti ni. Memang dah mengong ni namanya~
Dengan langkah longlai, Rhea menuju ke biliknya untuk membersihkan diri. Dia masih lagi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal mengenangkan betapa bodohnya dia bila tersalah cakap.
Zarif di luar pula hanya tersenyum kecil. Roti!. .
Dia juga ingin masuk ke apartmentnya untuk membersihkan diri dan kemudian keluar sekejap ntuk mencari roti yang dipinta majikannya yang comel itu. Senyum masih lagi tidak hilang dari bibirnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|