|
HERBA BUAT WANITA - MANJAKANI, AKAR SERAPAT, KACIP FATIMAH, LOBATA, DLL..
[Copy link]
|
|
Reply 20# meesiput
x sure plak yg merah tu apa lebihnya yup mmg x dinafikan kesan ketat leh rasa serta merta..i pun x guna hari2 guna time nk bersama @ bila perlu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# MistrezHermanaz
Leh pm x penjual mana kt wmc yg jual RM 7 TAM ni..sbb i selalu gak soping kat wmc tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# ariez_ezalis
oh awak ambik femmi9jusse tu ek? sy ada terbaca...mcm best je...tp ssh nak dpt la..kene cari agen...harga not bad gak...all in 1 kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply MistrezHermanaz
Leh pm x penjual mana kt wmc yg jual RM 7 TAM ni..sbb i selalu gak ...
akular Post at 23-11-2011 15:58 
mase beli tu ade sale hari raya haji..sekrg bod sale da tutup sementara,misz da x jumpa thread akak tu kt mana2..nnt misz try2 tgk..tp rasenye year end sale akan datang kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ariez_ezalis
oh awak ambik femmi9jusse tu ek? sy ada terbaca...mcm best je...tp ssh nak ...
220796 Post at 23-11-2011 16:57 
femmi9jusse ni da menarik minat misz sebulan lepas..harga nye alahai..kene carik yg murah2 sudaa |
|
|
|
|
|
|
|
femmi9jusse ni da menarik minat misz sebulan lepas..harga nye alahai..kene carik yg murah2 ...
MistrezHermanaz Post at 23-11-2011 17:25 
salam smuaa, amboii..bab ketet2 ni, lajuu je uols ek? ahahaha.. tpi mmg betul mcm petua yg adik2 bagi tu, sapa rajiin, dia la dpt manafaatnya.. mcm yg kata letak majakani dlm rebusan nasi pun ada org buat, terutama org dulu yg dlm pantang. nk mnum air dia kelat giler laa..
Bab yg tongkat2 ni kan, akk pun ada pakai, tpi skali skala je dik, sbb hubby duk asing dgn akk. dia keja kt KL, so, bila off day baru balik dan akk akan insert tongkat ni, bila dh nk abis period. dia akan tarik keluar smua lebihan darah haidh kita.
yg Femi9 Jusse tu, mmg akk amalkan skg sbb ada hampir smua herba yg jdi topik kita ni.. tu sbb harga dia lebih skit dan saiz dia pun beso skit dri botol mcm Felissa ke, Bidadari ke. Dlm Femi9 tu ada 2 jenis kurma, kurma merah dan hitam, ada lobata utk pejalkan payudara, ada kolagen utk kulit, ada prune utk senang buang air besar, especially adik2 yg baru lpas bersalin kan? takuut je nk buang air sbb takut nk meneran, tkut jahitan terbukak dsb. |
|
|
|
|
|
|
|
sy search tongkat ajimat madura takde sapa pun bukak thread utk discussion bendalah ni...yg ada thre ...
meesiput Post at 21-11-2011 12:55 
Macam tongkat ajimat ni kan, ada byk2 kaler kan.. ada yg kata yg gelap tu sbb pure manjakani, ada yg kata yg putih tu lebih berkesan. yg merah, x penah akk tgk lgi, kotak dia wana merah ada laa.. dulu akk pakai yg kelabu, tpi dia mcm cepat retak, or merekah. yg putih tu nmpak mcm bersih skit la kan.. tpi x tau laa, kalau adik2 tahu perbezaannya, kasi tau kt sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab yg srbuk kan, yg sapu2 tuu.. akk amalkan yg jamunya Keset Wangi. dlm tu ada pil utk telan, dan ada yg serbuk utk cebuk. tpi dh ambik Femi9 Jusse, akk x telan la yg jamu tu.. mana boleh ambik 2-2 kan? berasaap la pulaak!
so, dia ada paket kecik yg dia sertakan utk cebuk, tpi akk syg lak nk buat cebuk aje. so, bila dh buang air kecil, dh bersihkan apa yg patut, tangan yg masih basah, akk tuangkan serbuk tu berhati2 dan masukkan skit stakat yg berani, dan sapu d sekeliling kwsn faraj kita.. Istimewanya serbuk ni kan, kalau gatal2 mcm time nk period kan, dan lepas2 nk kering period akibat kita asik guna pad je kan, jdi sapu je dgn serbuk ni, mmg MELEGAKAN.. hilang gatal2 smua..  |
|
|
|
|
|
|
|
JOM KITA INTAI2 LAK APA ITU AKAR SERAPAT..
Malaysia: Akar serapat puteh, akar gerip puteh, akar serau; kayu rapat
Akar Serapat ini tumbuh subur dan meliar di Hutan Hujan Tropika. Kajian saintifik di Intitusi penyelidikan dan Universiti tempatan mendapati akar Serapat ini kaya dengan bahan aktif seperti phytoastrogen, tannin dan antioksidan yang sangat diperlukan oleh wanita dewasa. Ia sering digunakan secara traditional dengan digabungkan bersama herba lain untuk ramuan jamu bagi membantu menguatkan otot rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan wanita.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
Khasiat :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga
Skang akk baru tahu ramuan dlm Femi9 Jusse tu, yg menyebabkan akk hilang sakit pinggang dlm tempoh x smpai 24jam adalah Akar Serapat ini. mcm skg ni, dh pukul 2.45pg, akk masih duduk dpn laptop dri petang tdi, sure kalau org biasa akn sakit pinggang kan? Alhmdulillaah, selama ini, mmg yg paaaling seksa skali bgi org yg kejenya duuduk je, adalah sakit pinggang, pastu nk baring nnti, seksa lak nk luruskan pinggang..
Bangun lak pagi, adooiii, sakit belakang dan pinggang. rupanya Akar Serapat mmg membantu dan terbuktilah dgn testimoni akk sndiri yg boleh hilangkan sakit pinggang!.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, kalau nak sembuhkan penyakit terkencing masa ketawa, bersin atau batuk boleh tak gunakan ...
rose_liz Post at 22-11-2011 14:32 
salam adik rose_liz,
akk nk bgi kt adik, akk punya testimoni dik.. sblum akk mnum jus campuran smua herba2 utk wanita ni kan, akk punya kawalan kencing mmg kurang baik. kalau terbatuk giler, ketawa sgt2 mmg boleh terkencing or terlepas kencing jugak.. mmg lemah bab nk grip tu..
bila akk dh mnum FEMI9 JUSSE ni, tanpa akk sedari yg grip utk pundi kencing pun mcm kuat.. sbbnya, dh 4hri dh akk skg ni dry cough, akibat makan rambutan + durian bnyk sangat, batuk2, dan periit sgt tekak.. dan mmg mcm nk putus nyawa.. baru je lepas hisap Strepsil utk cough ni.. dan mmg akk dulu slalu gak pakai panty liner bila berjalan2 takut kang tergelak lebih, terlepas, kalau nk menahan kencing pun x mampu smpai nk buka smua nk duduk kt toilet seat tu kan.. sereyeeess..
skg ni dh berhari2 akk batuk mcm kena TB kauu, skali batuk smpai nk tinggal separuh nyawa gitu, tpi Alhmdulillah, x da pun yg terlepas, terkucil, terkenzing ke apa.. mula2 mcm cuak gak kan, nnti dh nak kena ganti2 panty, if not pakai panty liner. jdinya mmg terbukti herba2 ni mmg boleh menguatkan kemutation kita, kuatkan grip kita utk tahan kencing dsb..  |
|
|
|
|
|
|
|
akk nk share artikel dgn adik2 mengenai keputihan.. sbb ramai yg mempunyai masalah keputihan, tak kira anak darez maupun yg baru bersalin..
Keputihan bermasalah perlu rawatan segera
Oleh Nor Affizar Ibrahim
KEPUTIHAN dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita ada keputihan kerana ia sebenarnya proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sudah mati pada lubang faraj dikeluarkan.
Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Nur Azurah Abdul Ghani (gambar), berkata selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga ada mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya budak kecil turut tidak terkecuali.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebiasaannya remaja jarang dapat keputihan kecuali mereka mengambil ubat tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual. << kena baca betul2 tu.. REMAJA SBENARNYA susah nk dpt keputihan tpi mintak maaf, REMAJA skg ramai yg bukan anak dare lgi daah.. tu sbb ada mcm2 penyakit muda2 lagii..
Berbanding wanita hamil memang berisiko mengalami masalah keputihan kerana perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan menyebabkan wanita berkenaan sesuai untuk mengalami jangkitan kulat. Secara anggaran, hampir 80 peratus atau 8 dalam 10 wanita hamil mungkin ada masalah keputihan.
Begitu juga wanita yang sudah berkahwin, dianggarkan 75 peratus akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku sebab wanita itu sudah ada pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya senang dijangkiti.
“Ada ibu yang risau tengok anak perempuan daripada usia bayi lagi sudah ada keputihan. Hal itu tidak perlu bimbang kerana keputihan adalah kitaran perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan cecair itu keluar.
“Remaja dan wanita lain juga tidak perlu bimbang jika ada keputihan kerana selagi tidak mendatangkan gatal dan tiada kemerah-merahan pada bahagian sulit, ia dikatakan keputihan yang biasa atau disebabkan kitaran hormon,” katanya ketika ditemui Berita Harian di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung jp lagi ya, nk solat zohor kejap..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# sheila
Wahh kak mcm menarik je jamu tu yg jenis serbuk..nak beli kt mana erk? Kedai jual jamu ada kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam kak sheila,, patutla sejak amalkan femm9 jusses nie sy dh kurang terkencing mase ketawa ker @ angkat barang berat,,kalau tak dulu bile nak kencing jer mmg tak boleh nak tahan kene cepat2 cari toilet,,,banyak yer kelebihan femmi9 jusses nie,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sheila
Wahh kak mcm menarik je jamu tu yg jenis serbuk..nak beli kt mana erk? Kedai ...
akular Post at 25-11-2011 13:54 
namanya KESET WANGI dik, kotaknya wana hijau, comel jek. ada pic wanita tgh pegang epal, embossed image dia.. dlm tu mmg 1paket + 1 paket utk cebuk. 10 pasang smuanya.. tpi pastikan yg ori dooong! |
|
|
|
|
|
|
|
akk nk share artikel dgn adik2 mengenai keputihan.. sbb ramai yg mempunyai masalah keputihan, tak ki ...
sheila Post at 25-11-2011 13:38 
SAMBUNGAN..
Dr Nor Azurah berkata, keputihan dianggap bermasalah atau yang lain daripada biasa, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna putih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta hijau. Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan kuman seperti tricomonas, bakteria dan flagellat.
Jika keputihan keluar banyak sehingga menyebabkan berasa gatal dan sakit pada bahagian sulit, beliau menasihatkan wanita berkenaan perlu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan rapi. Ini berikutan, kegatalan yang amat sangat menyebabkan seseorang itu menggaru sehingga kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar.
“Faraj mengandungi kuman semula jadi bacillus asidofilus yang menghasilkan asid lactate berfungsi melindungi faraj dari kemasukan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.
“Bau masam pun boleh berlaku akibat tindak balas kuman kepada peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Kadangkala keasidan faraj kurang dengan tahap yang memudahkan sejenis kulat yis menghinggapinya dan membiak serta menjadi masalah,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Nor Azurah berkata kebanyakan wanita malu untuk membuat pemeriksaan doktor dan menganggap masalah seumpama itu perkara biasa. Hanya kurang 15 peratus yang datang untuk membuat pemeriksaan doktor. |
|
|
|
|
|
|
|
SAMBUNGAN..
Dr Nor Azurah berkata, keputihan dianggap bermasalah atau yang lain daripada bi ...
sheila Post at 26-11-2011 21:05 
“Rata-rata yang datang pula apabila sudah ada radang dan tidak tahan lagi menahan sakit. Selain itu, ada yang lebih suka merawatnya dengan kaedah tradisional dan cuba mengubah amalan pemakanan. Jika tidak berjaya, baru mereka datang berjumpa doktor untuk rawatan. Tetapi bagi kebanyakan wanita hamil masalah keputihan dirawat dan dikesan doktor apabila wanita berkenaan membuat rutin pemeriksaan,” katanya.
Dr Nor Azurah berkata, masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan. Tetapi dari segi hubungan seksual antara suami isteri memang ada kesan. Apabila masalah keputihan teruk dan berbau sudah tentu tiada keinginan untuk melakukan seks.
Katanya, radang pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa apabila hendak bersama. Malah, walaupun tidak dikategorikan dalam penyakit kelamin berjangkit, jika isteri ada masalah keputihan, suami boleh mendapat jangkitan kuman itu dan kesan yang dialaminya juga sama termasuk, sakit ketika hendak buang air.
“Pakai seluar dalam pun berasa sakit apatah lagi hendak bersama. Keadaan itu sama seperti bayi yang berasa sakit dan sering menangis apabila melecet dan ada masalah ruam atau radang lampin,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Rata-rata yang datang pula apabila sudah ada radang dan tidak tahan lagi menahan sakit. Sela ...
sheila Post at 26-11-2011 21:09 
Mengenai kaedah rawatan herba yang digunakan untuk mengatasi masalah keputihan, Dr Nor Azurah berkata, ada penggunaan rawatan itu yang menyebabkan kes pendarahan berlaku. Rawatan itu bukan saja menyebabkan keputihan hilang, tetapi membuatkan rahim mengecut.
Pengecutan rahim kadang-kadang menyebabkan keluar darah beku dan darah yang banyak. Tetapi pendarahan yang berlebihan dan tidak mudarat, tidak mengapa selagi wanita itu sendiri boleh toleransi dengan keadaan berkenaan.
“Banyak yang kata, herba berkesan tetapi tiada data untuk menyokong. Jadi, biarkan individu buat keputusan sendiri. Seperti rawatan moden yang juga ada kesan sampingan, begitu jugalah rawatan herba. Cuma bezanya, rawatan moden ada kajian dan data yang menyokongnya.
“Tidak adil menyatakan rawatan herba itu berkesan atau sebaliknya. Tetapi satu perkara kita perlu faham, kaedah perubatan tradisional itu sudah lama diamalkan orang dulu dan didapati berkesan serta diperturunkan dari generasi ke generasi hingga kini. Jadi, jangan membelakangkan kaedah tradisional kerana sudah ada kesahihan walaupun tiada sokongan data,” katanya.
FAKTA: Keputihan yang dihadapi kebanyakan wanita.
Secara umumnya, wanita mudah mengalami keputihan pada sekitar sebelum waktu haid mereka. Rawatan masalah keputihan boleh dirawat tetapi boleh berulang jika tidak mengambil dos ubat yang ditetapkan. Ada dua jenis rawatan iaitu pil makan dan ubat sapu atau ubat suppofositori berbentuk peluru yang dimasukkan ke dalam ruang faraj.
Wanita yang berkahwin, hamil dan sudah ada hubungan seksual lazimnya, akan diberikan suppofositori yang diambil untuk pagi dan malam. Wanita yang belum berkahwin atau belum pernah ada aktiviti seksual rawatan lebih sesuai ialah pil makan.
Rawatan selalunya seminggu tetapi yang menjadi masalah ada pesakit yang ambil tiga kali seminggu kemudian berhenti apabila sudah nampak kesannya.
Krim sapu bertujuan untuk mengurangkan masalah radang, gatal dan melecet pada bahagian sulit dan celah kangkang.
Individu yang mengalami masalah keputihan disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan membanyakkan makan sayur hijau dan dadih yang ada kandungan lactobasillus.
Wanita yang ada masalah radang digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pakai yang diperbuat daripada kain kapas serta longgar. Ada kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi tidak semua yang mengambil pil perancang ada masalah keputihan.
Cara pemeriksaan ialah doktor meneliti faraj wanita itu dengan menggunakan alat pembuka faraj dan mengambil cecair untuk melakukan kajian mikrob supaya dapat mengenali jangkitan sebenar serta ubat yang lebih spesifik diberi.
Contoh jenis jangkitan
kuman2 atau bakteria yg menyebabkan keputihan.. 
Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) yang perlu dirawat.
Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|