zaman skrg biasanya pencuri tak pecahkan mangga, tp pencuri akan "koyakkan" besi grill.
diorg akan koyakkan besi ditepi penyangkut mangga tu.
mcm gambar bwh ni dia koyakkan besi dkat kunci gril.. konsep sama juga utk dia buat dkat area kita pasang mangga tu.
jd grill tu perlu dibuat dr besi yg tebal, supaya lambat & susah nak dikoyakkan.
selain tu, boleh guna mcm pengapit grill utk mangga, aku x pasti nama dia tp ada jual la kt kedai hardware..
brape regenya?? ni msti bung royo gune tuk lock rantai
mot ...
genchi Post at 28-2-2012 10:44
cenggini... besi mangga tu boleh di pusing (batang kiri dan kanan tu dikeluarkan dari body).... bermaksud boleh pilih utk activatekan alarm... kalo tahap sentuh2 manja gitu takde la bunyi.... tapi kalo berkasar marah le dia... tapi dia tak terus memekik... dia cuma bunyi amaran je.. kalo terus tarik ke.. sentap ke mangga tu menjerit la....
kalo owner, terus pulaskan aje kunci dah tak bunyi... err. bole paham ke ni..
cenggini... besi mangga tu boleh di pusing (batang kiri dan kanan tu dikeluarkan dari body).... ...
ryo_takahashi1 Post at 28-2-2012 13:56
mksd batang kiri kanan tu adelah besi bulat yang masok dlm bdn mangga tu la ekk? boleh dikeluarkan?
mksdnya cabot trus dari body mangga? bukan cam mangga bese.. yg cume trcbot sblh aje yek?
okeh jdiknya.. bila kita aktipkan alarm dia tuh.. takat sentoh2 tak bunyik la cume amaran..
tp kalo cuba nak gergaji.. atau gegarkan dia baru dia jerit gitu?
owhhh phm2 mksdnya kene ade sedikit kekerasan trhdp mangga tuh tuk dia menjerit pekik la neh ..
so bape kah regenya bung royo?? boleh kene air tak?? alarm dia tuh pki bateri ke?
setakat ni aku amalkan petua sorang forummer tu. bila keluar dr umah je baca ayat kursi. pastu hembus kat 4 penjuru pintu sambil niat dlm hati kalo org tu masuk blk aku dgn niat tak baik, dy takkan jumpa jln kluar dr umah tu.
Tips menghalang kecurian.
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).
oo, tp cmni pn pncuri yg tau mangga ni boleh bersuara, pasti dia akan"koyakkan" besi gril hati2.. hehe.
ke kita boleh suruh vendor mangga ber alarm ni, buat grill ada alarm jugak.. sapa potong/koyakkan besi.. alarm akan berbunyi. haha. brp ribu lah tu nnti
oo, tp cmni pn pncuri yg tau mangga ni boleh bersuara, pasti dia akan"koya ...
kazaraf Post at 28-2-2012 15:28
kalau koyakkan grill kebiasaannya mangga juga bergerak juga.... then mangga tu akan bising lor....
utk grill tu mmg ada grill yg boleh bunyi maaaa... ini teknologi dah lebih dari 10 tahun pun.... ada wire yg dimasukkan dalam tiap2 batang besi tu... so bila besi tersebut dipotong alarm akan berbunyi... tapi harga dia.. sendiri mau ingat la...
wahnya banyaknya tip ni....berguna untuk aku yg baru kecurian...
rumah aku pun masuk pencuri gak, masa tu tak de kat rumah.....habis 4 branded bag dengan dua jam tangan dia kebas.....dah lah jam hadiah dari orang lak. Nasib baik lah dia tak kebas benda lain yg berharga dlm rumah tu, agaknya dia nak cepat. Dia cuma tinggal kan penukul buruk yg dia bawak.
Polis pun tak dapat kesan cap jari.....lepas rumah aku, dua tiga rumah lain dia pergi mencuri gak.....semuanya masuk dari belakang rumah.