IDOL01
Wah, saya tidak expect anda akan menyanyikan lagu rancak dan happy2 macam ini. First time dengar lagu ni, masa mula2 dengar rakaman, rasa lagu ni macam tak syiok pada telinga. Kedengaran seperti genre nasyid kontemporari, especially bila second verse chorus.. Tapi bila dengar lagu original, baru paham kepada lagu ini dipilih. Suara penyanyi asal dan anda ada persamaan. So, saya simpulkan ini adalah lagu selamat.
IDOL02
Ohhhh Ohhhh Ohhhh. Banyaknya ohhhh dalam lagu ini. Patut tukar jadi Mira-Oh. Ok IDOL02, kalau lah saya ni Ramli MS macam dalam AF2, awak salah seorang calon utk dibaling pensel terus masuk lubang telinga. Kenapa pilih lagu ini? Minggu ini patut jadi minggu yang boleh show off bakat Idol. Kalau pergi audition AF ke, OIAM ke, kalau awak nyanyi lagu ini rasa-rasa boleh terpilih tak? Ini lagu orang nyanyi kat karaoke dituju khas untuk awek2 lepasan sekolah jek kot?
IDOL03
Wah, lagu ini telah diturunkan key... Tidakkkkk. Sayang seribu kali sayang, anda tak confident ke nyanyi lagu ini dengan key asal? uhum, ok takpa2. Kita komen nyanyian ya. Technically, nyanyian anda tepat. You hit the right notes, kejelasan bagus, dinamik pun ada. Tetapi feelingnya masih tidak sampai di hati ini. Saya tidak tahu sama ada disebabkan tone anda yang besar sebegitu yang menenggelamkan feel, atau memang feel anda kurang untuk nyanyian kali ini. Ini contoh penyanyi yang sangat feel bila menyanyikan lagu sampai kita turut merasa kesedihannya.
IDOL04
Ini yang dikatakan menyanyi dengan feel. Wow! Saya sampai ulang 4-5x mendengar rakaman ini. Anda memang mendengar nasihat juri tanpa menjejaskan identiti nyanyian anda. Anda juga amat bijak memilih lagu. Dalam banyak-banyak rakaman untuk Cari Idol 3, inilah rakaman yang berstatus diva! Tidak perlu sebarang high note, sekadar mengeksploitasi kelebihan vokal yang anda miliki.