CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: brown93

Misteri kepala orang ditanam dalam binaan

[Copy link]
Post time 25-6-2012 03:30 PM | Show all posts
mak aku cakap zaman dia dulu mmg benda ni betol2 terjadik, atuk aku pon cakap benda yang sama gak... hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 03:35 PM | Show all posts
bukti saintifik
ada profesor ckp tulang manusia lagi keras dri kongkrit he3
dan ckp2 org y ...
mrjinggozzz Post at 25-6-2012 09:52



    sy pun penah dgr pasal tulang manusia ni mmg kuat utk tmbhan dalam bahan2 untuk wat binaan,

penah dgr jambatan pulau pinang mmg guna simen khas yg dibuat dr tulang2 org yg mati...diimport dr negara..........

dan dgr jgk buruh2 yg mati semasa projek tu jugak ditanam kat jambatan tu...

penah dgr jugak tulang binatang haram tu (babi) pun kuat, sbb tu negara china diaorg akan proses tulang babi utk wat serbuk dalam pembikinan porcelin atau tembikar...berhati2 jika membeli porcelin dr sana...sori if OT..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 03:43 PM | Show all posts
mcm tk logik la nk pakai kepala bgai..pejadahnya..kalo ader yg wat pun..sume tu dh terpesong dh tu..kurafat dan keparat betulll...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 03:46 PM | Show all posts
aku pernah dgr cakap-cakap orang pasal benda ni. 1 hari aku mcm biasa lalu ke simpang nk masuk putrajaya , aku lalu dekat kawasan yg baru nk naik tiba2 aku dgn suami dgr suara perempuan menjerit nyaringggggg...dan panjang.lagi satu tmpt aku tak igt...aku tanya en.somi dia ade dgr tak?.dia balas ade.masa tue mmg bulu roma tegak laa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 03:52 PM | Show all posts
TERINGAT ZAMAN KECIK2... MAK PESAN JANGAN KUAR (KEBETULAN MASA 2 ORANG NAK BINA JAMBATAN KUANTAN ITU)
kata mak, nanti ilang kepala,... eh, pernah baca lam mastika kes 2 bradik ilang kepala kne tanam kat asas jambatan?? lupa lah pulok...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 04:25 PM | Show all posts
tgk la piramid firaun tu berapa byk org mati. smpi skrg kukuh piramid tu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2012 05:17 PM | Show all posts
ini cerita dari kwn ayah aku kepada ayah aku
jika kwn ayah aku itu hanya mereka cerita maka cerita aku pun turut sama xbenar.


masa orang sebuk membina bangunan satok dahulu kala (org yg tinggal kat kch mesti tahu bagunan ini)

ayah aku dan seorang lagi rakan dia adalah pekerja bruh binaan di tempat tersebut, pada suatu malam kontractor cina tu kata nak siapkan satu bahagian ni dgn cepat so ayah i dan 2org lagi rakan dia volunteer ot sbb cina tu janji triple pay..

cina tu memang baik,layanan memang tip top..dinner apa semua cina tu yang tangung..after dinner tu sorg lagi cina kira kwn kepada contractor tu la. bagi tau kat my dad.tolong ambik satu box 2*2 kat 1st floor(kwsn parking) sebab ada tool yg hendak digunakan. my dad kata kejap sebab nak pergi menunaikan hajat. so kwn ayah iols ni budak lagi la dlm lepasan spm begitu. dia kata xpa nanti saya ambik kotak itu. before budak tu turun bawah ground floor cina tu kata balik ingat ar dlm kotak kayu 2*2..nantu lu jangan silap buka.. uambik saja itu kotak jgn buka2 bawa saja naik terus..


so budak ini pun silap turun patut turun kat kwsn 1st floor dimana kawasan utk letak kereta..p budak ni terus turun bahagian bawah sekali..
so di apun pusing2 cari kotak seperti yg cina itu mahukan.. pusin2 xjumpa pusing xjumpa..
den tiba kat satu tempat bahagian tu masih ada sisa potongan kayu..so dia pun pergi sana jumpa la satu box tp bukan box 2' * 2' seperti yg dkehendaki itu. den budak ni pun buka la box tersebut oh ye kotak tu hampir sama besar dgn kotak peti sejuk size kecik.

so dia buka kotak tu den terus mengigil..dan berlari naik atas pada masa yg sama dia kata da sorg lagi manusia bayang2 manusia kejar dia sambil bawa parang/sabit..

so setelah berjaya naik atas kebetulan 2 org cina ni pun xda d tingkat tersebut budak tu pun paksa ayah i bawa dia balik...imagine kan korang 1 moto tu bawa 3org lelaki.

sampai je kat rumah kita org budak tu masih mengigil dan muntah2..so dia cerita la kat ayah dan kwn ayah i. the next day budak tu pun demam and xnak turun kerja lagi...

my dad turun kerja sbb nak ambik gaji den my dad pun cari kerja lain juga..

tht ol, tak pasti betul ke x cerita budak tu..mana la tahu budak tu delusinasi ke...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 05:31 PM | Show all posts
ini cerita dari kwn ayah aku kepada ayah aku
jika kwn ayah aku itu hanya mereka cerita maka cerita  ...
ogata Post at 25-6-2012 17:17


kiranya yg kotak saiz peti sejuk tu ada apa?? badan orang tanpa kepala ka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 05:31 PM | Show all posts
ini cerita dari kwn ayah aku kepada ayah aku
jika kwn ayah aku itu hanya mereka cerita maka cerita  ...
ogata Post at 25-6-2012 17:17


so far i tak penah dgr lah pulak...sebab bangunan tu dato wan abu bakar yang punya...doa selamat i tau lah dia buat
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 05:36 PM | Show all posts
Reply 28# zameyla


   kepala manusia tanpa badan...heols kata masih ada darah...xpasti bangsa apa..yg pasti dia pun xkenal org tu..just predict org indonsaja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 05:37 PM | Show all posts
Reply 29# leylapple

xpernah dgr apa t?

i slalu dengar org kata satok tu stp tiang yg d pacak mesti ada kepala...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 05:38 PM | Show all posts
TERINGAT ZAMAN KECIK2... MAK PESAN JANGAN KUAR (KEBETULAN MASA 2 ORANG NAK BINA JAMBATAN KUANTAN ITU ...
lalunagujiwa Post at 25-6-2012 15:52


dlm crita2 lagenda dlu diorg suker culik budak2,pastu buat korban...dia biasa tanam kt binaan asas jambatan he3
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 05:41 PM | Show all posts
cerita dari nenek google utk penyedap bebenang he3:


LIMBANG: Pemburu kepala kembali menagih korban! Itu cerita lisan yang cukup menggerunkan dan kini menghantui orang ramai khusus-nya kanak-kanak sekolah, kononnya pemburu kepala sedang giat ‘memburu’ mangsanya ketika musim cuti sekolah ini.

Walaupun setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya, cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu semakin rancak dibualkan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah menjadi perbincangan hangat bagi penduduk Limbang.

Pemburu kepala manusia atau dikenali ‘pengait’, kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi menguatkan struktur pembinaannya.

Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.

Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar ‘ganti rugi’ kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan ter-utama sekali jambatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pemangku Superintenden Bukhori Saffai menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut.

Beliau yang turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung cerita itu menafi-kan sekeras-kerasnya kewujudan pengait yang menyasarkan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa.

“Pembinaan sesuatu jambatan bukan dibuat menggunakan ke-mahiran pawang tetapi melalui jurutera yang terlatih dan pakar.

“Jangan dengar benda-benda karut ini yang kononnya pengait sedang mencari mangsa untuk digunakan bagi menguatkan dan mengukuhkan strukt­ur sesebuah jambatan,” katanya semalam.

Bukhori berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas berhubung isu pengait yang hangat diperkatakan penduduk Limbang sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai.

Katanya, ada pihak sengaja memperbesar-besarkan cerita ini ketika musim cuti sekolah supaya kanak-kanak tidak merayau di luar rumah.

“Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah.

“Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu,” tegasnya.

Bukhori menambah, tiada laporan diterima mengenai isu terbabit setakat ini namun beliau menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati cerita pengait mula heboh diperkatakan sejak pembinaan Jambatan Pandaruan dan ia semakin hebat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Sebelum ini, isu pengait pernah menghantui penduduk Limbang sekitar awal tahun 90-an ketika pembinaan Jambatan Batu Danau giat dijalankan.

- UB
http://www.namaberita.com/2011/1 ... a-buru-pelajar.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 05:44 PM | Show all posts
Penyabit Cari Kepala Orang ?

Dulu masa kecil-kecil, heboh pasal 'penyabit'. Ini masa zaman saya sekolah rendah, kat Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Cerita ni heboh dalam tahun 1977, 1978, 1979 kalau tak silap saya. Penyabit ni gelaran orang yang cari kepala orang,  terutama kepala budak. Kononnya kepala tu untuk jamu kat jin masa buat bangunan termasuk jambatan.

Masa tu, kat Padang Tengku tu tengah buat jambatan panjang melintasi Sungai Jelai, jambatan tu ada sampai sekarang. Maka budak-budak sebaya saya masa tu, nak keluar rumah kena berhati-hati. Tak boleh ler jalan seorang-seorang termasuk nak pegi sekolah. Malam-malam kalau tak ada tujuan, lagilah tak boleh keluar. Masa tu cerita dia bukan main-main, tapi real punya cerita.

Masa tu takut memang takutlah, maklumlah budak kecit. Masa tu berbual gak dengan kawan-kawan sebaya pasal penyabit tu. Ada sorang kawan tu kata, kenapalah penyabit tu cari kepala budak manusia, kenapalah tak cari kepala monyet jer. Ini manusia jugak yang dia cari. Ada sorang kawan tu kata, tak apa, kalau mati masa budak-budak ni kira mati syahid.

Betul atau tidak kisah penyabit ni, mana lah tahu betul ke tak. Waktu tu, masa kecil, percaya sajalah. Mana tak percayanya, yang cakap ni orang-orang tua kat kampung tu, yang sekarang ramai dah arwah. Sekarang baru terfikir semula, apa logiknya penggal kepala budak lepas tu tanam kat jambatan. Waktu tu, tak ada seorang pun budak hilang atau mati kena penggal kepala. Betul ke kisah penyabit ni ?
SIAPA ADA PENGALAMAN TOLONGLAH JAWAB...

Apa-apa pun, kisah penyabit tu menakutkan budak-budak dari keluar lepak malam-malam. Tak macam budak sekarang, pukul 12 malam belum balik rumah tu perkara biasa. Mak ayah tak berapa boleh nak kawal anak-anak keluar rumah ni. Budak-budak sekolah rendah kalau kat JB tu jalan-jalan naik basikal ke Danga Bay JB berkumpulan. Saya bagi nasihat masa saya jadi penguatkuasa dulu, dia jawab dia bukan buat maksiat. Pandai budak sekarang jawab.
http://kadikluang.blogspot.com/2 ... i-kepala-orang.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 08:11 PM | Show all posts
cerita dari nenek google utk penyedap bebenang he3:


LIMBANG: Pemburu kepala kembali menagi ...
mrjinggozzz Post at 25-6-2012 17:41



   seramm gk cter wlaupun mcm hoax jer..ni limbang ni tmpt kt mana?? sarawak ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 08:16 PM | Show all posts
ini cerita dari kwn ayah aku kepada ayah aku
jika kwn ayah aku itu hanya mereka cerita maka cerita  ...
ogata Post at 25-6-2012 17:17


perrhh..angker gler kejadian nih..huhu..tp kn cina2 tu hilang cmtu jer?? ke sebenarnye diorang tu bkn manusia??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 08:32 PM | Show all posts
masa pejan kat u dulu ambik course bangunan x de plak dengar lecturer cakap kena letak tulang manusia utk kuat kan struktur bangunan.. tapi psl jambatan penang tu kan rasa macam penah masuk 1 of the magazine yg berkisar tentang mistik2 ni jugak.. kontraktor bawak kepala pegi bawah jambatan penang n gantungkan kepala tu kat situ..ade saksi yang nampak n saksi tu yang cite kat wartawan magazine tu.  x sure la betul ke x.. magazine tu dah lama dah.. n x popular sangat pun.. nk mention nama magazine tu pun dah x ingat
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 10:34 PM | Show all posts
Rasanya kat jambatan PP tu dulu pun hangat jugak cita pasal tanam kepala dalam tiang tu..tiang no 33.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 11:57 PM | Show all posts
Selalu dengar cerita pasal pengait ni. Dalam setahun dua tu ada jugaklah paling tak sekali orang kecoh pasal ni.

Ada satu tahun tu, heboh pasal pengait dari negara jiran yang datang nak cari mangsa. Ada sesetengah kampung tu siap buat road block lagi (oleh orang2 kampunglah) untuk kenal pasti setiap kereta yang bernombor plat dari negara jiran tu.

Dan, walaupun aku membesar dengan cerita pengait ni tapi kesahihannya aku sendiri pun tak berapa nak percaya.

p.s Satu je kebaikan bila cerita pengait ni tengah 'in'. Budak-budak ke, remaja ke hatta warga tua sekalipun akan ragu-ragu nak berembun malam kat luar (walaupun dorang ragu-ragu nak percaya jugak - kata mereka di siang harilah)
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 03:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by system_failure at 26-6-2012 03:58

dulu orang kata buat jambatan potong kepala ...yg sebenornya dulu engineer buat jamabtan tu orang putih..
so dia bagi arahan suruh buat " Cut of pile head"...
orang kita dengar " cut head" hah....potong kepala...

so tersebarlah diseluruh pelosok kg...nak buat jambatan kena potong kepala...sebenarnya potong piling..
kan piling dah masuk dalam tanah...
so yang berlebih tu kena potong...bagi sama level untuk buat foundation...hehehehehe....

itulah pentingnya "English Edukesyen"(heheh tiru cakap Usop Wilcha dalam Hantu kak Limah)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.096244 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list