UALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Sempena perasmian pembukaan Sukan Malaysia 2012 (Sukma 2012) yang bakal diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, esok malam, penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza Taruddin dikatakan bakal membuat satu kejutan besar.
Difahamkan, penyanyi yang sibuk mempromosikan produk Simply Siti buat julung kalinya akan menyanyi sambil menaiki seekor gajah.
Siti Nurhaliza yang banyak kali mengadakan persembahan di majlis perasmian seumpama ini melakukan satu inisiatif baru kerana penganjuran pembukaan perasmian kali ini mendapat usahama dari syarikat miliknya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Production (SNP).
Oleh itu, pada malam itu nanti, Siti Nurhaliza ingin meninggalkan satu memori bersejarah buat penggiat sukan negara dengan melakukan persembahan berani.
Mungkin, ia satu pendekatan yang diambil oleh Siti dari penyanyi lagenda Datuk Sudirman Hj Arshad yang menyanyikan lagu Tanggal 31 dengan mengenakan baju bendera yang panjang berjelar.
Menerusi segmen persembahan pada malam itu nanti, Siti bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertemakan sukan yang mana lagu berkenaan merupakan sebuah lagu yang dicipta khusus buat pejuang sukan negara.
Upacara gilang-gemilang ini akan disiarkan secara langsung di RTM pada jam 9 malam esok (7 Julai 2012).
biasalah dlm SUKMA selalu miming...dulu kat SUKMA penang...CT nyanyi lagu KURIK KUNDI...naik kete klasik bagai....miming jugak...x der nya nak live kalu dok pakai mic yg gantung2 kat telinga tu...propa je k
yg lepas perasmian rasanya live...x kan la, suara 2,3 org budak yg nyanyi skali ngan siti tu rakam jugak..rasanya yg masa vvip ada tu rakam..maksudnya yg org tengok kat tv tu vocal dia dah rakam..lps vvip blk, br start live..biasanya la...
Majlis pembukaan dan penutup SUKMA XV undang kritikan.
SUKMA ke15 baru berakhir dan Pahang mendapat pujian dari PERDANA MENTERI. Sebagai penganjur, Pahang telah menjadi tuan rumah yang cukup baik dari segi pejalanan temasya kali ini. Segala prasarana dan kemudahan disediakan dengan baik sekali, penganjura setiap acara tidak menampakan sebarang kelemahan yang ketara.
Namun didalam semua itu ada perkara yang telah menjadi buah mulut masyarakat serta orang-orang kenamaan. Majlis pembukaan dan penutup temasya SUKMA XV Pahang 2012 adalah satu kegagalan yang amat memalukan. Pihak yang diberi tanggung jawab untuk persembahan mempunyai nama besar dalam industri hiburan tanahair namun persembahan pembukaan dan penutup SUKMA XV amat menjengkelkan. Rata-rata penonton menyuarakan rasa tidak puas hati dan melemparkan komen-komen yang menampakan kekesalan atas persembahan itu.
Jelas sekali artis bernama besar dalam industri seni suara itu gagal menepati cita rasa penonton. Konsep yang dibawa tidak langsung mengambarkan atu berkait dengan sukan. Persembahan yang hanya memamaparkan hiburan kosong semata-mata tanpa ada sebarang pengisian. Ini bukan yang diharapkan oleh penonton yang hadir. Tidak dinafikan Stadium Darul Makmur penuh dengan tanpa ada ruang untuk berjalan namun hanya kerana pihak penganjur mengadakan cabuta bertuah dan bukan kerana hadir untuk menyaksikan persembahn yang hambar.
MM hadir membuat liputan juga agak bosan dengan persembahan artis yang bernama besar itu. Adakah kerana beliau mempunyai nama yang gah dan anak kelahiran Pahang kita harus menerima saja kelemahan tersebut? Sepatutnya artis tersebut memikirkan konsep yang memaparkan kaitan sukan bukan hanya hiburan kosong. Agak memalukan persembahan yang dibawa oleh artis bernama besar dan gah ini.
Para-para kenamaan juga tidak terkecuali menyatakan rasa kurang senang dengan persembahan tersebut. Yang paling menyedihkan bilamana persembahan tidak langsung memikirkan sensitiviti umat ISLAM kerana mereka mulakan konsert sejurus azan maghrib. Memalukan!
Nasihat MM pada artis bernama besar tesebut, berhentilah dari menjadi pengurus majlis (event managers) kerana anda tidak layak dan tidak langsung mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Jangan memalukan kerajaan dengan persembahan hambar anda itu.