|
camne nak sambunganya....cerita yg diambik dari blog tu pun sampai kat situ je.....
aku dah baca mcm2 cerita kat blog tu... |
|
|
|
|
|
|
|
jeng jeng jeng..saspens... |
|
|
|
|
|
|
|
ape da ending.....spoillll![](static/image/smiley/default/huffy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
san ada banyak novel tok awang ngah ni. among my fav horror writer sebab pengalaman dia sendiri mengubat orang. cerita dia yang paling best 'gadis dinodai jin'. seram pun ya. Last edited by Santeira on 27-9-2012 03:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
menambah koleksi cerite antu pastu lalu teringat hihihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Hekeleh![](static/image/smiley/onion/faint.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana babak mayat bangun minta air tu? |
|
|
|
|
|
|
|
thread gampang ke hape nih???![](static/image/smiley/default/huffy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk lain, cerita lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Patutla ayat2 karangan ni mcm pernah baca.... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
medangmru posted on 25-9-2012 04:13 PM ![](static/image/common/back.gif)
mana mayat bangun mintak air??
gigih haku membaca satu persatu perkataan, baris berbaris... mana mayat bangun minta ayorrrrrrrrrrrrrrrrr????????? ![](static/image/smiley/onion/gimme.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
umisha posted on 26-9-2012 07:50 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tahun 1979 dah ada tol ekk....
tulah aku pun tak tahu dah ada tol rupanya.... tapi best ahhh layan citer nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
mak ai berpinau mato den baco ni.. tapi tak sampai 2 pun kat hantu mintak air.. memang hantu masuk air betul thread nih.. [pening lalat jap panjang sangat ]![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
seb bek tak baca..tgk gaya mcm cnp tu mls baca... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ngan tajuk x de yg berkaitan ponnn..![](static/image/smiley/onion/nose.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
berrygurl posted on 25-9-2012 08:52 PM ![](static/image/common/back.gif)
Ye la..geram sungguh membaca nyer
yeke. sib bek x baca lg haha
|
|
|
|
|
|
|
|
meh aku tolong sambungkan......lagi pun tuan punya blog ni pun dah sambung balik cerita ni......
"Eh mana boleh kisah macam tu juga. Kisah tu dah habis dah, negeri kita dah merdeka, buat apa kenang lagi kisah tu" dia tersengih-sengih, kerana saya selalu mengusiknya untuk mengetahui kisah-kisah dirinya semasa ditahan oleh British dulu. Kadang kala dia memang enggan menceritakan balik kisah semasa ditahan di khemah tahanan dulu. Ketika itu mereka tidaklah menerima layanan yang sempurna. Makan pun diberi nasi kawah. Kekotoran dalam khemah tahanan terpaksa dibersihkan sendiri, kalau tidak semua kawasan akan berbau busuk dengan najis. Dia banyak mengenali tokoh-tokoh utama yang samadi tahan dulu, tetapi enggan memberitahu sama ada tokoh-tokoh itu mengenali dia.
"Saya orang kecil, Ustaz. Mana dia orang nak kenal" katanya mengukirsenyum. Saya tahu Ustaz Badur memang suka merendah diri.
Ceritanya yang dikatakan oleh Ustaz Badur lebih pelik dari cerita dia terbabas kereta kerana terserempak perempuan berpakaian serba putih di TanjungMalim itu berlaku dalam tahun 1976. Ketika ini dia mendapat tahu kawannya yang tinggal di Puchong telah meninggal dunia di HospitalBesar Kuala Lumpur. Kawannya itu Salihin sudah lama menderita sakit. Sudah dua minggu Salihin terlantar di hospital kerana menghidap sakit barah perut. Disebabkan Puchong agak jauh, jadi Ustaz Badurlah yang diharapkan oleh isteri Salihin. Manakala Ustaz Badur pula tidaklah keberatan menolong kawannya ini, apalagi dalam masa kesusahansedemikian.
"Saya ni teruk sangat sakitnya, Ustaz" beritahu Salihin terketar-ketar sewaktu Ustaz Badur melawatnya pada jam 2 petang. Nafas Salihin juga kencang turun naik, tetapi dia begitu tabah menahan kesakitan yang menyeksa.
"Jangan banyak fikir Lihin" kata Ustaz Badur menahan kesedihan kerana ketika ini Salihin juga ada di sisinya. "Awak ingatkan awak sakit aje sudah, yang lain biar kita semua usahakan" dia mengingatkan kawannya itu supaya bersabar.
"Disini Ustaz samalah macam keluarga kami" Salihin tersengguh-sengguh terharu, kerana budi Ustaz Badur kepadanya terlalu banyak semenjak 2 minggu dia dimasukkan ke hospital. Selama itu memang Ustaz Badur suami isteri lah yang mengambil berat terhadap dirinya. Sudah menjadi perangai Ustaz Badur pula, apabila berkawan dia sanggup bersusah payah membantu apabila kawannya menghadapi kesulitan. Bagi Mak Seha sikap suaminya ini memang sudah difahaminya sejak muda lagi. Sebab itu dia juga turut sama bersusah payah membantu keluarga Salihin.
Disebabkandia ada kereta jadi senanglah dia mengulangi Salihin mengulangi Salihin di hospital, dan sekiranya isteri Salihin mahu mandi atau berehat, maka akan dibawanya ke rumahnya. Semua jasa baik Ustaz Badur ini sangat menambat hati Salihin, kerana saudara maranya sendiri tidak seperti Ustaz Badur.
Kalau Ustaz banyak kerja di kedai, tak payahlah susah-susah jenguk saya"ujar Salihin lagi.
"His, jangan banyak ingat Lihin. Awak tu sakit.." Ustaz Badur memarahinya, kerana dia tidak meminta jasa baiknya dibalas orang. Dia hanya menolong Salihin, bukan saja disebabkan kawan tetapi makhluk Allah yang memerlukan pertolongan.Ketika dia balik meninggalkan Salihin kira-kira pukul 3.00 petang,kawannya itu kelihatan riang, walaupun menderita sakit. Dia tahu Salihin terlalu tabah menahan kesakitan yang dideritainya. Salihin seolah-olah menyembunyikan kesakitannya untuk menggambarkankegembiraan dengan jasa baik yang dicurahkan oleh Ustaz Badur selama ini.
"Saya balik dulu Lihin, nanti malam datang pulak" beritahu UstazBadur.
Dia berdoa biarlah Lihin, nanti cepat sembuh. Penyakit barah memanglah merbahaya, tetapi doktor memberi jaminan penyakit Salihin masih bolehdiselamatkan. Malah Salihin juga sudah kelihatan segar kalau dibandingkan dengan sewaktu dia dimasukkan ke hospital dulu.Pembedahan yang dijalankan ke atasnya juga memuaskan hati doktor.
Kira-kirapukul 5.00 petang Ustaz Badur diberitahu oleh isteri Salihin bahawasuaminya sudah meninggal dunia. Jadi, terpaksalah dia meminta UstazBadur menguruskan hendak membawa jenazah itu balik ke Puchong.Mendengarkan kawannya sudah meninggal dunia, memang Ustaz Badur rusuh juga disebabkan isteri Salihin bukanlah tahu sangat apa yang perlu dibuat. Lebih kurang pukul 6.00 Ustaz Badur sampai ke hospital,jenazah Salihin sudah dimasukkan ke Mortuary (rumah mayat). Isteri Salihin hanya menangis saja di kantin kerana tidak tahu apa lagi harus dibuat. Dia hanya menunggu saja kedatangan Ustaz Badur. Kepada Ustaz Badur sajalah diserahkan semua urusan untuk membawa jenazah suaminya balik ke Puchong.
Tidak lama kemudian barulah adik Salihin dari Sungai Besar datang, setelah diberitahu oleh UstazBadur melalui telefon. Mujurlah Kahar adik Salihin cepat mendapat berita,dan terus saja datang ke Kuala Lumpur. Dengan adanya Kahar waris terdekat Salihin, urusan untuk membawa balik jenazah lebih mudah. Disamping itu anak-anak Salihin juga sudah diberitahu oleh Kahar.Salihin pun hanya mempunyai dua orang anak perempuan saja.Masing-masing sudah mengikut suaminya. Semasa Salihin sakit mereka tidaklah dapat berulang ke hospital, tetapi menjaga rumah Salihin diPuchong. Lagi pun mereka mempunyai anak-anak yang kecil, menjadi kesulitan pula untuk membawa budak-budak itu menziarahi datuknya.
Oleh itu mereka biarkan emaknya saja menjaga Salihindi hospital. Sementara Ustaz Badur yang memahami kesulitan keluarga berkenaan bersedia pula memberikan jasa baktinya menolong sesama insan. Sehingga jam 8.00 malam barulah Ustaz Badur bersama Kaha rdapat menguruskan untuk membawa balik jenazah Salihin ke Puchong.
\
\ Last edited by cmf_Kimmy on 12-12-2012 06:40 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah doktor mengesahkan Salihin meninggal dunia, jenazahnya pun dihantarke Mortuary (rumah mayat). Semasa mereka mengambil jenazah Salihin diMortuary kedua-dua menantu Salihin pun sampai. Ini memudahkan lagi kerja mereka. Akop menantu Salihin yang tua disuruh memandu keretaUstaz Badur dengan membawa isteri Salihin dan Mak Seha menemankannya.Sementara Rasul menantunya yang muda bersama-sama dengan Ustaz Badurdan Kahar membawa jenazah dengan kereta yang diberi oleh pihakhospital.
"Terimakasihlah Ustaz, jasa Ustaz tak dapat kami bayar dengan emas ringgit"isteri Salihin tersengguk-sengguk menangis apabila jenazah suaminyadibawa masuk dalam kereta jenazah.
"Janganmenangis Cik Som, kita selesaikan dulu Salihin ni. Lepas tu baru nakcakap apa pun" sahut Ustaz Badur sambil menolak Salihin masuk kekeretanya. Mak Seha juga menarik Som ke dalam kereta supaya dia tidakberlarutan menangis. Memang Som terasa sedihnya bukan kerana kematianSalihin, tetapi sejak dua minggu Salihin dimasukkan ke hospital,saudara mara yang lain tidak dapat melawat. Sebaliknya Ustaz Baduryang hanya kawan suaminya sanggup berulang alik mengambil berat tentang suaminya di hospital. Sampailah Salihin meninggal dunia,Ustaz Badurlah yang tidak kenal penat lelah membantu.
Akob membawa kereta Ustaz Badur balik dahulu ke Puchong. Dia tidak dapatmengulangi bapa mertuanya di hospital selama ini kerana bekerjasebagai pemandu kereta membawa lori JKR, tentulah sukar mendapat cutil ama-lama. Itu pun dia sudah menyuruh isterinya menjaga rumahmertuanya. Selepas semuanya siap, mereka pun membawa jenazah Salihinbalik. Kahar dan Ustaz Badur duduk di belakang bersama jenazah,manakala Rasul menantu Salihin duduk di hadapan.
"
Alhamdulillah,selamat semuanya" kata Ustaz Badur memandang Kahar.
Kaharmengangguk. Dia juga merasa lega kerana masalah di hospital sudahdapat diselesaikan dengan bantuan Ustaz Badur. Kadangkala untuk mendapatkan kereta mayat bukanlah mudah, kalau tidak tahu bagaimana caranya. Ustaz Badur dapat menguruskannya kerana dia juga mengenalibeberapa orang pegawai di hospital berkenaan.
"Esoklah kita kebumikan" beritahu Kahar lemah. "Malam ni tak sempat,lagi pun dah pukul 8.30" ujarnya sambil melihat jam ditangan.
"Iyalah, eloklah besok saja" sambut UstazBadur.
Sekali sekala Kahar mengerling ke arah jenazah abangnya yang terbujur kaku,tetapi kadang-kala bergerak-gerak juga mengikut gegaran kereta yangberlari kencang. Dia tidak peduli sangat jenazah itu bergerak dalamkeadaan kereta laju. Apabila masuk ke jalan Puchong selepas Jalan Kelang Lama, Kahar cepat-cepat menepuk bahu Ustaz Badur bila dilihat tangan jenazah terkeluar dari selimut yang menyelubunginya. Berdebar juga Ustaz Badur bila dilihatnya tangan jenazah terkeluar itu bergerak-gerak. Tetapi dia segera mengingatkan bahawa gegaran keretaitu yang menyebabkan tangan tersebut bergerak-gerak.
Kahar mula merasa takut, kerana tidak mungkin tangan yang bergerak-gerak itu disebabkan gegaran kereta. Dia mula gelisah. Mukanya jelas gementar kerana jelas tangan itu bukan bergerak disebabkan gegaran kereta. Mustahillah abangnya masih hidup kerana 4 jam dimasukkan dalam Mortuary yang sejuk seperti peti ais itu.
"Ustaz..."dia memanggil Ustaz Badur.
Ustaz Badur tahu Kahar ketakutan. Oleh itu cepat-cepat dia memegang tangan jenazah yang terkeluar untuk dimasukkan semula ke bawah selubungnya.Tetapi sebaik saja dia memegang tangan berkenaan, sekaligus tangan itu memaut tangannya pula. Kahar sudah mahu terjun melarikan diri, tetapi segera ditahan oleh Ustaz Badur.
"Hus, nak apa ni?" jerkah Ustaz Badur memberanikan hati. Bagaimanapun dia tidak lepas dari membaca Ayat Kursi.
"Nak minum, minta air..." sahut Salihin yang sudah meninggal dunia itu cuba mengangkat kepala.
"Tidurdulu, balik ke rumah nanti baru minum" sengaja Ustaz Badurmengeraskan suaranya.
Jenazah Salihin pun diam. Sehingga sampai di rumahnya di Puchong ternyata Salihin masih hidup. Apabila dibawa ke rumah terus dia minta air. Satu malam itu menjadi tertanya-tanya bagaimana Salihin yang sudah disahkan mati itu boleh hidup semula. Malah sudah hampir 4 jam dimasukkan ke dalam rumah mayat yang sejuk seperti peti ais. Bagaimanapun 11 hari kemudian barulah Salihin meninggal dunia. Sekali lagi doktor mengesahkan bahawa dia benar-benar telah meninggal dunia.
"Itulahkuasa Allah yang lebih besar dari terserempak lembaga berpakaianserba putih itu" ujar Ustaz Badur tersengih-sengih mengerling kearah saya. "Perkara di Tanjung Malim itu perkara kecil pada saya Ustaz, tetapi perkara orang yang telah disahkan mati, sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk hampir 4 jam, kemudian hidup semulasehingga 11 hari di rumah lebih besar ertinya, kalau kita mahu memahami akan kebesaran Allah, Innafizalika liayaatin likulli sabbarin syakur..keluhnya sambil mengesat pelupuk mata yang mula digenangi airkeharuan.
TAMAT
Last edited by cmf_Kimmy on 12-12-2012 06:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|