CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antara

yang meninggal terus meninggal..yang hidup di ganggu saka

[Copy link]
 Author| Post time 27-11-2012 10:43 AM | Show all posts

ANTARA MIMPI DAN NYATA

Petang tu hujan lebat..yela..sekarang musim hujan..Asal balik dari kerja mesti hujan. Aku yang kepenatan seharian kerja ambil peluang untuk tidur, sedang ibu ayah dan adik-adik lain mandi hujan(main hujan). Walaupun aku tahu maghrib memang tak elok tidur..tapi mata aku betul-betul tak tahan. Aku pun terlelap kat atas tilam. Tiba-tiba ibu aku kejut dan tanya ' ibu nak buat maggie tomyam..kau nak makan tak?' Aku pun bangun dan cakap ok..
Aku lihat pada jam di skrin hp.ohh dah pukul 8.24mlm...lamanya aku tertidur..Aku terus bangun dan bersihkan diri. Selepas tu aku dan keluarga makan maggie dan minum air panas. Selepas berbual-bual ibu  ayah masuk tidur awal memandangkan hari masih lagi hujan lebat. Adik-adik ajak aku main daun terup (memang selalu main dengan keluarga, tapai tak pakai duit.Saje suka-suka). Aku yang pada mulanya ingin tidur, melayan adik-adikku. Kemudian aku menyuruh mereka tidur dan aku masuk ke dalam bilik. Aku main-main hp (fb dan sebagainya) kemudian aku tertidur dan hanya sempat mengucapkan 'bismillah'. (biasanya baca doa tidur bagai)

Dalam tidur
Aku bermimpi, aku, adik perempuan dan ibuku.Kami berada di satu kawasan perkampungan. Sangat asing, tak pernah aku pergi. Ada macam air sungai ke apa..lepas tu ada rumah yang orang lama-lama tu. Rumah yang dibuat dari buluh.Banyak, tapi jauh-jauh antara satu sama lain. Kami bertiga berjalan meredah air yang separas bukulali tu sambil berpimpin tangan.


AKu terbangun....
Aku mengucap..apa la yang aku mimpi ni..mainan tidur..tapi...kenapa bilik aku gelap sangat. Bilik aku ni memang nampak cahaya dari dapur. Dan adik-adik aku memang tidur depan TV(depan pintu bilik aku sebab diorang kuat mengompol.Aku tak bg diorang tido dalam bilik, susuh aku nk buat solat dan mngaji). Memang macam kejam..tapi terpaksa.Sedangkan selimut tebal, comforter tu pun tiap2 hari bertukar sebab terkencing.. Aku dah mula pelik, gelap semacam bilik aku ni. Tiba-tiba mataku tertangkap satu objek, bersebelahan pintu bilik yang gelap. Satu lembaga yang sangat sasa, hitam dan berbulu panjang2 (bukan macam bulu roma tu) Senang cerita macam orang hutan, tapi versi besar, tinggi, tegap dan menakutkan.

Aku beristighfar, aku cakap..ohh, mimpi ngeri ni kot. AKu terus selawat dan meludah 3 kali di sebelah kiri (ikut petua, baca dalam surat khabar). AKu yang pada asalnya tidur mengiring ke muka pintu, terus aku pusing. Aku mengiring ke sebelah kanan. Aku cuba pejamkan mata balik. Dalam aku baru nak tertidur, tiba-tiba badanku ditindih dari atas. Gelap sungguh, besar dan sangat berat. Aku tahu, mesti binatang tadi. Rupanya aku tak bermimpi waktu nampak 'dia' berdiri tadi.Aku dah gabra, aku cuba sedaya upaya aku untuk membaca segala macam doa. Aku cuba baca al-fatihah tapi terabur. AKu cuba melaung ALLAHUAKBAR, tapi tak terkeluar.AKu menggigil ketakutan hampir nak nangis. AKu kuatkan suara. AKu qamat dalam hati. Tapi aku tak boleh menjerit. Lama sangat, sampai aku rasa macam kene strok.bernafas pon tersekat-sekat. Aku terus-terusan mencuba. Akhirnya aku memejam mata, mengumpul seluruh kekuatan, dan menjerit ALLAHUAKBAR! aahh....kenapa tak keluar juga! AKu jerit lagi...air mata dah mula meleleh. Namun aku kuatkan smgat. AKu tak boleh kalah. AKu qamat lagi dalam hati dan cuba kat mulut.Terkumat kamit..akhirnya terlafaz dengan kuat! Aku buat berulang-ulang kali. Benda tu beransur-ansur hilang dan badanku mulai ringan.

Aku bingkas bangun. AKu tengok adik-adikku masih lena.Takpe, biarkan aku tak nak ganggu. Aku cuba bangun, dan berlari ke bilik ibu. Tapi bila aku berdiri, bulu romaku  meremang. bukan hanya ditengkuk, malah dari bulu kaki sampai ke ubun-ubun aku rasa terpacak.Aku tak boleh berjalan. Kaki aku lemah.Aku mula merangkak.AKu nampak benda tu masih berdiri di atas tilam bhagian kepala tempat aku tidur. AKu berzikir dalam hati ALLAHUAKBAR berkali-kali..sampai aku dapat bangun dan berdiri.AKu lari ke bilik ibuku.Aku terus buka lampu dan kejut mereka.Aku memegang tangn ibuku dengan air mata yang masih meleleh dan cakap aku kene hempap. Mak aku dah risau.Tapi, ayah aku cuma senyum je. Ibuku mula naik angin dan marahkan ayah. Namun ayah tetap senyum.

Terbangun tidur..
YA Allah..tadi tu mimpi..Aku cuak...Ni masih mimpi ke???AKu kesat airmata. Kaki ku lemah.Aku kuatkan kaki, berlari dan aku terus buka lampu. Kemudian aku jatuh terduduk depan pintu bilik. Aku buka hp, jam pukul 12.58am....Aku betul-betul ketakutan. Aku buka fb kat hp, akak dan kawan baik aku online. Aku bagitahu mereka. Kawan aku suruh aku ambil air sembhyang dan tidur balik.Tapi aku tak berani nak ke dapur. Aku sambil-sambil chatting dengan akak aku. Aku pun cerita apa yang terjadi dan aku bagitahu dia pasal semalam. Anak dia (budak perempuan umur 4tahun-yang kuat mengompolkan tilam aku tu) terbangun tengah-tengah malam dan menangis. DIa meraung sebab nampak hantu. Dia kejut adik aku yang umur 11 yang tidur sama dengan dia, tapi adik aku marah dia. Jadi, dia menangis. Semalam, aku ajak dia tidur dengan aku lepas die menangis tu. Tapi harini, aku pulak kene kacau. Akak aku kata, dia dah 3 hari tak boleh tidur. Macam ada benda yang ganggu.

Aku terus bangun, ambil air sembahyang. Masuk bilik semula. Akak aku suruh qamatkan bilik@tempat tidur aku , kemudian qamatkan tempat ank dia tidur. Waktu aku qamatkan kat tilam aku (tempat aku kne hempap tadi) , tiba-tiba ada bunyi berdesing. Kuat sangat!sampai aku rasa tegak bulu tengkuk. Aku dah mula galau. Qamat aku dah terabur. AKu qamat sampai 2 3 kali sebab dah tersalah-salah baca. Aku kuatkan semangat, aku qamat sambil pejam mata. Lepas aku qamat tempat anak akak aku, aku masuk semula bilik dan bagi salam. Aku tidur, Alhamdulillah..sampai ke pagi.


**************


Paginya, aku bercerita pada ibu. Mengucap panjang  ibu. Ibu pun buka cerita, dia baru terima berita kematian saudara. Makcik aku dari ###, kematian cucu yang baru 9 hari lahir. Tapi, famli aku cakap entah-entah benda yang datang tu memang nak kacau anak akak. Sebab, makcik tu dia ada kedai makan dan sangat berjaya. Tapi, kalau nak tahu kenapa die berjaya, dia pakai pelaris, Kepala kambing hitam. Aku pun tak faham. kenapa makcik dan pakcik aku suka sangat ambil benda  pelik-pelik. Kalau nak mati, tak boleh mati. Siap panjat-panjat almari, pastu tangan menggapai-gapai ke langit.
Kemungkinan kedua, ada satu orang kuala (orang asli melayu) yang duduk kat kuala sungai tu. Dia minta tolong ibu aku ubatkan keluarga dia. Ada benda orang hantar. Tak tahu benda apa. Tapi. keluarga dia selalu kena ganggu da tak boleh tidur malam. Ibu aku tak mengubat orang , tapi demi jaga hati orang tu, ibu tetap pergi rumah dia dan tengok-tengok.

Wallahualam, aku tak tahu la ape benda yang kacau. Sampai pagi ni, sebelh badan aku sakit macam salah urat (yang kena tindih tu). Tengkuk aku macam nk patah rase. Dan satu lagi, pasal kaki yang lebam bentuk Y. Lebam dah hilang. Tapi dia jadi warna hitam dan timbul macam orang cop tatu tu..Kenapa la semua ni kena pada aku?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 03:23 PM | Show all posts
antara posted on 27-11-2012 10:43 AM
ANTARA MIMPI DAN NYATA

Petang tu hujan lebat..yela..sekarang musim hujan..Asal balik dari kerja ...

laaa baru kena ke ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 03:47 PM | Show all posts
hest posted on 27-11-2012 03:23 PM
laaa baru kena ke ni?

sebelum ni la...
sebelum kena yang baru2 ni...dlm buln lepas la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 03:59 PM | Show all posts
yang meninggal terus meninggal..yang hidup dapat harta pusaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 04:03 PM | Show all posts
skeezotone posted on 27-11-2012 03:59 PM
yang meninggal terus meninggal..yang hidup dapat harta pusaka

dapat memang dapat...harta puSAKA lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:10 PM | Show all posts
antara posted on 27-11-2012 04:03 PM
dapat memang dapat...harta puSAKA lebih..

tu yg xbest tu.. yg dpt lebih pd 'SAKA'.. yg 'PU' tu xbrapa nk ada.. hikhik

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2012 04:18 PM | Show all posts
skeezotone posted on 27-11-2012 04:10 PM
tu yg xbest tu.. yg dpt lebih pd 'SAKA'.. yg 'PU' tu xbrapa nk ada.. hikhik

tu le...reta tak bpe nk ade..
jadi SAKA ajela yang ditinggalkan nyer...
bek aty la kot..hihihi selisih!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:27 PM | Show all posts
antara posted on 27-11-2012 09:12 AM
insyaallah saya cari...tq

hantukiler...
hantukiler...
entah...ustz tu kata dah lame sangat sebati dengan keturunan..
wallahualam
Kalau agak agak masih tak setel, meh datang JB, kita kasi zasst itu saka..... Hanturaya jek kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2012 04:40 PM | Show all posts
hantukiller posted on 27-11-2012 04:27 PM
Kalau agak agak masih tak setel, meh datang JB, kita kasi zasst itu saka..... Hanturaya jek kan... ...

tak pasti..tapi rasenye itulah...
tapi ade juga penanggal..ermmm....tu next2 time ler cite...
serem pulak...
jb kat mne??dekat la kite...reza johor jugak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:48 PM | Show all posts
antara posted on 27-11-2012 04:40 PM
tak pasti..tapi rasenye itulah...
tapi ade juga penanggal..ermmm....tu next2 time ler cite...
se ...

Saka orang melayu ni biasanya jin dari golongan hantu hantu spt hanturaya, polong, pocong, langsuir, pontianak je...


Baca blog aku kat alamat dibawah ni... ada alamat
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:57 PM | Show all posts
antara posted on 27-11-2012 04:40 PM
tak pasti..tapi rasenye itulah...
tapi ade juga penanggal..ermmm....tu next2 time ler cite...
se ...

Salam,
apalagi reza, itu tukang ubat sudah offer..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 08:54 AM | Show all posts
yenil95 posted on 27-11-2012 04:57 PM
Salam,
apalagi reza, itu tukang ubat sudah offer..

wasalam...
hihihi tulah....tengah set mcmne nk diusahakan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 09:27 AM | Show all posts
antara posted on 27-11-2012 04:03 PM
dapat memang dapat...harta puSAKA lebih..

eh.. tapikan reza..

hest pernah dengar tau, diorang kata, kadang2 diorang nak menghantar, atau mewaris kan kita ni, dengan penyerahan barang pusaka..

serius... cuba selidik balik.. dan PM la perawat2 tanya dengan lebih lanjut
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 09:29 AM | Show all posts
pergi jer jumpa hantukiller......insyaallah settle masalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 09:42 AM | Show all posts
hest posted on 28-11-2012 09:27 AM
eh.. tapikan reza..

hest pernah dengar tau, diorang kata, kadang2 diorang nak menghantar, atau ...

arwah2 dah meniggal...
yang tinggal cume anak2 die skrg..
tapi kata nye tak serasi...sekarg die tgh cari nenk reza aje tak habis2...
nk suruh nenek mati dalam sesat agaknye jin..syaitn ni sume...
sebab.....
dulu wktu arwah moyang ade, die penah bagi nenek reza kebaya...
nenek tak tahu..die amek la...
tpi arwah atok da bakar kebaya tu...
(moyang reza tu..dgr2 dulu...die puja tengkorang jepun..tu yang jepun sume tkut dgn die..wallahualam)

rafina...dah ckp ngn famli...
famli ckp cube la usaha...diorang pun seram dah duduk rumh sorag2..hihihi
belum bincg dgn nenek je lagi..
sebelum2 ni memang nenek stuju je..takde masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 09:59 AM | Show all posts
reza cepat berubat sebalom lagi parah....msti hdup dlm ketakutan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2012 10:06 AM | Show all posts
antara posted on 28-11-2012 09:42 AM
arwah2 dah meniggal...
yang tinggal cume anak2 die skrg..
tapi kata nye tak serasi...sekarg die  ...

hurm.. kalau nenek tak nak pun.. pergi je berubat. sebab kalau benda ni ada dekat2 dgn kita pun, tak berdamping 100% skali pun, dia akan hasut supaya tak pergi berubat. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 11:44 AM | Show all posts
hantukiller posted on 26-11-2012 10:53 PM
Takkanla setakat hanturaya pun terlalu susah nak dibuang saka tu???

hantu raya pun tergolong dalam keluarga saka ka???
come to think about it...btui jugak kan, kan org dedulu suka bela dia utk buat sawah bendang kan.....
betui ka?
jgn marah kalau tak betui!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 11:48 AM | Show all posts
hantukiller posted on 27-11-2012 04:27 PM
Kalau agak agak masih tak setel, meh datang JB, kita kasi zasst itu saka..... Hanturaya jek kan... ...

nak tanya satu soklan, penah tak dalam pengalaman encik HK, benda tu ikut balik ka, kacau ka....? HK perambat dia mcm mana?? (jgn marah, mama nak tau ja)
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 12:10 PM | Show all posts
mamaezah posted on 28-11-2012 11:48 AM
nak tanya satu soklan, penah tak dalam pengalaman encik HK, benda tu ikut balik ka, kacau ka....?  ...

HK xde perambat2nya hantu2/ jin2 tu.... dia zasst/bunuh jer terus...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.057158 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list