|
BALISTIK [ROSYAM NOR,ADI PUTRA,RITA RUDAINI]
[Copy link]
|
|
jue7269 posted on 5-4-2013 11:52 AM
ROSYAM NOR PUJI LAKONAN ADI PUTRA
13 Julai 2012-RAMAI sedia maklum mengenai status pelakon berbak ...
camne plak incharacter ADP jadi anggota polis yg misteri..Zainal Arief the best lawyer in town mmg sangggaatttttt best...
camne dia jd polis yg tegas + misteri....ade x babak2 howt n romatik?? |
|
|
|
|
|
|
|
harumanis posted on 5-4-2013 03:48 PM
..check in...check in...tinggg tonggg.....ooohh...padan la tinggalkan iols sorang2 terapung2 kat sun ...
hahahhaaaa...x meriah lg kat sini sbb SA blum abis, tunnnggguuuuu...yeeee....
|
|
|
|
|
|
|
|
cikuzz posted on 5-4-2013 12:26 PM
iols nak repot ade benda kena curi ni cess...
tu lah..iols pun nk wat repot nih..
abg nal dh curi hati ai..camne nk wat inspektor nizam?? |
|
|
|
|
|
|
|
Akubinimone posted on 5-4-2013 04:51 PM
tu lah..iols pun nk wat repot nih..
abg nal dh curi hati ai..camne nk wat inspektor nizam??
Tu kena jumpa ngan sarjan misai dulu, klu x sarjan @moller pun blh....
|
|
|
|
|
|
|
|
jue7269 posted on 5-4-2013 04:58 PM
Tu kena jumpa ngan sarjan misai dulu, klu x sarjan @moller pun blh....
kalau cenggituw...iols jumpa sajen @moller jer lah ekh??..
sarjen misai iols seghiyauuuu laaaa...
tapi macamana pun tehtap nk jumpa insp. nizam...coz kes ni sangat berat..so IO yg kene amek kes..sarjen amek repot jerk.. Last edited by Akubinimone on 5-4-2013 05:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
knp baru kutahu.knp... dahlah SA tak abis tgk lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
arap cite nih digarap dgn baik... |
|
|
|
|
|
|
|
lonso posted on 7-4-2013 04:20 PM
knp baru kutahu.knp... dahlah SA tak abis tgk lagi...
Apa yg br th?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-4-2013 01:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
filem ni klu ditygkn dlm ms terdkt ni mesti meletop sbb peminat nak tgk rr n adp di layar perak pula. gandingan mereka msh hangat jd klu ada drama atau filem yg ada gandingan mereka mesti boom, betul x @cess,@moller,@harumanis,@qis13,@akubinimone,@ola_oli,@watie79 n geng2 senah yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-4-2013 01:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
br perasan yg thn ni 2 filem adi gn nama yg sama iaitu nizam. filem langgar nama dia nizam n filem balistik inspektor nizam |
|
|
|
|
|
|
|
Poster film keluaran Suhan Movies:
|
|
|
|
|
|
|
|
Impak bunyi Balistik
Oleh Syanty Octavia Amry (Yang mengikuti proses pasca produksi filem Balistik di Bangkok, Thailand, baru-baru ini)
Aksi yang dipaparkan tidak sedikit pun memberi ruang untuk kita menoleh ke kiri dan kanan disebabkan impak bunyi yang realistik. [size=0.9em]Itulah yang dapat dilihat dalam proses pasca produksi filem terbaru lakonan aktor hebat, Rosyam Nor, Balistik yang dilakukan di studio The Post, Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
[size=0.9em]Penulis yang berkesempatan mengikuti proses berkenaan dan menyaksikan beberapa babak yang sudah siap teruja dengan kehebatan yang ditonjolkan dalam filem aksi arahan Silver Yee ini.
Antara proses dilakukan ialah adunan (mixing), suntingan, memasukkan adunan muzik, kesan bunyi menggunakan sistem bunyi Dolby Digital dan warna yang mana ia adalah rencah dalam menyedapkan lagi filem terbitan RK Screen Sdn Bhd ini.
Malah sentuhan mantap pada peringkat pasca produksi ini akan membuatkan penonton berasa seolah-olah mereka berada di tempat kejadian berlaku.
Proses ini juga dapat menyokong kekuatan jalan cerita apabila ia berjaya menarik perhatian penonton untuk terus menyaksikannya.
Rosyam yang juga penerbit filem berkenaan berkata, naskhah Balistik yang disimpan sejak lima tahun lalu itu diharap dapat membuktikan filem Melayu dengan genre aksi dengan prestasi membanggakan.
Katanya, filem yang menelan belanja RM2.5 juta termasuk kos promosi itu begitu menekankan kelainan jalan cerita selain dikuatkan dengan kesan khas dari semua aspek.
“Saya yakin filem yang padat dengan aksi ini memenuhi kehendak penonton apabila pertarungan dipaparkan sangat berlainan dengan filem aksi tempatan lain.
“Filem ini lebih fokus kepada penggunaan senjata api dengan memperuntukkan kos kira-kira RM45,000 untuk penggunaan senjata api termasuk lebih 1,000 butir peluru. Begitu juga dengan penggunaan banyak kereta mewah dan membabitkan letupan yang besar,” katanya yang memegang watak Saga dalam filem ini.
Balistik ialah filem pertama terbitan syarikat barunya dengan kerjasama Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF) yang bakal ditayangkan dua bulan selepas tayangan filem KL Gangster 2.
Alasan memilih tayangan Balistik selepas filem KL Gangster 2, Rosyam berkata, dia yakin kesinambungan itu dapat menarik bukan saja penonton Melayu malah penonton Cina untuk sama-sama ke panggung menyaksikan filem yang turut dibarisi oleh pelakon Cina hebat seperti Jack Lim, Gan Mei Yan, Jason Phang dan Jeff Chin.
“Lama tidak beraksi di layar perak, saya yakin kemunculan saya di dalam filem KL Gangster 2 dapat menarik penonton untuk sekali lagi ke panggung menyaksikan Balistik yang penuh dengan aksi, drama dan air mata.
“Seperti yang dijanjikan pengarahnya, Silver Yee, apabila menyaksikan filem ini, penonton tidak akan keluar panggung untuk ke tandas dan harapan saya kata-kata itu akan terlaksana,” katanya.
Sementara itu, Silver berkata, dia puas apabila diberikan kebebasan oleh Rosyam untuk berkarya di samping kerjasama baik daripada semua pelakon dan kru.
“Selain padat dengan aksi, filem ini penuh dengan drama yang mampu membuatkan penonton menitiskan air mata pada penghujung cerita. Semua aksi pertarungan dirancang sendiri oleh Rosyam dan Adi Putra selain menggunakan khidmat pengarah aksi Hong Kong, malah ia turut membabitkan pelakon lagak ngeri yang ramai,” katanya.
Selain Rosyam dan Adi, filem ini turut dibintangi Rita Rudaini, Susan Lankester, Datuk Rahim Razali, Tania Hudson dan pelakon kanak-kanak Rykarl Iskandar.
Filem yang menjalani penggambaran selama 29 hari itu menggunakan sekitar Lembah Klang sebagai lokasi dan penggambaran dijalankan pada Ramadan tahun lalu.
Last edited by jue7269 on 16-4-2013 12:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Demi 'Balistik' Rosyam Sanggup Berjudi RM3 juta?
Wednesday, 11 July 2012 12:29 |
Rosyam bersama adik Reykal yang turut menjayakan filem 'Balistik' Kalau penerbitan drama televisyen, syarikat Suhan Movies & Trading Sdn Bhd sememangnya unggul dengan produk-produk yang sedia meraih rating tertinggi. Sebut saja drama seperti Asmara, Trilogi Cinta, Rozana,Gelora Di Hati Sara dan Isabella antara terbitan yang menjadi kebanggaan. Tak hairanlah syarikat ini disenarai sebagai syarikat ke-3 terbesar dalam menghasilkan drama-drama di Malaysia. Tapi jika disebut pula penghasilan filem, sepanjang 15 tahun bertapak, syarikat milik Rosyam Nor ini dilihat agak terkebelakangan. Lantaran pelakon itu memberitahu beliau fobia untuk menerbitkan sesebuah filem pada masa sekarang kerana tidak mahu menanggung kerugian kelak.
Menyifatkan pembikinan satu-satu filem itu umpama satu perjudian, lantas itu yang menyebabkan Rosyam selaku Pengarah Urusan dan penerbit, berfikir panjang untuk menghasilkan karya di layar lebar.
Bagaimanapun dengan mengambil inspirasi kejayaan filem Castello (2004), kali ini Rosyam bersama warga kerjanya kembali optimis mencuri ruang sekaligus memberi perhatian penuh pada filem terbaru terbitan syarikatnya, berjudul Balistik (kelajuan peluru). Apatahlagi dengan kolaborasi dan pelaburan dana oleh Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF), menambah keyakinan aktor tersohor untuk menerbitkan filem tersebut. Rosyam dan wakil ATF ketika di sesi menandatangani MOU sempena majlis pelancaran filem 'Balistik' "Saya sebenarnya memang fobia nak buat filem sebab filem ni macam berjudi. Ia seperti satu perjudian yang sangat besar dan mengundang ketakutan. Kalau filem tak laku, maka goyanglah syarikat saya", kata Rosyam Nor ketika berucap di majlis pelancaran filem Balistik bertempat di hotel Holiday Villa, Subang, semalam.
"Tapi kali ini dengan matlamat dan setelah membuat kajian bahawa ramai peminat saya mahukan filem aksi. Selepas empat tahun saya berangan nak buat filem, justeru dengan kerjasama ATF, saya yakin filem ini mampu menerjah satu era baru dalam pembikinan filem di Malaysia. Dan kalau pun filem ni rugi, tak lah syarikat saya saja yang menanggungnya sebab saya ada rakan kongsi, ATF ," tambahnya dengan nada bergurau.
Memperjudikan bajet sebanyak RM3 juta, filem aksi-suspen-drama ni mendapat sentuhan pengarah terkenal, Silver yang juga selaku penulis skrip filem ini.
"Berkerjasama dengan Rosyam memang impian saya dan akhirnya tercapai juga. Sebelum ini saya banyak buat drama Melayu. Tapi kali ini saya menjanjikan kelaianan dari segi stail. Saya juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pelakon tip top, Adi Putra serta yang lain-lain," ujar pengarah yang terkenal menerusi karya sentuhannya, Ah Beng The Movie.
Gabungan Pelakon Berbangsa Melayu dan Cina Popular Tanah Air
Antara barisan para pelakon 'Balistik' Menariknya Balistik bukan sekadar menterjemahkan seribu kelainandalam jalur filem bercorak aksi malah tidak hanya untuk tontonan kelompok melayu saja. Sebaliknya naskah ini juga bakal menembusi kuasa tontonan Masyarakat Cina.
Selain turut mendapat khidmat penasihat lagak ngeri dari Hong Kong, Loy Fat, filem yang sudah pun seminggu penggambarannya ni diterajui barisan pelakon berprofil tinggi seperti Rosyam Nor sendiri, Adi Putra, Rita Rudaini, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.
Mengangkat tema gangsterism berserta mesej tersendiri kepada penonton dengan suntikan drama dan kasih sayang, antara tarikan lain, Balistik menggunakan 55% penggunaan senjata. Ditambah dengan babak seperti letupan kereta, berlawan serta disuntik sikit elemen CGI.
Balistik mengisahkan konflik yang dihadapi oleh pembunuh upahan, Saga (Rosyam Nor). Meninggalkan isterinya Salina (Rita Rudaini), Saga meneruskan kegiatan kongsi gelap bersama rakan, Jack sambil membesarkan anaknya, Rykarl.
Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Saga dan Rykarl. Namun pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Inspektor Nizam (Adi Putra) yang merupakan kawan baik Saga sewaktu kecil. Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh kawan baiknya itu.
-mD
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup Lakukan Perubahan Fizikal Demi Watak Dalam Filem - Adi Putra Pelakon dari Singapura, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, mengakui sanggup melakukan perubahan pada fizikalnya demi menjayakan watak dalam filem yang diterimanya.Prinsip itu menjadi pegangannya kerana impak sesebuah filem berbanding drama televisyen (TV) adalah besar dan berkekalan sebagai arkib seni.
Luahan Adi Putra : Filem akan ditonton oleh kelompok penonton yang lebih luas. Malah, proses penghasilannya lebih terperinci dan impak visualnya lebih besar.Jadi saya sanggup ubah fizikal atau apa sahaja untuk memenuhi keperluan watak yang diberikan.Persiapan yang terperinci itu adalah wajar dan bersesuaian berbanding komitmen untuk sesebuah drama TV.Kalau untuk drama TV proses pembikinannya lebih ringkas dan mengejar masa.Tidak sempat pun buat persiapan sangat termasuklah perubahan fizikal yang ketara.Paling boleh pun saya akan cuba terapkan kelainan menerusi teknik lontaran suara atau gestur tubuh sahaja. Perkembangan terbaru Adi Putra : Selain drama Sehangat Asmara yang akan ditayangkan bermula esok, saya juga akan muncul dalam beberapa filem pada tahun ini termasuklah Balistik, Langgar, KL Gangster 2 dan Hanyut.Drama bersiri 33 episod itu bakal ditayangkan bermula esok, pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).
Last edited by jue7269 on 16-4-2013 12:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Rosyam Nor – Percubaan Hero Tua Filem Balistik
Rosyam Nor mahu melakukan eksperimen dengan meletakkan dirinya sendiri sebagai hero untuk mengetahui pelakon yang berusia sepertinya mampu menarik perhatian umum ataupun tidak.
Eksperimen ini akan dibuat menerusi lakonannya dalam filem terbaharu Balistik terbitan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. “Sudah tiba masanya untuk kita mengubah konsep industri filem yang sering memilih pelakon muda sahaja sebagai dalam sesebuah filem. “Untuk eksperimen pertama, saya akan membuat kajian sendiri adakah saya mampu atau tidak menarik perhatian penonton apabila saya sendiri menjadi hero di layar perak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|