http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131024/hi_01/Natalie-Portman-mengaku-tampar-Hemsworth
Portman dan Hemsworth digabungkan semula dalam sekuel filem Thor: The The Dark World. - AGENSI
LOS ANGELES 23 Okt. - Aktres Natalie Portman mengakui menampar Chris Hemsworth ketika membintangi filem Thor: The The Dark World, dan menyifatkan tindakannya itu memberi satu kepuasan kepadanya. Bintang filem berusia 32 tahun itu memegang watak sebagai Jane Foster dalam filem sekuel Marvel Studio itu, yang terlalu marah kerana Hemsworth menghilangkan diri dan tidak kembali. "Saya sangat puas hati kerana dapat menamparnya. Saya merasa seperti mewakili rakan-rakan wanita saya yang lain yang mempunyai teman lelaki yang menghilangkan diri begitu sahaja," ujarnya kepada laman web hiburan E!, baru-baru ini. Portman yang mempunyai ketinggian 157 sentimeter, bagaimanapun terpaksa berdiri di atas sebuah kotak untuk dapat menampar Hemsworth yang mempunyai ketinggian 190 sentimeter. Sementara itu, Hemsworth pula mendakwa dia tidak merasa sakit ketika ditampar oleh Portman kerana menurutnya tangan aktres itu terlalu kecil untuk menyakitinya. "Ia agak lucu kerana Portman terpaksa melakukannya beberapa kali sebelum dapat melakukan babak itu dengan berkesan, sehingga kami ketawa" ujar pelakon kelahiran Australia itu. ''Ada ketikanya kamu tidak bermaksud untuk ketawa,'' ''Ia kelihatan bodoh, ditampar berulang kali oleh orang yang sama,'' katanya. Filem Thor: The Dark World akan ditayangkan di seluruh pawagam di United Kingdom mulai 30 Oktober ini. - AGENSI
so cute |