CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nutristation

[Share] Tips Kesihatan

[Copy link]
 Author| Post time 12-5-2013 07:01 PM | Show all posts

Batu Karang Hempedu

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Simptom-simptom

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Diagnosis

Kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal. Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh.

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan

  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

    Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
  • Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  • Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2013 07:02 PM | Show all posts

Urus Tekanan Darah Anda

Mengapa Urus Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.


Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:

  • Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
  • Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
  • Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana ia tiada tanda. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, namun, ramai yang tidak menyedari mendapatnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup dengan menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Sumbatan dan darah beku bermakna kurang darah dapat sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, malah kegagalan jantung.


Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?

Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal (normal adalah kurang daripada 120 mm Hg sistolik DAN kurang daripada 80mm Hg diastolic atau <120/80) pengubahsuaian gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung-sihat yang hebat untuk kita semua.

Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi:

- makan makanan yang sihat-jantung, yang merangkumi pengurangan garam dalam makanan;
- menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat;
- mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 07:04 PM | Show all posts

Merokok, Gaya Hidup: Punca Mati Muda

Penyakit yang 'menyerang' manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, jantung, kanser dan strok.

Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai 'kronik' kerana ia  mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain. Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai 'penyakit kronik tidak berjangkit' (CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.



Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardio vaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser. Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60 peratus kematian di seluruh dunia.

"Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44 peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda, jumlah kematian secara keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk HIV/AIDS, tibi dan malaria," katanya.

Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian rakyatnya yang disebabkan penyakit knonik berkenaan.

"Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion penduduk seturuh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun, malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015," katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut itu ditubuhkan pada 1 Mac 2007 lalu.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.

"Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek farmaseutikal," katanya.

Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok, justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu mengatasi penularan penyakit berkenaan.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada merokok dari 2004 hingga 2007. "Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung, kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira 12,800) yang berpunca daripada merokok," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok dapat dihenti atau dikurangkan.

"Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18 tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus. Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu. Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan pengaruh iklan syarikat rokok," katanya.

Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.

"Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok," katanya.

Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.

Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global, antaranya kualiti dalam sistem penjagaan kesihatan, kajian penyakit dan kaedah kawatan, pembangunan teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan impak globalisasi terhadap kesihatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 07:07 PM | Show all posts

Gangguan Emosi Boleh Sebabkan Rambut Gugur

Kenal pasti punca masalah sebelum pilih rawatan sesuai untuk peroleh semula 'mahkota' impian.

Tekanan perasaan atau jiwa dikenal pasti menjadi antara punca utama masalah keguguran rambut berbanding akibat penggunaan kimia berlebihan yang banyak dijual di pasaran. Masalah keguguran rambut hasil tekanan jiwa membabitkan purata jumlah yang sama antara lelaki mahupun wanita.

Insiden berkaitan keguguran rambut dengan tekanan jiwa ini kerap ditemui. Lebih kurang 60 peratus pesakit yang mengalami keguguran rambut adalah akibat masalah tekanan seperti runsing, tidak cukup tidur serta diet tidak seimbang.

Tekanan jiwa yang dialami lazimnya tidak begitu serius seperti masalah keluarga, kemurungan atau membabitkan percintaan. Ada juga yang mengalami trauma akibat kejadian ngeri seperti kemalangan atau kematian orang tersayang.

Tekanan tanpa disedari mendorong individu melakukan tabiat pelik seperti mencabut rambut di kepala sehingga menyebabkan sebahagian besar kepala menjadi botak. Tekanan juga mendorong kepada masalah sukar tidur dan corak pemakanan tidak seimbang yang boleh mendatangkan masalah pada rambut.

Ada yang mengalami kemurungan akibat kematian orang tersayang dan mula mencabut rambutnya sehingga menampakkan kulit kepala tanpa disedari. Sebelum seseorang pelanggan menjalani rawatan, ahli terapi biasanya terlebih dulu mengambil latar belakang mereka seperti keturunan, hormon yang tidak seimbang atau penggunaan bahan kimia keterlaluan bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi. Seterusnya pesakit akan diberikan rawatan bersesuaian mengikut tahap permasalahan.

Sekiranya masalah sebenar berpunca daripada tekanan jiwa, pelanggan perlu menjalani sesi kaunseling terlebih dulu kerana ia adalah akar umbi kepada kejayaan rawatan yang bakal dijalani. Jika masalah sebenar tidak diatasi, ia akan berulang walaupun kita mampu memberikan rawatan bagi menumbuhkan semula rambut.

Antara kaunseling yang diberikan ialah dengan menasihatkan pelanggan menjalani gaya hidup sihat seperti banyakkan bersenam kerana berpeluh dapat menenangkan fikiran.

Selain bersenam, pengambilan makanan seimbang juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah berkaitan rambut. Justeru, mereka perlu diberikan panduan mengenai diet sihat seperti makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar. Minuman berkarbon seperti air gas dan kopi boleh memburukkan masalah rambut gugur.

Minuman itu perlu dielakkan dan kalau boleh minum air kosong lebih banyak atau air yang boleh menyejukkan badan seperti barli, kacang soya atau kelapa.

Rambut yang sihat mengalami keguguran antara 30 hingga 120 helai setiap hari, tetapi jumlah ini diganti semula. Bagaimanapun, rambut yang bermasalah gugur lebih banyak daripada jumlah ini dan tidak mempunyai anak rambut sebagai gantian kepada rambut yang gugur.

Keguguran rambut terutama di kalangan remaja pula adalah disebabkan penggunaan bahan kimia yang keterlaluan seperti mouse, semburan rambut mahupun pewarna. Penggunaan kimia dalam proses memutihkan rambut sebelum mewarnakannya juga adalah antara faktor menyumbang kepada struktur rambut lemah dan mudah gugur.

Rambut yang strukturnya lebih halus lebih mudah rosak akibat aktiviti mengerinting rambut dan teknik meluruskannya. Bagaimanapun, ramai remaja tidak menghiraukan kesannya untuk cantik dan mengikut aliran gaya rambut semasa. Mereka dinasihatkan agar mengetahui terlebih dulu keadaan rambut mereka sebelum menggunakan sebarang kimia atau teknik bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan.

Misalnya, jika jumlah rambut mereka terlalu sedikit, sebaiknya jangan kerintingkan rambut kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan rambut. Sekiranya ingin mewarnakan rambut, pastikan anda sering melakukan rawatan rambut atau segera berjumpa pakar apabila rambut kelihatan gugur terlalu banyak.

Bagi mengekalkan rambut sihat, amalkan menyapu minyak rambut lebih kerap dengan menggunakan minyak asli seperti minyak kelapa, selain menjalani rawatan rambut secara tetap. Diet seimbang dan ketenangan jiwa juga mempengaruhi rambut lebih sihat serta bersinar.

Peluang untuk pulih adalah tinggi iaitu antara 70 hingga 78 peratus, tetapi ini bergantung kepada diri sendiri. Jika mereka rajin, proses pemulihan boleh berlaku lebih cepat iaitu antara dua setengah hingga tiga bulan. Bagi kes yang lebih serius seperti trauma, mungkin memakan masa sehingga satu setengah tahun untuk membolehkan rambut tumbuh dan panjang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 07:08 PM | Show all posts

Bagaimana Diagnosis Kemurungan (Depresi) Dibuat?

Ada lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan.

  • Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.
  • Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).
  • "Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.
  • Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.
  • Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.

Simptom kemurungan
  • Rasa sedih dan lekas marah.
  • Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.
  • Kurang selera makan.
  • Sukar tidur atau terlebih tidur.
  • Pergerakan yang lembap.
  • Keletihan dan kurang tenaga.
  • Rasa bersalah.
  • Sukar memberi tumpuan.
  • Kerap memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri.

Fakta Kemurungan
  • Sekitar 10 peratus remaja mengalami kemurungan.
  • Kemurungan lebih cenderung terjadi di kalangan pelajar perempuan dan mereka yang lahir dalam keluarga yang ramai.
  • Pelajar yang murung kerap memikirkan untuk membunuh diri.
  • Kebanyakan pelajar yang murung sebenarnya bijak dan berbakat.
  • Kebanyakan pelajar murung tidak difahami oleh masyarakat sekeliling menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan yang betul.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 07:10 PM | Show all posts

Selamatkan Anak-anak Daripada Penyakit Depresi

"Cikgu tolonglah saya. Saya rasa nak mati sahaja. Kebelakangan ini saya tidak dapat belajar, tidak dapat tidur. Kehidupan sudah tidak bererti!". Begitulah keluhan dan aduan daripada seorang murid atau pelajar kepada gurunya.

Bagi mereka yang profesionnya ialah guru, kaunselor, pensyarah, pakar psikologi ataupun pekerja sosial, pasti pernah menerima aduan yang sama. Dalam kebanyakan kes, pelajar sebenarnya menghadapi masalah depresi (kemurungan). Keadaan sedemikian menjadi agak lumrah terutama sekali ketika pelajar menghadapi peperiksaan. Apatah lagi dengan harapan yang menggunung tinggi daripada ibu bapa.

Sejak di bangku sekolah rendah, anak murid telah disemai dengan ajaran bahawa keputusan peperiksaan yang cemerlang akan menjamin masa depan yang gemilang. Mereka belajar bermati-matian dengan harapan untuk memperoleh bilangan A yang maksimum. Namun hakikatnya, sistem pendidikan kita yang terlalu menekankan keputusan peperiksaan telah menimbulkan kecelaruan emosi di kalangan pelajar.

Ramai di antara mereka disyaki telah menghidap penyakit depresi akibat tekanan daripada ibu bapa dan juga guru sekolah. Contohnya, menurut laporan Persatuan Pakar Psikiatri Malaysia pada tahun 2005, hampir 2,500 orang membunuh diri setiap tahun dan kebanyakan daripada mereka menghidap penyakit mental.

Selain itu, Setiausaha Parlimen, Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon turut menyatakan bahawa terdapat tujuh orang rakyat Malaysia yang mengidap penyakit mental setiap hari.

Apabila seseorang menghidap penyakit depresi, adakah terdapat tanda-tanda yang signifikan? Menurut Coyne, 2,000, kecelaruan emosi merupakan kecelaruan psikologikal yang menghasilkan gangguan emosi.

Gangguan emosi ini berterusan sehingga menjejaskan kognitif dan tingkah laku individu tersebut serta menghadapi kesukaran dalam mengendalikan skil interpersonalnya. Secara keseluruhan, kecelaruan emosi terbahagi kepada dua iaitu kecelaruan depresif (depressive disorder) dan kecelaruan bipolar (bipolar disorder).

Pernah berlakunya kes di sekolah menengah yang mana keadaannya adalah seperti berikut:
Susan berasa murung untuk beberapa bulan secara berterusan. Tidak ada apa-apa perkara istimewa yang boleh menggembirakan jiwanya.

Menurut aduannya: "Saya tidak dapat melakukan apa-apa. Otak saya kosong, namun berasa amat letih dan tidak bermaya. Peperiksaan SPM sudah menjelang tiba, saya cuba membaca, tapi tumpuan saya hanya hinggap di muka surat yang sama. Saya tidak dapat ingat dan rasa amat kecewa."

Selepas menjalani beberapa sesi kaunseling dengan kaunselor di sekolahnya, tiba-tiba Susan telah lenyap dari sekolah. Satu perkara yang amat menyedihkan telah berlaku. Pelajar ini telah dimasukkan ke hospital pusat pakar psikiatri dalam keadaan kritikal. Beliau menangis, menjerit dan membaling barang-barang yang tercapai oleh tangannya ketika menerima rawatan.

Selepas diagnosis yang rapi daripada pakar psikologi, Susan disahkan menghidap penyakit depresi yang kronik iaitu kecelaruan depresi major.

Menurut kajian, seseorang disahkan menghidap depresi major sekiranya menghadapi tanda-tanda seperti berasa murung, letih dan kecewa, sekurang-kurangnya untuk dua minggu berterusan.

Keadaan sedemikian harus diambil perhatian yang serius supaya tidak menular menjadi satu penyakit yang mengancam. Terdapat sembilan tanda signifikan yang menunjukkan seseorang telah menghidap penyakit depresi. Seandainya seseorang individu itu memperlihatkan lima daripada tanda-tanda dibawah untuk dua minggu berterusan, maka dia dianggap menghidap penyakit depresi major:
  • Berasa murung hampir setiap hari.
  • Minat atau perasaan gembira terhadap aktiviti merosot.
  • Berat badan menyusut secara signifikan dan tiada selera makan.
  • Menghadapi masalah untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung.
  • Gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor.
  • Berasa letih dan tidak bermaya.
  • Berasa tidak bernilai dan bersalah atas tingkah lakunya.
  • Menghadapi masalah untuk berfikir, menumpukan perhatian atau membuat keputusan.
  • Sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri.
Tanda-tanda di atas harus dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa untuk mengesan sama ada anak mereka telah diserang penyakit depresi. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu bapa terlalu menekan dan menaruh harapan tinggi tetapi tidak realistik atas anak mereka, khususnya di kalangan masyarakat Cina.

Sejak dari sekolah rendah, murid-murid sudah diasuh agar berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Menurut fahaman pelajar, bilangan A yang banyak adalah satu-satunya cara untuk menimbulkan perasaan megah ibu bapa.

Anak-anak kerdil ini berlumba-lumba untuk memperoleh seberapa banyak A yang boleh untuk menggembirakan ibu bapa mereka. Anak-anak ini sentiasa sibuk dengan tuisyen, latihan rumah yang bertimbun-timbun dan jarang mempunyai masa untuk berehat atau mempraktikkan hobi mereka.

Penulis pernah melihat ramai di antara anak-anak ini menangis, mengadu berasa amat khuatir dan tidak dapat fokus terhadap pelajaran terutamanya sewaktu peperiksaan.

Saya berasa amat kasihan kepada anak-anak di sekolah rendah ini. Mereka tidak berpeluang untuk bermain, berehat dengan cukup dan menenangkan fikiran. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja.

Cara pendidikan yang terlalu mengutamakan pencapaian akademik sebenarnya perlu dirombak. Sistem sedemikian tidak seimbang dan gagal melahirkan generasi muda yang kreatif dan dinamik.

Depresi mempengaruhi sistem imum seseorang terhadap penyakit dengan kebarangkalian pesakit sedemikian menghidap penyakit jantung adalah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding orang normal.

Penyelidikan pakar psikologi menunjukkan seseorang yang pernah menghidap penyakit depresi major menghadapi kesukaran untuk kembali kepada kehidupan asal ataupun pulih sepenuhnya. Dari segi umur pula, ramai yang berpendapat bahawa golongan umur pertengahan iaitu orang dewasa dan golongan tua lebih kerap menghidap penyakit depresi.

Bagaimanapun, anggapan ini ternyata silap. Kajian menunjukkan bahawa penyakit depresi paling kerap menyerang golongan perempuan yang berada dalam lingkungan umur 15 ke 19 tahun dan golongan lelaki pula dalam lingkungan 25 hingga 29 tahun.

Individu yang menghadapi masalah depresi mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk membunuh diri. Ramai pesakit wanita mempunyai niat membunuh diri namun pesakit lelaki pula bukan sahaja mempunyai niat, tetapi sering kali menjayakannya.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyelamatkan anak-anak mereka daripada diserang penyakit depresi. Mereka harus bersifat autoritatif dalam mendidik anak-anak, iaitu membimbing mereka secara terbuka serta memberi peluang kepada anak untuk menyuarakan pendapat.

Kehidupan keluarga yang porak peranda dan sentiasa menekan anak belajar tanpa rehat harus dielakkan. Sebaliknya, kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan mengambil berat kepentingan berkomunikasi, boleh mengurangkan kadar anak daripada serangan penyakit depresi.

Seandainya seseorang anak masih diserang penyakit depresi kerana faktor genetik dan daya tahannya yang lemah, maka mereka haruslah diberikan rawatan perubatan.

Melalui terapi seperti mengambil antidepresan dan khidmat kaunseling dari semasa ke semasa, pesakit akan dapat mengawal dirinya. Pada hakikatnya, anak-anak harus digalakkan belajar melalui permainan, bergaul, melahirkan pendapat dan hidup dalam suasana yang sihat dan gembira.

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa seseorang yang menghidap depresi adalah amat sukar untuk sembuh. Mereka terpaksa berhenti sekolah, berehat dan menerima rawatan hospital. Tekanan yang berterusan hanya akan menamhah tenat dan memburukkan lagi penyakit, sekali gus cenderung menyebabkan insiden membunuh diri.

Jadi, penulis ingin menyeru ibu bapa, guru dan semua pendidik dari pelbagai lapisan agar merenung secara mendalam. Haruskah kita mengubah sikap yang begitu menekankan pencapaian akademik sehingga mengorbankan anak-anak?

Ambillah langkah-langkah yang positif untuk menyelamatkan anak-anak supaya mereka tidak menjadi sasaran penyakit depresi. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2013 10:57 PM | Show all posts

Jadi Aktif

Mencari masa dalam hidup yang terlampau sibuk untuk bersenam adalah satu cabaran bagi semua rakyat Malaysia yang memang sibuk. Ini benar terutama bagi mereka yang juga adalah ibu bapa atau bekerja sepenuh masa atau kedua-duanya. Tetapi manfaat bersenam adalah jauh lebih besar dari nilai mengorbankan masa bekerja itu. Dan bagi sesiapa yang telah berjaya menguruskan masa untuk berbuat demikian akan memberitahu anda betapa gembiranya mereka untuk mendapati masa tersebut. Mereka akan memberitahu anda betapa lebih bertenaganya mereka, dan bagaimana mereka boleh melakukan sesuatu kerja dengan lebih lagi berbanding sebelum mereka mula bersenam secara selalu. Jadi tiada lagi alasan untuk anda! Buatlah satu tindakan aktif dalam menentukan masa depan anda. Anda berhak memberi diri anda hadiah untuk hidup dengan baik dengan kesihatan baik.

Mengapa Menjadi Aktif Begitu Penting?

Fakta-faktanya jelas: Dengan bersenam sesedikit 30 minit setiap hari anda boleh mengurangkan risiko anda untuk penyakit jantung. Tanpa aktiviti fizikal tetap, badan perlahan-lahan kehilangan kekuatan dan keupayaannya untuk berfungsi dengan baik. Aktiviti fizikal = kehidupan lebih sihat lebih lama.

Aktiviti fizikal secara tetap membantu: Menurunkan tekanan darah, meningkatkan kolesterol “baik” HDL dalam darah anda, mengawal gula dalam darah dengan memperbaik bagaimana badan anda menggunakan insulin, mengurangkan perasaan tekanan atau stres, mengawal berat badan dan membuat anda rasa suka tentang diri anda.

Garis Panduan Ringkas

Pakar-pakar kesihatan mencadangkan sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu senaman sederhana atau 75 minit setiap minggu senaman berat. Atau satu campuran sederhana dan berat. Aktiviti fizikal adalah apa saja yang membuat anda menggerakkan badan anda dan membakar kalori, seperti menaiki tangga atau bersukan. Senaman-senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berenang atau berbasikal memanfaatkan jantung anda. Senaman kekuatan dan senaman regangan adalah terbaik untuk stamina dan kelenturan menyeluruh anda.

Untuk meningkatkan aktiviti fizikal dalam gaya hidup anda, anda boleh cuba:

  • Meletak kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju
  • Berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan berjalan kaki sepanjang hari bekerja di sekitar tempat kerja
  • Bermain dengan teman-teman dan keluarga anda.
Paling mudah, perubahan positif yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kesihatan jantung anda dengan berkesan ialah dengan mula berjalan. Ia menyeronokkan, percuma, mudah, dapat bertemu mata dengan orang, dan juga satu senaman yang hebat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 10:58 PM | Show all posts

Kurang Tidur Boleh Tambah Berat Badan

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat cuba mencabar tanggapan yang menyatakan tidur yang kurang menyebabkan individu mudah kurus apabila mendakwa amalan itu sebaliknya boleh menambah berat badan seseorang.

Sejak bertahun lamanya, pakar berat badan menekankan kepentingan mengambil makanan berkalori rendah dan senaman yang secukupnya.

Namun, kajian terbaru Universiti Chicago menunjukkan faktor ketiga bagi mengawal berat badan - mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Malah, dua kajian yang disiarkan semalam mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormon yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.

Mereka juga dikesan mempunyai sejenis hormon pada paras rendah yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

"Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah tips berguna," kata pakar tidur universiti berkenaan, Dr Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu.

Satu kajian membabitkan 18,000 dewasa yang dikeluarkan bulan lalu oleh Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara mendapati, mereka yang menikmati tidur kurang empat jam semalam, adalah 73 peratus lebih mudah untuk obese atau gemuk berbanding mereka yang tidur tujuh hingga sembilan jam lamanya.

Kajian terbaru yang dikeluarkan semalam turut menemui hasil hampir sama apabila membabitkan penyelidikan ke atas 1,024 sukarelawan.

Daripada jumlah, 14.9 peratus responden yang tidur hanya lima jam mencatatkan hormon ghrelin yang meningkatkan selera makan.

Mereka yang kurang tidur turut mencatat penurunan hormon leptin yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.

"Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2013 11:05 PM | Show all posts

Mengatasi Stress (Tekanan)

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
  • Tidur Sejenak
    Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
  • Pengurutan
    Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
  • Mengekspresikan diri secara artistik
    Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
  • Kerap ketawa
    Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
  • Bersikap lembut terhadap diri sendiri
    Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:06 PM | Show all posts

Kesan Pendedahan Berpanjangan Terhadap Asap Ekzos

Asap ekzos tingkat tekanan pada otak

Penyelidikan toksikologi di Universiti Zuyd, Belanda mendapati pendedahan singkat kepada asap ekzos kenderaan sudah cukup untuk meningkatkan tekanan kepada otak manusia.

Hasil penyelidikan itu menunjukkan partikel halus (nanoparticle) di dalam asap ekzos yang disedut akan menyebabkan perubahan pada aktiviti otak.

Kajian dijalankan dengan memantau aktiviti otak dua kumpulan sukarelawan didedahkan sama ada kepada udara bersih atau asap ekzos selama satu jam menggunakan alat elektroencephalograf (EEG).

Sukarelawan yang didedahkan kepada asap ekzos dilihat mula menunjukkan tekanan ke atas bahagian korteks otak selepas 30 minit.

Kepekatan asap ekzos pada ketika itu pula adalah bersamaan dengan jumlah yang paling tinggi dihadapi orang ramai di jalan raya yang sibuk.

Kesan pendedahan berpanjangan kepada asap ekzos tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi didakwa mungkin mengganggu fungsi otak yang normal termasuk keupayaan memproses maklumat baru.

Selain itu, pendedahan kronik asap ekzos juga mungkin menyebabkan tekanan oksidatif yang telah dikaitkan dengan penyakit otak seperti Parkinson dan Alzheimer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:08 PM | Show all posts

Tip Penjagaan Jantung

Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:10 PM | Show all posts

Cahaya Matahari, Faktor Genetik Punca Pigmentasi (Jeragat)

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

"Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada
kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes.

"Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

"Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah," katanya.

Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.

"Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

"Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.

"Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine dan lain-lain lagi," katanya.

Dr Norazhah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.

Katanya, bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manaka penggunaan krim adalah tidak sesuai.

"Seborrho keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan 'heat' (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.

"Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia," katanya.

Beliau berkata, melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan faktor genetik, melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.

Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi ada juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

"Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

"Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit,”. katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:12 PM | Show all posts

Boleh Jadi Gemuk Kerana Kawan, Pasangan

Salahkan kawan anda jika anda gemuk. Itu kesimpulan yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik di dalam The New England Journal of Medicine bahawa obesiti - seperti juga demam selesema yang boleh berjangkit daripada seorang ke seorang - merupakan satu fenomena yang boleh merebak dengan cepat seperti virus.

Rangkaian sosial seseorang individu seperti rakan-rakan di tempat kerja ataupun saudara-mara di persekitaran rumah boleh mempengaruhi risiko berat badan berlebihan.

"Peluang seseorang untuk menjadi obes meningkat lebih separuh (57 peratus) sekiranya dia mempunyai kawan yang obes, adik-beradik (40 peratus) dan pasangan (37 peratus)," kata pengarang bersama, James Fowler dari Harvard University dan Nicholas Christakis dari University of California, San Diego.

Tambah mereka: "Seseorang itu cenderung menjadi obes disebabkan oleh perubahan norma atau gaya hidup. Mereka merasakan tidak mengapa menjadi gemuk kerana ramai orang gemuk di sekeliling mereka."

Hasil kajian itu turut menyarankan, jika anda mahu kekal langsing, anda mungkin tidak mahu dikelilingi oleh kawan-kawan dan ahli keluarga yang gemuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:15 PM | Show all posts

Apa Itu Osteoporosis?


Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.   
Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.

Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
   
Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom

Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.

Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.

Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.

Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:16 PM | Show all posts

Faktor-faktor Yang Meningkatkan Risiko Osteoporosis

Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:


  • ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.
  • KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.
  • WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.
  • BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.
  • TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.
  • SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.
  • MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
  • MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.
  • PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.
  • MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.
  • PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
  • RAWATAN kemoterapi.
  • AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.
  • INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.
  • HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.
  • KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.
  • PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).
  • PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.
  • MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:19 PM | Show all posts

Kesan Sukan Ekstrem Terhadap Kesihatan Tulang

Kebaikan bersukan amatlah jelas dalam menjaga kesihatan badan.
  
Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.

Antara kesan ketara sukan ekstrem adalah masalah tulang di mana ahli sukan bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang, malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang.
  
Jisim atau kepadatan tulang dinilai dengan melibat bilangan sel tulang yang ada pada tulang rangka badan. Secara umumnya, tulang yang mempunyai jisim lebih besar adalah tulang yang lebih kuat.
   
Walaupun jisim tulang banyak dipengaruhi faktor genetik, kesan persekitaran dan pengambilan ubat tertentu juga boleh mempengaruhi keadaan tulang. Kepadatan tulang biasanya mula berkumpul pada zaman kanak-kanak dan mencapai kemuncaknya pada usia kira-kira 25 tahun. Keseimbangan jisim tulang kemudiannya akan kekal untuk 10 tahun sebelum menurun mengikut usia, pemakanan dan aktiviti fizikal individu.

Bagaimanapun, bagi ahli sukan ekstrem, faktor aktiviti fizikal dan pemakanan akan memberi kesan lebih besar kepada jisim tulang mereka berbanding usia.

Tulang memerlukan bekalan kalsium yang cukup bukan sahaja ketika kecil malahan sehingga usia tua untuk kekal kuat bagi menampung pergerakan aktiviti harian.
  
Aktiviti yang memerlukan banyak tenaga bukan sahaja memerlukan nutrien secukupnya daripada makanan malahan memerlukan rehat secukupnya sebelum aktiviti yang sama dilakukan sekali lagi. Kekurangan sumber nutrien dan rehat yang cukup mungkin menyebabkan badan ‘mengambil’ tenaga daripada tulang menyebabkan tulang ahli sukan rapuh seperti tulang pesakit osteoporosis.

Pengalaman ahli sukan

Zaiton Othman terperanjat dan sukar mempercayai kata-kata doktor bahawa dirinya menghidap poros tulang selepas menjalani pemeriksaan akibat terjatuh dan berasa sakit di bahagian belakang.
   
Bekas atlet negara ini baru berusia 30 tahun ketika itu dan sedang belajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Beliau langsung tidak pernah memikirkan kemungkinan tersebut memandangkan dirinya seorang atlet yang sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan. Sudah tentu Zaiton berpendapat kesihatannya berada di tahap optimum. Lebih memeranjatkan, doktor juga mengesahkan tulangnya berusia 75 tahun, iaitu dua kali ganda usianya ketika itu.

“Bayangkan luaran saya kelihatan tegap dan cergas, namun bahagian dalam, iaitu tulang mengalami masalah,” kata Pengarah di Majlis Sukan Negara (MSN) ini.

Doktor yang merawat Zaiton menjelaskan bahawa penglibatan beliau secara profesional dalam sukan sememangnya mendedahkan diri terhadap risiko poros tulang atau osteoporosis yang tinggi.

Menurut doktor, masalah tersebut biasa menyerang atlet sepertinya dan ia berlaku apabila badan yang tidak mempunyai tenaga mencukupi lalu menyerap tenaga yang diperlukan daripada tulang.

“Bersukan sememangnya baik untuk tulang. Tapi bagi ahli sukan profesional seperti kami yang menggunakan tenaga pada tahap optimum, poros tulang akan berlaku sekiranya tenaga yang diambil daripada tulang tidak diganti dengan pemakanan yang sempurna,” jelas beliau lagi.

Pun begitu, bekas atlet heptatlon dan pemenang pingat emas Sukan SEA ini tetap positif dengan keadaan dirinya dan menganggap ia bukan noktah untuknya mengundurkan diri dari bidang yang amat diminati.
   
Bermula dari situ, Zaiton tidak lagi memandang enteng terhadap pemakanan kerana sangat penting bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh badan. Beliau mula mengamalkan diet yang tinggi kalsium dan protein terutama daripada produk tenusu, kekacang serta daging merah. Dalam pada itu, beliau tetap tidak lupa melakukan senaman kerana ia merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan tulang.
   
Zaiton sedar bahawa kesihatan tulang sebenarnya amat penting kerana tanpa tulang yang sihat, semua aktiviti harian akan terjejas. Dengan menjaga pemakanan dan pengambilan nutrisi yang betul, beliau meraih kembali kesihatan tulangnya. Dan kerana cintanya yang mendalam terhadap bidang sukan, beliau menyertai beberapa kejohanan dan baru-baru ini memenangi pingat di Kejohanan Veteran Sedunia.

Zaiton, 47, kini dilantik sebagai duta produk nutrisi tulang terkemuka, Anlene setelah menjadi pengguna setia produk tersebut sejak mengalami masalah poros tulang lagi.

Sebagai duta, beliau mahu menyuntik kesedaran di kalangan masyarakat terutama wanita mengenai kepentingan menjaga kesihatan tulang. Ini kerana wanita kehilangan banyak kalsium terutama ketika mengandung dan juga ketika proses menopaus.

Juga sebagai Pengarah Bahagian Hal Ehwal Atlet MSN, Zaiton sentiasa mengingatkan para atlet agar sentiasa menjaga pengambilan nutrien kerana risiko yang tinggi menanti mereka.

“Ramai yang tidak sedar bahawa kesihatan tulang sangat penting.

“Mungkin kerana mereka menganggap diri masih muda dan osteoporosis hanya menyerang mereka yang berumur,” katanya.

Menurutnya lagi, rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu dan Cina kurang mengambil makanan daripada produk tenusu sejak kecil lagi dan kerana itu terdedah kepada masalah osteoporosis.

Kempen

Sebagai duta kesihatan tulang, Zaiton bersyukur kerana beliau diberi peluang untuk menyertai kempen tulang sihat di peringkat antarabangsa. Beliau mahu pengalaman peribadinya menjadi inspirasi wanita Malaysia khususnya dan dunia amnya untuk mengambil langkah mencegah osteoporosis.

Berpeluang menyertai persidangan sambutan Hari Osteoporosis Sedunia di Dubai 20 Oktober lalu, Zaiton bersama empat lagi duta Anlene dari Mesir, Indonesia, Filipina dan New Zealand bertukar-tukar pandangan masing-masing mengenai tahap kesihatan tulang penduduk di negara masing-masing.
   
Salah satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi beliau adalah sikap segelintir yang tidak suka bersenam di bawah terik mentari. “Cahaya matahari pagi sebenarnya cukup baik untuk kesihatan. Ia mengekalkan vitamin D yang dapat membantu proses penyerapan kalsium oleh tulang,” ujarnya.


Zaiton juga menyeru wanita terutama yang berusia 30 tahun ke atas agar melakukan pemeriksaan khas untuk mengesan tahap kesihatan tulang mereka. Menurutnya, ujian boleh dilakukan di pusat perubatan swasta yang mempunyai peralatan khas mengimbas tulang.

Selain itu katanya, pihak Anlene juga akan menjalankan kempen pemeriksaan tulang secara percuma seluruh negara tidak lama lagi dan berharap ramai wanita yang akan tampil melakukan pemeriksaan awal bagi mencegah osteoporosis.

“Sebenarnya tiada istilah sudah terlambat untuk menjadikan kesihatan tulang sebagai keutamaan.

“Saya mahu semua orang bersama saya untuk mencegah osteoporosis supaya kita boleh menikmati kebebasan hidup selagi termampu,” ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2013 11:20 PM | Show all posts

Abses Gigi - Gigi dan Gusi Bernanah

Definisi
Abses gigi merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca dari jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi.

Penyebab, Kejadian dan Faktor Risiko
Abses gigi atau gigi bernanah sebenarnya adalah komplikasi kepada karies gigi. Ia juga boleh berlaku akibat trauma terhadap gigi (misalnya apabila gigi patah atau hancur). Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi.

Jangkitan menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan sakit gigi. Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu.

Gejala-gejala gigi bernanah

  • Sakit gigi.
  • Sakit gigi yang teruk dan berterusan
  • Sakit yang berdenyut-denyut.
  • Sakit ketika mengunyah.
  • Gigi terasa sensitif kepada air sejuk atau panas.
  • Rasa pahit di dalam mulut.
  • Nafas berbau busuk.
  • Mungkin demam.
  • Kelenjar leher bengkak.
  • Rasa tidak selesa, tidak sihat atau tidak tenang.
  • Bahagian rahang bengkak (sangat serius).
Komplikasi gigi bernanah
  • Gigi tercabut.
  • Jangkitan merebak hingga ke tisu lembut (selulitis fasial, angina Ludwig).
  • Jangkitan merebak ke tulang rahang (osteomielitis mandibel atau maksila).
  • Jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkan abses serebrum, endokarditis, pneumonia atau gangguan gangguan lain.
Langkah penjagaan sendiri
  • Untuk meredakan kesakitan, ambil ubat penahan sakit.
  • Jangan meletakkan serbuk aspirin di atas gigi. Aspirin akan melecurkan gusi dan memusnahkan enamel gigi.
  • Jangan minum minuman yang terlalu panas atau sejuk.
  • Jangan mengunyah gula-gula getah.
  • Elakkan makanan yang manis, pedas dan berempah. Diet dalam bentuk cecair mungkin perlu untuk 1 atau 2 hari sehingga kesakitan mulai hilang.
  • Berkumur dengan air garam suam setiap satu jam.
  • Berjumpalah doktor gigi walaupun sakit telah beransur-ansur reda.

Rawatan

Tujuan utama rawatan adalah untuk menyingkirkan jangkitan, mengekalkan gigi dan mencegah komplikasi. Antibiotik boleh diberi untuk melawan jangkitan.

Berkumur dengan air garam suam dapat melegakan kesakitan. Ubat analgesik yang diperolehi dari kedai mungkin dapat meredakan sakit gigi dan demam. Jangan meletakkan aspirin betul-betul di atas gigi atau gusi kerana ia akan menambahkan kerengsaan pada tisu dan boleh mengakibatkan ulser mulut.

Pembedahan akar gigi mungkin disyor untuk mengekalkan gigi. Bahagian gigi yang rosak akan ditanggalkan bersama-sama bahagian tengah gigi termasuklah tisu saraf dan vaskular. Manakala bahagian akar dan permukaan gigi dikekalkan. Rongga yang terbentuk di dalam teras akan diisikan dan dibaiki. Bahagian atas gigi kemudiannya akan disalutkan dengan bahan penampal. Eksisi (penyaliran melalui pembedahan) bahagian yang bernanah atau mencabut gigi yang rosak mungkin perlu dilakukan.

Berjumpalah doktor sekiranya....
Anda menghadapi satu atau lebih masalah berkaitan sakit gigi seperti yang disenaraikan di bawah ini:
  • Sakit yang berdenyut-denyut atau berterusan.
  • Demam.
  • Sakit telinga.
  • Leher atau rahang yang sakit bila disentuh atau kelenjar yang bengkak di bahagian gigi yang sakit.
  • Merasa tidak sihat.
  • Nafas berbau dan/atau rasa pahit di dalam mulut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:22 PM | Show all posts

Apa Itu Probiotik?

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem gastrousus anda:

  • Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria
  • Terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat
  • Bakteria baik ialah penghuni normal di dalam usus dan tidak membawa mudarat kepada badan. Ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuh
  • Baktenia baik membantu menghalang atau mengawal pembiakan bakteria jahat yang tidak diingini atau patogen yang turut hidup di sana. Disebabkan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, maka kita mestilah memastikan keseimbangan populasi mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dan keadaan yang boleh mengganggu populasi bakteria baik ini iaitu penuaan, stres, pengambilan antibiotik, pil pencegah kehamilan, gaya hidup yang tidak sihat dan diet tidak seimbang.

Gangguan keseimbangan di dalam sistem gastrousus boleh menggalakkan pembiakan bakteria jahat dan meningkatkan risiko penyakit keradangan, penyakit berjangkit dan bermacam penyakit lain lagi.

Apakah yang terjadi apabila keseimbangan mikroflora usus terganggu?
Gejala yang perlu diperhatikan ialah kembung perut, senak perut, sakit perut, cirit-birit dan sembelit. Hilang selera makan, jangkitan dan alahan kulit juga menjadi petanda masalah keseimbangan mikroflora usus.

Kajian menunjukkan bahawa probiotik memberikan perlindungan terhadap penyakit gastro-usus seperti sindrom usus terganggu, penyakit Crohn, ulser kolitis, dan alahan makanan.

Kebaikan probiotik untuk kesihatan yang terbukti secara klinikal:
  • Meringankan serta mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa (susu)
    Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan  galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh kita. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus rnengurangkan gejala alahan ini.
  • Meningkatkan penghadaman
    Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.
  • Meningkatkan penyerapan mineral
    Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.
  • Menghasilkan vitamin
    Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.
  • Melegakan gejala cirit-birit
    Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.
  • Menguatkan sistem ketahanan badan
    Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat.
    Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari baktena jahat) juga telah dibuktikan.
    Probiotik juga didapati meniberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.
  • Hidup sihat dengan vitamin dan mineral
    Vitamin ialah faktor bersama bagi mekanisme enzim dan hormon, mempengaruhi perkernbangan dan fungsi organ yang berlainan, menjadikannya faktor pelindung penting bagi sel.
    Mineral ialah komponen struktur bagi makro-molekul (tulang hormon) dan merupakan sebahagian daripada cecair tubuh. Ia juga adalah sebahagian daripada enzim dan tindak balas berenzim, iaitu sebagai penghubung serta membantu memindahkan dan membebaskan oksigen (seperti unsur besi dalam eritrosit dan sel otot).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:24 PM | Show all posts

Info Kecederaan Tenggorok

Info Kecederaan Tenggorok

  • Trauma pada tenggorok jarang dilaporkan kerana mangsa biasanya meninggal dunia di tempat kejadian (contohnya mangsa kebakaran).
  • Pemindahan tenggorok yang pertama dilakukan pada 1998 membabitkan mangsa kemalangan jalanraya yang mengalami kecederaan teruk di leher. Dia menunggu selama 20 tahun sebelum dapat menjalani pemindahan itu.
  • Trauma yang serius menyukarkan rawatan. Rawatan awal penting untuk membaikpulih fungsi tenggorok.
  • Kecederaan yang kecil boleh dipulihkan dengan merehatkan suara, kurang bercakap dan meminum banyak air.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 11:25 PM | Show all posts

Tenggorok Cedera Boleh Diselamat

Trauma peti suara boleh berlaku disebabkan kemalangan, kecederaan, di leher dan terhidu asap.

Pernahkah anda tersedak ketika minum atau makan? Biasanya kejadian itu sering dikaitkan dengan ada orang terutama saudara mara dan kenalan menyebut nama anda.

Sebenarnya, tersedak ketika minum atau makan adalah tindak balas spontan tenggorok atau peti suara (larynx) pada bahan asing yang terpercik di atasnya. Ia adalah tindak balas automatik tenggorok kepada benda asing berkenaan.

Tindak balas automatik ini menyebabkan tenggorok jarang mengalami trauma. Apatah lagi secara anatominya, tenggorok dilindungi struktur tubuh yang mantap. Di bahagian belakang, ia dilindungi kolum vertebra (struktur yang menyokong kepala dan tulang belakang), manakala di hadapan pula dilindungi rahang dan tulang dada.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Abdul Razak Rahman Hamzah, berkata trauma pada tenggorok selalunya dikaitkan dengan kecederaan pada muka dan dada. Walaupun jarang berlaku, mangsa kecederaan tenggorok boleh diselamatkan dan kecederaan yang minor mampu dipulihkan.

Umumnya trauma pada tenggorok jarang dilaporkan. Punca trauma paling biasa ialah terhidu asap yang banyak (misalnya terperangkap dalam kebakaran) sehingga berlaku radang. Ia menyebabkan seseorang sesak nafas dan boleh membawa maut.

Dr Abdul Razak berkata, trauma pada tenggorok juga boleb berlaku disebabkan faktor lain seperti kemalangan jalan raya atau industri, kecederaan sukan seperti terkena pukulan bola golf atau bola sepak (blunt trauma), leher tercedera kerana tersangkut pada ampai kain, leher cedera ditikam dengan alat tajam (penetrating trauma), tersedut asap terlalu banyak (inhalation trauma) atau terminum bahan kaustik (ingestion trauma).

"Walaupun kurang kerap dilaporkan, bagi mereka yang terselamat daripada trauma membabitkan kecederaan yang teruk, ia sukar dirawat dan mangsa mungkin akan menderita seumur hidup. Misalnya mereka yang terselamat daripada cubaan membunuh diri dengan meminum racun rumpai," katanya.

Dalam kes kecederaan yang teruk, jelasnya, saluran pernafasan dan pemakanan boleh menjadi sempit dan pembedahan mungkin tidak boleh membaik pulih sepenuhnya fungsi tenggorok dan saluran pemakanan pesakit.

"Umumnya kecederaan pada tenggorok akan menyebabkan masalah laluan pernafasan yang sangat serius. Malah, ia akan menjejaskan suara jika tidak didiagnos sebaiknya. Oleh itu, matlamat utama dalam rawatan awal kes sebegini ialah membantu pesakit bernafas.

Jika laluan pernafasannya terjejas, pesakit akan dibantu bernafas dengan laluan trakea," katanya. Selepas memastikan pesakit boleh bernafas, barulah fungsi vokalnya diperhatikan. Selalunya suara pesakit akan terjejas jika mengalami kecederaan serius.

Dr Abdul Razak berkata, berbanding golongan dewasa, kes kanak-kanak trauma pada peti suara tidak kerap berlaku kerana tenggoroknya berada di bahagian atas dan dilindungi rahang.

"Bagi orang dewasa, tenggorok sudah turun ke bawah. Justeru, orang dewasa lebih mudah mendapat kecederaan tenggorok. Misalnya, terhentak ke stereng kereta ketika memandu," katanya.

Katanya, kecederaan tidak serius mungkin hanya menyebabkan lebam, manakala jika serius menyebabkan tenggorok teralih atau retak.

Dr Abdul Razak berkata, simptom kecederaan peti suara selalunya terlepas pandang. Ia kerana simptomnya kadang kala hampir sama dengan simptom sakit tekak misalnya suara serak, suara hilang, sukar menelan, sesak nafas, terasa sakit pada tenggorok dan batuk berdarah.

"Suara serak dan hilang selalunya berpunca daripada radang pada tengkorok. Ia ditambah pula dengan kurang minum air. Bagi penyanyi, tersalah nada suara atau terlalu banyak menjerit akan menyebabkan tekanan pada tenggorok sehingga jadi serak," katanya.

Kecederaan yang tidak teruk boleh dipulihkan dengan merehatkan suara, kurang bercakap, minum air dan mengambil antibiotik. Rawatan kecederaan pada tenggorok adalah berdasarkan tahap kecederaan yang dialami pesakit. Perkara paling asas adalah memastikan ada laluan pernafasan. Jika salur nafasnya tertutup petugas perubatan menggunakan laluan trakea. Jika memerlukan pembedahan segera, pesakit akan dipantau 24 jam.

Selalunya,jika pesakit terselamat daripada kecederaan tenggorok yang teruk, dia sukar dipulihkan sepenuhnya. Diagnosa kecederaan pada peringkat awal penting untuk memastikan tahap kecederaan dan membaik pulih fungsi tenggorok ke tahap optima.

Untuk kecederaan yang kekal, laporan menunjukkan pemindahan tenggorok boleh dilakukan dengan jayanya melalui kes pertama pada 1998 di Amerika Syarikat.
Last edited by nutristation on 14-5-2013 01:33 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.230205 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list