|
ga-in posted on 15-5-2013 03:19 PM
ehem2....tp sy pnah dipelawa jd model iklan ubat gg tau....ahakahak!!!mode: perasan jap
siyes?
bile tuh?
|
|
|
|
|
|
|
|
siyes la......tp udah lama....msa zaman belajar....skrg udah bekerja....malas la kn....t glemer pulak...hakhakhak!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ga-in posted on 15-5-2013 03:23 PM
hahahaha....tu lg bahaya....t gusi yg luka...
mmg bahaya...aritu bngkk gusi aku trodok ngn berus
|
|
|
|
|
|
|
|
encikotot posted on 15-5-2013 03:48 PM
mmg bahaya...aritu bngkk gusi aku trodok ngn berus
hahahahah.....lawak2....tp aku dpt rasakan btapa sakitnya masa tuh..... sila tukar sekerap mungkin berus gigi anda |
|
|
|
|
|
|
|
ga-in posted on 15-5-2013 03:51 PM
hahahahah.....lawak2....tp aku dpt rasakan btapa sakitnya masa tuh..... sila tukar sekerap mu ...
.....dah jdi borak la plak |
|
|
|
|
|
|
|
encikotot posted on 15-5-2013 03:54 PM
.....dah jdi borak la plak
a'ahh....tu la....mahap ye tt, sila la smbung cari info2 menarik lg tepek kt cni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ga-in posted on 15-5-2013 03:56 PM
hahahahahah.......hellloooo.....lmbt lg kot nk jd pengguna polident tuh...
hahahhaha......
tp aku geram kt karang2 tu arr...
nk kene gi klinik baru leh pecahkn..
ko pkai aper?
|
|
|
|
|
|
|
|
encikotot posted on 15-5-2013 04:00 PM
hahahhaha......
entah.....ada cara lain ke selain dr g cuci gg kt klinik....aku pon xtau....ehehehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
ga-in posted on 15-5-2013 04:05 PM
entah.....ada cara lain ke selain dr g cuci gg kt klinik....aku pon xtau....ehehehe...
nnti aku carik
|
|
|
|
|
|
|
|
aku slalu teraccident time berus gigi.. kena kat gusi.. sakit mak oiiiii... tak suka pakai brush yg guna battery tu (alternatif spy xaccident lg), rasa xpuas berus gigi |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago posted on 16-5-2013 11:16 AM
aku slalu teraccident time berus gigi.. kena kat gusi.. sakit mak oiiiii... tak suka pakai brush yg ...
ade sorg cikgu aku dlu...
tgh2 berus, bleh plak pth berus gigi dia, trus trtikam gusi dia..
smggu bengkak abis
|
|
|
|
|
|
|
|
encikotot posted on 17-5-2013 07:44 AM
ade sorg cikgu aku dlu...
tgh2 berus, bleh plak pth berus gigi dia, trus trtikam gusi dia..
smgg ...
hahahhaa.. camne plak boleh sampai patah tu?? sakit wooo kena gusi..
|
|
|
|
|
|
|
|
ninjago posted on 17-5-2013 09:23 AM
hahahhaa.. camne plak boleh sampai patah tu?? sakit wooo kena gusi..
plak tbal sgt kot hahahha...
|
|
|
|
|
|
|
|
Info yang menarik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak share sikit Persoalan berkaitan penyakit pada gusi & gigi....
Oral Health FAQs
1. Penyakit Mulut dan Keadaan-keadaannya
Pereputan Gigi
Apakah pereputan gigi?
Pereputan gigi atau karies gigi merupakan penyakit berjangkit berkait dengan pemakanan yang sering melibatkan gigi.
Apakah penyebab karies gigi?
Karies gigi dipengaruhi oleh berapa kerap gula diambil bukan pada jumlah amaun gula yang diambil. Bakteria yang hadir di dalam mulut menukarkan gula dan kanji di dalam makanan kepada asid yang menyebabkan karies gigi.
Apa yang boleh saya lakukan untuk mencegah karies gigi?
Kawal pengambilan gula
Makanan bergula secara idealnya hanya perlu dimakan bersama hidangan utama, jika ia diambil sebagai snek ia meningkatkan masa asid terdedah di dalam mulut. Di samping itu, kadar aliran air liur adalah lebih tinggi pada waktu hidangan utama. Air liur membantu dalam membersihkan gula di dalam mulut kerana ia dapat mengurangkan penghasilan asid. Sesetengah minuman seperti minuman air berkarbonat atau lemon adalah sangat berasid. Selain adanya karies gigi, ia mungkin melembutkan dan menghakis permukaan gigi (hakisan enamel).
Kekalkan kebersihan mulut yang baik
• Berus gigi secara menyeluruh setiap hari dengan ubat gigi berfluorida
• Floss gigi setiap hari bagi membersihkan celah-celah gigi
• Dapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun
Penyakit Gusi
Bilakah berlakunya penyakit gusi?Penyakit gusi boleh bermula di peringkat kanak-kanak dan boleh menjadi lebih teruk di awal usia dewasa hingga ke peringkat pertengahan umur
Apakah penyebab penyakit gusi?
Penyakit gusi disebabkan oleh plak yang terkumpul di antara dan di sekeliling leher gigi. Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar.
Mengapa gusi saya berdarah ketika memberus gigi?
Gusi berdarah selalunya merupakan tanda penyakit gusi. Keadaan ini selalunya akan pulih jika plak disingkirkan melalui pemberusan dan gigi diflos setiap hari. Pendarahan gusi juga kerap berlaku semasa tempoh perubahan hormon ketika baligh dan kehamilan. Namun begitu, kadang-kala pendarahan gusi juga merupakan tanda gangguan penyakit darah.
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 17-5-2013 10:39 AM
Nak share sikit Persoalan berkaitan penyakit pada gusi & gigi....
KARIES TU PLAK KER?
INFO BGUS..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kanser Mulut Adakah kanser mulut boleh dicegah?
Sebenarnya, anda boleh mengurangkan risiko mendapat kanser mulut dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat.
Bagaimana saya boleh melindungi diri saya daripada mendapat kanser mulut?
• Elakkan penggunaan sebarang jenis produk tembakau (contohnya rokok, tembakau paip, cerut, mengunyah tembakau) terutama sekali bersama dengan pengambilan alkohol yang berlebihan.
• Elakkan mengunyah sirih khususnya bersama-sama tembakau.
• Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan.
• Pendedahan kepada cahaya matahari yang berulang kali boleh meningkatkan risiko kanser bibir.
• Makan makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan antioksida vitamin A, C dan E.
• Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
• Berjumpa dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pemeriksaan mulut. Kanser sering bermula sebagai bintik kecil putih atau merah di mana-mana bahagian mulut yang tidak disedari .
• Pengesanan awal kanser mulut boleh meningkatkan peluang kejayaan rawatan.
• Lakukan pemeriksaan mulut sendiri. Luangkan masa beberapa minit secara berkala untuk diperiksa bibir, gusi, permukaan dalam pipi (cheek lining- dalam mulut), lidah serta lantai mulut dan lelangit mulut anda.
Perhatikan jika terdapat apa-apa perubahan berikut dalam mulut anda:
• Perubahan warna seperti tompok merah atau putih
• Gumpalan, penebalan, tompokan kasar, berkerak atau kawasan kecil yang terhakis
• Ulser secara berterusan yang tidak sakit / sakit yang mudah berdarah dan tidak sembuh
• Kesukaran mengunyah, menelan, bercakap atau menggerakkan rahang atau lidah
• Perubahan suara
• Perubahan dalam cara susun atur gigi anda
• Sakit, rasa tidak selesa atau kebas di mulut atau bibir
Di samping itu, perhatikan perubahan lain seperti penurunan berat badan secara mendadak atau terdapat ketulan pada leher anda. Jika keadaan ini berterusan, sila hubungi doktor gigi anda untuk pemeriksaan.
Apakah maloklusi dan penyebab keadaan ini berlaku?
Maloklusi merupakan gigitan yang bermasalah. Ini berlaku apabila saiz dan bentuk gigi tidak sepadan dengan rahang. Pertumbuhan rahang dan saiz gigi dipengaruhi oleh genetik ibu bapa. Maloklusi juga disebabkan oleh kehilangan terlalu awal gigi susu menyebabkan gigi bersebelahan bergerak ke ruang gigi tersebut dan kehilangan ruang.
Apa yang perlu saya lakukan jika anak saya yang berusia 6 tahun mengalami kesesakan gigi?
Masalah kesesakan gigi kerap berlaku bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa. Kesesakan gigi boleh mengakibatkan masalah gigi di masa akan datang seperti kerosakan gigi, keradangan gusi (gingivitis) dan penyakit periodontal. Jika kesesakan gigi berlaku pada kanak-kanak berusia 10-11 tahun di mana semua gigi kacip atas dan bawah dan gigi taring telah tumbuh, masalah kesesakan gigi mungkin ini tidak akan selesai dan gigi anak anda perlu diperiksa pakar ortodontik atau pakar pergigian pediatrik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|