azrilpower posted on 25-6-2013 02:31 PM
congrats bro...audio dr jepun ke apo? kalau jepun, susah lah ko nak baca ...aku dapat je keta te ...
Saya beli local audio product... So far so good.. Alhamdulillah cukup puas hati dgn vellfire... Nasib baik sy x jadi beli estima.. Klu tidak sure ralat... Bawak kt hiway steady je 170km/hr... Walaupun bukan 3.5 tp cukup puas hati... Cumanya masa kat hiway.. Windscreen cracked kene batu.. Elok je panjang cracknya... Crack jugalah hatiku... Tapi tetap bersyukur sebab cuma cermin yg pecah bukan misibah yg berat... Friday ni br nk claim insurans.. 3k.. Original.. Tambah duit sikit tampal balik security film...huh...
Beli recondition car ni sebenarnya ikut nasib jugak..au beli kereta ni secara online tanpa tengok secara fizikal. Cuma melalui gambar di website autotrader.co.uk. Bila dah dapat kereta baru nampak ada scratch, pecah dan sebagainya. Tapi bagi aku benda tu semua boleh buat di Malaysia jadi asalkan enjin ok no problem.
Handling memang best..ambik selekoh tak bergoyang kuat dan rasa macam bawak kereta salun biasa. Aircond kat belakang ada (dua kiri kanan di setiap row), bonet belakang masih ada ruang untuk letak barang besar (in case macam kes aku stroller double decker tu muat).
Minyak full tank dekat 60 liter...sekali isi dekat Euro 80 tapi boleh tahan lama jugak..cruise dari Brussels ke Amsterdam dan patah balik ke Brussels (lebih kurang 450km) ada balance minyak lagi dan boleh stay dalam seminggu.
Cat Pearl White dan ada sign "No Wax". Model X jenis 4X4. Code ACR55. Milage 38K masa ambik di UK.
Enjin bunyi kuat sikit dan ada pengurangan minyak hitam tapi tak ketara. Kena check masa balik Malaysia nanti. Lain-lain ok tak ada masalah. Pintu side sebelah kanan fully automatik dan sebelah kiri manual. Dua-dua pintu vacuum door.
Aku harap kereta ni boleh bertahan another 5-10 tahun lagi..anak-anak pun suka naik Estima ni..
macamana dengan spare parts kat mesia ni....dengar cerita spare parts nya mahal.....kira parts kete mewah le walaupun beli recond..... toyota jual estima lebih dari 200k....alphhad 300k lebih.....pats dia mesti kaw kaw kan.... Last edited by dewamafia on 17-9-2014 02:49 PM