Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan
yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a.
Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana
setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan
bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula
merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang
perbezaan bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur.
Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah
menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam
bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara
kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-Quran pada
zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-
Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan
pendapat di kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu
sama lain.
Salam,saya nak tanya..saya ada beli al quran waqaf & ibtida' bg memudahkan saya berhenti dan memulakan bacaan...tapi yang memusykilkan saya..tempat tanda2 waqaf seperti lam alif kecil yakni haram berhenti,huruf jim dan beberapa tanda waqaf lagi tiada di tempat sepatutnya seperti al quran lain..saya telah membandingkan dengan dua naskah al quran..ternyata al quran ini mempunyai masalah tanda waqafnya.Apa komen sahabat forum.
nazrichip posted on 3-8-2013 11:10 PM
Salam,saya nak tanya..saya ada beli al quran waqaf & ibtida' bg memudahkan saya berhenti dan memulak ...
Waalaikumssalam warahmatullah
Uncle belum ada Mushaf Waqaf & Ibtida.
Tapi..kalau yg Tuan maksudkan tu yg diusahakan (tanda warna dsbnya sebagai tambahan panduan utk waqaf & Ibtida) oleh P.M Dr Raof...Setahu Uncle....dia tak mengubah sebarangtanda waqaf sediada .....
jadi..agak ganjil kalau Tuan kata tanda wakaf sediaada diubah?
Uncle sebenarnya kenal Prof secara peribadi....kawan lama ....Insyaallah..memang teringin nak dapatkan berserta tandatangan dia nanti..
AdAkAmA posted on 3-8-2013 11:07 PM
cara berzikir. bila dibaca surah Alikhlas yg terpantas akan keluar satu perkataan yg selalu kita dengar. cuma disini saya hanya sekadar bertanya.
Cara berzikir sehingga keluar satu perkataan yg selalu kita dengar? Cuba tuliskan bagaimana bunyi perkataan itu secara tulisannya?
Al-Quran itu Az-Zikr, ayat-ayatnya memang boleh dijadikan zikir. Namun untuk menjadikan zikir khusus surah tertentu, kena ada Nas (dalil) dan sebaiknya kita ikut Sunnah Nabi. Nabi membacakan Al-Quran dengan Tartil, dan jika Nabi mensyariatkan zikir2 tertentu sudah tentu ada dalilnya.
Maka, saya nak tahu, apakah Surah Al-Ikhlas yang dikatakan dibaca sebagai zikir pantas itu dibaca dengan waqaf pada penghujung ayat atau dibaca secara wasal, samada pada ayat-ayat tertentu atau pada keseluruhan surah tersebut.
Ada perbezaan cara bacaan, contoh bila Tanwin bertemu Hamzah Wasal apabila dibaca secara wasal, berbanding bila dibaca secara waqaf (bab ni saya akan sentuh kemudian, Insya-Allah)
Alhamdulillah.... nampak uncle berminat sangat pasal tajwid dan bacaan Al-Quran ni.... kalau saya salah uncle tolong tegur ya.... saya tak pakai rotan bila mengajar sebab yang dok kat depan saya macam uncle ni arif-arif belaka.
Uncle harap sangat keterangan Tuan tentang kalimah...
dalam ayat 44 Surah al Fusilat ni....hamzah yg merah tu "hamzah istifham"... KATA TANYA....Soalan..."Adakah (patutkah)...bahasa asing"..
dan 'Hamzah Qoto' nya dalam Alif dengan tanda titik..(? ).
...bagi yg tak mahir..tentu akan bunyikan.satu hamzah sja..
- Harap Tuan mnm77 terangkan kenapa Hamzah Qoto' yg ni berubah sifat begini...
p/s : yg ni lagilah "special kes" kan....hehe..Tuan kata nak p slow slow...kesian kat uncle...tersedak Uncle nanti.....
Sebelum kita bahas pasal persoalan di atas, elok dulu ada pengenalan ringkas pasal Hamzah Qoto' ni. Ia merupakan Hamzah yang qat'i (seperti yang disebut uncle Owl), tetap, yang tidak mengalami perubahan baris bila dibaca secara sambung ataupun secara berhenti. Maka lebih senang nak baca Hamzah Qoto' ni berbanding Hamzal wasal.
Hamzah Qoto' ni biasanya diletakkan tanda kepala huruf 'Ain di atas alif seperti ini: أ
Ia boleh juga ditulis di bawah alif seperti: إ ..... atau kadangkala bersendirian hanya dengan kepala huruf 'Ain: ء
Berbalik kepada Surah Fussilat ayat 44, teks di bawah ni ditulis dengan cara yang berlainan sedikit, tetapi lebih mudah dibaca:
Ada dua Hamzah Qoto' bertemu dalam satu kalimah untuk kalimah yang digariskan di atas. Kenapa ia tak jadi Mad Badal bila 2 hamzah bertemu dalam satu kalimah? Recall Mad Badal....
****** Mad Badal
Pada umumnya ia berlaku apabila 2 Hamzah bertemu dalam satu kalimah, yang pertama berharakat dan yang keduanya sukun (bertanda mati). Maka huruf Hamzah yang kedua diganti sebagai huruf mad (dipanjangkan harakat) mengikut baris Hamzah yang pertama, untuk meringankan bacaan.
Justeru ia disebut Mad Badal kerana huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah, dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah.
******
Ia bukan Mad badal kerana selepas hamzah kedua (jika dikira sebagai huruf mad), terdapat huruf yang bersukun, yakni 'Ain sakin. Juga secara asalnya, hamzah kedua berbaris, bukan bertanda sukun.
Kebanyakan mushaf Uthmani yang saya jumpa diletakkan tanda titik hitam penuh di atas Alif pada Hamzah Qoto' yang kedua seperti ini:
= tanda titik hitam di atas Alif, bukan tanda bulat mati (o) atau yang bujur sikit (0) yang ada maksud lain.
Sebagai tanda khas bagi meringkaskan/meringankan bacaan ketika membunyikan Hamzah kedua secara tashil ( تسهيل )
Saya dapati ada mushaf yang tulis kalimah تسهيل kecil di bawah kalimah أَأَعْجَمِيٌّ, bagi menjelaskan bacaan hamzah kedua di-tashil-kan.
Maka, sebenarnya kedua-dua Hamzah Qoto' tidak berubah baris, cuma yang kedua diringankan bacaannya sahaja. Ini menurut riwayat Hafs dari jalur Asy-Syatibi dan ramai Ulama Ahlul Qurra lain termasuk Ibn Kathir membacakan sebegitu. Namun riwayat Hisyam membacanya dengan satu Hamzah sahaja, maka jika kita baca sekali pun Hamzah Qoto' itu masih dalam khilaf bacaan, cuma yang masyhur dan lebih utama membaca dengan bacaan dua Hamzah Qoto' baris atas dan Hamzah kedua di-tashil-kan bacaannya
Nanti mungkin boleh bincang tanda khas lain seperti tanda macam simbol berlian, yang lebih kurang macam ni: ◊
WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 4-8-2013 09:37 AM
mnm77 posted on 4-8-2013 09:30 AM
Alhamdulillah.... nampak uncle berminat sangat pasal tajwid dan bacaan Al-Quran ni.... kalau saya ...
Alhamdullillah...
Uncle ulang ye..keterangan Tuan mnm77 ...
Kat atas "hamzah" kedua pada kalimat tu diletak tanda "titik " bagi membezakan cara bacaan hamzah yg pertama dan yg kedua..
hamzah yg pertama dibaca dgn bunyi alif dibaris atas.....tapi ...hamzah ke dua....bunyinya di "ringankan" ...(tapi masih ada 2 bunyi )
kalau kat dalam Mushaf yg Uncle guna....kat tepi mukasurat baris ayat tu...ditandakan dgn tulisan kecil dalam kotak..
علامة الهمزة المسهلة
...hamzah tanda المسهلة ....." lancar" ya...(atau "julap" kata google translate.. )
Tak diberi tanda hamzah qoto' biasa tapi ..diletak titik...sebagai isyarat supaya bacaannya ditukar sikit...(kalau tak.nahnti ada yg salah baca..jadi sama dua duanya.. )..& dlm mushaf Uncle..ditambah lagi dgn keterangan...علامة الهمزة المسهلة
mnm77 posted on 4-8-2013 09:30 AM
Alhamdulillah.... nampak uncle berminat sangat pasal tajwid dan bacaan Al-Quran ni.... kalau saya ...
Alhadullillah.....
Kebetulan....masa uncle selak selak Al Quraan ni...ada Uncle terjumpa tanda "diamond " ni .....
1. kat kalimah " La tak man na " di atas..antara mim dgn nun......( Ayat 11 Surah Yusuf )
dan..satu lagi yg Uncle perasan...kat doa yg popular...
2. kat kalimah " maje ray ha " ..di bawah ...dekat " RO "...& kat hujung tepi mukasurat..ditanda dlm kotak..اما لة الاءلف الى ياء
(Ayat 41 surah Hud )
امالة .... condong......"condongkan "alif" kepada "ya "...
kat tempat lain....uncle cari lagi... Last edited by burungantu on 4-8-2013 12:53 PM
mnm77 posted on 4-8-2013 08:02 AM
Cara berzikir sehingga keluar satu perkataan yg selalu kita dengar? Cuba tuliskan bagaimana bunyi ...
ini cuma soalan (yg saya tinggalkan kepada yg sudah tahu) dan juga cadangan semata-mata kepada yg mahu beriman dalam maksud yg sebenar2nya. apa kata kamu semua try dapatkan zikir untuk surah AlIkhlas sebanyak 100 ribu kali dalam 1 bulan ini (jika mampu). kemudian kamu bagitahu kepada saya apa perkataan yg keluar kerana tidaklah saya menipu melainkan apa yg saya sudah ketahui (rahsia Alikhlas).
ada nas mengenai hal ini, cuma saya lebih suka mendiamkan diri kerana tidak semua manusia perlu tahu perihal nas ini.
kaedah : bacaan surah AlIkhlas yg terpaling laju adalah dalam masa 5 saat per surah. perlulah dibaca dengan suara (bacaan) dan bukanlah pula dibaca pada maksud hati sehinggalah saat suara zikir surah ini dibaca bersama2 dengan hati barulah apa yg dibaca itu sama dengan apa yg saya tanyakan. bermaksud ketika berzikir, tiada siapa yg mendengar apa yg dibaca oleh anda akan tetapi anda tahu anda sedang berzikir kepadaNya. yg saya mahu tahu, ada satu tahap dimana bacaan surah AlIkhlas ini akan berbunyi tidaklah sama seperti yg dibaca. apakah bacaan itu?
p/s: saya tinggalkan jawapan untuk zikir ini, khusus kepada sesiapa yg mahu mentauhidkan diri kepadaNya. saya nasihatkan ini aje : berhati2lah ketika melakukannya kerana di dalam berzikir ini terdapat ujian yg datang dari banyak sumber yg semuanya datang atas izin dariNya. jika anda semua rasa belum bersedia untuk mentauhidkan diri kepadaNya dalam erti kata yg sebenar2nya, tak perlulah lakukan apa yg saya maksudkan kerana majoriti manusia yg mengaku beriman itu gagal utk melakukan untukNya. yg terselamat dalam maksud yg sebenar2nya amat2lah sedikit sesudah diberikan petunjuk olehNya atas mengikut pilihannya sendiri samaada mahu mentaati Dia ataupun mentaati apa yg tidak sepatutnya saya terangkan disini. sesungguhnya amat2 jarang manusia yg mampu untuk melakukan apa yg saya maksudkan untuk zaman ini. majoriti tenggelam dalam lautan fana dan akhirnya tercicir dari matlamat sebenar.
saya? hanyalah hamba yg dipinjamkan olehNya untuk berada di atas dunia milikNya sebelum dipulangkan kepadaNya.
Keseluruhan Al-Quran dianjurkan supaya dibaca ikut TARTIL, sepertimana gaya bacaan yang d ...
berdasarkan pada soalan ini :
1) saya ingin tahu, bilakah bacaan akan dibaca dalam erti kata lantunan mengikut kaedah tajwid?
merujuk pada bacaan, terdapat huruf2 tertentu yang akan dibaca secara lantunan untuk mendapatkan bacaan yg tartil. dari apa yg saya ketahui, termasuklah bacaan pada ayat ini :
saya dapati pada bacaan 'bis', millah',hirrah',nirrah' sudah terdapat lantunan dan jika tiada lantunan maka bacaan akan menjadi mendatar, dan sudah tentulah akan hilang maksud tartil yg tuan maksudkan. boleh saya dapatkan penjelasan mengenai lantunan2 pada bacaan yg dimaksudkan pada keterangan ini?
contoh lain :
masih terdapat lantunan juga untuk mendapatkan tartil pada keterangan ini. ada sebarang rujukan yg berkaitan mengenai lantunan pada bacaan? kerana tartil itu wujud dari lantunan bacaan dalam kaedah bertajwid. mohon pencerahan.
AdAkAmA posted on 4-8-2013 09:56 PM
ini cuma soalan (yg saya tinggalkan kepada yg sudah tahu) dan juga cadangan semata-mata kepada yg mahu beriman dalam maksud yg sebenar2nya. apa kata kamu semua try dapatkan zikir untuk surah AlIkhlas sebanyak 100 ribu kali dalam 1 bulan ini (jika mampu). kemudian kamu bagitahu kepada saya apa perkataan yg keluar kerana tidaklah saya menipu melainkan apa yg saya sudah ketahui (rahsia Alikhlas).
Maafkan saya, cara kamu menulis itu menunjukkan seolah-olah kamu telah beriman sebenar-benarnya didalilkan dengan amalan tersebut, dan seolah-olah orang lain tidak beriman sepertimana kamu beriman, sedangkan bila diminta dalilnya kamu tidak mahu berikan. Saya tidak kata kamu menipu, saya hanya minta dalil.
ada nas mengenai hal ini, cuma saya lebih suka mendiamkan diri kerana tidak semua manusia perlu tahu perihal nas ini.
Thread ini bukan bertujuan untuk menyampaikan amalan2 tertentu dengan menyembunyikan pula hujjah-hujjah. Seboleh-bolehnya kita nak jelas bagaiamana sebutan bacaan qiraat Al-Quran. Sebab tu saya tanya apakah sebutan itu?
Nabi berpesan maksudnya, 'sampaikan dariku walau sepotong ayat' (Sahih Bukhari)
Apabila kamu kata tidak semua manusia perlu tahu, kenapa kamu ajak pula beramal seperti yang kamu kata? Kenapa sukar untuk kamu berikan nas sedangkan kamu kata ada nas?
kaedah : bacaan surah AlIkhlas yg terpaling laju adalah dalam masa 5 saat per surah. perlulah dibaca dengan suara (bacaan) dan bukanlah pula dibaca pada maksud hati sehinggalah saat suara zikir surah ini dibaca bersama2 dengan hati barulah apa yg dibaca itu sama dengan apa yg saya tanyakan. bermaksud ketika berzikir, tiada siapa yg mendengar apa yg dibaca oleh anda akan tetapi anda tahu anda sedang berzikir kepadaNya. yg saya mahu tahu, ada satu tahap dimana bacaan surah AlIkhlas ini akan berbunyi tidaklah sama seperti yg dibaca. apakah bacaan itu?
Kamu tanya soalan tentang sesuatu yang kamu sendiri sembunyikan cara bacaannya. Saya dah kata, cara bacaan berbeza boleh membawa qiraat yang berbeza. Sila jelaskan perkataan itu dan kita akan lihat dari segi tajwidnya. Harap tak perlu sembunyikan apa-apa jika apa yang kamu nak sampaikan ini sesuatu yang benar.
Ada tak dalil baca terpaling laju 5 saat per surah sampai bunyi yang kamu tanya tu terkeluar? Saya tanya kamu baca selaju tu dengan waqaf atau secara wasal. Ada beza bacaan, kamu faham tak soalan saya? Saya bukan nak pertikai kamu atau menguji kamu, saya nak tahu macam mana dibaca dengan laju. Susah sangat kah soalan saya ni untuk kamu jawab dan beri penjelasan tentang zikir laju tu?
p/s: saya tinggalkan jawapan untuk zikir ini, khusus kepada sesiapa yg mahu mentauhidkan diri kepadaNya. saya nasihatkan ini aje : berhati2lah ketika melakukannya kerana di dalam berzikir ini terdapat ujian yg datang dari banyak sumber yg semuanya datang atas izin dariNya. jika anda semua rasa belum bersedia untuk mentauhidkan diri kepadaNya dalam erti kata yg sebenar2nya, tak perlulah lakukan apa yg saya maksudkan kerana majoriti manusia yg mengaku beriman itu gagal utk melakukan untukNya. yg terselamat dalam maksud yg sebenar2nya amat2lah sedikit sesudah diberikan petunjuk olehNya atas mengikut pilihannya sendiri samaada mahu mentaati Dia ataupun mentaati apa yg tidak sepatutnya saya terangkan disini. sesungguhnya amat2 jarang manusia yg mampu untuk melakukan apa yg saya maksudkan untuk zaman ini. majoriti tenggelam dalam lautan fana dan akhirnya tercicir dari matlamat sebenar.
saya? hanyalah hamba yg dipinjamkan olehNya untuk berada di atas dunia milikNya sebelum dipulangkan kepadaNya.
Maaf, agak berbelit-belit kenyataan kamu dengan kamu mendakwah untuk mentauhidkan kepada Allah tetapi menyembunyikan ilmu qiraat dan nas yang ditanya. Tolong ringkaskan dalilnya di sini.
Dalil hadith: Baca Surah Ikhlas 3 kali membawa pahala seolah-olah membaca seluruh Al-Quran. Jika ada dalil 100 ribu kali dengan kelajuan 5 saat per surah, sila lampirkan dari sumber mana amalan tersebut diperolehi untuk diamalkan, seperti cadangan kamu. Saya tak kata berdosa baca 100 ribu kali Surah Al-Ikhlas, saya nak tahu baca macamana sampai terkeluar perkataan yang kamu sembunyikan tu tapi kamu tanya kat sini pula?
Tolong ringkaskan dan harap tuliskan apa sebutan yang kamu maksudkan itu dan cara bacaannya waqaf atau wasal. Kalau tak faham soalan saya, sila tanya bahagian mana yang tak faham. Kita kongsi ilmu bukan tujuan nak tunjuk diri kita berilmu istimewa berbanding orang lain.
Saya percaya, ada juga yang sekadar membaca di sini (silent reader) tetapi mempunyai ilmu yang tinggi bukan calang-calang namun memilih untuk tidak menulis di sini.
AdAkAmA posted on 4-8-2013 10:25 PM
berdasarkan pada soalan ini :
1) saya ingin tahu, bilakah bacaan akan dibaca dalam erti kata lantunan mengikut kaedah tajwid?
merujuk pada bacaan, terdapat huruf2 tertentu yang akan dibaca secara lantunan untuk mendapatkan bacaan yg tartil. dari apa yg saya ketahui, termasuklah bacaan pada ayat ini :
saya dapati pada bacaan 'bis', millah',hirrah',nirrah' sudah terdapat lantunan dan jika tiada lantunan maka bacaan akan menjadi mendatar, dan sudah tentulah akan hilang maksud tartil yg tuan maksudkan. boleh saya dapatkan penjelasan mengenai lantunan2 pada bacaan yg dimaksudkan pada keterangan ini?
Saya kurang jelas apa yang kamu maksudkan dengan lantunan. Lantunan yang macamana yang kamu faham sebagai kaedah bertajwid dari penjelasan saya?
Satu ilmu yang kita kena tahu sedikit-sebanyak untuk memudahkan bacaan ialah: ilmu mengenali kalimah
Bacaan dari ayat di atas jika ditulis berdasarkan kalimah yang terasing:
Bismi, Allahi, Ar-Rahmani, Ar-Rahiimi
Bila dibaca dengan sambung dan waqaf di akhirnya: Bismi-llahi-r-Rahmani-r-Rahiim
Apa yang kamu maksudkan dengan lantunan? Adakah tashdid (syaddah)? Jika kamu bertanya pasal tashdid, ia seperti menggandakan dua huruf konsonan dengan memasukkan satu huruf ke dalam huruf yang lain. Sesuatu kalimah tidak ditentukan berdasarkan tashdid yang ada padanya. Bila ada tashdid, maka bacaannya akan ditekankan (mungkin itu yang kamu maksudkan lantunan?)
masih terdapat lantunan juga untuk mendapatkan tartil pada keterangan ini. ada sebarang rujukan yg berkaitan mengenai lantunan pada bacaan? kerana tartil itu wujud dari lantunan bacaan dalam kaedah bertajwid. mohon pencerahan.
Saya cadang kamu fahami tentang kalimah-kalimah terasing sebab ilmu tajwid banyak bergantung kepada kalimah-kalimah.
Untuk ayat di atas, kalimahnya:
Al-Hamdu, Lillahi, Rabbi, Al-'Aalamiina
Bila dibaca dengan bersambung (dan waqaf di hujung ayat): Al-Hamdu lillahi Rabbi-l-'Aalamiin
burungantu posted on 4-8-2013 12:10 PM
kalau kat dalam Mushaf yg Uncle guna....kat tepi mukasurat baris ayat tu...ditandakan dgn tulisan kecil dalam kotak..
علامة الهمزة المسهلة
...hamzah tanda المسهلة ....." lancar" ya...(atau "julap" kata google translate.. )
Alhamdulillah... syukran uncle atas perkongsian. Tadi saya semak mushaf yang dipakai oleh anak saya, mushaf colour coded tajweed memang tertulis seperti uncle tulis
Saya rasa (kalau salah uncle betulkan ye), Hamzah Al-Musahhilat tu Hamzah 'Ringan', yang kata akarnya sama dengan Tashil (meringankan).
Bila ringan dia jadi lancar la kan? Setakat pencarian saya, julap = laxatives = ubat pelancar (hehehe)
Berkenaan 2 hamzah qoto' yang bertemu dan masing-masing berbaris, contoh merupakan contoh unik/khas/istimewa cara bacaannya sebab tu diletakkan tanda istimewa titik gelap atas alif tu. Kat lain-lain tempat dibaca macam biasa bila ada 2 hamzah qoto' yang berbaris.
Dalam Surah Al-Waqi'ah ada beberapa kali contoh (ayat tanya) yang ada 2 hamzah qoto' yang berbaris, salah satu darinya ayat 59: أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ
Dibaca secara biasa saja di tempat-tempat lain. WAlhamdulillah
burungantu posted on 4-8-2013 12:41 PM
Alhadullillah.....
Kebetulan....masa uncle selak selak Al Quraan ni...ada Uncle terjumpa tanda "diamond " ni .....
1. kat kalimah " La tak man na " di atas..antara mim dgn nun......( Ayat 11 Surah Yusuf )
dan..satu lagi yg Uncle perasan...kat doa yg popular...
2. kat kalimah " maje ray ha " ..di bawah ...dekat " RO "...& kat hujung tepi mukasurat..ditanda dlm kotak..اما لة الاءلف الى ياء
(Ayat 41 surah Hud )
امالة .... condong......"condongkan "alif" kepada "ya "...
kat tempat lain....uncle cari lagi...
Terima kasih.
Setakat yang saya ingat memang dua ayat yang uncle tulis di atas. Mungkin ada di tempat lain satu lagi, saya pun dah tak berapa pasti kalau betul ada lagi. Untuk yang ni kalau uncle nak kongsi lebih amat-amat dialu-alukan. Saya nak jadi murid pulak ni...
mnm77 posted on 5-8-2013 01:25 AM
Saya kurang jelas apa yang kamu maksudkan dengan lantunan. Lantunan yang macamana yang kamu faham ...
saya ambil soalan ini dari statement ini :
"Sifat huruf adalah salah satu dari perkara tajwid dalam bacaan al-Quran. Sifat huruf adalah ciri yang menjelaskan perihal suatu huruf. Melalui sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan suatu huruf itu dengan keadaan sebutannya seperti tertahan, berdengung, melantun dan sebagainya"
"Kelebihan memahami sifat huruf ini adalah sebagai pelengkap kepada makhraj. Dengan mengetahui sifatnya, kita dapat membezakan lafaz sebutan bagi huruf yang makhrajnya sama. Tambahan pula, kita akan dapat mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafazkan secara tebal dan tipis kerana sifat yang wujud pada hurufnya. Sifat huruf juga membantu memperkemaskan ketepatan sebutan suatu huruf supaya dapat dilafazkan dengan betul, terutamanya bagi huruf yang hampir sama sebutannya seperti huruf tha (ث) dengan sin (س), ha' (ح) dengan ha (ﻫ)."
mengikut kaedah Albaghdadi, sememangnya bacaan Alquran secara bertajwid dalam bentuk lantunan akan membentuk bacaan dan bukannya melagukan bacaan.
memang ada kaitan dengan kaedah tajwid perihal soalan yg saya sedang bertanya kerana kaedah membaca Alquran tidak lekang dari kaedah membaca secara lantunan kerana disitu dizahirkan maksud bacaan yg sebenar2nya. dan tidak semua manusia tahu kaedah lantunan bacaan yg betul. jika dibaca Alquran secara nyanyian tidak akan boleh menandingi bacaan yg dilakukan secara lantunan.
*jika tiada lantunan pada permulaan bacaan ini :
adakah boleh Dia menerima bacaan orang yg tidak memperbaiki bacaan? mohon penjelasan? Last edited by AdAkAmA on 5-8-2013 08:53 AM