CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cutebaby5907

TOLONG SGT2!!!APA JADI DGN PREVE AKU NIH!!!

[Copy link]
Post time 4-9-2013 04:54 PM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 4-9-2013 04:52 PM
klu aku bukak besar2an pastu aku x pandai tutup besar2an
udahnye terus terbukak besarrrrr..hahaha ...

kali ke dua jadi lagi ko tinggalkan kat umah aku lak... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 05:14 PM | Show all posts

TT,

Semoga ada improvement yang SC akan buat nanti.   Harap-harapnya semua masaalah akan dapat diselesaikan once & for all.

BTW,

Aku baru je togelkan kereta kancil aku minggu lepas.   Start buka kerusi, karpet, semua fittings kat door sills & gearbox area pada pagi hari Sabtu.  Petang Ahad dah siap pasang balik.   



Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:07 AM | Show all posts
cuba try emel ur problem to director or mgr proton ... mana tau lagi effective...my fren pernah emel sbb masalah berulang tak settle2...then dapat call suruh hantar for thorough check up..pas tu terus ok...try le..mana tau leh jalan...walaupun dia tak pakai proton...tapi mana tau leh solve ur problem
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 12:48 PM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 4-9-2013 04:52 PM
klu aku bukak besar2an pastu aku x pandai tutup besar2an
udahnye terus terbukak besarrrrr..hahaha ...

kalau masalah tak selesai jugak...biasanya dealer/SC yg tempat ngko beli tuh kena force buy back to check quality gate sampai settle...
Biasanya SC takkan reveal T&C mcm nih...diowang diam jer sebab rugi kalo customer dpt tau...biasalaa nak tipooo ISO certified...
Proton mmg dungu...takde shower cabin tempat test sembur air hujan ke haper ke....utk cek tanda leaking keseluruhan body atau tak...
Aku dah masuk kilang kat proton city...sejak tu aku tak hormat proton lagi...org2 internal engineer ke, assurance quality ke bukannya pakai proton...sumer pakai keta2 import...yg pakai proton golongan org keje kilang bhgn pemasangan...



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes TT sama ngan Saga FLX aku.. Tp kes aku lain sket... Lepas pakai 6bulan, musim hujan.. So bila bukak ekon je keta aku bau lembab hapak.. Busuk sangat.. Tp lama2 bau dia hilang. Bau tu keluar time mula2 bukak ekon.. Bila park keta kt panas lg la bau dia mcm haram. So antolah kt SC Glenmarie.. Aku amik cuti. Hantar dr pagi sampai kol 2pm dia kata x dpt detect tang mana. Pastu suruh aku anto kt SC kesas.. Dah le tu kena buat appoiment bagai. Langsung aku x buat.. Aku g polish keta kt Cars n buat spray hilang bau dalam keta..
Taraaaa hasilnya sampai skrg xbau... Oh proton... Ni last aku pakai proton.. Iswara aku dulu meter minyak jahanam lepas 2tahun, pastu aku pakai Savvy sampai skrg ada je masalah. Nasib baik x mati kt Highway bearing problem sampai nk tercabut tayar.. Kena hantar pen kt Senawang kena pow ribu riban! Nk jual x laku. So keta ke3 ni Saga plak problem...
Mcm ni nk suruh support proton?? Phuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 08:59 PM | Show all posts
Bunyi air tu mungkin sebab host outlet aircond tersumbat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2013 03:26 AM | Show all posts
Dulu 1st time anta servis Keta Bru proton wira 1000km aku buat lh Aduan Ada bunyi ngek ngok 2x , nk tau cs tu ckp apa ? Dia ckp ntah2 dh masuk Kevin kelaparan sawit! Aku punyelh geram aku lawan blik aku ckp hello Keta aku 900km aku dh bwk g servis mna mungkin aku bwk Keta nk2 yg Bru bkak sampul masuk dlm kebun! Menyumpah aku! Buat dosa je! So sekarang Walau pro@&$ murah or mahal sorry no more! Dh lh bad cs! Good bye!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 02:08 PM | Show all posts
Cerita dari FB:   Lan Halamy


Saya telah membeli sebuah kenderaan jenama Proton Preve dan kenderaan tersebut telah dihantar kepada saya pada 27 Ogos 2013. Didapati kereta yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran WYV XXXX mengalami kerosakan. Secara kronologi, saya akan huraikan permasalahan yang terjadi.

28 Ogos:
Kereta yang dipakai dan baru berusia sehari telah pun rosak di bahagian 'compartment box' di sebelah penumpang tempat duduk hadapan. Compartment box tersebut tersekat (jammed) dan tidak boleh dibuka. Pada mulanya saya fikir terdapat satu 'safety button' untuk membukanya, tetapi setelah menelefon salesman yang menjual kereta itu kepada saya (wakil jualan dari Azitin Auto Sdn. Bhd.), beliau hanya mengarahkan saya untuk merujuk masalah itu kepada pusat servis yang terdekat. Pada hari yang sama, saya membawa kereta itu ke Pusat Servis Proton (High Power Auto Sdn. Bhd.) di Desa Pinggiran Putra, Kajang, dan mekanik di situ cuba menyelesaikan masalah saya. Tetapi gagal, masalah yang sama tetap berlaku.

30 Ogos:
Saya dapati terdapat kerosakan pada brek tangan, apabila kereta sudah diparkir, brek ditarik, tetapi brek tidak 'lock', 'handle' nya jatuh secara tiba-tiba dan kereta menggelongsor ke depan. Mujurlah saya berada di situ dan sempat menahannya dengan tangan dan saya juga bernasib baik kereta tidak diparkir di tempat yang curam. Kereta saya hampir melanggar sebuah kereta yang diparkir di hadapan, dan kalau tidak bernasib baik, saya juga mungkin digilis hidup-hidup.

2 September:
Sekali lagi saya merujuk ke pusat servis yang sama untuk menyelesaikan masalah saya. Mekanik di situ cuba membaiki handle pada brek tersebut. Setelah hampir sejam, pembaikan selesai. Apa yang mengejutkan saya, sejurus selesai menyiapkannya, mekanik tersebut memberitahu yang kerja-kerja dilakukan tidak mempunyai jaminan keselamatan dan tidak tahu selama mana ia akan bertahan. Beliau menyuruh saya merujuk masalah kereta saya ke ibu pejabat Proton di Glennmarie. Memandangkan tiada kenderaan ganti untuk saya, saya cadangkan kepada mereka untuk membuat temu janji dahulu sebelum saya ke sana.

Pada hari yang sama juga, saya telah buat aduan di Facebook Proton Holdings Berhad mengenai masalah yang saya hadapi, tetapi keesokan harinya baru mereka membalas.

3 September:
Wakil Facebook Proton Holdings Berhad mengatakan, masalah saya sudah dirujuk dan seorang wakil dari Proton We Care akan menghubungi saya untuk menilai permasalahan yang dihadapi. Tetapi, tiada wakil Proton We Care yang menghubungi saya pada hari tersebut.

4 September:
Lebih kurang jam 10.15 pagi, seorang wakil dari Proton We Care bernama Arif telah menghubungi saya. Cadangan beliau untuk saya merujuk kereta saya ke pusat servis yang lain amat mengecewakan. Saya hanya bercakap dengan beliau yang saya hendakkan 'full refund' kalau begitulah tahap cadangan oleh Proton untuk menyelesaikan masalah saya. Setelah digasak bertalu-talu, beliau akhirnya mengatakan yang masalah kereta saya perlu dirujuk kepada 'specialist', dan meminta saya menunggu untuk dihubungi, tetapi seperti yang saya duga, tiada siapa dari pihak Proton yang menghubungi saya pada hari tersebut.

Pada hari itu juga saya mendapati terdapat kerosakan baru di bahagian gear kereta di mana gear satu dan gear 'reverse' susah untuk masuk.

Saya amat kecewa dengan kualiti produk oleh Proton walaupun pada hemat saya sebelum ini kualiti Proton telah dinaik taraf, tetapi sebenarnya ia masih lagi di takuk lama. Saya rasa sangat tertipu dengan pembelian yang telah dibuat. Proton seolah olah membekalkan 'kereta rosak' dan berisiko tinggi kepada pengguna dan hak mereka juga nampaknya tidak terbela.

Dalam kes saya, saya kira saya amat bernasib baik, kerana setakat ini, kerosakan yang dialami oleh kereta saya tidak membabitkan kemalangan jiwa. Tetapi kerosakan brek tangan ini adalah kerosakan yang major sebab ada 'safety issue' dan boleh membahayakan diri saya sebagai pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain. Saya juga tidak dapat bayangkan, kalau kereta itu menggelongsor ketika saya tiada didalamnya, ia mungkin akan menyebabkan kecelakaan yang lebih buruk.

Saya berkira untuk mendapatkan kereta yang baru memandangkan ini bukan soal yang remeh, malah melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya. Saya bercadang untuk meminta Proton membuat 'buy-back' kereta saya dan digantikan dengan yang baru, atau Proton boleh mengambil semula kereta saya dan memberikan 'full refund'. Jika kedua-duanya enggan dipersetujui oleh Proton, maka saya akan cuba dengan jalan undang-undang supaya dapat saya justifikasikan yang Proton telah 'menyamun' saya.

Saya harap masalah saya ini diambil kira dengan kadar segera memandangkan saya sedang memandu kereta yang amat 'berisiko' walaupun usianya BARU SEMINGGU.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2013 10:23 PM | Show all posts
aku pernah servis 3 kali jer kot kat SC Proton tepi Kesas Shah Alam tuh. Lepas tu terus maleh dah, pergi bengkel biasa jer.. servis memang terlalu amat menyakitkan hati. Aku kalau lepas ni nak beli proton lagi memang kena pikir 80 kali, bukan sebab kereta tapi sebab pusat servis yang amat la hampagas nyer.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 08:24 AM | Show all posts
hanalisa posted on 8-9-2013 10:23 PM
aku pernah servis 3 kali jer kot kat SC Proton tepi Kesas Shah Alam tuh. Lepas tu terus maleh dah, p ...

Explain skit "service amat menyakitkan hati"? Saya pun pakai preve. Dah setahun dah. Service cantik sahaja. Semua dibuat dgn professional.

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 08:25 AM | Show all posts
DCrystal posted on 8-9-2013 02:08 PM
Cerita dari FB:   Lan Halamy

Saya ada kawan yg prevenya ada masalah brake. Brake kadang2 masuk ke dlm apabila ditekan. Dia bawak ke RnD department (setelah byk hanky-panky). Skrg dah settle. Kena vokal sikit. Cakap nak bawak ke tribunal atau nak dedahkan kepada media.

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 08:57 AM | Show all posts
Bell posted on 9-9-2013 08:24 AM
Explain skit "service amat menyakitkan hati"? Saya pun pakai preve. Dah setahun dah. Service canti ...

sorry aku tak pakai preve.

do i have to explain? okayyy.. aku cerita general je la ok. --> mahal, SLOW!, kena ketuk baru nak buat, buang masa aku, sekian.

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:22 PM | Show all posts
problem mcm ni kena contact @peYno  
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:03 PM | Show all posts
hanalisa posted on 9-9-2013 08:57 AM
sorry aku tak pakai preve.

do i have to explain? okayyy.. aku cerita general je la ok.  ...

samala...service lembab, spare part mahal, air pree time nunggu tu tak byk pilihan, tmpat service kecik, staff tak friendly, problem bunyik 'nyek-nyok-nyek-nyok' tak settle2 walaupon dah hantar byk kali siap bergaduh2 lg. usia keta br 1 tahun...haih....ehhh, lupa nk bg tau...bkn proton tp PEUGEOT, 308T. yg tak mengecewakan, keta tu amattttttttt la best. laju nk mamposs.

satu lagi hantar keta service tmpat cantik, luas, staf friendly, ada byk pilihan makanan..tp wifi free takder, spare part mahal dan prob bunyik 'kok-kok-kok' tak settle2 walaupon dah hantar 7 kali ke SC utk repair. walhal keta br 2 tahun..siap aku ngadu dlm FB,  hampeh takder apa2 tindakan...last2 keta tu jual beli lain. owh, bkn proton lagi yer tp HONDA. City, bwk lebih 130kmj dah melayang2..tak best.
Last edited by aks_berhad on 9-9-2013 11:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:09 PM | Show all posts
Bell posted on 9-9-2013 08:25 AM
Saya ada kawan yg prevenya ada masalah brake. Brake kadang2 masuk ke dlm apabila ditekan. Dia bawa ...

kes2 mcm ni kita as pengguna kena bertindak professional sikit. make sure ada black n white dan tau hak2 kita. bkn nk suruh belagak kt dpt kaunter tu, tp tunjuk sikit kt diorang yg kita ni bknnyer calang2 org. baru diorang akan bertindak seperti sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:47 PM | Show all posts
nasib baik aku takde preve
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 07:03 AM | Show all posts
aks_berhad posted on 9-9-2013 11:03 PM
samala...service lembab, spare part mahal, air pree time nunggu tu tak byk pilihan, tmpat service  ...

honda city tu orang beli sebab dia antara kereta paling jimat minyak, bukan untuk bawa terbang atas jalan. Nama pun "cik SITI".. peugeot memang sedap bawak, tapi sekali rosak bole tahan gaks laa melayangnye $$$$. To me kalau beli kereta kena pikir juga service yang perlu kita hadap bertahun2 ituh, supaya tak pening di kemudian hari. Teringat kes kawan saya yang pakai kereta mahal, lepas tu kena tukar spare part rosak rm20++k, terus beliau jual kereta itu dan beli kereta lain.

btw lain orang lain experience lah kan, kalo ada yang dapat servis layan baik punye, then it's your luck lah. kalau terkena yang menyakitkan hati, tobat la nak datang lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 08:09 AM | Show all posts
Bell posted on 9-9-2013 08:24 AM
Explain skit "service amat menyakitkan hati"? Saya pun pakai preve. Dah setahun dah. Service canti ...

aku dh muak anta kat SC glenmarie
aku mengadu bunyi "nyok-nyek-nyok-nyek" kalau pakai seat belt...dier boleh kata.."tadi sy try duduk goyang2, xde bunyi pun...agaknye sbb berat saye kurang 60 kg kott..."..aku rase nak belasah jek...klu x kerana dier kawan suami aku, mmg aku dah hentam...%$^$&#*#....ape tgk aku ni gemok ke hape? aku cakap seat belt, dier pi check kt seat...rase nak belasah ke x ek? pastu puiiiiii aku nak anta situ lagi..mmg x la kan...

arini baru nak anta kat SC HICOM tu...tgk la brape lame kete aku duk dalam tu...klu x setel gak harus aku call kawan aku keje PROTON R&D...geram sehhhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 08:11 AM | Show all posts
aks_berhad posted on 9-9-2013 11:09 PM
kes2 mcm ni kita as pengguna kena bertindak professional sikit. make sure ada black n white dan ta ...

encik ajar sy sket blh x cara2nye
saye betul2 geram & x tau nak wat cmne...
serius ni, x tipu

tapi aritu sy ade terbaca sape ntah, katenye ade la sedara nye beli exora pastu asek kuar masuk SC, dapat ganti exora baru...
huhu
best la gitu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 08:47 AM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 10-9-2013 08:11 AM
encik ajar sy sket blh x cara2nye
saye betul2 geram & x tau nak wat cmne...
serius ni, x tipu {: ...

aku dh ckp email ke tribunak pengguna...cc ke proton & media...
sure depa ambil tindakan punya...tu je cara yg ada pun....
kalau ko belasah org kat SC tu sampai lembik pun tak guna dehhh..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.460691 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list