CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lee_sakura

Misteri gunung-gunung di Malaysia

[Copy link]
Post time 28-9-2013 01:20 AM | Show all posts
Aku pun nak tumpang ceta pengalaman aku...

Gunung Telapak Buruk di Negeri Sembilan.

Perjalanan dimulakan pada jam 8 pagi dengan jumlah peserta melebihi 40 orang.. Pada awalnya memang kami tak menghadapi masalah walaupun trek yang kami lalui itu trek yang tak sempurna. (Perintis x sempat buat trek sampai ke puncak depa dah patah balik. Menurut guide masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 8 jam.. (sebab kami ramai)... Di puncak gunung nanti kami akan diangkut dengan hilux untuk turun ke tapak perkhemahan.

Cabaran mula terasa apabila hujan turun pada jam 12 tengahari (lebih kurang r...) trek menjadi licin n grup kami berpecah kepada 3. 1st grup untuk mereka2 yang betul2 cergas, 2nd mereka2 yang pancit n 3rd grup untuk mereka2 yang cedera. Kedudukan aku antara grup 1 n 2.. Tugas aku mudah, kejar peserta terakhir dari grup satu kemudian tunggu peserta pertama dari grup kedua.. Bila nampak jer peserta dari grup kedua aku akan kembali mengejar peserta grup pertama..... Untuk makluman untuk sampai ke puncak GTB ni kita harus mendaki lebih kurang 12 bukit.. Naik turun 12 bukit yang treknya terlalu licin.. Pacat pulak toksah citer r...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 01:31 AM | Show all posts
Keadaan trek yang licin memaksa kami berhenti di banyak tempat... Ini menyebabkan perjalanan kami semakin perlahan. Dah pukul 9 malam kami masih di separuh perjalanan ke puncak. Bila semua peserta dah berkumpul (waktu tu grup 1 dan 2 dah berkumpul, pasang unggun api.. Nasib baik guide ada bawak parang n depa ni amik  teras batang pokok yang dah mati untuk dijadikan unggun api sebab cuaca masih sejuk dan basah...

Bila grup ketiga sampai kitorang berbincang samada nak teruskan perjalanan atau bermalam... Bayangkan waktu tu kitorang hanya ada air n makanan ringan (biskut, asam, roti sebab jangkaan perjalanan hanya 8 jam) Nasik dah dimakan jam 3 petang sebelum tuh... Perbincangan dengan guide, ketua xpdc dan pegawai polis yang mengiringi kami akhirnya mencapai kata putus, perjalanan akan diteruskan dengan meletakkan mereka2 yang dah pancit n cedera di bahagian depan... Aku tergolong dalam kumpulan belakang....

Dan ketika perjalanan malam inilah aku melihat beberapa kejadian misteri yang xde sape pun boleh terangkan kesahihannya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 12:36 AM | Show all posts
Ganas sungguh cerita korang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 08:48 PM | Show all posts
Kami memulakan kembali perjalanan untuk ke puncak kira-kira pukul 10 malam.. Kami dimaklumkan makanan akan dihantar ke pondok wakaf di tepi anak sungai bersama guide tambahan. Dan yang tahu tentang perkara tersebut hanya mereka2 yang turut sama dalam perbincangan untuk meneruskan perjalanan @ bermalam sahaja. Maksudnya x semua orang tahu tentang bantuan makanan n guide tambahan tersebut.. Ketika memulakan semula perjalanan aku berada di kedudukan 3 terakhir..

Memandangkan peserta xpdc yang ramai maka cahaya lampu memang kelihatan cantik apabila dilihat dari belakang, cuma mata aku melihat sesuatu yang aku rasa agak pelik... Aku melihat seperti ada kedai makan dengan lampu elektrik. Kedai makan style kt kampung di mana dindingnya boleh dibuka dan ditongkat ke atas.. Apa yang aku lihat aku x maklumkan pada sesiapa... Dalam hati cuma berkata cantiknya wakaf sempat depa hantar bantuan nih.. Tapi bila dah sampai kt kawasan tu keadaan jadi gelap gelita. Xde lampu yang terang, xde kawasan yang lapang.. Yang ada cuma kawasan berbatu besar sahaja....

Kemudian aku berjalan lagi... Menangguk mane2 peserta yang mula pancit akibat perjalanan yang penuh dengan pacat, letih, cedera n macam2 lagi karenah... Sekali lagi bila aku melihat kehadapan aku melihat ramai peserta yang masih memakai ponco pakai buang n tubuh mereka kelihatan besar2.. Walhal sebelum memulakan perjalanan tadi hanya 3 orang jer yang memakai ponco....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
jelbon posted on 29-9-2013 08:48 PM
Kami memulakan kembali perjalanan untuk ke puncak kira-kira pukul 10 malam.. Kami dimaklumkan makana ...

citer ko blum abes lg kan??? sambung lah lgi....
ponco tu ape??
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 08:11 AM | Show all posts
edoraixora posted on 30-9-2013 01:26 AM
citer ko blum abes lg kan??? sambung lah lgi....
ponco tu ape??

ponco  ni mcm baju ujan

mcm ni ;


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2013 11:02 AM | Show all posts
peachRose posted on 30-9-2013 08:11 AM
ponco  ni mcm baju ujan

mcm ni ;

Seram pulak tengok ponco tu, ala2 pocong jea...nasib tak warna putih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:03 AM | Show all posts
@jelbon...ku seru namamu..cepatla sambung cite...tak sabar nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 11:10 AM | Show all posts
jaketbiru posted on 30-9-2013 11:02 AM
Seram pulak tengok ponco tu, ala2 pocong jea...nasib tak warna putih...

kiki..
jumpa mcm tu kat google images...
actually mcm2 jenis...baju ujan plastic tu pun kita panggi ponco..sikit2 lagi nak eja cam pocong kan..
kalau malam2 jumpa makhluk pakai mcm ni mmg ngeri kut...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:15 AM | Show all posts
peachRose posted on 30-9-2013 11:10 AM
kiki..
jumpa mcm tu kat google images...
actually mcm2 jenis...baju ujan plastic tu pun kit ...

Betul tu...

mana la si jelbon nie...citer sekerat2 ni yg tak best nie...

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 01:25 PM | Show all posts
sambung sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:29 PM | Show all posts
Sorry geng aku biasa masuk thread ni pas kol 10... Petang tu time free jer...

Since korang dah tau ponco tu macam mane so senang r siket aku nak bercerita... Apa yang aku lihat mungkin kerana terlalu penat.. Dari belakang peserta aku melihat mereka melalui tempat yang cerah dah lapang.. Tapi bila aku sampai keadaan adalah sebaliknya.. Berbatu besar n tak lapang pun...

Bilangan peserta yang memakai ponco waktu tu ramai dari biasa, malah tubuh mereka pun besar... Aku x sampai hati nak khabarkan apa yang aku lihat kepada Paly, salah sorang rakanku yang berada di barisan paling belakang..

Perjalanan diteruskan dan disebabkan aku tensen dengan sorang mamat nih (injured tapi still nak berkepit/jalan dengan awek dia di barisan belakang) aku melangkah laju ke depan.. Menjadi penunggu kepada barisan yang terputus... Tercegat sorang2 dalam tempat yang gelap dan sunyi menunggu rakan2 di belakang sampai, kemudian berlari semula ke barisan depan mengejar mereka2 yang dah semakin jauh...

Bila dah sampai di wakaf tempat bantuan makanan seperti yang aku citer sebelum ni, kami berenti makan.. sekali lagi perbincangan dibuat sebab waktu tu dalam pukul 2 pagi x silap aku.. Rekod aku berjalan waktu malam di dalam hutan sewaktu mendaki gunung gagau dipecahkan di sini.. Dalam perbincangan kami diberi pilihan samada turun ikut jalan bantuan makanan atau meneruskan perjalanan...

Mungkin kerana cabaran yang guide pernah berikan kepada kami (guide pernah cakap sebelum hujan turun waktu awal xpdc sekiranya kami berjaya sampai ke puncak kami grup pertama yang ikut trek tuh...) maka kami sepakat (majoriti actually) untuk meneruskan perjalanan...

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:42 PM | Show all posts
disebabkan perut dah diisi... (nasib baik stok rokok banyak lagi waktu tuh....) kami kembali meneruskan perjalanan dengan semangat baru.. namun pendakian semakin mencabar.. gaung n permatang dilalui dalam keadaan cahaya yang samar2... peserta yang cedera semakin ramai sebab trek licin n penuh dengan pokok palma berduri..

Sewaktu aku mendaki untuk sampai ke permatang, (orang belakang dalam jarak 30 meter rasanya...) aku terdengar bunyi yang menyebabkan jantung aku hampir terhenti... Bunyi seperti mende ketawa/mengilai betul2 di sebelah kanan aku.. Sebelah kanan aku tu jurang yang x pasti kedalamannya sebab aku x berani suluh pun... Mungkin ni musang yang bunyi mengilai seperti yang pernah orang2 tua citerkan... Bila dah terkejut dan lemah lutut aku hanya mampu berpaut pada sebatang pokok, konon2 menunggu peserta barisan belakang sampai..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 12:00 AM | Show all posts
Alhamdulillah..sepanjang mendaki Gunung Tahan dari tahun 1997 till 2001 tiada apa yg pelik menganggu. Cuma mmg akui banyak kisah pelik dan misteri di sekeliling Gunung Tahan ni..
  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 01:48 AM | Show all posts
peachRose posted on 30-9-2013 08:11 AM
ponco  ni mcm baju ujan

mcm ni ;

ooooo....raincoat, tenkiu2 kasik tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 01:50 AM | Show all posts
jelbon posted on 30-9-2013 10:42 PM
disebabkan perut dah diisi... (nasib baik stok rokok banyak lagi waktu tuh....) kami kembali menerus ...

uwaa..bsambung lagik xpe la take ur time
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 08:43 AM | Show all posts
best lah pulak citer mat Jelbon ni...sambung please.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 09:50 AM | Show all posts
lagi lagi . syok la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:03 AM | Show all posts
jelbon posted on 30-9-2013 10:29 PM
Sorry geng aku biasa masuk thread ni pas kol 10... Petang tu time free jer...

Since korang dah t ...

cite la lagi. cara penceritaan menarik.

dan terima kasih krn buatkn perenggan2. sonang nk dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 02:59 PM | Show all posts
Bila depa sampai jer aku kembali bergerak... Alhamdulillah, bunyi tu sekali jer n peserta yang dibelakang aku pun nampak macam xde perasaan cemas atau takut.. Dalam gelap malam aku kembali melangkah berbekalkan lampu suluh yang diikat pada kepala..

Perjalanan la ni atas permatang, kiri kanan gelap.. Sesekali aku menoleh kebelakang untuk memastikan peserta masih melihat aku.. Sampai di satu tempat (mendaki siket) aku melihat sesuatu.. Segala pantang larang hutan waktu tu aku langgar begitu sahaja...

"Wooiiii..."! panggil aku dengan suara yang agak perlahan... Nak panggil nama x kenal so jerit je macam tuh..

Objek yang ada di depan aku ketika itu duduk mencangkung... Bila xde jawapan sekali lagi aku memanggilnya...

"Woooiiii.... Sape tuh"?

Kemudian suara objek tu menjawab....

"M$%*@ ke tuh"? Dia bertanya....

Rupa2nya dia adalah boss aku... hihihi... Dia masuk bersama2 pasukan bantuan yang menghantar makanan kepada kami tadi... Since gunung yang kitorang daki ni dekat dengan kampung dia maka dia turut menyertai pasukan bantuan....

Alhamdulillah... Manusia ropenyer... getus hatiku...

"Jauh lagi ke encik J"? Aku bertanya kepada encik J@boos aku...

"Tak jauh dah.... Sepelaung jer lagi.." balas boss aku ringkas...

Kemudian dia berpesan supaya aku menunggu peserta di belakang sebab hanya cahaya lampu suluh mereka sahaja yang kelihatan.. Encik J meneruskan perjalanan... Aku pun kembali menunggu... Tiap kali menunggu tiap kali itu jugalah aku menyalakan rokok dunhill...

Abis sebatang rokok x lama kemudian peserta sampai.. Perjalanan diteruskan.. Kami sampai ke puncak pukul 5.30 pagi... Waktu nk sampai puncak yang misteri2 dah xde.. Kalu adapun cuma bayang2 pokok paku pakis yang kelihatan seperti manusia sedang duduk di atas batang... X sangka aku diperbodohkan dengan bayang2 tuh.. Patut r bila aku panggil dia x menjawab panggilanku.. Puas jugak r aku menunggu peserta sebab lampu suluh aku dah abis bateri nak suluh pun dah x boleh... Ketika itu suara peserta jelas kedengaran cuma aku jer yang xnak menjerit memanggil diorang... Kalu menjerit kantoi r betapa aku ni sorang yang penakut... huhuhu...

Tamat...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.611875 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list