tuh lebuhraya kt butterworth pun naik gak. so kalau nk ckp isu tol ni naik sbb kerajaan selangor, ngape plak yg kt belah penang pun naik? pakatan berpakat jom sama-sama naik?
annehuda posted on 19-12-2013 12:39 PM
tuh lebuhraya kt butterworth pun naik gak. so kalau nk ckp isu tol ni naik sbb kerajaan selangor ...
yg sebenarnya macai2 sume butt hurt...k'jaan persektuan ada share majoriti tp tak mau jadik hero..Selangor yg pgg share minoriti ni plak susah2 jd hero
jengkoil posted on 19-12-2013 12:12 PM
Dik..bila dah tersepit...nga kitab utusan pun cai dah x caye lg...
hmmmm....
pada pemerhatian aku, yg tersepit dlm isu ini ialah BN dan juga tt...
pemimpin BN tersepit sebab desakan dari ramai pihak termasuk dlm umno sendiri supaya mengotakan janji utk turunkan tol, bukan sebaliknya...
tambah pulak isu ini telah beri peluang kepada PR utk jadi hero...
tt juga tersepit sebab memandai membuat andaian bahawa Selangor yg timbulkan isu... tanpa sebarang basis...
dlm ertikata andaian @fitnah yg dicipta dari angin...
utusan...? dah utusan tu merupakan lidah @SUARA BN/umno, takkan lah pulak Utusan sengaja nak publish artikel yg akan merugikan BN/umno...
Sedangkan Zakir Naik pun menggunakan rujukan Bible, kitab2 Hindu sebagai hujah, apa salahnya guna Utusan sebagai hujah?
Bila guna Harakah, lagi la haram korang takkan terima...
aduh! logik mudah macam ni pun korg tak terjangkau...
no wonder la....
daripada guna 30% pegangan tu halang kenaikkan tol baik guna 30% pegangan tu revise perjanjian konsesi lagi bagos... halang pun berapa lama sangat boleh halang... ekekeke... Last edited by cipOt_cedOt on 19-12-2013 01:44 PM
akughi posted on 19-12-2013 12:19 PM
dah wartawan tanye...dia jawab la......pah tu ko pun cakap menteri JPM yg start dulu.....
hmmm....
tapi kau yg tulis bahawa Selangor yg timbulkan isu..
dimana yg menunjukkan Selangor yg timbulkan isu???
"Bagi saya memang akan sampai masanya kita perlu mengotakan perjanjian yang telah dipersetujui dengan syarikat-syarikat konsesi ini dan perlu membenarkan mereka menaikkan kadar tol.
"Dalam konteks merasionalisasikan subsidi, kita melihat secara keseluruhan dan merasakan kerajaan perlu lebih mengoptimumkan pembiayaan dan ini termasuklah mengurangkan subsidi tol yang dibelanjakan," katanya.
kalau ikut artikel akhbar, yg memulakan isu ialah Menteri Kerja Raya...
menteri kerja raya ni tali barut kerajaan Selangor ke???
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof mengatakan terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.
akughi nak berlumba dgn uniq61 ke nak jadi jaguh fitnah???
susah nak challenge dgn uniq61, kantoi banyak kali fitnah pun selamba je...
cipOt_cedOt posted on 19-12-2013 01:39 PM
daripada guna 30% pegangan tu halang kenaikkan tol baik guna 30% pegangan tu revise perjanjian konse ...
Tak pun..kerajaan Selangor beli saham majoriti supaya senang kerajaan Selangor tak perlu susah2kan diri menghalang kenaikkan tol ni..sedangkan dunia pun tahu apalah sangat 30% syer tu dapat mempengaruhi lagi 70% pemegang konsessi tu.
Hanya Macai2 je mudah dikencing ni..suma poyo je lebih MB gagap ni..dia ingat semua org boleh dikencingnya macam dia kencing macai2 tu semua.
Selangor dicabar beli saham majoriti
Wartawan Sinar Harian
19 Disember 2013
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor dicabar membeli saham majoriti dalam syarikat konsesi lebuh raya jika benar-benar mahu membantah kenaikan tol, kata Datuk Seri Noh Omar.
Pengerusi Umno Selangor itu berkata, kerajaan negeri memiliki saham antara 20 dan 30 peratus dalam syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu dan bagaimana mahu mempengaruhi keputusan pemegang saham majoriti.
Beliau berkata, kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membantah kenaikan itu hanya menangguk di air keruh kerana mereka sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa.
“Pengumuman kerajaan Selangor itu sekadar ‘preemptive’ dalam usaha mendapat sokongan rakyat menerusi publisiti perkara yang belum pasti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid bahawa Selangor akur dengan pandangan penasihat umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membantah kenaikan tol berkenaan.
Noh berkata, Umno Selangor berharap kerajaan pusat tidak menaikkan kadar tol kerana ia bakal menjejaskan semua pihak lebih-lebih hampir semua pintu masuk Selangor menggunakan jalan bertol.