CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] Kos sara hidup meningkat, bukan salah UMNO - Isa Samad

[Copy link]
Post time 23-12-2013 04:55 PM | Show all posts

PAK ISA

walaupon kos sara
hidup meningkat
poket MELAYU kroni
tetap tebal bukan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2013 04:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:55 PM | Show all posts
Ridhuan: Melayu sokong Pakatan jika tol naik
         

Ahli akademik kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran bahawa pengundi Melayu mungkin mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan menaikkan kadar bayaran tol lebuh raya.

Dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan berkata parti Umno sepatutnya membentuk strategi untuk memastikan pengundi Melayu tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang.

“Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini.

“Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah!,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:56 PM | Show all posts


bila Pak Isa ni
nak halau rakyat
marhein yang salahkan
UMNO bila kos
sara hidup naik

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:56 PM | Show all posts
Nur Jazlan jangka BN akan kalah lebih teruk
         

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik kenyataan MP Pulai itu yang berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan.

“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya.

Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang menurutnya mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk menurunkan kos sara hidup.

“Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya lagi.

Laporan sama memetik kenyataan MP Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun yang berkata, kerajaan sepatutnya membuat penerangan lebih awal sebelum menaikkan harga barang dan keperluan tersebut.

Katanya, kemarahan yang timbul pada masa ini berpunca dari masalah penerangan dari agensi kerajaan terlibat.

"Kenaikan seperti (kadar) tarif elektrik dan (kadar) tol berkala sudah berlaku sepanjang masa, bukan perkara baru.

"Oleh itu, agensi terlibat seharusnya lebih peka untuk memberi penerangan dan (mengadakan) komunikasik bersama rakyat lebih awal, bukan satu atau dua bulan nak naik, baru beritahu.

"Keadaan ini memberi kejutan kepada rakyat. Penerangan perlu diberi setahun  lebih awal bagi memastikan rakyat faham mengapa kenaikan (harga) diperlukan," katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:56 PM | Show all posts


hujung hujung yang
miskin adalah melayu
juga bukan

yang memerintah
negara ini adalah DAP
bukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2013 04:57 PM | Show all posts
sue_0684 posted on 23-12-2013 04:47 PM
laaa..dah korang pilih deme...mmg laa deme tak salah..betul lah tu apa yg Isa Samad ckp..

ni jgk  ...

tapi yang pilih 47% sahaja..
53% lagi pilih pakatan rakyat...

Umno yg ambik pengundi banglasia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:00 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 23-12-2013 04:55 PM

betul la tu...memandai je pembangkang duk meroyan meratib rege barang naik......mana ada minyak naik,tol naik,gula naik .....memandai je cai2 PKR ni kan.

ikhlas menyintai GST
cai bin labu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2013 05:02 PM | Show all posts
Bantah harga barang, tak perlu ke jalan raya, kata Ibrahim Ali


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
DECEMBER 19, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 19, 2013 07:34 PM


Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu tempoh yang lama.

"Pilihan raya umum akan diadakan setiap lima tahun sekali. Kenapa nak pergi ke jalanan? Mereka telah menerima mandat. Terpulang kepada mereka.


"Berhimpun di jalanan tak hormat proses demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih kerajaan. BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai mengukuhkan kuasa politik bagi menguatkan sokongan mereka bagi menuju Putrajaya.

Katanya, kombinasi kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan menjadikan keadaan semakin gawat dan menurutnya, Perkasa mengakui rakyat sedang menerima tekanan kos hidup yang agak ketara.

“Dalam usul Perkasa ada menyeru kerajaan segera melihat isu ini secara serius sebelum keadaan tidak terkawal.

“Kerajaan yang ada hari ini dipilih menerusi pilihan raya maka jika mereka tidak berpegang pada janji menaikkan harga barang, pilihan raya seterusnya rakyat akan memutuskan siapakah yang paling layak menjadi kerajaan.

"Saya menentang keras atas prinsip demokrasi. Jika kita menuju ke jalanan dan menentang kerajaan tidak mengikut undang-undang bermakna kita tidak menghormati demokrasi," katanya yang menyifatkan PR juga tidak memberi jaminan urus tadbir kerajaan yang lebih baik.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam satu wawancara semalam memberitahu satu demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang PR dan kumpulan aktivis pada 1 Mei, 2014.

Beliau berkata demonstrasi raksasa itu akan menjadi kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin PR selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.

Katanya, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong oleh PAS, DAP dan PKR namun tempat demonstrasi masih belum ditetapkan.

Ibrahim berkata prestasi BN sebelum menjelang PRU14 akan diperhatikan bagi membolehkan Perkasa membuat keputusan sama ada untuk terus menaruh kepercayaan sama seperti PRU13 atau beralih arah.

"Empat tahun berikutnya Perkasa akan memantau dan membuat keputusan sama ada kepercayaan kami sama seperti sebelum PRU13 atau harga barang terus meningkat.

“Jika kerajaan tidak tunaikan janji seperti dalam manifesto, ia akan boleh jadi pelbagai hala. Itu pendirian kita.

"Perkasa bukan alat Umno tetapi apa yang kita dapati sebelum PRU13, tiada parti yang berkongsi kuasa terbukti selama 50 tahun menjamin keselamatan politik negara," katanya yang masih melihat PR tidak mempunyai struktur seperti BN. – 19 Disember, 2013.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:07 PM | Show all posts
zameyla posted on 23-12-2013 04:57 PM
tapi yang pilih 47% sahaja..
53% lagi pilih pakatan rakyat...

deme kena ingat..itu semua ketentuan Illahi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:13 PM | Show all posts
UMNO/BN ni masih tak faham. Rakyat tak marah kos sara hidup meningkat kalau TIDAK dapat di elakkan. Yang di pertikai adalah mereka bermewah, jet peribadi, kenaikan gaji, pebelanjaan melampau (yang di dedahkan akhir akhir ni) tapi at the same time, naikkan segalanya untuk rakyat. THAT is the issue. Apasal bodoh sangat ni.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:17 PM | Show all posts
Bila benda yg best2, tak sempat2 nak mengaku UMNO yg buat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:18 PM | Show all posts
Yee lahhhh...
Kenaikan brg2 ni semua salah mak cik yg jual goreng pisang kat Gua Musang nun
x de kena mengena ngan umno yg dibayar gaji utk mentadbir negara
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:18 PM | Show all posts
Menteri UMNO ni kalau x keluarkan kenyataan2 yg bodoh, memang pelik lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga brg naik, bkn salah umno.. bkn salah bn.. tp kalau harga brg turun cth petrol turun harga sekurun yg lepas.. tu ada la jasa umno n bn..

Conclusion .. segala yg buruk bkn dtg dr umno.. segala yg baik dtgnya dr umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2013 05:20 PM | Show all posts
nasib baik UMNO tarak kat thailand
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:21 PM | Show all posts
Barang naik .. Kak Mah naik kapaitobang jugakkk...


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:24 PM | Show all posts
"kos rakyat sara hidup ahli politik meningkat"
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:26 PM | Show all posts
truly posted on 23-12-2013 05:13 PM
UMNO/BN ni masih tak faham. Rakyat tak marah kos sara hidup meningkat kalau TIDAK dapat di elakkan.  ...



harga barang naik salah UMNO
harga minyak naik salah UMNO
harga cukai naik salah UMNO
harga hartanah naik salah UMNO
anwar berzina salah UMNO

UMNO is a victim here
kesian UMNO

hujung hujung mampu
mendayu dayu ajer lah
parti perkauman ni

seroja ?
anak kecil main api ?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.215048 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list