1) Jelebu
bawa muatan sehingga mendap
kerana itu arahan dari tuannya
tak sangka ada satay yang sedap
satay tulang jelebu itu namanya
2) Jempol
bila memandu janganlah panik
banyakkan senyum simpul
nama jempol sungguh unik
sempena nama gadis sri jempol
3) Kuala Pilah
Bebaik sangka bila berjiran Jangan mendonggak bila berjalan Kuala pilah juga ada gelaran
Bandar Diraja di Negeri Sembilan
4) Port Dickson
pisang emas masak dipeti
pisang tanduk tumbuh di titi
port dickson indah mengamit hati
tempat bersantai dihari cuti
5) Rembau
ikan di sungai kena tuba
hari-hari makan sayur sawi
di rembau jangan tidak mencuba
kesedapan cendul wak dawi
6) Seremban
cantik sungguh dan berseri
memakai tudung pelbagai warna
seremban adalah ibu negeri
pelbagai kemudahan ada di sana
7) Tampin
jalan berdua berpimpin-pimpin
bersuap-bersuap juga bersama
mari kita mendaki gunung tampin
menikmati keindahan panorama
****nota kaki : pica utk no 4,5,6 & 7 ada di bawah. x taw napa x bole copy & paste kt dlm posting ni
Last edited by moyas on 1-6-2014 04:47 PM
|