CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

[Tempatan] Lagi Model Antarabangsa memeluk Islam - Aliza Kim

[Copy link]
Post time 27-6-2014 09:59 AM | Show all posts
apa yg aliza ni ckp penuh dgn kebijaksanaan dan kematangan...alhamdulillah nmpk keikhlasan dari hatimu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi posted on 27-6-2014 08:31 AM
ahad nih kot, sblm atau slps sahur.

Hahahha...adeh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
X lama lg akan dijemput memberi ceramah atas pentas agama...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:19 AM | Show all posts
alhamdulillah
semoga lahirkan lebih ramai anak yg ada telor utk jihad
dpt menambah bilangan penjihad Islam di medan perang
berjuang utk nama Allah



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:21 AM | Show all posts
baik nya bapa beliau yg paderi itu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal ustazah terbaru ganti abby bongok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2014 10:33 AM | Show all posts
erkk... model yg name sheliza ni pun dh bertudung eh..??
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:39 AM | Show all posts
xtahumenahu posted on 27-6-2014 08:26 AM
yg mcm jambul kat depan tu anak tudung ek?
dah pesen camtu plak dahhhh

lama dh ada..

tapi maaf la ..xbrkenan sungguh tgk org pakai ank tdung mcm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 10:42 AM | Show all posts
dia mendalami islam ngan usaha...everyday dia akan pi kelas2 agama ngan usaha sendiri
kita ni dr kecik 'dipaksa' mendalami agama, sebab tu sesetengah dr kita ni yg tak de common sense hanyut ngan dunia
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:51 AM | Show all posts
dauswq posted on 27-6-2014 10:42 AM
dia mendalami islam ngan usaha...everyday dia akan pi kelas2 agama ngan usaha sendiri
kita ni dr ke ...

Agree ngan ko...

Sbg Islam yg lahir2 dah Islam...aku malu bila tgk ilmu muaalaf lebih tinggi drpd aku dlm hal2 agama Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:54 AM | Show all posts
Kisah muaalaf cina ini yg menjadi tahfiz selepas memeluk Islam...

Muallaf ni boleh jadi macam non-Muslim dan memerhatikan orang Islam yang siangnya berkopiah malamnya meronggeng dan minum arak, beli nombor ekor dan ada yang makan dengan selambanya di restoran-restoran Cina semasa bulan puasa

Siapa sangka...muallaf ini seorang HAFIZ quran.
Saya kira...dia ni bekas muallaf. Muallaf ni bukan gelaran selama-lamanya.
PANDANGAN MUALLAF TENTANG SIKAP & NASIB KITA

Kelmarin RPWP didatangi seorang lelaki berusia 40an, seorang muallaf berbangsa tionghua dari Langkawi atas rekomendasi keluarga angkatnya. Beliau yang tiba waktu petang tidak dapat melihat suasana kemeriahan asli RPWP kerana kebetulan para sukarelawan dan anak anak besar berterabur menjalankan tugas masing masing di beberapa lokasi berasingan.

Menjelang maghrib, satu demi satu warga pulang ke rumah dan beliau sempat menunaikan solat maghrib berjemaah bersama anak-anak. Seronok merasakan suasana kekeluargaan yang tidak pernah beliau kecapi itu, lalu beliau mengambil peluang bersilaturrahim dengan anak anak. Riwayat hidup beliau dan apa yang membawa beliau kepada Islam habis diceritakan semuanya. Antaranya termasuk cubaan untuk membunuh diri.

Melihat perwatakan dan fesyen rambut beliau, mungkin tiada yang menyangka bahawa beliau adalah seorang hafiz dan sangat komited dengan agama ini, jauh mengatasi ‘kebanyakan’ kita yang dilahirkan Islam dan meneruskan hidup dalam keluarga Islam. Silap haribulan, mungkin sebahagian dari kita yang RACIST boleh sahaja pukul beliau sampai mati hanya dengan asbab kecil di jalanan jika hanya melihat pada tubuh dan perwatakan beliau.

MELANGKAH KE SYURGA RPWP

Selepas maghrib, seperti biasa kebanyakan kami berkumpul untuk makan malam dan beliau berpeluang makan bersama-sama. Sedari awal melangkah masuk, beliau sungguh sungguh mengatakan dapat merasakan satu AURA SYURGA di rumah ini. Sebenarnya pernah kami kongsikan bahawa ungkapan sebegini terlalu sering kami dengar dari mulut tetamu. Namun kami cuba buat buat tidak pasti dan meminta beliau mengulangi ungkapan itu beberapa kali dan beliau tetap mengesahkannya.

Apa yang beliau maksudkan dengan AURA SYURGA itu ialah suasana kekeluargaan yang mesra, aliran perkongsian ilmu yang amat tulus, kepatuhan setiap warga dengan satu peraturan yang difahami dan didaulatkan oleh setiap penghuni. Beliau juga dapat merasakan semangat saling bekerjasama dan hormat menghormati di sepanjang perbualan. Itu sukar ditemui di mana mana, kata beliau.

Rupanya beliau ini bekas pelajar maahad tahfiz. Cuma sepertimana biasa, hafazan itu tidak difahami kesemuanya dengan mendalam. Beliau juga sering mendapat kepercayaan murobbi untuk mengendalikan kuliah subuh terhadap pelajar junior. Hanya dengan perkenalan yang sedikit itu, beliau segera bertanya apakah sumbangan yang boleh diberikan olehnya? Lalu anak anak sepakat untuk belajar MANDARIN dari beliau dan segera beliau persetujui.

MASUK MELAYU ATAU MASUK ISLAM?

Allah perintahkan kita berbuat apa sahaja dengan ilmu, bukan dengan sangka sangka (QS:17/36, QS: 10/36). Hari ini ramai lelaki Islam tidak bersedia dan tidak pernah ambil berat dengan ilmu munakahat sebelum menjadi ketua keluarga. Keluarga dari Isteri pertama pun tonggang langgang tapi sudah sibuk ingin berpoligami. Ramai juga muallaf yang memeluk Islam 'sementara' ingin berkahwin dengan gadis Melayu.. bukan kerana Allah pun.

Kesukaran para isteri Muallaf untuk mengikut ajaran Islam sepenuhnya ialah bilamana terlalu ramai lelaki Islam yang memikat gadis bukan Islam dengan maksiat. Sebelum nikah lagi mereka sudah ditiduri semahunya. Bagaimana kita akan membimbing mereka jika kita sendiri berperangai demikian? Hal ini turut berleluasa di kalangan pasangan melayu. Begitu ramai yang sudah 'macam laki bini' hidupnya sebelum bernikah. Bagi Muallaf lelaki lebih berat lagi tanggungannya. Mana mungkin isteri boleh membimbing suami? itu sudah tidak fitrah. Jadi bagi wanita Islam yang mahu bersuamikan NonMuslim harus hati-hati.(QS:4/34)

Kerana itulah, Lelaki ini masih belum berkahwin sampai sekarang kerana kesukaran memilih calun isteri yang mudah dibentuk. Beliau amat bimbang tidak mampu membimbing bakal isteri katanya. Ada beliau bertemu dengan seorang janda beranak dua yang beliau sangka mungkin telah berpengalaman dan mudah dibentuk. Apabila diselidiki, rupanya janda ini telah lari meninggalkan suaminya. Segera beliau batalkan niat untuk memperisterikan wanita itu kerana sudah ada asas nusyuz katanya.

Ada satu perkongsian khusus, iaitu fenomena kefasikan beragama yang mengejutkan bagi beliau, walaupun sebenarnya itu tidak mengejutkan kami yang sudah sekian lama meneliti dan mengkaji kehidupan di bidang ini. Dengan rupa paras bermata sepet dan perwatakan beliau yang berambut panjang begitu tidak ramai yang menyangka beliau adalah seorang muslim. Jadi mudah melihat watak sebenar orang Melayu yang kononnya beragama Islam ini.

Di Langkawi beliau kerja di pusat pelancungan dan pernah menjaga kedai telekomunikasi. Keruntuhan paling ketara pada beliau ialah bagaimana terlalu ramai orang Islam menipu dunia dengan keIslamannya. Mereka banyak menampilkan Islam pada pakaian, susuk tubuh dan serban. Kefahaman dan perlaksanaan hanya sekadar tutup mata sahaja.

Yang paling beliau benci ialah orang Islam, tidak kira apa pangkat, tua muda, lelaki perempuan yang minum ARAK dan berZINA. Di bulan puasa, ramai sekali orang Islam yang tidak berpuasa. Jangan kata acara seksi seksa di kelab malam, dengan pakaian sembahyang yang masih melekat di badan pun mereka boleh ke kedai Cina dengan selamba membeli arak, nombor ekor, dan makan tengahari di bulan puasa. Beliau ada kelebihan untuk berlakun sebagai orang bukan Islam bagi melihat sendiri segala macam kefasikan ini.

http://prihatin.net.my/v3/2014/0 ... muallaf-disusahkan/
http://prihatin.net.my/v3/2014/06/11/hadis-tanda-akhir-zaman/

Seperti yang kami kongsikan beberapa hari lepas, masalah utama menjadi Muallaf bagi beliau ialah kegersangan suasana kekeluargaan. Orang Islam pula masih terlalu memandang enteng tentang ilmu agama untuk sama sama membantu golongan muallaf. Pendidikan rasmi dari pihak berwajib terlalu ‘hambar’ dan acuh tak acuh kata beliau. Kerana itulah beliau memilih sekolah pondok tahfiz katanya.

Pada masa yang sama, keluarga sendiri dan rakan taulan seagama dahulu telah menjauhkan diri. Banyak peluang kerja dan perniagaan terputus. Kerana itulah terlalu ramai muallaf yang nekad kembali ke agama asal kata beliau. Kita hanya sibuk semula bila Muallaf itu mati, dalam IC ada agama Islam dan hanya diketahui semasa memohon surat mati. Hari ini bukan sekadar muallaf kembali ke agama asal, malah ramai ibu bapa tidak sedar yang anak-anak mereka sedang diratah akidahnya oleh bukan Islam sekarang ini.

Sepertimana biasa, kami bersimpati dan tawarkan tempat kepada beliau selagi sudi untuk bersederhana mengharungi hidup bersama kami sebagai keluarga dan saudara di rumah usang ini. Alhamdulillah beliau nampak gembira dengan tawaran itu dan mahu memanjangkan percutian untuk tinggal 4 hari lagi di sini. Selebihnya bergantung kepada ketentuan Allah, kita lihat saja nanti.

KESIMPULAN

Jika kita memiliki ilmu yang benar, melaksanakan ilmu yang benar itu dengan sempurna, hasilnya pasti mampu DILIHAT dan DIRASAKAN oleh manusia. Ia juga pasti mampu memikat mereka terhadap Islam. Terima kasih kita ucapkan kepada pendakwah yang telah melaburkan tenaga dan masa, mengajak nonMuslim untuk memeluk agama ini. Bersyukur juga kepada sebahagian Muallaf yang ambil inisiatif mengkaji sendiri tentang Islam sahingga sanggup bersyahadah.

Mari tunjukkan kesyukuran itu dengan menimba ilmu tanpa jemu untuk membimbing mereka dan keluarga kita agar mampu istiqomah dalam iman. Lebih penting sekali ialah setiap ilmu yang kita pelajari itu mampu kita tadabburkan hingga ke tahap perlaksanaan, mampu menghasilkan bukti kesejahteraan dari perlaksanaannya. InsyaAllah mereka akan mudah memahami apa yang 'kita kata' melalui pemerhatian terhadap 'perlaksanaan kita dan hasilnya'.

Lelaki ini amat memulia Nabi Muhammad SAW sekadar batas kemampuan kefahaman beliau. Beliau juga katakan lebih selesa berbincang dengan orang biasa berbanding dengan mereka yang tinggi serbannya dan suka memandang rendah pada manusia biasa. Padahal banyak kepalsuan pada pakaian dan perwatakan itu katanya. Benarlah firman Allah tentang hal itu (QS:63/4).

Jelaslah bahawa Allah telah kirimkan manusia yang berakal untuk menzahirkan kebencian kepada kita, sebelum kita menemui kebencian Allah yang sebenar nanti apabila didunia ini kita hanya pandai bercakap tentang 'itu dan ini' namun tidak bangkit melaksanakan apa yang kita kata (QS:61/2-3).

Kita juga digelar ZALIM di sisi Allah apabila hanya mengumpul kitab dan bacaan yang banyak tetapi mendustakannya dengan cara tidak melaksanakan apa yang kita sudah tahu itu dengan sempurna.(QS:62/5)

Berhentilah menjadi munafik, menzalimi dan menipu diri sendiri, yang hanya menyandarkan keIslaman kita pada pakaian dan susuk tubuh, pada bin dan binti di IC, pada bacaan dan adat resam sahaja. Kuatkanlah azam kita terhadap agama, rasakanlah keperluan kita terhadap Allah dan Rasul dengan sebenar benarnya. Janganlah beragama sekadar untuk memikat, mengaburi mata dan menipu manusia semata mata.

Kalbu Mukmin adalah Istana, Mulkiah Allah yang paling utama. Maksudnya roh Allah ada dalam kalbu kita selaku UBUDIYAH Nya. Oleh itu janganlah kita cuba menipu Allah, jika kita tidak mampu menipu diri dan hati kita sendiri.

Perkongsian pengalaman,
WARGA PRIHATIN

RUJUKAN:

61. AS-SAFF 2-3. "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu MENGATAKAN sesuatu yang tidak kamu KERJAKAN? AMAT BESAR KEBENCIAN di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu KERJAKAN".

62. AL JUMU'AH 5. "Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti KELDAI yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang MENDUSTAKAN ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi PETUNJUK kepada kaum yang ZALIM."

63. AL MUNAAFIQUUN 4. "Dan apabila kamu melihat mereka, TUBUH-tubuh mereka menjadikan kamu KAGUM. Dan jika mereka berkata kamu pasti mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan KAYU YANG TERSANDAR. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah MUSUH, maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan?"

Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:56 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 27-6-2014 08:03 AM
komen ni paling kelakar!

jgn nanti keluar cerita kepala melekat kat sejadah...oppsss..

legend sgt cerita kepala melekat kat sejadah tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik.... bagusla.... kapel dgn vvip mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:00 AM | Show all posts
Anden posted on 27-6-2014 10:51 AM
Agree ngan ko...

Sbg Islam yg lahir2 dah Islam...aku malu bila tgk ilmu muaalaf lebih tinggi dr ...

klu dr kecik, ibubapa yg sincerely ajar agama berbanding cikgu kt sekolah..
lagik cepat proses mendalami islam tu di kalangan anak2 dia...

skrg ni ibubapa sibuk mengalahkan kerja PM,
smpi takat imamkan solat kt rumah pun tak dpt nak buat

sbb tu aku curious, anak imam ker anak bilal ker yg tak jadi tu sbb bapak terlalu suka pi masjid ambil mudah psl didikan agama yg depa anggap sekolah dh cukup berikan..
patutnya dr kecik dh dibawa ke masjid...ni dh umur 6 thn, liatlah nak suruh ke masjid
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:16 AM | Show all posts
siapa dia ni?...apasal i tak kenal..aliza kassim i kenal la
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow, Alhamdulillah.nice and concrete rationales. At the end, hidayah. Urusan hati itu sungguh cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 11:21 AM | Show all posts
amon_79 posted on 27-6-2014 09:59 AM
apa yg aliza ni ckp penuh dgn kebijaksanaan dan kematangan...alhamdulillah nmpk keikhlasan dari hati ...

Semoga Aliza dapat bersabar n istiqamah di dlm menghadapi dugaan/cubaan di masa hadapan.
Ingat lah kpd Allah swt.
Kpd DIA, kita akan kembali


Salam

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:34 AM | Show all posts
Aliza Kasim mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:35 AM | Show all posts
tt terlupa agaknya
islam nih cuma utk org melayu je.

bangsa pendatang hina lain dilarang sama sekali.

@d'zeck  tolong ajar tt sket.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:41 AM | Show all posts
--bimbo salunya akan jadi muslimah akhirnya
--tapi wanita Islam yg educated biasanya akan menjauhi agama, pernah terpikir kenapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.590097 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list