Berikan Aliff Aziz masa dan privasi buat seketika - Ibu
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 23, terjawab apabila ibunya sendiri, S Hafiza Basharahil dihubungi BH Online sebentar tadi menerusi laman sosial Facebook.
Baru-baru ini dikhabarkan Aliff menghilangkan diri di lokasi penggambaran sebuah drama sehingga menjejaskan jadual seninya.
Malah bertebaran cerita yang Aliff mempunyai masalah kewangan hingga mahu meminjam wang dengan pihak produksi.
Ikuti jawapan ibu beliau.
"Aliff memang di Singapura ketika ini. Sejak hari raya lagi dia sudah balik ke sini. Keadaannya baik-baik saja di sini. Dia ada di sini kerana ada urusan peribadi. Insya-Allah dia akan pulang dalam masa terdekat ke Kuala Lumpur. "Makcik harap kiranya dapat diberikan masa dan privasi buat dirinya ketika ini. Tiada apa-apa pun yang nak diuar-uarkan. Insya-Allah nanti kalau dia balik KL and dia okey, makcik akan suruh dia hubungi Zaidi (merujuk kepada penulis)," katanya.
Mengenai gambar di Instagram miliknya di bawah nama @aliffaziz91 yang dipadamkan kesemuanya, ibunya berkata, mungkin dia tak mahu aktif buat seketika.
"Apa yang lebih penting dia sihat dan berada dengan kami keluarganya," katanya.
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz. - Foto Aziah Azmee
|