Sampai kat rumah Karim, kelihatan Karim terduduk di tiang seri rumah dengan tubuhnya diikat. Serabut sangat mukanya. Mulutnya tak habis-habis dok menyebut "Cik Ton... Cik Ton..." Tok Wan dan Opah datang pun tak dihiraukannya. Sampailah Tok Wan pergi duduk bersila di hadapan Karim. Tiba-tiba Karim jadi marah. Dia kata Tok Wan punya pasallah Cik Ton lari dari kampung ni, dia maki-mak Tok Wan, dia ludah muka Tok Wan. Tok Wan tepuk lantai sekali, terus terdiam dia. Tak semena-mena, Karim menangis sambil terus memanggil-manggil Cik Ton.
Kemudian Mama nampak Tok Wan baca-baca sesuatu, lalu dihembus ke muka Karim. Menggelupur Karim lepas dihembus, macam orang disimbah air panas. Kemudian, Tok Wan arahkan Opah balik bawak Mama sekali. Kata Tok Wan, tutup dan kunci semua tingkap dan pintu. Jangan dibuka selagi bukan Tok Wan yg bagi salam sebanyak 3 kali. Cepat-cepat Opah bawa Mama balik dan ikut kata Tok Wan supaya ditutup semua tingkap dan pintu. Anak-anak yg lain semuanya dipanggil balik. Dudukla Opah dan Mama 3 beradik dalam rumah. Mama ketakutan masa tu, tapi dipesan Opah pada anak-anaknya "Jangan takut benda lain, takut Allah saja." Opah suruh berzikir.
Sementara menunggu Tok Wan balik, macam-macam terjadi di rumah. Ada sekali, rumah Opah bergegar macam ada gempa bumi. Kemudian ada bunyi seolah ada benda jatuh bedebuk atas bumbung rumah, bunyi pintu depan seolah-olah dilanggar orang berkali-kali, daun tingkap bergoyang macam nak dibuka dari luar. Macam-macamlah, kata Mama. Sampai berpelukan Mama 3 beradik sebab ketakutan. Hampir tengah malam, baru gangguan berhenti. Mama tak tahu bila masa Tok Wan balik sebab Mama dah tertidur sebelum Tok Wan balik.
Pagi tu, Tok Wan pergi lagi ke rumah Karim. Kali ni Tok Wan pergi seorang diri. Sebelum Zohor, Tok Wan dah balik. Mama dengar Tok Wan kata pada Opah, Karim dah pulih. Dah berhenti menyebut-nyebut nama Cik Ton. "Alhamdulillah..." kata Opah. Dua tiga hari lepas tu, Karim datang ke rumah bersama isteri dan anak-anaknya. Mama duduk menempel di sebelah Opah, mendengar cerita Karim.
Kata Karim, masa seminggu selepas Cik Ton hilang tu, dia nak tutup tingkap sebab dah nak Maghrib. Masa dia nak tutup tingkap tu dia nampak Cik Ton berdiri di tangga rumahnya sambil mendayu-dayu suaranya memanggil Karim, "Abang Kariiimmm... Abang Kariiimmm..." Walaupun isterinya berada di ruang depan dengan dia, isteria dia tak nampak atau dengar pulak Cik Ton. Karim nak halau Cik Ton sekali lagi, tapi entah kenapa mulut dia terkunci. Dia tengok saja Cik Ton berdiri di tangga rumahnya. Cik Ton senyum pada Karim. Karim jadi terpesona. Azan Maghrib berkumandang, Cik Ton pun ghaib dari pandangan Karim. Karim berlari ke pintu rumahnya sambil memanggil nama Cik Ton.
Bermula dari masa itulah, Karim jadi tak senang duduk. Bila pejam mata, nampak wajah Cik Ton tersenyum padanya. Bila buka mata, terngiang-ngiang suara Cik Ton memanggil namanya. Masa tu jadilah makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena pada Karim. Setiap saat dia teringatkan Cik Ton. Sekali tu, dia nampak Cik Ton lagi di belakang rumahnya yg semak samun. Cik Ton memanggil-manggil Karim. Karim seperti ditarik-tarik untuk mengikut Cik Ton. Tapi sempat ditahan abang iparnya. Tu yg dia kena ikat kat tiang rumah tu. Sebab nak ikut Cik Ton. Dia tak ingat apa dah masa tu. Otak, hati dan jiwa semua penuh dengan Cik Ton je.
Tok Wan kata Karim kena sihir, macam kena ilmu pengasih. Tok Wan tak kata siapa yg punya angkara, tapi semua orang pun tahu masa tu. Lepas pada tu, alhamdulillah, tak ada apa yg jadi. Menurut Mama, adalah dalam 40 tahun Cik Ton hilang. Mak aih, lama tu!
Aku: Dah ni, apa kes tiba-tiba muncul semula?
Mama: Tak tahulah. Opah kata pagi semalam masa Opah buka pintu, Cik Ton dok tidur atas beranda. Terkejut ler Opah. Yela, 40 tahun menghilang, tetiba dah balik.
Aku: Dah Opah tanya tak dia pergi mana apa semua?
Mama: Opah tak tanya apa-apa lagi. Ni yg Opah panggil semua balik ni.
Aku: Eiii... Opah takut ehhhh.
Mama diam je. Bila kami sampai rumah Opah malam tu, Pak Ngah, Pak Teh, Pak Uda dengan Mak Su dah ada dengan family masing-masing. Riuh-rendah macam Raya aje ropanya. Aku naik rumah Opah, salam dengan semua orang. Aku cari-cari la wajah yg aku tak pernah kenal tu. Aku teruja nak tengok macam mana cantik rupawannya nenek sedara aku ni. Biarlah dah dah tua kerepot pun, mesti ada saki baki cun dia tu. Tapi aku tak nampak pulak muka yg aku tak kenal.
Mama: Dah mananya?
Opah: Ada... dalam bilik lama dia. Tidur.
Oh, patutlah tak nampak. Rumah Opah waktu ni ada 6 bilik semuanya. Rumah kampung 2 tingkat. Tingkat bawah tu dapur dengan bilik air. Malam tu memang aku tak dapat jumpa langsung dengan Cik Ton ni. Mama kata, walaupun Cik Ton tu pangkat nenek pada aku, jangan panggil dia Mak Ton ke Nek Ton ke Opah Ton ke. Panggil Cik Ton jugak. Pernah Pak Uda kena tampar dengan Cik Ton dulu-dulu sebab panggil dia Mak Ton. Kemain garang lagi Cik Ton ni.
Esok pagi pun aku tak nampak-nampak lagi Cik Ton. Aku punya curiousity dah memuncak dah ni. Sambil makan lempeng kelapa yg Opah buat, sambil mata aku dok melilau cari kelibat Cik Ton. Dah habis makan pagi pun dia tak keluar-keluar lagi. Aku hampa. Mama pulak ajak pi Tesco pulak beli barang. Masa kat Tesco tu, Mama belilah ayam panggang black pepper Tesco tu dua ekor. Satu nak bagi kat rumah Pak Teh katanya sebab family Pak Uda tidur rumah Pak Teh yg tak jauh dari rumah Opah.
Balik dari Tesco pun, Cik Ton tak keluar lagi dari bilik dia. Masa balik dari Tesco tu, ada Pak Ngah dok tengok TV. Bila tanya yg lain mana, Pak Ngah kata semua kat rumah Pak Teh, ada benda nak bincang. Tunggu Mama balik je. Sambil tu Pak Ngah jeling ke arah bilik Cik Ton, bagi isyarat nak bincang pasal Cik Ton la tu. Aku, Ateh dengan Acu angkat barang-barang semua letak atas meja kat dapur. Lepas tu keluar semula nak ke rumah Pak Teh pulak. Masuk-masuk dalam kereta, Mama tanya,
Mama: Ayam mana?
Aku: Hah? Alaaa... tertinggal kat dapur.
Mama: Pergi ambik. Gi, gi. Kan nak bagi Pak Teh sekor.
Aku: Alaaa... nanti-nantila. Suruh Acu gi ambik.
Acu: Ah pemalas! Pergi sendiri.
Kurang asam punya adik. Sebenarnya, masa tu aku rasa agak takutla nak naik rumah sorang-sorang dengan Cik Ton sorang je atas tu. Tapi nak tak nak, aku naik jugak. Tapi aku paksa Ateh ikut aku. Ateh pun takut jugak rupanya. Berkepit kami dua jalan menuju ke dapur. Sampai tangga nak turun ke dapur tu, aku dengan Ateh terhenti. Nun kat tepi meja makan, ada orang dok ratah ayam panggang Tesco yg kami beli tadi sambil bertinggung. Orang tu membelakangkan kami berdua. Dia punya ratah tu, siap ada bunyi. Aku tak retila nak describe bunyi tu macam mana tapi mendengus-dengus pun ada. Macam bunyi anjing mengeram pun ada. Macam mana rupa dia? Tu macam nenek Pierre Andre dalam 'Jangan Pandang Belakang' tu masa dia makan nasik kat dapur tu, korang imagine la.
Gila kau. Berdiri habis bulu roma aku. Aku pandang muka Ateh. Pucat lesi dah. Aku dengan Ateh berundur setapak demi setapak ke belakang, diam-diam tak nak bagi ada bunyi. Tiba-tiba, orang tu berhenti meratah ayam panggang. Kami pun berhenti melangkah. Dup dap dup dap jantung aku. Tangan rasa sejuk gila dah masa ni. Tiba-tiba dia berpaling! Makkkkk! Lintang-pukang aku dengan Ateh berlari keluar. Tak pakai selipar dah aku masuk kereta.
Mama: Eh dah kenapa korang ni?
Aku: Jalan, Ma, jalan!
Ateh: Cepat, Mama, go go go go go!
Aku dengan Ateh dah macam orang tak tentu arah. Mujur Mama turutkan aje kata kitorang. Sampai rumah Pak Teh pun, tak habis lagi gelabah aku dengan Ateh.
Mama: Korang ni dah kenapa?
Ateh: Ada nenek ratah ayam panggang kat dapur, Ma.
Aku: A'ah, Ma. Bunyi dia menakutkan sangat. Macam bunyi binatang.
Ateh: Lepas tu kan, dia pandang kitorang. Dia senyum menyeringai nampak gigi tajam-tajam!
Itu yg aku dengan Ateh lari macam tak cukup tanah tu. Gila nak tunggu lama-lama kat situ? Sampai sekarang kalau ingat menyeringai tu, rasa seram sejuk je. Ngeri gila!
================
Panjang sangat menaip dah ni. Tunggu nanti sambung.