CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG
Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut :
1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).
2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqada'kan.
yangkapal terbang ade ruang solat tu je x sure.. sebab dalam toilet kapal terbang x de paip kan?
|