Erin Malek sah mengandung
KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan, detik yang paling ditunggu Erin Malek, 21, akhirnya tiba apabila disahkan mengandung cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan pasangannya, Farriz Fauzy. Lebih menggembirakan, pelakon yang pernah popular menerusi drama Miziku Kuza terbitan stesen televisyen tempatan ini dikatakan sedang mengandung anak kembar. Berita baik ini disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat Erin sebentar tadi. Juara Fear Factor musim kedua ini selamat diijabkabulkan dengan Farriz, 30, pada 10 Oktober 2014.
|