|
ni article dari rotikaya
Tahniah kami ucapkan kepada Yana Samsudin di atas penghijrahan untuk bertudung penuh dan dalam masa yang sama, suaminya, Fadzil Zahari bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh Yana selaku isterinya yang tercinta.
“Tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab”
“Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi,” kata Fadzil kepada Berita Harian Online sambil menyatakan rasa gembiranya di atas perkara tersebut.
Kami yakin keputusan Yana ini pastinya akan mendapat sokongan daripada peminat yang sentiasa setia kepada pelakon ini dan juga suaminya. Semoga perubahan ini bakal membawakan pelbagai lagi perkara positif di dalam hidup Yana sekeluarga. |
|