|
[Tempatan]
Forum Nothing To Hide DIBATALKAN!Penganjur dakwa salah peg. pm)!#466
[Copy link]
|
|
sumber:amenoworld
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemana darah PAHLAWAN ko Bijan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko biar betul bijan... ko ajak org datang kononnya boleh tanya spa saja nothing to hide.... bila duyun2 org datang ko lari lak....
sbelum tu degar2 claim ada darah panglima siap warning jgn pandang rendah.... pm paling lawak abad ni... |
|
|
|
|
|
|
|
saya amik tanggungjawab buka tred dengan meletakkan sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabar3.... @Anak_Nogori pasti ada penjelasan yang munasabah yang bukan hanya alasan untuk kejadian ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah PM arahkan/nasihatkan KPN utk arahkan pembatalan forum ini??? |
|
|
|
|
|
|
|
Nothing2Hide Bertukar Sesi Bersama Tun M - Penganjur
Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 10:39 AM
Dikemaskini KUALA LUMPUR: Sesi dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya diadakan pagi Jumaat terpaksa ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Perkara itu diumumkan oleh pengacara majlis di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
"Urus setia masih berbincang dengan pihak polis bagi membenarkan majlis ini diadakan.
"Kami diberitahu berlaku kekecohan di luar dewan dan satu tangkapan telah dibuat terhadap dalang yang cuba sabotaj program ini.
"Bagaimanapun, kami memberikan anda sesi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini," kata pengacara majlis yang cuba mententeramkan keadaan yang mulai kecoh di dalam dewan yang menunggu ketibaan Najib sejak awal pagi.
Sesi dialog perdana menteri bersama NGO dianjurkan oleh Pengerusi Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/05/dialog-tangguh/
|
|
|
|
|
|
|
|
#Nothing2Hide: Acara dibatalkan, urusetia cuba berunding untuk teruskan majlis Kemas kini: Jun 05, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 05, 2015 11:13 MYT)
Ketika ini, pihak NGO dan wakil media masih menanti ketibaan Najib. - Foto Astro AWANI/Linda Salim
KUALA LUMPUR: Lebih kurang 1,500 wakil badan bukan kerajaan (NGO) tiba di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini untuk menghadiri majlis #NothingtoHide: "Dialog PM bersama NGO" pada Jumaat.
Wakil NGO dan media masih menanti untuk program bermula walaupun pada jam 8.55 pagi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan pembatalan acara menerusi laman Twitternya.
Kira-kira jam 9.30pagi, juruacara majlis berkata acara ini tidak terbuka kepada pihak media dan media diarah untuk beredar dari dewan setelah gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dirakam.
Ketika ini, pihak NGO dan wakil media masih menanti ketibaan Najib.
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan sudah tiba dan menanti di bilik VIP.
— syaf (@syafique) June 5, 2015
— syaf (@syafique) June 5, 2015
— syaf (@syafique) June 5, 2015
— syaf (@syafique) June 5, 2015
— syaf (@syafique) June 5, 2015
— syaf (@syafique) June 5, 2015
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nothing2hide-acara-dibatalkan-urusetia-cuba-berunding-untuk-teruskan-majlis-61653
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde sape ke bole hack acc twitter encik polis ni
Nyampah pulak sumenye nk umum ke twitter
Byk mase ke dok belek phone
|
|
|
|
|
|
|
|
seperti yg telah diramal kan ..cuma beza nya guna IGP ...selalu pakai alasan " PM ada acara penting disaat2 akhir" ...lol |
|
|
|
|
|
|
|
Polis halang Dr Mahathir bercakap, matikan mikrofon OLEH MD IZWAN DAN DIYANA IBRAHIM Published: 5 June 2015 10:49 AM
Seorang pegawai polis kelihatan bercakap sesuatu kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau sedang berucap di majlis Dialog Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.
Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti.
Polis kemudiannya mematikan mikrofon dan membawa Dr Mahathir meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Terdahulu, Dr Mahathir kelihatan cuba berunding dengan pegawai polis itu dan memberitahu beliau dijemput dan sepatutnya dibenarkan bercakap.
Tetapi pegawai polis itu mematikan mikrofon dan memadamkan video.
Keadaan menjadi kecoh dan kira-kira 1,000 hadirin mula menjerit memarahi polis dan ada naik ke atas pentas.
Dr Mahathir kemudian mengadakan sidang akhbar sebelum turun dari pentas.
Beliau dibenarkan bercakap kepada pemberita dan selepas sidang media, sepasukan polis membawanya ke keretanya sambil orang ramai menjerit:"Hidup Tun! Hidup Tun! Hidup Tun!".
Keadaan di dalam Dewan Tun Hussein Onn di PWTC pagi ini pada awalnya tegang apabila hadirin berang dan mendesak Najib hadir di majlis itu.
Penganjur Dialog PM Bersama NGO, Suka Guam terlebih dulu mengumumkan program hari ini akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Najib.
Katanya, Najib tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.
Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini.
Sebelum itu, SukaGuam memaklumkan pihaknya masih berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan.
Dr Mahathir tiba di PWTC seawal jam 8.50 pagi tadi untuk menghadiri dialog itu. – 5 Jun, 2015.
MENYUSUL LAGI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Suka lar tun det tuan umah dok nyorok, dia lak dapat mikrofon... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni gambar kat luar masa Tun M nak balik
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
siap matikan mikrofon tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Tun dah blah dsh.... menghormati majlis org... |
|
|
|
|
|
|
|
ke hulu hilir la najib dgn kak mah kn umah tu
xsenang duduk |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah ..Jibby takkan berani dgn masyarakat Urban or Melayu Urban ..ko gi negeri2 lain cerita gebang boleh la ..bila nk buat di KL terus "batal" atas sebab keselamatan ....lol |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah...Nothing to hide konon..Aleh2 dia sendiri yg hide..Nasiblah rakyat Malaysia. Dapat PM mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
speku uols amat fosible..nampak tak permainan najib di situ |
|
|
|
|
|
|
| |
|