Edited by wipers81 at 30-7-2015 09:38 PM
PART 11
“Saya tak merepek. Saya memang nakkan awak. Saya dah penat, penat tunggu jawapan awak. Kita, bukannya muda lagi.”
“Apa masalah encik ni? Untuk pengetahuan Encik Ikram, saya tak pernah usik hidup encik,”
“Tapi awak usik perasaan saya Arfah. Awak usik jiwa saya untuk cintakan awak walaupun awak tak pernah layan saya. Saya dah cuba lupakan awak tapi saya tak mampu. Awak... terlalu istimewa.”
Arfah tersentak. Ya, memang lelaki itu selalu mengejar dan mendamba cinta darinya walaupun selalu dia rasa jengkel namun hari ini lelaki itu... nampak lebih serius. Ikram... lelaki yang gemar bergurau namun gurauan lelaki itu terhadap Arfah selalu melebihi tahap yang sepatutnya. Arfah sering makan hati.
Kenapa diam Arfah? Awak memang jenis perempuan yang suka main-mainkan perasaan lelaki ke?”
“Jaga sikit mulut awak tu Ikram!”
“Habis, awak perempuan jenis macam mana?” Ikram sudah panas hati bertambah panas tatkala melihat Arfah hanya diam.
“Atau awak Arfah... bernafsu songsang, suka...”
Pang!
Ikram terdiam lantas tangan kanan sudah melekap ke pipi. Pijar, walaupun semakin menjalar namun matanya tidak lepas memandang seraut wajah di depan, wajah yang sedang menahan marah.
“Kau tak ada hak pertikai pasal aku!” Arfah terus berlalu dengan langkah sepantas mungkin. Dia juga terkejut, ringan benar tangannya tadi. Air mata merembes dengan laju. Malu, geram, sakit hati... semakin bercampur aduk hingga dia tidak tahu yang mana satu perlu dia dahulukan?
|